Sabtu, 8 November 2008

Padan muka ko media bangsat!


Hambik! Judge Arsenal pada Mei bukan sekarang..Padan muka. Mana Paul Merson yang cakap Arsenal akan kalah pada MU? Apa pula alasan ko? Arsenal akan bagi segalanya! Tak perlu nama-nama besar atau spend sebesar mungkin, selagi bermain sebagai satu unit macam malam ni, semua mampu ditewaskan. Sudah pasti semuanya xmenjadi jika kita ada pemain serupa Pires, Bergkamp mahupun Henry sekalipun tetapi tidak bergerak sebagai satu unit, jangan harap kita akan menang!


Tahniah aku ucapkan kepada Wenger dan pemain-pemain. Kesungguhan untuk membalas sokongan peminat amat membahagiakan. Keep it up good work! Semua kredit kepada pemain perlu diberi! Semua memberikan komitmen yang cukup baik pada kelab.

Permulaan game menyaksikan Arsenal agak gugup dengan terserlah sangat apabila Almunia mencekup atau menangkap bola dari back pass Silvestre. Seperti biasa, Arsenal pada malam ini create banyak peluang cuma kegugupan Bendtner menanggung pressure sebab ketiadaan Adebayor dan van Persie membuatkan penyudahnya tumpul.

Sayang Almunia gagal menamatkan pemainan akibat ditendang Carrick. Sial! Bola keeper, mana boleh kacau, dah dapat yellow bising, lancau punya ex-Spurds! Manakala kapten malam ni, Gallas, permainan dia mantap. Clearance dia cukup baik, gandingan dia dengan Silvestre semakin baik cuma kegagalan pada marking pemain kurang. Mungkin tempo permainan yang pantas malam ni.


Sagna dan Clichy, permata dari Perancis dua orang ni tak perlu dipertikaikan. Seperti biasa, solid. Cukup solid. Rugi bayar gaji Ronaldo mahal-mahal sehingga 150k, mana lepas dengan pemain yang bergaji 30k seminggu. Baik bagi dekat Evra, rajin jer nampak tapi sia-sia je usaha dia.

Midfield, bahagian cukup aktif malam ni. Kelibat Fabregas, Nasri, Denilson, Diaby dan Walcott superb. Berjaya mengawal midfield MU, membuka permainan dan bermain cara Arsenal yang sebenar. Good Old Football mate! Theo nampak letih akibat kecederaan, Diaby seakan-akan Vieira, Denilson gasak bagai seladang, hampir-hampir segasak Flamini.


Fabregas tak perlu dipertikai, nice game! Memang bekerja keras habis. Nasri jangan cakap la, man of the match. Pengaruh dia semakin baik, teringat Pires..huhu. Aku rasa dia mampu lakukan hatrik cuma peluang agak sedikit. Geram aku dengan Anderson, banyak juga yang dia sekat pergerakan Arsenal.


Banyak orang kurang gembira dengan performance Bendtner, tetapi aku rasa impak dia malam ni cukup besar. Jika diteliti, dia berjaya gerakan Vidic dari post sebenar dia untuk beri laluan pada Nasri. Kalau xpercaya cuba korang layan balik highlight game tu. Nasri dah xlarat dikawal Neville, so kebebasan pada Nasri cukup besar.

Sudah pasti watak manusia paling sial dalam padang adalah Howard Webb. Macam sial biased nye. Memang patut dihalau dari EURO 08 oleh UEFA. Ini bukan sahaja nampak pada fans Arsenal, malah fans lain macam Liverpool juga mengatakan Howard Webb biased pada MU dan ini juga bukan kali pertama dia biased pada MU bila bertemu Arsenal. Season lepas di Emirates pun sama. Harap FA akan cari pengadil yang lebih baik bila Arsenal bertemu MU.