Khamis, 6 November 2008

Nice game but unlucky


Seri-Kalah-Seri lagi, aku xrasa semua fans Arsenal gembira dengan result semalam tapi bagi aku, aksi semalam adalah lebih baik dari sebelum ini. Perlu diingat, kesebelasan pemain semalam adalah gabungan 1st 11 dan youngster dari bench aka budak Carling, so pengalaman yang diraih itu lebih penting. Lagi pun mereka dah lama xterdedah kepada game besar selepas membantai Sheffield United 6-0. Positifnya, kita masih diatas, 1 mata lagi sudah cukup untuk layak round 16.

Awal pagi tadi adalah milik Volkan Demirel. Aku xawardkan man of the match kepada v.Persie kerana kegagalan dia menjaringkan gol tetapi ketangkasan Volkan menyelamatkan 4 percubaan berbahaya membuatkan dia adalah manusia paling berjaya diatas padang semalam. Alah, aritu dah bocor 5, so dia bersemangat lebih la kali ni.

Fabregas nampak letih, memang terserlah melalui passing yang dilakukannya, kerap tersangkup, tidak seperti biasa. Seperti post yang lepas, aku berharap Wenger merehatkannya untuk aksi menentang MU tetapi tidak seperti yang diharapkan. Mungkin Wenger berharap pengaruhnya akan membantu midfield malam ni, ada juga sedikit yang dapat dilihat.

Kelibat Aaron Ramsey malam ni cukup mengujakan. Pace, passing dan passion dia pada bola harus dipuji. Mungkin ini senjata Arsenal untuk pertemuan bersama rivals kebiasaan di Emirates pada Sabtu nanti. Aksi Bendtner paling memualkan. Dari touch ball sehingga passing agak memualkan manakala Nasri nampak bersahaja, macam nak xnak je main.

Bagi manusia 4 jantung si Clichy, malam ni dia nampak bertenaga. Antara pemain yang menampakkan kesungguhan malam ni adalah Toure iaitu kapten yang aku amat harapkan. Banyak ruang yang dia cuba salurkan kepada penyerang tetapi gagal dilaksanakan. Dan game tu juga menunjukkan dia sudah kembali ke tahap sebenarnya.

Bagi pemain yang aku nak tengokkan aksinya iaitu Djourou, impaknya agak kurang disebabkan Fenerbahce tidak mahu menyerang, tetapi setiap bola yang sampai diselamatkan dengan baik. Nampak solid. Fabianski mana boleh diabaikan. Nampak berani dan rasional tindakan dia semalam. Wenger, please guna Fabianski untuk game bertemu MU nanti!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku geram betoi tengok budak budak kat kilang aku nie..
mereka tak pandang kat arsenal..
lawan Man U nie aku dah panas hati jadi aku bet ngan dia orang
5 dunhill 14's + 2 btl coke..
walau Arsenal tengah crisis striker, tapi gua tetap yakin..
star baru akan muncul masa game tu nanti..
walau Arsenal tidak segemilang dulu (03/04)
tapi di tiap titis darah ini mengalir semangat Gunners..
go...go...go.. Gunners..
kita hantam pakai meriam kita setiap lawan yang menghadang..

Hafez Rachwan berkata...

biasa la beb,
bila kalah dorg keje nk kutuk je..
bila mng, xde lak nk puji..
sial jer..

xpe, ak yakin, lwn mu boley mng..
xkesah la, mng baik or buruk..
janji mng dan 3 point..
that's all!