Ahad, 28 Mac 2010

Optimistik atas dasar Kalkulus


Ramai memperkatakan harapan menjulang trofi liga sudah ranap tetapi metamatiknya belum lagi, dua mata digugurkan di minit akhir membuatkan Arsenal tergelincir 4 mata di belakang MU dan 3 mata di belakang Chelsea yang mudah menewaskan lawan masing-masing. Jadi Arsenal diposisi pengharapan, mengharapkan gameweek seterusnya keputusan seri di Old Trafford apabila MU menerima kunjungan Chelsea manakala Arsenal pastinya perlu memastikan 3 mata penuh dijelmakan sewaktu menentang Wolves nanti. Seri ini bermakna Arsenal gagal meneruskan 6 kemenangan berturut-turut yang dicapai sebelum ini.

Mungkin banyak faktor yang mencederungkan Arsenal mencicirkan dua mata di St Andrews. Pilihan kesebelasan utama, hilang fokus, strategi tidak begitu menjadi dan pastinya permukaan padang yang dilihat kurang memuaskan. Bermula aksi sehingga penghujung April nanti membuatkan Arsenal akan beraksi 3 hari satu perlawanan maka sememangnya kita tidak dapat melihat Wenger meletakkan kesebelasan pilihan utamanya dan terpaksa melakukan rotation yang juga gamble bagi memastikan jumlah kecederaan diminimumkan tatkala beberapa individu masih lagi bergelut mendapatkan kecergasan terbaik. Howard Webb? Sudah aku jangkakan daripada referee dungu botak ni.


Dan tindakan Wenger memasukkan Nasri dan Arshavin membuahkan hasil tetapi kegagalan menggunakan kelebihan jaringan Nasri dengan memasukkan sama ada Eboue atau pun Silvestre dalam memperkukuhkan pertahanan memakan diri dan akhirnya Philips menjaringkan gol berharga buat Birmingham. Dou impak daripada pemain gantian tetapi tidak cukup bermakna buat Arsenal. Jika diimbas, posisi ofsaid Chucho tidak diendahkan penjaga garisan dan memberikan kelebihan buat Philips dan Almunia yang tidak berada di posisinya terkapai-kapai menolak bola keluar, memalukan!

Permukaan padang? Apa yang boleh kita jangkakan di luar Emirates? Terpaksa kita harungi, jika masuk akal, mungkin lepas ni kena propose tambahan padang latihan di mana permukaan padang latihan tidak begitu rata dalam memastikan permainan Arsenal dapat disesuaikan dengan permukaan padang kurang baik di tempat lawan dan pastinya JJB Stadium menjadi satu lagi permukaan padang yang aku rasakan mampu mengganggu permainan Arsenal. Kredit aku berikan kepada Birmingham yang kelihatan cukup berdisiplin mengawal kubu mereka dan banyak mematahkan serangan Arsenal, jadi tidak hairan MU dan Chelsea memperoleh 1 mata sahaja di St Andrews juga. Aku masih lagi optimistik!

Rabu, 24 Mac 2010

Mata Berharga, Kehadiran Semula Van Persie ke Kem Arsenal dan Kegagalan Mendapatkan Vermaelan pada Aksi di St Andrews

Panjang tajuk, banyak sangat tak update. Ok, 3 mata berharga diperolehi di Emirates walaupun bermain lebih daripada 45 minit setelah Vermaelan dikeluarkan oleh Martin Arkinson yang boleh aku perkatakan keputusan tidak munasabah. Gol jaringan Denilson yang dirancang antara dia dan Bendtner sekali lagi membuktikan Bendtner semakin baik permainannya, begitu juga Denilson. Dan pastinya Almunia antara watak penting yang menukarkan semangat Arsenal lebih hangat setelah berjaya menyelamatkan sepakan penalti Diamanti yang juga terpancar di wajah Campbell kelegaan.

Boleh aku perkatakan kini pemain semakin matang mengawal permainan walaupun beraksi 10 pemain dan pastinya ini juga merupakan elemen mental cukup baik. Gol kedua yang tercipta hasil kerja keras Fabregas disusuli lorongan cantik Eboue yang kemudiannya dikawal Fabregas ditampan oleh Upson yang menghadiahkan penalti buat Arsenal. Dan Fabregas menambah gol ke 15 liga musim ini, percapaian cukup membanggakan daripada talisman yang banyak mempengaruhi kedudukan Arsenal sekarang.

Sementara itu di Holland, van Persie secara rasminya menyatakan dia sudah pulih daripada kecederaan panjangnya sewaktu beraksi bersama negaranya tetapi dia mungkin akan kembali menyarung jersi Arsenal di penghujung bulan ini jika dia mampu mendapatkan match fitness. Tonik buat Arsenal dengan kembalinya dia ke pangkuan Arsenal, begitu juga Gallas yang kemungkinan besar pulih selepas aksi di Emirates menentang Barcelona.

Dan rayuan Arsenal bagi menggelakkan Vermaelan daripada terlepas aksi di St Andrews nampaknya gagal setelah FA secara rasminya menolak rayuan berkenaan. Ini bermakna, buat pertama kalinya perjalanan liga musim ini, Arsenal tanpa Vermaelan ketika menentang Birmingham nanti dan dia bakal kembali pada aksi menentang Wolves di Emirates, begitu juga Gallas. Pastinya Wenger akan merehatkan Campbell bagi memastikan dia betul-betul fit untuk menentang Barcelona nanti, jadi bolehlah kita predict Wenger akan memasangkan Song dan Silvestre di bahagaian center back.

Maaf sebab posting agak lambat, busy dengan kerj dan letih sebab dari hujung minggu sampai sekarang memang aktiviti padat. Apa-apa pun, kita semakin cerah untuk mencapai impian meraih trofi pertama ke Emirates. Keep the belief!

Jumaat, 19 Mac 2010

Undian Menarik!


Buku bertemu ruas, mungkin itu paling sesuai untuk memperkatakan apabila Arsenal diundi bertemu Barcelona di suku akhir UCL dan pemenang aksi timbal balik ini akan menanti lawan di antara CSKA Moscow dan Inter Milan. Mungkin ada menganggap Arsenal menemui jalan paling sukar di suku akhir dan mungkin juga memperkatakan Arsenal perlu beraksi dengan pasukan kuat di Eropah untuk membuktikan sesuatu. Diteliti, kedua-duanya dirangkumkan jadi aku percaya aksi timbal balik ini paling diberikan tumpuan dibandingkan suku akhir lain.

Mungkin boleh aku perkatakan musim ini cukup menarik dan mencabar bagi kedua-dua pasukan. Arsenal dengan misi mendapatkan trofi pertama ke Emirates dan mematikan mulut-mulut pengkritik manakala Barcelona yang dilabel sebagai skuad 'sempurna' pastinya mahu mencapai prestasi kemuncak musim ini seperti juga musim lepas yang menyaksikan mereka memperolehi 6 trofi. Menarik bunyinya.

Dan pastinya UCL musim ini juga memperlihatkan beberapa pemain dan jurulatih beraksi menentang bekas pasukan mereka, antaranya Kaka vs AC Milan, Benzema vs Lyon, Beckham vs MU dan pastinya Maurinho vs Chelsea manakala Arsenal akan berhadapan dengan bekas talisman Arsenal iaitu TT manakala Fabregas akan menentang bekas akademinya yang juga kononnya cukup sinonim tersebar khabar-khabar angin ingin menyunting Fabregas kembali. Jadi pertemuan ini cukup menarik, pastinya tiada apa yang lebih menarik bagi menceritakan corak permainan kedua-dua pasukan, semua pun tahu!

Optimistik aku memperkatakan Arsenal sekali lagi akan menumbangkan bekas juara, seperti dilakukan sewaktu menentang Milan. Dan aku tidak gemar dengan philosophy di mana 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'! Kerana aku percaya, saingan liga mahu pun UCL, kedua-duanya penting, kedua-duanya perlu ditamatkan sebaik mungkin dan kedua-duanya ingin dimenangi! Jadi, tidak bermakna lawan seperti Barcelona ini perlu takut walaupun ada memperkatakan Barcelona adalah dari 'planet lain' tetapi mereka tetap manusia, bukan sempurna.

Jadi aku tidak mahu fikirkan Barcelona sekarang, aku mahukan fokus ke arah Emirates dalam pertemuan menentang West Ham Sabtu ini. Begitu juga Wenger; 'West Ham is my priority, not Barcelona'. Dengan Fabregas, Rosicky dan Song kembali ke dalam skuad, ini merupakan tonik kembali untuk Arsenal. Di bawah aku selitkan jadual pertemuan UCL Arsenal untuk korang semua.

1st leg
Arsenal v FC Barcelona
To be played at Emirates Stadium
Wednesday 31st March 2010

2nd leg
FC Barcelona v Arsenal
To be played at Camp Nou, Spain
Tuesday 6th April 2010

Semi Finals

1st leg
FC Internazionale Milano or CSKA Moskva v Arsenal or FC Barcelona
Tuesday 20th April 2010

2nd leg
Arsenal or FC Barcelona v FC Internazionale Milan or CSKA Moskva
To be played at Emirates Stadium

Wednesday 28th April 2010


Khamis, 18 Mac 2010

Undian Suku Akhir UEFA Champions League , Yang Manakah Pilihan Anda?


Sudah termaktub 8 pasukan ke suku akhir dengan England dan Perancis menghantar dua wakil mereka sementara Jerman, Russia, Sepanyol dan Italy masing-masing dengan satu pasukan. Jika tiga musim lepas England gah dengan sekurang-kurangnya tiga pasukan, musim ini bilangannya dikurangkan dan bagi aku, ia adalah suasana lebih baik kerana aku percaya, di peringkat suku akhir aku lebih inginkan kepelbagaian kelab dari serata Eropah.

Arsenal, MU, Lyon, Bordeaux, Barcelona, Bayern Munich, Inter Milan dan CSKA Moscow adalah 8 pasukan yang berjaya tampil ke suku akhir musim ini. Dengan Santiago Bernebau merupakan destinasi final nanti, untuk sekelian kalinya menunjukkan bahawa tuan rumah final bagaikan menerima badi untuk menjuarainya. Jadi tidak hairan kononnya 'Galacticos' berubah menjadi 'Galatikus'.

Undian akan dilakukan di Nyon, Switzerland pada jam 11 pagi, 19 Mac 2010, di sana yang juga bersamaan pukul 7 petang di sini. Untuk pusingan suku akhir, undiannya tidak sama seperti di dalam kumpulan mahu pun round 16 di mana tiada pengecualian di antara kelab sesama negara mahu pun sekumpulan. Jadi siapakah lawan Arsenal nanti? Tekaan anda?

Tiada lagi istilah pasukan ayam, semuanya sudah membuktikan sesuatu sehingga ke suku akhir. Pusingan pertama akan dilangsungkan pada 30 atau 31 Mac manakala pusingan kedua pada 6 atau 7 April. Buatlah prediction anda yaa..hehe

Selasa, 16 Mac 2010

Happy Birthday, Theo and Rynn


Kek hari jadi Walcott, cute jer..hahaha

Selamat hari jadi ke 21 buat Theo Walcott, semoga sukses bersama Arsenal dan membantu Arsenal memenangi trofi pertama ke Emirates serta pastinya terbang bersama skuad England ke Afrika Selatan.

Birthday boy bersama gilfriend dia, Melanie Slade

Gareth Bale pun ada, walaupun Spurs tapi dorang dulu pernah bermain bersama dalam skuad remaja Southampton. Dia juga memakai baju 'Get Well Soon, Aaron Ramsey', countryman yang sama, Welsh.


Arshavin, Campbell dan Eduardo juga datang bersama orang rumah masing-masing, dorang setia so takde ambil bini orang macam JT..haha

Buat Rynn aka gf aku, selamat hari jadi, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan hepi selalu. Teruskan menggunners..hehe

16 Mac 2010

Ahad, 14 Mac 2010

Gameweek 30: Hull City vs Arsenal - Post Match


Berdebar jer jantung aku sejak minit 60 sehinggalah Bendtner akhirnya memastikan Arsenal memperolehi 3 mata penuh. Ada benar apa yang diperkatakan Wenger sewaktu post match aksi menentang Burnley, semua game lepas ni perlukan konsentrasi begtu juga apa yang aku perkatakan pada preview aksi ini. Walaupun Hull terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Boateng dilayang kad kuning kedua yang juga membawa kepada kad merah, Arsenal memerlukan 50 minit untuk mendapatkan gol kemenangan, sesuatu yang aku boleh simbolikkan kemenangan paling sukar buat musim ini [sehingga kini].


Pembukaan gol pada perlawanan ini tidak mengambil masa yang lama, cukup dengan 14 minit setelah lorongan Bendtner dikawal kemas oleh Arshavin menewaskan dua pertahanan sebelum menolak bola ke posisi yang sukar dikawal Myhill. Gol ini juga membawa maksud, Arsenal akhirnya berjaya menjaringkan gol di bawah masa 15 minit pada musim ini. Seperti yang Wenger perkatakan, Bendtner bukanlah Bendtner yang dulu, dia juga mampu untuk create gol kepada teammates dan pastinya Bendtner tampak semakin baik bermain sebagai center target.


Dan game ini pastinya tidak luput dengan kontroversi. Boateng yang ternyata menolak muka Bendtner sepatutnya dilayangkan kad merah lebih awal akan tetapi pengadil memberikan Bendtner dan Boateng layangan kad kuning, sesuatu yang tidak adil. Pastinya game ini aku kurang berpuas hati sama ada keputusan daripada pengadil mahupun penjaga garisan. Dan ianya berterusan dengan menghadiahkan penalti kepada Hull City. Ofsaid, dive, kad kuning kepada Campbell, poor decision yang dilakukan oleh pengadil dan penjaga garisan. Waktu rehat, John Dykes menanyakan adakah Campbell layak mendapatkan kad merah disebabkan dia pemain terakhir sebelum penjaga gol, jika itu berlaku, pengadil memang sial!

Keluarnya Boateng setelah menerima kad kuning kedua ke atas kekasaran dilakukannya ke atas Sagna membuatkan fans Hull berang. Pemain Arsenal di-boo sehingga tamat permainan tapi langsung tidak melemahkan pemain Arsenal. Bermula babak kedua sehingga tamat, Arsenal memang beraksi di bawah kemampuan dek kerana permukaan padang yang cukup buruk yang membuatkan setiap passing tidak tepat. Kemasukan Walcott menggantikan Eboue memberikan pace kepada Arsenal dengan promising cross tetapi masih belum optimum. Dan kemasukan Eduardo menggantikan Nasri lebih kepada memantapkan serangan dan hasilnya Bendtner berjaya menyudahkan bola muntah rembatan Denilson yang gagal dikeluarkan Myhill daripada kawasan gol. 6 gol untuk 5 perlawanan, sesuatu yang cukup positif.

Dengan baki 8 perlawanan lagi bakal diharungi, di mana 4 daripadanya adalah away dan home, impian mencari kejuaraan utama sejak 5 tahun semakin cerah. Pastinya Arsenal tidak mahu keciciran mata dan mengharapkan pencabar Chelsea dan MU menggugurkan mata. West Ham (H), Birmingham (A), Wolves (H), Spurs (A), Wigan (A), City (H), Rovers (A) dan Fulham (H) adalah baki perlawanan yang bakal diharungi. Kita fokus satu persatu dan jika ramalan Wenger juara musim ini memerlukan 83-85 mata, kita berada di kedudukan cukup baik, 20 mata daripada 8 perlawanan cukup memadai. All the best!

Notes:
Pembelian berharga aku untuk fantasy minggu ni, Nicklas Bendtner..hehe

Sabtu, 13 Mac 2010

Gameweek 30: Hull City vs Arsenal - Preview


Berbanding musim-musim lepas, aksi liga musim ini lebih mencabar dengan tiga saingan utama untuk kejuaraan liga begitu juga perebutan slot terakhir liga juara-juara Eropah direbut oleh 5 pasukan termasuk juga saingan penyingkiran liga di mana kedudukan 17 sehingga 20 hanya dibezakan 5 mata sahaja dengan baki perlawanan cuma tinggal 8 perlawanan sahaja, ia pastinya musim cukup menarik. Jika begitu, Arsenal memerlukan konsentrasi cukup tinggi, diinspirasi dan pastinya semangat melawan cukup kuat tatkala kecederaan pastinya melanda selepas setiap perlawanan. Dengan ketiadaan talisman Fabregas, Sagna, Song, Campbell, Gallas dan termasuk senarai panjang kecederaan van Persie, Aaron Ramsey, Johan Djourou dan juga Kieren Gibbs pastinya sedikit sebanyak menganggu kempen di liga mahu pun di Eropah. Akan tetapi kelibat beberapa pemain yang menunjukkan peningkatan seperti Samir Nasri, Abou Diaby, Rosicky, Eboue dan Bendtner memperlihatkan skuad Arsenal semakin hari semakin bercambah option bagi Arsene Wenger.

Peningkatan mendadak terutamanya daripada Nasri, Eboue dan Bendtner pastinya melegakan kita semua tetapi pujian yang diberikan bukanlah boleh berdabik dada secepat mungkin kerana perjalanan musim ini masih lagi berliku tetapi komen positif ini sedikit sebanyak pasti mampu menaikkan moral pemain. Boleh juga aku perkatakan pemain Arsenal mampu membuktikan sesuatu yang mereka miliki dan membalas kepercayaan Wenger serta peminat. Mungkin insiden yang sedikit sebanyak bermula daripada musim lepas sehingga ke musim ini antara Arsenal dan Hull City sedikit sebanyak menaikkan emosi permainan. Apatah lagi Hull City yang agak lama menunggu kedatangan Arsenal akhirnya tidak dapat mengawal perasaan sesama mereka sehingga ada perselisihan faham antara Bullard dan Barmby sewaktu sesi latihan, macam ni pun ada gak.

Jika permulaan musim lepas mereka cukup garang tetapi pada musim ini terpaksa bergelut untuk menggelakkan penyingkiran di mana mereka berada di posisi kedua bawah liga, sama ada ini berita baik buat Arsenal atau tidak tetapi bagi aku Arsenal perlu fokus, tidak memandang rendah lawan dan pastinya pasukan yang bergelut di dalam zon penyingkiran ini pastinya akan bermain bermati-matian untuk menggelakkan disingkirkan. Statistiknya Hull City merupakan pasukan yang melepaskan 6 gol sendiri, cuma 6 kemenangan daripada 50 perlawanan liga terakhir mereka dan pasukan paling banyak memboloskan gol, ini pastinya musim terburuk mereka. Tetapi jika ia dilihat mudah, pasti akan memeakan diri Arsenal tetapi aku percaya pemain yang semakin matang pastinya mampu memperoleh 3 mata berharga di KC Stadium. Bak kata Clichy, menang liga musim ni lebih hebat dari team Invincibles, mungkinkah Invicibles II? Kita nantikan sehingga May nanti.

Prediction:
Hull City 0 - 2 Arsenal
Scorer: Bendtner, Abou Diaby

Rabu, 10 Mac 2010

Give me 5!

Aku rasa pagi tadi aku macam orang gila jerit awal pagi buta melayan bola dengan roommate yang juga fan Arsenal serta mengejutkan tidur penyokong Liverpool dan Chelsea yang serumah..hahaha. Ternyata pembawakan strategi sewaktu menentang Burnley oleh Wenger kembali diadaptasi dengan Nasri sebagai arkitek utama menjelmakan sesuatu yang cukup manis di bulan Mac ini. Jika dilihat kembali aksi di Emirates sewaktu menentang Burnley, Nasri diberi ruang cukup besar untuk berkreativiti dengan thru pass, dribble dan smart play di mana Fabregas dan Diaby lebih ke belakang memberikan penguasaan utama jentera tengah kepadanya dan sekali lagi, Nasri membuktikan dia merupakan individu yang juga mampu menginspirasikan pasukan.


Dengan kecederaan tidak putus-putus apatah lagi kehilangan talisman Fabregas bersama-sama mantan kapten Gallas sebelum 1st leg lagi, banyak memperkatakan laluan Arsenal agak beranjau untuk mara ke suku akhir akan tetapi segala dimudahkan melalui permainan Arsenal yang sebenar. Sol Campbell yang buat julung kalinya memakai jersi merah putih Arsenal di Emirates sejak perpindahan Januari lepas melakukan 2nd home debut bersama Arsenal. Aksi di awal permainannya memperlihatkan dia agak kucar-kacir, tertekan tetapi kembali memperbaiki permainannya bersama Thomas Vermaelan. Clichy boleh aku perkatakan permainan terbaiknya musim ini sehingga semalam menunjukkan dia semakin mantap membuat overlapping dan bertahan begitu juga Sagna yang kelihatan kurang ke atas bagi memastikan asakan Porto dicantas selain membantu Campbell di bawah. Almunia, steady aku lihat sekarang sejak bergaya ala-ala macam orang tak reti bergaya..haha.

Berbalik di jentera tengah dengan Song seperti biasa sebagai pelindung pertahanan dan juga bertugas dalam memastikan Arsenal mendapatkan bola dari kaki lawan membuatkan permainannya semakin hari semakin nampak mudah. Dan pastinya gandingan Nasri dan Diaby cukup bertenaga, Diaby yang menjalani musim terbaiknya bersama Arsenal musim ini berjaya menambahkan kelebihan fizikal dan ofensif di bahagian tengah serta memberikan ruang cukup besar untuk Nasri, Rosicky dan Arshavin berkreativiti mengugat pertahanan lawan dan tampak cukup berjaya. Jaringan hebat oleh Nasri dan assist menarik oleh Arshavin dengan setup 3 gol membuktikan ini semua.


Pastinya Bendtner berada dalam lamunan indah setelah gagal menjaringkan sebarang gol sewaktu menentang Burnley di mana peluan cukup besar terhidang tetapi aku percaya dia mampu menimbal balik kegagalannya dan akhirnya, buat pertama kalinya dia berjaya menjaringkan hatrik bagi karier professionalnya buat kali pertama. Dan masih banyak lagi mampu dilakukannya dan aku juga yakin dia cukup berkerja keras apatah lagi dengan usia mudanya menampakkan dia semakin yakin dan berselera mencari gol buat Arsenal. Tak perlu kasut pink, kasut putih pun bole skor hatrik..hehe. Adebayor WHO?

Kemasukan Eboue yang menggantikan Sagna bagi mengimbangi serangan dan permainan bertahan menjadi bonus apabila dia menjaringkan gol keempat Arsenal dan membuatkan Arsenal memperolehi penalti di hujung permainan. Walcott dan Denilson pula dimasukkan bagi memastikan pace masih ada buat Arsenal dan mengawal permainan. Dengan dua kejuaraan masih dalam pemburuan, kedua-dua kempen tampak cukup positif dan setiap perlawanan harus diharungi dengan fokus dan komitmen. Dan kunjungan ke Hull City nanti pastinya cukup dinanti-nantikan apatah lagi aksi di Emirates sebelum ini cukup berkontroversi. Sehingga ke post mendatang.



Ahad, 7 Mac 2010

Khas buat Aaron Ramsey!


Fokus dan keinginan ditunjukkan pemain Arsenal telah membuktikan respon yang cukup membanggakan. Sejak tewas kepada Chelsea di Stamord Bridge, kita ketinggalan 9 mata, secara terangan dikatakan terkeluar dari saingan liga tetapi sekarang kita kembali menyamakan 9 mata tersebut walaupun pada ketika ini Chelsea kurang satu perlawanan. Terpikir juga aku muka-muka yang cukup tegar mengkritik, tunjuk la muka sikit sekarang ni, takkan hari tu dah bersuara lantang sekarang ini menyorok, loser!

Boleh aku perkatakan game semalam adalah aksi membuktikan kritikan cukup salah, daripada aksi permainan Arsenal dikritik kerana sukar untuk menentang pasukan fizikal, Theo Walcott yang kononnya dikatakan tidak layak bersama skuad England dan bermacam lagi agenda-agenda yang tertera di dalam media British. 3 gol cantik walaupun banyak peluang disia-siakan aku rasa sudah memadai menceritakan semua.

Separuh masa pertama aku dapat highlightkan tiga perkara utama, permainan Walcott yang agak kurang memberangsangkan yang aku rasakan mungkin terjejas atas kritikan yang diterimanya sewaktu bersama England menentang Mesir, pemain Arsenal berhati-hati dalam setiap tackle dan terjahan keras di hujung babak pertama pemain Burnley ke atas Walcott tak hairan membuatkan pemain dan peminat Arsenal melenting.


Tetapi gol menarik Fabregas hasil hantaran kemas Nasri berjaya meletakkan Arsenal di hadapan sebelum dia dikeluarkan kerana kecederaan hamstring. Sebelum gol dijaringkan, dia kelihatan berborak dengan physio Arsenal jadi aku jangkakan hamstring yang dialaminya bukanlah begitu teruk, jadi tindakan menggeluarkannya daripada permainan lebih kepada berhati-hati. Jadi Diaby yang baru pulih daripada kecederaan menggantikan Fabregas kembali berpasangan dengan Nasri.


Aksi babak kedua cukup menyerlahkan permainan Nasri, Bendtner dan Walcott. Dengan larian menggelirukan lawan oleh Nasri membuatkan kedudukan posisi pertahanan Burnley kucar-kacir dan sejak pertama kali dia dikatakan bakal menyarung jersi Arsenal, aku cukup teruja kerana aku amat meminati teknik dribble nya. Dan Walcott yang menerima kata semangat oleh Wenger sewaktu rehat kembali membuktikan kritikan ke atasnya dengan pace, larian dan juga crossing cukup promising untuk menambahkan gol tetapi banyak dipersia-siakan Bendtner. Akhirnya, dia sendiri menambah jaringan kedua Arsenal setelah Nugent menyamakan kedudukan.

Bercakap mengenai Bendtner, kita sudah pasti kecewa kerana dia gagal menjaringkan sebarang gol semalam tetapi bagi aku, dia pastinya lebih kecewa tetapi cuba untuk sembunyikannya walaupun menyimpul senyuman apabila dikeluarkan. Apa yang aku rasakan dia cuba membuktikan finishing dia lebih baik dengan cuba untuk plessing ball ke posisi yang sukar di jangkau penjaga gol tetapi semalam bukan hari nya, perlu diingat, bukan sahaja Bendtner, tetapi van Persie juga pernah mengalaminya. Jika kena harinya untuk Bendtner semalam, defisit 6 gol antara Arsenal dan MU mampu dikurangkan. Cuma paling tidak pun, sejak dia pulih dari kecederaan, kerajinan dan keinginan dipamerkan perlu juga diberikan kredit.


Dan gol di minit 90 oleh Arshavin yang juga baru pulih dari kecederaan memastikan kemenangan buat Arsenal cuma apa yang aku perhatikan Arshavin musim ini cukup mengecewakan. Dia kurang semangat sepasukan, sesuatu yang merisaukan.

Jadi tiga mata berharga berjaya dikutip, dengan aksi UCL menanti kunjungan FC Porto, keputusan baik diperlukan untuk Arsenal berada di suku akhir dan pastinya kemenangan serta clean sheet akan memastikan Arsenal layak. Selepas ini aksi menentang Hull City yang aku rasakan perlu fokus 100% oleh pemain serta isu-isu sejak musim lepas sehingga sekarang antara Arsenal dan Hull City akan dibuktikan di atas padang siapa lebih baik. Get well soon Ramsey!

Arsenal 3 - Burnley 1

Tiada apa yang patut di perkatakan atas game semalam.
walau menang 3-1 ke atas Burnley, aksi hampe Bendtner dan Walcoot yang terlalu memaksakan diri amat mengecewakan Q.
bila di kira2 peluang keemasan, untuk Bendtner sahaja ada 9peluang yang boleh menjadi gol, Walcoot sendiri ada 5 peluang.
Walau point yang sama dengan Chelsea, namun Chelsea memiliki Advantage 2 gol untuk kedudukan di tempat kedua.
Cescs yang di keluarkan 5 minit selepas jaringan gol 1 Arsenal, sedikit merisaukan Q.
Ada sumber yang mengatakan kalau Cescs mengalami kecederaan pada bahagian Lutut sama seperti masa depa alami ketika menentang Astonvilla yang menyaksikan Gol kemenangan dimulai dari gol cescs sendiri.
mula2 bengang jugak tengok leading 1 gol dah mula simpan pemain untuk CL rabu suboh nie Vs Porto.
last last dapat tau yang Cescs mendapat kecederaan, memang risau jugak larr sikit.

Lapangan Tengah sepenuhnya di kuasai Arsenal, lagi di tambah masuknya Adik Angkat Bro Hafez, betoi2 menjadi lar dia tahun nie broo.
sayang penyudah yang tumpul, belom sempat asah kasih tajam.
memang Geram betoi larrr tengok Bendtner, hampe gilerrrrrrrrrrr.

Kalau time main ngan Porto cam nie jugak, aku kumpol duit, gi Emirates special ketuk kepala dia yang tinggi tu.

P/s :
Whilsere score gol kungfu kata bro Hafez, harap2 balik dari bolton nanti, tambah power.
( kene minum bebanyak power root ).

Sabtu, 6 Mac 2010

Pre : Arsenal vs Burnley.

Arsenal yang berada di kedudukan ke 3 dengan 3mata dibawah Chelsea, harus menang besar malam nie selain mengekalkan cabaran untuk gelaran juara BPL musim nie, The Young Gunners tidak patut mempersia sia kan pengorbanan Ramsey yang patah kaki akibat terjahan ganas Ryan Shawcross.
Burnley akan bermain dengan suasana berkabung atas meninggalnya orang tua Alex MacDonald dan Adam Blacklaw yang juga orang tua nya meninggal minggu lepas.
AW melakukan dua perubahan paksa untuk mengatasi kehilangan Alexander Song yang terkena hukuman gantung 2 perlawanan , dan Aaron Ramsey yang patah kaki. Abou Diaby ( Adik angkat Bro Hafez ) dan Andrei Arshavin akan kembali memperkuat Arsenal.
Burnley berharap kembali diperkuat leading scorer mereka Steven Fletcher, yang patah tangan. Sedangkan Alexander Graham, juru latih yang turut bermain diperkirakan akan kembali setelah lima minggu absent.

Tuan Rumah.
Arsenal betol2 merasai kehilangan khidmat intan payung kita RVP, kemenangan demi kemenangan yang di raih hanya bermodalkan semangat berpasukan dan sedikit bernasib baik dengan barisan hadapan yang tumpul sedikit di ceriakan Bendtner akhir2 nie. Arshavin yang semakin belagak, tak tau cam ner nak becakap pasal mamat Russia satu nie.
RVP yang di jangka come back April nie, sangat Q rindukan sekali.

10 last game Arsenal.
Feb 27 '10 Stoke City - Arsenal 1-3 W
Feb 20 '10 Arsenal - Sunderland 2-0 W
Feb 10 '10 Arsenal - Liverpool 1-0 W
Feb 07 '10 Chelsea - Arsenal 2-0 L
Jan 31 '10 Arsenal - Manchester Utd 1-3 L
Jan 27 '10 Aston Villa - Arsenal 0-0 D
Jan 20 '10 Arsenal - Bolton 4-2 W
Jan 17 '10 Bolton - Arsenal 0-2 W
Jan 09 '10 Arsenal - Everton 2-2 D
Dec 30 '09 Portsmouth - Arsenal 1-4 W

Squad Predict: 4-3-2-1
Almunia
Sagna - Sylvestre - Vermaelen - Clichy
Diaby - Cescs - Nasry
Walcoot - Arshavin
Bendtner

Burnley.
Tak banyak yang Q dapat dari Giant killer nie.
Separuh musim pertama hampir jer masuk top 10, mungkin ramai kecederaan 1st 11 yang selalu menyaksikan Burnley tumpas di separuh musim ke 2 nie.
Gah di kandang sendiri, terkulai di kandang lawan, itu lah hakikat permainan Burnley di akhir - akhir nie.
Bukan bermakna Arsenal boleh leka, memandangkan Wolverhampton pon boleh tundukkan Totteham di rumah dan penyokong Totteham itu sendiri.
( Tapi Burnley, Q minta maaf dulu ye... INI ARSENAL LARRR BUKAN totteham :p wakakakakaka ).

Last 10 game Burnley.
Feb 27 '10 Burnley - Portsmouth 1-2 L
Feb 21 '10 Aston Villa - Burnley 5-2 L
Feb 09 '10 Fulham - Burnley 3-0 L
Feb 06 '10 Burnley - West Ham Utd 2-1 W
Jan 30 '10 Burnley - Chelsea 1-2 L
Jan 26 '10 Bolton - Burnley 1-0 L
Jan 16 '10 Manchester Utd - Burnley 3-0 L
Dec 28 '09 Everton - Burnley 2-0 L
Dec 26 '09 Burnley - Bolton 1-1 D
Dec 20 '09 Wolverhampton - Burnley 2-0 L
Score Predict:
Expert predict Arsenal menang 2 gol lebih.
Q Predict:
Arsenal 4
Burnley 0





Jumaat, 5 Mac 2010

Juventus mimpi indah tengah hari.

tergelak aku baca berita, Juve nak tukar RVP intan payung kita dengan product gagal FILLIPE MELO.
tu larr musim lepas AW nak beli, belagak, begayo, nak gaji besar konon pergi Juve, last last juve jadikan umpan untuk beli RVP :p wakakakaka padan muka lu melo
hei melo lu macam cacing larrr untuk jadi umpan jerrr.
Jangan bermimpi larrr Juve nak RVP, our Gunners not for sale.
yang blah blah tu semua gila kan duit, depa ingat wang boleh di bawa mati ( nak kubor dengan duit sekali kot ), nak kene tembak terus phobia pakai T-Shirt Arsenal pulak tu tak tau malu.

sekali lagi Chelsea Drop point, peluang Arsenal semakin cerah untuk merangkul gelar BPL ( jangan bab Champion, BPL AW persia sia kan ) macam yang lepas2.
lepas tumpas di tangan Man.C, kita Harap Chelsea akan tumpas di tangan Man U dan Liverpool atau pon kalah di tangan Totteham untuk memastikan saingan semakin rancak.

Arsenal HARUS memastikan 100% kemenangan yang berbaki 10 perlawanan jer, Totteham yang paling merisaukan Q bab main di tempat lawan.
Man. C dengan kekuatan penuh mungkin merisaukan barisan muda Arsenal, Tapi kita berharap jerr intan payung kita back on time dan terus On Fire kasih hantam sama si cilako punya Bayor.

Bab ulasan Arsenal Vs Burnley misi bayar hutang biar bro hafez yang posting.
mesti gempak nyerr.

Isnin, 1 Mac 2010

Adebayor takut.

lagi 1 bulan lebih Man. C berkunjung ke Emirates, Adebayor dah pon angkat bendera putih tinggi2.
Adebayor mencabar AW tuk berdebat depan2 media, bab siapa yang bertanggung jawab penuh perpindahannya ke Man. C.
BAyor cakap tak nak pindah tapi AW yang uruskan penjualan dirinya ke man. c ( nak simpati selepas kencing lebih, pergi mampos lar kau bayor, menyampah tengok muka burok engkau tu ).

Sememangnya Q pon ada merasa yang Adebayor nie akan kekal di emirates tapi sayang nak gaji tinggi.
Bila cam kita yang hidup susah ( Adebayor nie dulu orang susah kot ) ada chance kumpul duit selagi kita boleh, mesti lar kumpul bebanyak dulu, untuk masa depan.

Tapi tingkah laku si BAyor nie yang kurang ajor semasa Arsenal berkunjung ke man c, belagak masa jaringkan gol depan penyokong Arsenal ( nasib baik tak kene baling pisau ) dan yang paling tak boleh di terima tu pijak muke RVP, bangsat nie tak tau ke yang RVP nie intan payung kat ARsenal.

Tahan2 mental jer lar engko bayor masa game kat Arsenal nanti, kalau aku ada kat emirates, aku baling najis kat kerinting burok engko tu.

Sekilas nasib Ramsey selepas tackling yang mengerikan di Britannia Stadium.
Musim dah kompem habis, mengenai bila nak semboh, belom ada kepastian dari pihak Hospital.
Harap2 jer lar jangan sampai memadam habis kariernya selaku pemain Arsenal.