Khamis, 30 April 2009

UEFA Champions League Semi Final - 1st Leg: Manchester United vs Arsenal - Post Match


Tewas di OT dengan satu gol bukanlah kelebihan yang besar kepada MU apatah lagi Arsenal turun dengan skuad yang agak tempang, terutama di pertahanan dan MU yang sepatutnya menjaringkan lebih dari satu gol dijanjikan satu penyesalan oleh Wenger dan optimis Wenger pada second leg nanti bakal memastikan Arsenal satu pasukan yang berbeza dari 1st leg ini.


Memang diakui pergerakan Arsenal sememangnya terbatas terutamanya kelibat beberapa pemain bagaikan memenuhi line up, paling mengecewakan adalah Diaby, tapi korang dah biasa bukan so aku malas nak citer banyak pasal dia ni. Tapi kredit patut diberikan kepada Almunia dengan melakukan beberapa world class save yang pasti menjanjikan kepanasan pemain dan peminat MU. Cun dia bukan hari ini, dia dah menunjukkan sejak awal tahun dengan aksi cleansheet, so tak hairan Wenger percaya dia mampu hold on posisi GK dan berjaya 'menentang' Jens Lehmann.


Promising full back iaitu Kieren Gibbs sekali lagi menunjukkan aksi mengagumkan. Mematikan pergerakan Ronaldo, siap kasi panna/50sen/nutmeg [rapidshare/speedyshare] kat Ronaldo lagi. Link dah ada, apa lagi, download la...hahahaha. Gol perpunca daripada sepakan penjuru setelah miss clearance oleh Silvestre membolehkan O'Shea menewaskan Almunia, tu pun dah fingertips, kalau save gak, aku rasa, Almunia patut keluar statement aku boleh jadi cam keeper Shaolin Soccer, 10 vs 1! hahaha


Kalah pun boleh gelak, mestilah aku masih yakin aksi second leg nanti sebab bagi aku konsistensi dipamerkan di Emirates pasti akan membuatkan MU kecewa nanti. Diharapkan referee nanti pun macam referee dan linesman awal pagi tadi, kudos kepada mereka dimana aku melihat tindakan fair ditunjukkan apatah lagi mata ref cukup tajam menidakkan diving Ronaldo yang kemudiannya berguling-guling kecewa cam nak nangis. Crying baby ke babi???:D. So kita masih boleh positif lagi, diharapkan apa yang dikatakan Wenger bakal dilunaskan dan menggunakan formation 4-4-2 adalah pilihan sepatutnya. Kita terajang jer sapa2 saja di hadapan sekarang ni!

UEFA Champions League Semi Final - 1st Leg: Manchester United vs Arsenal


Streaming : HERE
ESPN, Khamis, 2.30 am

Nak citer banyak pun takde guna, aku rasa korang dah kenal MU, sama macam aku,so wish la kita akan dapat referee yang adil dan saksama! So awal pagi kejap lagi adalah pertembungan bersejarah, untuk pertama kalinya, Arsenal bertemu MU di dalam kempen liga juara-juara Eropah. Oh yaa, memang ini adalah aksi yang menarik, tak perlu dipertikaikan bila dua rival besar di dalam EPL bertemu sesama sendiri, tambahan pula provokasi antara kedua pasukan samada dari kelab, pengurus atau pun fans, sudah pasti menambahkan kehangatan berembun nanti (tu pun kalau korang tengok kat mapley la).


Dilihat pada komposisi Arsenal yang sedia ada, Arsenal agak tempang di bahagian pertahanan dengan kehilangan dua pertahanan utama iaitu Gallas dan Clichy apatah lagi keadaan Gibbs, Djourou dan Silvestre agak kurang menyenangkan hati. Sekiranya Arsenal gagal mendapatkan khidmat Gibbs atau Djourou,option yang ada di posisi left back adalah Sagna dan sekiranya ini berlaku, ia bermakna Wenger akan meletakkan Eboue di posisi lamanya iaitu di right back. Apa yang merisaukan adalah overlapping yang kerap dilakukan Eboue mungkin agak berisiko terutamanya kegagalan dia melakukan covering setelah melakukan overlapping, cuma kelebihan dari segi pace antara dia dan Walcott di side kanan.


Di bahagian midfield dijangkakan Song mungkin kembali diletakkan berpasangan dengan Fabregas manakala Walcott dan Nasri kemungkinan mengapit kedudukan Fabregas dan Song. Option satu lagi posisi midfielder mungkin diberikan sama ada kepada Diaby atau Denilson dimana sekiranya benar Wenger benar mahukan salah seorang dari mereka beraksi, aku harap mereka menjadi bijak dan sebagai mengimbangi aksi fizikal, aku rasa adalah lebih baik menggunakan khidmat Diaby. Atau mungkinkah Wenger akan meletakkan Bendtner dan Adebayor bersama-sama di hadapan? Boleh jadi jika ingin menggunakan teknik merempuh dua center back MU yang berfizikal iaitu Ferdinand dan Vidic.



Memandang ini adalah aksi di tempat lawan, aku merasakan Arsenal perlu lebih berhati-hati di bahagian midfield sekiranya tidak ingin memberikan kelebihan kepada MU untuk aksi 2nd leg nanti. Mendapatkan gol away adalah amat penting di mana sekiranya ini segera dilakukan, ia meletakkan MU pada keadaan yang tertekan. Aku teringin nak tengok Macheda tu main, banyak sangat publikasi! So apa-apa pun aksi ini mungkin boleh buatkan anda sakit jantung, gila, meroyan ntah hapa2 lagi, sebabnya aku jangkakan kedua-dua pasukan akan beraksi dengan amat open skali, menang di Old Trafford adalah bonus besar!

Selasa, 28 April 2009

Who the fuck are Man Utd?

Niat hati bukanlah nak mengutuk, bukan nak cerca tapi nak kasik sedikit fakta yang boleh dikongsikan bersama. Selamat menonton yaaa...


Prospek baru?

Atas permintaan daripada seorang teman ke laman blog ini, aku pun mencari sesuatu yang boleh dikongsikan bersama, maaf yer, aku agak sibuk dengan final exam, so xdapat nak ulas dan translate, just copy and paste untuk tatapan bersama. So disini merupakan profile dia:


Will Wenger lure Danijel Aleksic to Arsenal?

Arsene Wenger never stops thinking about the future and his scouting network is scouring the Earth searching for bright young talents. 17-year-old Serb Danijel Aleksic is the latest target, although Wenger faces stiff competition from big European clubs, who also have an eye on the young striker. Real Madrid, Villarreal, Hertha, Hoffenheim, Hamburg and Ajax are just some of the interested teams and we will see who Aleksic will opt to join.

Aleksic started his professional career at Vojvodina, and he became the youngest ever player in Serbian League, having been just over 16 years of age at the time of his debut. He quickly caught the eye of big European clubs with his impressive performances for Serbian Under 17 squad, and he went on playing for the U19, U21 and the senior national team in the course of one year, which is a remarkable achievement. He has already become a first team regular in Vojvodina and has amassed 27 appearances, scoring four goals in the process. Aleksic is a left-footed striker but can also play on either wing.

He is a powerful striker with a great left foot and is an outstanding technician. He is very attractive player and has scored a couple of goals using his favourite scissors kick. The biggest Serbian teams, Red Star and Partizan were interested in signing him, but it soon became clear that they stand no chance of luring the youngster as clubs like Real Madrid, Arsenal, Ajax and Villarreal came calling. You be the judge if he is worth all this hype.

Isnin, 27 April 2009

Gameweeks 34 : Arsenal vs Middlesbrough - Post Match


MOTD Highlights: [Rapidshare][Mediafire]

2 Fabulous goals from Fabulous Fabregas! Seperti yang aku katakan sebelum aksi ini, skrip sudah diubah, so jalan cerita lebih menarik. 2 gol yang cukup berkualiti yang sudah pastinya mengamamkan kunjungan Ferguson ke Emirates apatah lagi eksperimen yang dilakukannya Wenger amat menjadi kali ini dengan meletakkan Nasri in deeper side di center midfield manakala Fabregas mengambil role sebagai back up striker.

Superb 1st goal yang sememangnya dikatakan perfect goal, goal yang sinonim dengan beautiful football. Bermula dengan gerakan Denilson yang kemudiannya melakukan low cross kepada Arshavin diikuti wonderful back pass oleh Bendtner kepada Fabregas sebelum dia melorongkan bola kepada Arshavin yang melarikan bola ke kawasan penalti dan kemudiannya melakukan hantaran kepada Fabregas yang merembat kencang menewaskan Jones.


Key role yang dimainkan oleh Nasri di center sememangnya memberikan lebih banyak open game dan kreativiti dimana Arsenal kali ini lebih bertindak lebih kepada pasukan offensive di mana open game yang dimainkan memadamkan sebarang serangan Middlesbrough yang hanya memperoleh 3 peluang sahaja, misclearance oleh Toure, satu daripada long pass, dan side angle yang sememangnya close bagi Johnson. Khidmat Almunia amat dirasai, 2 superb save, terutamanya long pass daripada Tuncay kepada Aliadiere berjaya diselamatkannya di mana sebelum itu dia telah menyelamatkan long range effort oleh Downing.


100 appearances Walcott cuba diaplikasikan di dalam bentuk gol tetapi tidak berhasil tetapi pace Walcott menyukarkan benteng pertahanan Boro di mana sekiranya dia mampu mengawal pergerakannya serta hantaran lintang, aku pasti dia merupakan ancaman terbesar bagi mana-mana pasukan. So kekuatan motivasi sudah ada, apa yang perlu dilakukan cuma menyiapkan diri untuk berkunjung ke Old Trafford dengan mencari kelebihan yang akan dibawa ke Emirates. Adios!

Ahad, 26 April 2009

Gameweeks 34 : Arsenal vs Middlesbrough - Preview


Streaming: HERE
Live di ESPN, 8:25pm

Kurang dari 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan hutang yang sudah lama tertunggak, dah macam badi pun ada. Untuk tempoh 3 tahun, Middlesbrough gagal ditumbangkan sama ada di Emirates mahupun di Merseyside, entah kenapa, mereka cukup bersemangat sewaktu menentang Arsenal walhal sewaktu menentang pasukan atasan lain kelihatan agak longlai layu. Sudah pasti 4 mata yang digugurkan di Emirates dan Merseyside amat mengecewakan di mana ini antara turning point Arsenal gagal meraih trofi liga.



Tapi itu skrip lepas, sudah lapok dan basi. Kita perlukan penulis skrip yang baru, lebih berkualiti dan menghiburkan. Gandingan Fabregas, Walcott, Arshavin, Nasri, Song dan Adebayor antara watak utama yang diharapkan mampu menjelmakan apa yang gagal dilakukan 3 tahun lepas iaitu hanya mengutip 3 mata penuh. On fire Arshavin di Anfield, 7 assist Fabregas sejak come back daripada kecederaan lututnya, begitu juga Adebayor dengan rentetan golnya, kerajinan Nasri apatah lagi Walcott yang mula menjaringkan gol dengan aksi bertahan serta lebih kreativiti di bahagian midfield oleh Song antara yang mahu dijelmakan di Emirates bagi mengutip 3 mata penuh.


Keselesaan berada diposisi keempat dengan jarak antara Aston Villa dan Everton semakin merealistikkan Arsenal ke kempen liga juara-juara Eropah musim hadapan, apa yang perlu dilakukan pada aksi ini adalah kemenangan dimana pungutan 3 mata ini amat penting di dalam merapatkan jurang di antara 3 pasukan teratas dan sebagai motivasi untuk bertandang ke Old Trafford 29 May ini. Dengan khidmat Almunia, Djourou dan Adebayor kembali ke dalam pasukan, sekurang-kurangnya keampuhan pertahananan diharapkan bakal diselesaikan dengan kadar segera.


Cuma apa yang perlu dipastikan adalah mencari gol awal dan sudah pasti pemain yang amat prolifik jaringannya adalah Aliadiere di mana dia adalah feveret player Boro untuk skor sewaktu menentang Arsenal. Aku pun heran, nak akta mulut dia lancang cam Bentley tak, tapi dia tetap skor, tapi sebagai pemain professional, ini bukanlah dikatakan tidak mengenang budi. So kita sebagai fans pun perlu juga bersikap professional, selagi bekas pemain ini tidak keluarkan statement kurang ajar, so tak perlu juga untuk kita provoke bukan. Adios y gambate Gunners!

Jumaat, 24 April 2009

di rumah2 sakit banyak passien menjerit! - marjinal


Melepaskan 6 gol untuk dua perlawanan terakhir dan merupakan punca utama kegagalan berada di final FA Cup serta memungut 3 mata penuh di Anfield dan merapatkan jurang dengan 3 pasukan teratas merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh pertahan dan juga penjaga gol Arsenal apatah lagi beberapa pemain di bahagian defensif midfield langsung tidak memberikan protection yang baik kepada back 4 terutamanya Diaby dan Denilson.


Berita mengenai kehadiran semula Djourou dan Almunia ke dalam full training sedikit sebanyak merupakan berita yang cukup menggembirakan terutamnya kepulangan Djourou yang sedikit sebanyak memberikan impak yang cukup besar dalam selection kepada center back yang sememangnya amat goyah pada 2 perlawanan lepas. Adebayor yang bakal menjalani training keesokkan hari juga merupakan salah satu individu yang bakal berada di dalam skuad utama yang menanti kunjungan Boro di Emirates.


Pemain lain yang bakal terlepas aksi di Emirates Ahad nanti adalah Clichy dan van Persie yang dijangka bakal beraksi kemungkinan besar pada pertemuan menentang Pompey, maka ini bermakna kedua-dua pemain ini bakal terlepas aksi EPL minggu ini dan 1st Leg UCL di Old Trafford. Selain itu, Wenger juga menyatakan secara rasminya Gallas dan Rosicky tidak akan beraksi sehingga tamat musim ini, so season depan la mereka beraksi kalau kaki si Rosicky tu dah tak bikin hal, kalau bikin al juga, tak mustahil kontraknya bersama Arsenal bakal terminate, sesuatu yang amat aku tidak inginkan.


Quadruple gol yang dijaringkan Arshavin di Anfield mengulangi jumlah jaringan yang sama dilakukan 'The Beast' Craptista, tetapi jiwa dia masih ampuh dengan bentuk fizikalnya, langsung tidak meninggikan diri. Dan dia yang hanya memanaskan badan secara sendirian sebelum menyertai Arsenal menyatakan lebih banyak yang bakal ditunjukkannya kerana dia belum lagi secara totalnya berjaya mengadaptasi corak permainan dan kehidupan di UK. 7 gol untuk 7 perlawanan, melampaui targetnya sendiri sewaktu pertama kali menyarung jersi Arsenal yang menyatakan dia mungkin menjaringkan 4 gol musim ini, so sekiranya itu benar, no wonderlah dia bilang dia mahu abiskan kariernya di Arsenal.

Khamis, 23 April 2009

Gameweeks 33: Liverpool vs Arsenal - Highlights

Liverpool v Arsenal








Highlights LFCTV:

Rapidshare : [Part 1][Part 2]
Mediafire : [Part 1][Part 2] OR [Folder]
Uploaded : [Part 1][Part 2]
Hotfile : [Part 1][Part2]

Highlights Fred54 (11.28MB)-SSN Match Report:

[Mediafire][Rapidshare]

Rabu, 22 April 2009

Gameweeks 33: Liverpool vs Arsenal - Post Match

Gila, memang gila, Liverpool kembali mencatat keputusan seri 4-4 buat kali kedua berturut-turut manakala Arsenal buat kali kedua dalam saingan liga. Sudah pasti pemain yang paling kecewa adalah Arshavin dan Fabianski setelah 4 gol jaringannya dan puluhan save dilakukannya gagal membawa pulang 3 mata berharga buat Arsenal.

Liverpool yang lebih banyak mengasak ke kubu Arsenal sememangnya agak tertekan dengan ketangkasan Fabianski dan hasil kealpaan Mascherano di kawasan kotak penalti sendiri membolehkan Nasri merampas bola sebelum melakukan hantaran kepada Fabregas yang melintangkan bola kepada Arshavin untuk menewaskan Reina.

Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal mendahului 1-0. Kegagalan Sagna melakukan clearance dengan baik digunakan oleh Kuyt dengan melakukan hantaran lintang kepada Torres yang menanduk masuk menewaskan Fabianski di sudut yang sukar untuk diselamatkan. Dan kesungguhan Benayoun dari awal babak pertama akhirnya dia menjaringkan gol kedua Liverpool setelah berlaku kegopohan di bahagian pertahanan. Fabianski ternyata kecewa dengan pertahanan yang acap kali merisikokan kawasan pertahanan sendiri.

Tindakan Wenger mengeluarkan Denilson yang langsung tidak berfungsi dengan memasukkan Walcott adalah tindakan bijak. Dan Arshavin kembali lagi untuk menewaskan Reina setelah merebut bola daripada Arbeloa dan merembat kencang menewaskan Reina dengan gol yang sememangnya superb. Selang 3 minit kemudian, dia kembali menjaringkan gol setelah crossing dilakukan Gibbs ditampan Carragher menuju kepada Arshavin yang tidak dikawal yang mudah merembat dicelah ketiak Reina.

Tapi Torres kembali menyamakan kedudukan setelah turning yang dilakukan gagal ditolak keluar daripada pintu gol oleh Fabianski apabila kedua-dua center back gagal untuk menutup ruang daripada Torres melakukan rembatan. Kepantasan Walcott sekali lagi membuatkan Liverpool kembali jaded, lariannya melalui counter attack dari bawah padang dibawa sehingga hampir ke kotak penalti melorongkan bola kepada Arshavin yang mudah menewaskan Reina di near post.

Kealpaan sekali lagi membuatkan Liverpool kembali come back, hasil sepakan penjuru yang gagal dikeluarkan dari kotak penalti akhirnya membolehkan Benayoun sekali lagi menewaskan Fabianski kira-kira 4 meter dari pintu gol dan membuatkan Arsenal gagal meraih 3 mata berharga. Walaupun gagal pulang dengan 3 mata di Anfield, aksi yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan cukup menghiburkan dan keputusan yang diraih ini serba sedikit kembali menaikkan moral pemain setelah tewas di Wembley cuma sekiranya aksi di bahagian pertahanan adalah baik, kemenangan pasti di pihak Arsenal.


Impak segera daripada Walcott, kehebatan yang dipamerkan oleh Arshavin, sumbangan serangan yang baik daripada Fabregas, Song dan Nasri serta ketangkasan yang dipamerkan oleh Fabianski antara yang menarik untuk diceritakan manakala kelemahan yang cukup ketara dipamerkan oleh pertahanan terutamanya Silvestre sememangnya mengoyangkan kemampuan Arsenal apatah lagi kebekuan minda serta badan oleh Bendtner dan Denilson sememangnya membuatkan dua watak ini amat mengecewakan di Anfield.

Selasa, 21 April 2009

Gameweeks 33: Liverpool vs Arsenal - Preview



Lupakan kekalahan di Wembley walaupun aku rasa ramai yang masih belum hilang tekanan lagi tapi sekiranya Wenger berjaya menundukkan Liverpool di Anfield, pahit kekalahan kepada Chelsea bakal dikikis dan dipergunakan sepenuhnya sebagai semangat moral untuk aksi berikutnya menentang Middlesbrough dan MU bagi mengakhiri bulan April ini. Mungkin juga ada hikmah di sebalik kekalahan di Wembley, lagi pun jika dikaji secara mata kasar, Chelsea bukanlah lawan yang kuat sangat, cuma mereka perlukan sedikit nasib jer. Main tak pernah cun pun!

Belum pun cukup perit dengan kecederaan yang dialami Gallas, Almunia dan Clichy, kehadiran ke Anfield bukanlah selesa apatah lagi Adebayor bakal direhatkan manakala van Persie yang mengalami kecederaan di pangkal peha totally out cuma kemungkinan besar Sagna akan kembali ke dalam pasukan daripada dijangkiti virus. Nampak gaya Silvestre yang terkangkang mengawal Berukba nampak gayanya kena lebih alert untuk mengawal Torres sebab aku sememangnya rate-kan Torres antara striker yang terbaik di dunia.

So short di bahagian striker, maka target man yang disayangi bakal start siapa lagi kalau bukan Bendtner. Ermmm..kelakor rasanya..haha. Ok2, serius2, season lepas waktu di Emirates dia berjaya mengeluarkan shot Fabregas sewaktu kempen UCL dan apatah lagi aksi liga di Anfield beberapa peluang terbuka juga disia-siakannya, tapi sabarlah dulu, kejap2, aku memang teringin nak tengok dia main sangat, sebab bila dia kelam-kabut, memang kelakor...hahaha.


Dah2, citer pasal Bendtner ni aku boleh wat satu post yang baru kang, so citer pasal orang lain. Nasri yang bukanlah berada pada tahap tip-top sewaktu di Wembley mungkin bakal kembali diletakkan di kesebelasan utama, begitu juga Arshavin, aku merasakan dia bakal bergerak di belakang Bendtner dan menyuntik sedikit kreativiti bersama-sama Fabregas dan Nasri. Walcott mungkin bakal direhatkan daripada starting line up, tapi sekiranya tidak, dia bakal beraksi menentang pasukan kegemarannya sejak kecil walaupun dia takde la besar sangat cuma ada jambang la sekarang..hehe.


Double-D kesayangan aku? Gila la ko Lobah, aku nampak kalau Denilson ni main dengan Song dan Fabregas okay jer tapi kalau masuk jer si Diaby tu, alamak aiii, macam sial jer jadinya. Aku harapkan Wenger menggandingkan Fabregas dan Song di tengah dengan diapit oleh Eboue/Walcott dan Nasri untuk aksi yang rancak manakala Arshavin boleh digunakan sebagai senjata memancitkan Skrtel dan juga Carragher bila diletakkan di belakang Nicks ataupun cukup untuk aku katakan, it's up to you Wenger! Vela? Entahlah, bilalah bakal diberikan peluang manakala Eduardo yang pulih dari groin injury berkemungkinan belum cukup bersedia untuk beraksi.

Fabianski yang mungkin paling truma selepas aksi di Wembley setelah melepaskan dua gol apatah lagi di tarikh paling penting bagi hidupnya yang mungkin bakal terpahat di mindanya sebagai hari jadi yang paling malang pernah dia alami tapi bagi aku faktor miscommunication antara dia dan center back sebagai puncanya, apatah lagi, mereka baru sama-sama beraksi, tiba-tiba digandingkan pada aksi yang cukup penting. Tetapi aku mengharapkan professionalism dari Fabianski untuk kembali bangkit dan mengawal baik pintu gol Arsenal di Anfield.


Dengan Liverpool berada pada keadaan do-or-die untuk kempen menjuarai liga manakala Arsenal dalam usaha melebarkan jurang mata dengan Aston Villa dan Everton serta menghampiri tiga pasukan teratas, kemenangan sememangnya diharapkan oleh kedua-dua pasukan. Khidmat Steven Gerrard terpaksa dilupakan oleh Liverpool tetapi dengan hanya tiga pemain saja yang cedera (Degen dan Hyppia), Liverpool mempunyai kelebihan berbanding dengan Arsenal tetapi sekiranya Arsenal berjaya memainkan corak permainan Arsenal sebenar, mengalahkan Liverpool di Anfield bukanlah cerita angan-angan! 2:55am, ESPN, STREAMING!

Ahad, 19 April 2009

FA Cup Semi Final : Arsenal vs Chelsea - Post Match


Taktikal totally tak menjadi; bodoh pun ada jugak, lost position, easy mistakes yang kerap dilakukan dengan padang yang bumpy, so bagi aku Arsenal sememangnya layak berada sehingga ke semi final FA Cup saja. Paling menyakitkan hati mengenai taktikal, adakah patut Song yang beraksi cemerlang untuk tiga aksi terakhir disingkirkan dari kesebelasan utama dengan memberikan laluan kepada Diaby dan Denilson? Sekiranya salah seorang aku tak kesah, kalau both tendang Song dari beraksi, taktikal Wenger sememangnya salah dan dia sepatutnya dipersalahkan kerana memberikan kepercayaan kepada pemain yang silap.

Cuba lihat, adakah dari minit pertama sehingga 94 minit permainan korang dapat melihat keseimbangan aksi offensive dan defensive? Tiada bukan! So di mana datangnya silap tu? Lihat dimana kedudukan Diaby dan Denilson, mereka kehilangan posisi mereka sendiri dan paling teruk sekali lihat bagaimana aksi Walcott dan van Persie, mereka terpaksa menghampiri ke kotak penalti sendiri semata-mata untuk mendapatkan bola sehingga gap antara midfield dan Adebayor hampir kepada 30-40 meter, so Adebayor bagaikan tiada fungsinya, so tak heran ditukarkan dengan Bendtner pun tiada efeknya malahan Chelsea terus mendapatkan gol kemenangan mereka.

Satu perkara cukup aku tidak berpuas hati mengenai konsep rotation Wenger, cukup bodoh, maaf, bagi aku cukup bodoh. Adakah dia cukup risau dengan keupayaan pemain mudanya untuk beraksi 90 minit atau lebih? Kalau begitu, baik abaikan polisinya dan beli semua player yang cukup terkenal dan berkualiti! Cuba lihat table fixtures Arsenal, siapakah lawan selepas perlawanan ini? Liverpool dalam aksi EPL, so for what reasons untuk simpan player? Biarlah kalah 4 bijik sekali pun di Anfield menggunakan pemain simanan sekiranya Arsenal menggunakan kesebelasan terbaik menentang Chelsea dan layak ke final, aku langsung tak kesah, apatah lagi gap antara Arsenal dan Aston Villa adalah 7 points dengan baki 5 games, unreasonable bukan! Unbeaten in league? Mana fokus yang Wenger jajakan iaitu fokus every game?

Dengan result sebegini, Wenger sebenarnya merisikokan pasukan, apatah lagi pemain-pemain perlukan trofi, begitu juga peminat, begitu juga dia tapi harus diingat result musim ini bakal mempengaruhi transfer windows nanti. Dengan tinggal satu lagi piala yang masih realistik untuk dimenangi (liga juara-juara Eropah) dengan menolak kejuaraan liga yang dilihat sebagai sesuatu yang sukar dicapai, tugasan di Old Trafford dan Emirates harus dilakukan sebaik mungkin jika berhajat kembali ke Rome walaupun skuad ini masih muda, tapi betul caranya, tiada apa yang mustahil bagi Arsenal. Adios!

Sabtu, 18 April 2009

FA Cup Semi Final : Arsenal vs Chelsea - Preview


Pertama sekali aku ucapkan Happy Birthday ke 24 buat Lukasz Fabianski dimana hari ini mungkin akan dikenang olehnya sampai bila-bila; bakal bermula sebagai benteng terakhir Arsenal sebagai 'Cup Keeper' musim ini dengan menentang Chelsea di separuh akhir, tiada apa yang diharapkan olehnya dan kita sebagai penyokong Arsenal iaitu melihat kemaraan Arsenal ke final FA Cup dan menghampiri kejuaraan trofi setelah hampir 4 tahun gagal meraih sebarang trofi utama tetapi perlu diingat, Arsenal merupakan pasukan terbanyak meraih piala FA.


Ini antara game yang aku nantikan, polisi vs kewangan, darah muda vs kuda tua dan French 'Maestro' vs Dutch 'Midas'! Bagi aku perlawanan ini bukanlah aksi membalas dendam ke atas kekalahan di final Carling Cup pada 2006 walaupun kebanyakan pemain Arsenal di dalam skuad Carling tersebut sudah berada di dalam permanent 1st team tetapi apa yang penting adalah perlawanan ini antara titik rujukan polisi Arsenal semakin menunjukkan hasilnya.

Memang harus diakui, Arsenal sentiasa mendapat layanan buruk daripada pihak media terutama sejak 4 hingga 5 bulan pertama musim ini sehinggakan mereka mengatakan peluang untuk memenangi sebarang trofi musim ini tiada tetapi semangat anak muda atas bimbingan Wenger akhirnya bermulanya Januari sehingga sekarang Arsenal sudah berada di dua semi final iaitu FA dan UCL, sesuatu yang meningkat jika dibandingkan dengan musim lepas.


Aksi di Wembley nanti sememangnya meletakkan defend Arsenal dalam keadaan merbahaya dengan kecederaan ke atas Gallas (knee ligament), Djourou (knee), Clichy (back), Gibbs (groin) dan Sagna (virus) di mana Gallas, Djourou dan Clichy totall out manakala Sagna dan Gibbs masih 50-50. So posisi left back dan center back agak goyang, sekiranya Gibbs dan Song gagal pulih, Silvestre mungkin diletakkan di bahagian defend kiri manakala Song bakal berpasangan dengan Toure di CB dan diapit oleh Eboue.


Bahagian lain aku rasa ok jer, tiada apa yang dirisaukan dengan Fabianski di gawang apatah lagi ketiadaan Rosicky yang langsung tidak dirasai. Ok, macam biasalah, di bahagian midfield terlalu banyak option di mana di bahagian center midfield Wenger mempunyai pilihan yang cukup banyak iaitu Fabregas, Denilson, Song dan Diaby, itu belum lagi termasuk winger seperti Arshavin dan Nasri yang mampu beraksi di central.


Option di bahagian wing juga agak banyak, Walcott, Nasri, Arshavin dan mungkin juga Eboue, tetapi aku merasakan Nasri bakal direhatkan terlebih dahulu bagi memberikan laluan kepada Walcott yang sedang on form tambahan pula Eboue di RB manakala Walcott RW menampakkan kreativiti yang cukup menarik di bahagian kanan Arsenal serta mungkin juga dikatakan kepada taktik rotation. Di bahagian serangan sudah pasti van Persie yang menjaringkan dua gol di Stamford Bridge musim ini bakal digandingkan bersama Adebayor setelah menjaring 4 gol untuk Arsenal dalam 3 aksi berturut-turut. Vela, Eduardo dan Bendtner mungkin diletakkan di bangku simpanan.


Nak target menang bape aku tak tau la tapi kena menang gak. Tak kira la, secara buruk ke lawa kali ini tapi aku yakin dengan aksi konsisten dari Mac sehingga sekarang diikuti dengan berjaya kembali kepada corak total football dan ball on ground, tiada apa pun masalah bagi Arsenal untuk menewaskan Chelsea. Tak kesah la dorang ada Guus Hiddink, Frogba, Cashley ASSholes ker, yang penting kalau Arsenal dapat main corak Arsenal, kompem menang! Good luck Gunners!

Khamis, 16 April 2009

Smell like teen spirits!

Highlights: [Mediafire]

Yeah, macam tajuk lagu Nirvana jer...Sori aku xdapat nak update sebelum game bertemu Villareal disebabkan aku bercuti ke Cameron Highlands. Balik on the spot lak tu, pasang streaming pastu tidur kejap, bangun tidur layan game pastu bantai tidur lagi. Memang letih gila tapi agak puas, tapi ketiadaan Marcos Senna seakan-akan melihatkan Villareal tidak mampu mengimbangi bahagian midfield mereka walaupun Arsenal mengalami masalah kecederaan diposisi pertahanan.

Arsenal yang sudah pasti kehilangan Almunia, Rosicky, Gallas dan Djourou pada aksi ini menerima berita mengejutkan di last minute di mana Sagna mengalami jangkitan virus, dipercayai selesema, mungkin juga berjangkit daripada Nasri manakala Marcos Senna yang mengalami kecederaan hamstring terpaksa diketepikan oleh Pellegrini bersama Santi Cazorla yang mengalami kecederaan patah kaki.


3 gol hasil jaringan Walcott, Adebayor dan van Persie meletakkan Arsenal semakin hampir kepada trofi yang belum dimenangi selama ini apatah lagi lawan yang cukup dinantikan adalah Manchester United yang merupakan musuh sejati Arsenal. Sudah pastinya aksi menarik bakal disajikan dan sejarah juga telah tertulis sekarang di mana buat pertama kalinya Arsenal dan MU bertemu sesama sendiri di dalam kempen liga juara-juara Eropah.


Mungkin kita boleh mengidamkan sesuatu serta mengharapkan kejayaan meraih trofi dari skuad sekarang yang semakin hari semakin menggila tetapi apa yang perlu difokuskan adalah setiap perlawanan paling hampir. Jika fokus itu tidak hilang, sudah pasti tiada lagi cerita kempunan kejuaraan dan memandang April sehingga berakhirnya May akan mempengaruhi musim 2008/09 Arsenal, apatah lagi acap kali 2 aksi dalam seminggu, fokus, kekuatan mental, fizikal serta semangat berpasukan amatlah penting.

So secara logiknya tiada apa yang mustahil cuma mungkin faktor nasib juga perlu difikirkan. Secara jujurnya, aku yakin, Arsenal antara pasukan yang cukup malang, kurang bernasib baik dan kerap mengalami pengadilan berat sebelah tetapi faktor sebeginilah yang harus dipastikan mampu ditangani dengan baik. Dengan faktor kecederaan terutamanya di bahagian pertahanan cukup merisaukan tetapi semangat yang dipamerkan oleh pengganti atau pemain yang bukannya sebagai kesebelasan utama harus dipuji. Tahniah kerana berjaya ke semi final UCL dan diharapkan kesinambungan ini diteruskan dengan aksi di Wembley menentang Chelsea pada separuh akhir FA Cup dalam mengisi slot final, semoga berjaya!

Ahad, 12 April 2009

Gameweeks 32: Wigan Athletics vs Arsenal - Highlights

Links for download : [Megaupload] [Hotfile]

Wigan Athletic v Arsenal

Gameweeks 32: Wigan Athletics vs Arsenal - Post Match

Dan akhirnya kemenangan kelima berturut-turut dan meneruskan 18 games EPL unbeaten dengan keputusan 4-1 di JJB Stadium sememangnya membolehkan keputusan perlawanan ini menginspirasikan perjalanan baki musim ini. Akan tetapi risiko masih ada, setelah kehilangan Gallas untuk baki musim ini dengan Djourou, Song dan Silvestre sebagai option pasangan Toure, belum pun tamat separuh masa pertama menyaksikan Djourou yang bergandingan bersama Toure seakan-akan mengalami kecederaan amat serius di lutut kanannya, so harap-harap result dari pihak medical nanti adalah positif.


Jaringan daripada Walcott, Silvestre, Arshavin dan Song sudah melebihi apa yang dilakukan Mido dan pastinya dengan jumlah jaringan ini menjadikan 16 gol dan 3 lobos bagi tempoh permulaan Mac sehingga sekarang, apatah lagi sejak cleansheet and cleanshit. So aku boleh katakan Arsenal sekarang berjaya mengimbangi antara aksi offensive dan defensive cuma faktor kecederaan yang semakin nak berputik balik ni, mungkin ada solusi yang terbaik ditagih dari Wenger, kalau rasa nak sedut budak-budak Youth ke Reserve jadi back-up 1st team buat masa sekarang pun ok gak, bukan apa, dah tenat skit pada bahagian CB, nak pula buka website dari London jer citer Macheda, common la, dulu Fab main 1st team teruslah, nape xkecoh? Opps...lupa, Fab bukan dari pasukan 'tersebut'.


Aksi 45 minit awal memang meragut skit kepala, dengan serangan banyak dikuasai oleh Wigan apatah lagi taktikal 4-4-1-1 yang kononnya digunakan tapi aku nampak macam 4-2-2-1-1 jer, macam besar sangat gap antara Denilson/Song dengan Fabregas dan corak sebeginilah yang membuatkan aksi separuh masa pertama di El Madrigal kaku. Dan serupa skrip di El Madrigal setelah ketinggalan satu gol, Arsenal kembali bangkit. Gap antara Fabregas dengan Song/Denilson didekatkan manakala Arshavin dan Walcott yang berada diposisi yang terlalu mengembang dengan Bendtner dikuncupkan sehinggalah di minit ke 61, aksi 1 2 yang xberapa smooth sangat antara Walcott dan Arshavin akhirnya membolehkan low shot dari Walcott menewaskan Kirkland.


Keghairahan diteruskan, selang 10 minit, low cross daripada Fabregas di bahagian kanan kotak penalti Kirkland berjaya sampai ke kaki Silvestre yang tidak dikawal lalu merembat kencang untuk gol keduanya bersama Arsenal di dalam liga. Dari awal kemasukan dia, aku cam kurang senang dengan kegelabahannya, apatah lagi passing yang nak xnak yang boleh merisikokan pasukan tetapi apabila semakin lama dia berjaya juga menyesuaikan diri. Mungkin faktor lama tidak beraksi bersama Arsenal dan baru nak cari match fitness, so memang agak merisikokan sedikit tapi aku juga akui, watak dia sama seperti Gallas, mampu mengubah keputusan pasukan dengan jaringan walaupun kadang-kadang tu asik menggelabah skit.



Aksi counter attack oleh Adebayor sebelum dia bajet nak short pass kat Fabregas di depan kotak penalti tapi xlepas seakan-akan bolehlah disuarakan dalam hati, "Rugi-rugi..." tapi Bramble bukanlah kejam, dia pun layan tap bola Adebayor dari sampai ke Fabregas dengan hajat nak patahkan serangan Arsenal tetapi secara xsengaja dah set-up cun kat Arshavin yang tengah on run sambil rileks-rileks rembat ke sudut sukar Kirkland.


Dah 3 macam xcukup, so Fabregas pun lorongkan bola kepada Song sebelum dia menewaskan dua pemain lawan dan merembat low cross di sudut yang amat sukar dijangkau Kirkland. Macam gak Eboue, dia ni cam setahun sekali gak skor, tapi season ni dah dua, 1st sewaktu menentang Fenerbahce di Turkey. So siapa-siapa yang dulu asik maki Song, meh aku luku kepala, kan aku dah cakap, dia ni akan improve nyer permainan dia, kalau Diaby tu aku rasa susah skit, jenis xdengar cakap.

Note:

Nanti aku taruk highlights, aku tau ramai gak yang miss game ni sebab xde live kat ASTRO...lagi pun link dr myp2p pn ada 3 live dari justin tv dgn satu dari sopcast, macam tengok citer orang mati pun ada aku layan game kat sopcast dgn commentator org brasil, bosan mampos!

Sabtu, 11 April 2009

Gameweeks 32: Wigan Athletics vs Arsenal - Preview


Tiga kemenangan berturut-turut di dalam liga diikuti dengan keputusan seri yang cukup berharga di El Madrigal, kemenangan perlu diteruskan di JJB Stadium bagi meneruskan momentum yang sudah pastinya mempengaruhi perjalanan musim ini. 3 mata amat diharapkan Arsenal yang berada diposisi mengejar tempat ketiga liga apatah lagi memerlukan kemenangan sebagai bekalan mental sebelum menjemput Villareal bertandang dan bertendang di Emirates.

Faktor padang yang kurang baik di JJB dan tahap permainan Wigan yang sememangnya meningkat pada musim ini menunjukkan Arsenal perlu memberikan fokus sepenuhnya jika mahu pulang dengan 3 mata. Mereka yang kehilangan Palacios pada Januari lepas ke Spurs manakala Heskey ke Aston Villa dan mendapatkan khidmat Mido daripada Boro di mana pemain ini belum lagi menjaringkan sebarang gol bagi Wigan, perjalanan Wigan agak terganggu apatah lagi Amr Zaki dilihat semakin hilang sentuhan sejak tahun ini.

Sudah pasti Wigan tercabar setelah kekalahan memalukan di Emirates sewaktu menentang skuad Carling yang berkesudahan 3 gol tanpa balas di mana purata umur pemain Arsenal cuma 19 tahun. Dan Fabianski yang melakukan double save pada perlawanan tersebut sekali lagi mendapat peluang menentang Latics setelah Almunia terpaksa diketepikan untuk tempoh 3 minggu ini. Clichy yang pasti tidak akan beraksi akan digantikan oleh Gibbs yang juga salah satu watak sewaktu menundukkan Wigan dalam aksi Carling Cup.

Pasangan Toure bakal ditentukan pada dua individu iaitu Djourou dan Silvestre tetapi memandangkan aksi ini aku jangkakan lebih banyak ground ball bakal dimainkan oleh Wigan dan aksi pantas oleh Valencia pastinya, so aku rasa Wenger menjadikan Djourou sebagai pilihan. Berita positif lain adalah kembalinya van Persie dan Eduardo ke dalam pasukan setelah duo ini mengalami kecederaan groin sewaktu beraksi bersama negara masing-masing.

Dua watak berbeza tetapi menginspirasi 3 gol pada dua aksi terakhir Arsenal iaitu Fabregas dan Adebayor amat diharapkan mampu merencanakan sesuatu pada perlawanan ini apatah lagi mereka khidmat mereka bakal diinject oleh kembalinya Arshavin setelah tidak dibenarkan beraksi pada kempen UCL manakala Nasri yang kelihatan seperti tidak bermaya sewaktu menentang Villareal setelah mendapat fitness di last minute diharapkan mampu beraksi baik.

Corak permainan 4-2-3-1 yang amat berjaya pada aksi menentang Man City dan gagal pada aksi menentang Villareal perlu diubah kepada formation kebiasaan Arsenal iaitu 4-4-2 cuma dengan option 5 striker iaitu Adebayor, Eduardo, van Persie, Vela dan Bendtner diikuti dengan 4 winger iaitu Walcott, Arshavin, Nasri dan Eboue, ini antara yang bakal memusingkan kepala Wenger. Diharapkan Wenger tidak merehatkan terlalu ramai pemain utama, sebaliknya cuba mengimbangkan antara tiga kejuaraan yang masih tinggal ini.

Dan aku rasa ramai dari kita tengah maki-hamun Astro disebabkan tiada siaran langsung dengan memberikan keutamaan pada aksi Sunderland-MU dan Chelsea-Bolton so terpaksa lah streaming lagi malam ini. Link streaming akan aku kasik nanti, so pukul 10pm kick-off, paling lambat set-up streaming pukul 9.45pm sekiranya korang xnak buffer hampeh...Adios!

Jumaat, 10 April 2009

Gallas rest for the rest of season

Sebelum Wenger reveiled kan secara official mengenai kecederaan Gallas, aku sememangnya menjangkakan dia bakal menghabiskan musim ini di sideline memandangkan dia mengalami kecederaan yang sama seperti dialami Fabregas sebelum ini iaitu medial knee ligament. Kecederaan melibatkan ligamen sememangnya merisikokan pemain, apatah lagi umur Gallas yang berada pada lingkungan 30-an adalah terlalu kontra jika dibandingkan Fabregas. So dateline yang memungkinkan kita melihat aksi Gallas lagi adalah pada pre-season musim hadapan jika semuanya berjalan lancar.

Penantian ke atas Rosicky akan delay lagi setelah pada mulanya dia dikatakan bakal beraksi bersama pasukan reserve menentang reserve Spurs, tetapi kegagalan dia untuk cukup bersedia membuatkan penantian terpaksa ditangguhkan lagi. Xpela, skuad yang sedia ada sememangnya dah dapat adapt dengan ketiadaan dia sepanjang musim ni, so sekiranya kemunculan dia pada musim hadapan, so bolehlah kita bersedia dengan preparation yang baru, apatah lagi perjalanan musim belum ditentukan lagi memandangkan posisi beberapa pemain seperti Walcott dan van Persie belum stabil.

Selain Gallas, dua pemain lagi terpaksa direhatkan iaitu Clichy dan Almunia setelah kedua pemain mengalami kecederaan sewaktu aksi di El Madrigal. Mungkin produk Almens Yoko2 belum ada di London, so Clichy terpaksa direhatkan selama 2 minggu manakala Almunia yang mengalami kecederaan di ankle seakan-akan terseliuh terpaksa direhatkan selama 3 minggu. So option bagi posisi Gallas adalah Djourou, Song dan Silvestre di mana aku merasakan Djourou paling sesuai digandingkan bersama Toure. Bagi Gibbs, ketiadaan Clichy bermakna dia paling diutamakan untuk mengisi kekosongan ini dan aku sememangnya meletakkan harapan tinggi kepadanya, jika dilihat pada aksi yang dipamerkannya sepanjang musim ini bersama skuad utama, aku merasakan dia merupakan gabungan antara Clichy dan Cashley Cole yang cukup bertenaga, good overlapping, read game dan paling penting bijak melakukan cross so tak hairan kenapa dia beraksi di posisi left wing bersama pasukan muda Arsenal.




Ketiadaan Almunia juga membuka ruang baru kepada Fabianski untuk beraksi di benteng terakhir Arsenal setelah mempamerkan aksi cukup baik pada beberapa perlawanan terutamanya aksi menentang MU [EPL], Wigan [Carling Cup] dan Villareal [UCL]. Bukan saja Wenger, aku juga rate kan dia sebagai classy goalkeeper, mungkin kita semua belum menikmati sepenuhnya aksi terbaik dia, tapi paparan youtube yang aku sediakan di mana video ini aku dah layan sejak official announcement mengenai perpindahannya daripada Legia Warsaw ke Arsenal, so tak hairan bukan dia sememangnya layak di anugerahkan pemain muda terbaik Poland. Dilahirkan di negara melahirkan ramai penjaga gol yang berkualiti seperti Artur Boruc [Celtic], Jerzy Dudek [Real Madrid, ex-Liverpool] dan Tomas Kuchszak [MU], dia merupakan penjaga gol kedua bagi negaranya apatah lagi aksi yang buruk dipamerkan oleh Boruc dan faktor kecederaan dialaminya sejak kebelakangan ini telah meletakkan Lukasz sebagai penjaga gol utama Poland sejak awal tahun ini.

Sementara itu Eduardo dan van Persie bakal diuji tahap kecergasan mereka hari ini bagi memastikan adakah mereka cukup fit atau tidak untuk beraksi menentang Wigan di JJB Stadium. Sekiranya mereka cukup fit, option di bahagian serangan bakal memusingkan kepala Wenger apatah lagi Arshavin kembali available setelah 'diharamkan' untuk beraksi di dalam kempen liga juara-juara Eropah. Bagi Diaby pula, dia masih belum cukup fit apatah lagi aku merasakan dia bukanlah calon sesuai untuk digandingkan dengan Fabregas kerana aksi dia belum mencapai rate yang sebenar dan ditambah pula peningkatan aksi yang dipaparkan oleh Denilson dan Song, so aku rasa dia perlu lebih bermuhasabah diri memikirkan apa yang sepatutnya dilakukannya jika benar ingin digandingkan bersama Fabregas dijantung Arsenal.

Rabu, 8 April 2009

UEFA Champions League Quarter Final - 1st Leg: Villareal vs Arsenal - Post Match


Highlights:
1st Half : Mediafire /Rapidshare
2nd Half : Mediafire / Rapidshare

Hanya aksi seketika oleh Pires di dalam perlawanan ini, so aku agak kecewa apabila idola aku ini tidak dapat beraksi selama 90 minit perlawanan... Aksi bersahaja kedua-dua pasukan yang kadang-kadang tu buat aku kecut perut melalui serangan Villareal yang cukup efisien di separuh masa pertama membuatkan aku agak kangen dengan result yang bakal dihadapi Arsenal sekiranya taktikal tidak ditukar dan suasana kelam-kabut di pertahanan tidak diatasi. Percubaan pertama Villareal yang tepat ke arah gol melalui tandukan Capdevilla berpunca dari sepakan penjuru diselamatkan oleh Clichy di atas garisan.

Rembatan jarak jauh oleh Marcos Senna menghasilkan gol pertama buat Villareal pada minit ke 10 setelah ruang yang diberikan cukup besar baginya untuk melakukan rembatan yang sukar untuk diselamatkan, apatah lagi pergerakan bola agak curl di hadapan Almunia. Asakan yang dialami oleh Almunia sehingga dia mengalami kecederaan sebelum pintu gol nya dibolosi memaksa Wenger memasukkan Fabianski untuk menjadi benteng terakhir Arsenal.

Separuh masa pertama sememangnya dikuasai oleh Villareal apatah lagi serangan Arsenal mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan dan penjaga gol apabila hantaran lintang yang kerap dilakukan oleh Nasri, Sagna dan Walcott bagaikan tiada erti. Kawalan ketat ke atas target men iaitu Adebayor sememangnya menyukarkan pergerakan Arsenal. Gallas yang mengalami kecederaan di bahagian lutut kanannya terpaksa digantikan oleh Djourou setelah dia dilihat tidak mampu meneruskan permainan.

Sehinggalah bermulanya babak kedua, Arsenal mula menyusun rentak permainan dan banyak menguasai bola. Beberapa peluang dicipta dan kesabaran terbalas apabila bola lambungan Fabregas ditap kemas oleh Adebayor menggunakan dada dan melakukan aksi akrobatik ala-ala killer takraw menewaskan Diego Lopez. Dan apa yang menarik bagi aku mengenai perlawanan ini adalah corak permainan bersahaja oleh kedua-dua pasukan, permainan mental dan juga skill-skill yang dilakukan pemain sekurang-kurangnya tidak melenakan aku yang letih gila.

Dengan 3 gol dalam 2 aksi, Adebayor sememangnya telah kembali ke tahap terbaiknya walaupun pada separuh masa pertama aksinya kelihatan kaku dan kapten Arsenal yang juga menginspirasikan gol penyamaan dengan ketiga-tiga gol jaringan Adebayor dihasilkan melalui sentuhannya menunjukkan betapa pentingnya pengaruh Fabregas di dalam pasukan. Bekalan away gol yang akan dibawa ke Emirates untuk aksi timbal balik nanti adalah berita positif apatah lagi pemain-pemain seperti Eduardo dan van Persie berpeluang besar berada di dalam pasukan tetapi khidmat Gallas dan Almunia mungkin terpaksa dilupakan pada aksi pusingan kedua nanti. Positifnya, slot separuh akhir kelihatan amat cerah untuk diisi Arsenal!

UEFA Champions League Quarter Final - 1st Leg: Villareal vs Arsenal


Time : 2:40am (My)
Live on Star Sports
Streaming : Here