Selasa, 31 Mac 2009

So sorry dude!


Memang aku tak nafikan Hleb antara individu yang paling aku gemari sewaktu dia memakai jersi Arsenal tetapi dengan berpaling tadah menyarung jersi Merah-Biru dan mengeluarkan statement yang mengecewakan, sememangnya perasaan suka boleh bertukar menjadi benci. Apatah lagi Wenger, ramai mempersoalkan kenapa dia melepaskan Hleb ke Barca tetapi Hleb sendiri menyatakan hati dia sudah tiada di Arsenal, apa lagi yang mampu Wenger lakukan. Tetapi Wenger memang individu yang bijak berurus niaga, melepaskan Hleb yang berusia 28 tahun dan mendapatkan magician baru, iaitu Nasri, dengan ini jersi 13 Arsenal bukanlah bagi Hleb. Arsenal bukanlah seperti Spurs yang sanggup menjilat kembali ludah Robbie Keane, Arsenal perlukan pemain yang komited dengan pasukan dan berundur biarlah bersopan, fikirlah kalau bukan Wenger, aku pun tak kenal Hleb mahupun Belarus.


Jika permulaan musim dia banyak berbual bersama-sama Fabregas dan menceritakan keseronokan berada di Barca, akhirnya dia mengeluarkan statement yang benar-benar tidak mengejutkan bagi penyokong Arsenal iaitu penyesalan walaupun dia tidak menyatakan secara berterus terang. Kombinasi Hleb-Fabregas-Flamini-Rosicky memang penyumbang permainan yang cukup menghiburkan dengan corak permainan total football tetapi Arshavin/Walcott-Fabregas-Denilson/Diaby/Song-Nasri/Rosicky yang semakin mendapatkan keserasian dan beraksi lebih baik, aku pasti gabungan ini bakal beraksi lebih baik musim hadapan.

"I am not about to start doubting myself but it is only logical that I am unhappy. I would not be a good professional if I did not want more involvement in the team. I have spoken with Guardiola but what was said will stay between us. I told him that my desire is to prove that signing for Barcelona was not a mistake. I want to settle down in the team and I want to achieve great things. They are my direct rivals for a place in the team. These three (TT, Messi and Ineista) are the regulars but it’s no consolation to accept that I am behind them as the substitute. If I were 20 I would have time on my side but I am 28 so things are different.''


Jujurnya aku pun tak menyesal dengan pemergiannya, kita sudah berada di semi final FA Cup, berada di kedudukan keempat liga dan suku akhir UEFA Champions League, jadi bukanlah posisi yang semakin teruk jika dibandingkan dengan prestasi musim lepas di mana kita cuma beraksi sehingga suku akhir FA Cup dan UEFA Champions League dan menamatkan liga di kedudukan ketiga liga. Permulaan musim kita kehilangan Eduardo dan Rosicky (sehingga sekarang) diikuti long term injury oleh Walcott, Fabregas dan Adebayor, maka kita dapat melihat bebanan yang dipikul oleh van Persie, Bendtner, Denilson, Nasri, Song, Eboue dan Diaby yang memikul tugasan yang berat setelah kurang beraksi musim lepas sepatutnya dipuji bukanlah diherdik.


Apa-apa pun dengan kembalinya pemain-pemain utama seperti Fabregas , Silvestre, Eduardo dan Adebayor selepas kelayakan Piala Dunia ini bakal menyuntik semangat yang baru disamping memberikan segala tunjuk ajar kepada pemain muda untuk meneruskan tradisi permainan total football Arsenal. Dan mengenai Rosicky, dia juga masih berkeupayaan menyarung jersi merah dan putih di atas padang musim ini, masih ada harapan baginya untuk beraksi, mungkin tempoh sebulan ini, biarlah beraksi bersama skuad simpanan terlebih dahulu, yang pasti musim hadapan dia bakal menguatkan midfield Arsenal kembali.

Khamis, 26 Mac 2009

Taram punya taram..hahahaha

Memang agak lama untuk aku postingkan sebarang entry pasal Arsenal tapi belum terlambat untuk aku kutuk-kutuk glory-glory mancis dengan chelshit chelshit. OK berbalik kepada satu minggu yang cukup mahsyuk, kemenangan di St James Park, kemenangan besar Liverpool ke atas Aston Villa, kekalahan Chelsea oleh Spurs yang menggila apa ntah selepas mengalahkan Aston Villa tetapi kekalahan paling mahsyuk untuk diratapi adalah pasukan yang cukup angkuh, berlagak, bodoh sombong, sial apa lagi jer la yang buruk-buruk iaitu MU kepada Fulham dengan cukup menarik. Sudahlah...Naik geli-geleman aku tengok Liverpool bantai korang tapi tak cukup rasanya, kena lak dengan Fulham, gol lawa lak tu daripada Gera, disajikan pula aksi blocking ala-ala volley ball gitu oleh Scholes lepas tu Shrek huduh tak macam citer Shrek yang sopan tu memang patut di buang padang, jijik tengoknya, tapi serius beb, korang layan la highlights game tu, part paling best muka Ronaldo macam nak menangis, crying baby (babi pun boleh)...wakaka


Suka aku...hahahaha. Tu la kerek sangat, amik la tapi kalau diratap pada Sports Mail ke apa-apa news dari UK, macam biasalah, bukan dorang kena tembak sangat, nasib badan la Arsenal dengan Liverpool, dah jadi France B dengan Spain B, nak buat camne, sikit hal pun kecoh. Oh yaa, aku disini berada di belakang Fabregas, backing dia atas tuduhan daripada keparat Hull City yang menuduh Fabregas meludah ke kasut Lutong. Macam kelakor, suka hati jer nak buat statement jatuh maruah sendiri. Siap si Phil Brown tu cakap Fabregas tak patut masuk padang celebrate kemenangan, alahai, rule apa ni? Game dah tamat dah lama, apa masalah nyer dia nak masuk ke padang celebrate kejayaan pasukan? Ini home kami, apa hal nak kecoh kapten kami masuk padang lepas game? Syukurlah belum kena pizza kat muka, kalau teringin nak rasa, datang Emirates lagi lepas ni.


Tapi minggu international week ni memang potong stim, selain selalunya membawa khabar kurang senang melibatkan isu-isu sensitip bagi Arsenal iaitu kecederaan, berita lain tu agak la kurang. Mungkin pemain-pemain seperti Eduardo yang baru pulih daripada kecederaan dapat menggunakan aksi kelayakan Piala Dunia ini sebagai langkah mendapatkan fitness kembali tetapi bagi individu lain seperti Nasri, Gallas, Diaby, Clichy, Sagna [France], Toure, Eboue [Ivory Coast], Fabianski [Poland], van Persie [Holland], Ramsey [Wales], Bendtner [Denmark], Vela [Mexico], Djourou [Switzerland], Adebayor [Togo] dan Arshavin [Russia] yang pergi berjuang untuk negara sendiri, cuma apa yang aku harap pulang dalam kecergasan yang maksimum tanpa kecederaan dan bonus dengan prestasi lebih baik.

Nampak gayanya cuma Almunia, Denilson, Silvestre, Walcott, Fabregas dan Rosicky duduk lepak di London disebabkan tidak dipilih dan juga faktor kecederaan. Tetapi Almunia yang sanggap tidak beraksi bersama Spain sepanjang kariernya berkemungkinan besar mengisi borang permohonan kelayakan mendapatkan penduduk tetap UK yang juga bermakna kemungkinan besar baginya menyertai skuad England lebih cerah apatah lagi David James, Robert Green, Robinson dan si gigi jarang Carson gagal beraksi cemerlang untuk England, so peluangnya untuk merebut posisi penjaga gol England agak cerah tetapi dia perlu beraksi cemerlang bersama Arsenal bagi memancing si Cappello.


Semak-semak dalam Sports Mail aku terjumpa sesuatu yang macam nak percaya tapi tak nak percaya pun ada. Adakah jersi become legend kaler kuning yang digunakan sekarang bakal diubah warnanya kepada hijau? Ermm..korang rasa hijau ok ke kuning? Agak janggal juga sebenarnya kaler hijau apatah lagi sudah berkurun away jersi berwarna kuning tetiba jer nak guna kaler hijau, mungkin juga untuk mengimbau nostalgia 1982. Bagi aku, away kaler kuning lagi baik dari hijau. Mungkin player tak pakai lagi, so tak tau la nak cakap macamana, tengok la camne nanti...

Sabtu, 21 Mac 2009

Gameweeks 30 : Newcastle vs Arsenal - Preview


Ok kita lupakan seketika draw Champions League, lambat lagi aksi nya even bulan 4 aku rasakan bulan yang cukup compact dengan game yang mencabar tapi dengan kehadiran pemain-pemain yang long term injury, takde la masalah sangat. Gameweeks 30 adalah menentang Newcastle di mana Arsenal akan bertandang ke Magpies setelah 5 games diharungi dengan cukup baik. Dengan ketiadaan Shay Given di dalam Newcastle, aku merasakan peluang menjaringkan gol dengan jumlah yang melebihi nilai 1 adalah lebih cerah cuma mungkin Steven Taylor sebagai penghalangnya.

Joey Barton, Geremi dan Nicky Butt adalah bangsat-bangsat yang aku cukup aku tidak gemari, aksi terjahan keras serta permainan kotor mereka mungkin merisikokan pemain-pemain Arsenal. Kem Arsenal menyaksikan Almunia yang menerima terjahan keras El-Hadji Diouf di pergelangan kaki bakal kembali bersama-sama Eduardo yang baru pulih daripada kecederaan groin manakala Silvestre juga dikatakan sudah cukup fit tetapi aku tidak merasakan dia bakal diturunkan nanti.

Toure akan kembali mengetuai skuad Arsenal bersama-sama Gallas di bahagian center midfield setelah direhatkan sewaktu suku akhir FA Cup menentang Hull City begitu juga Clichy yang akan kembali di bahagian full-back kiri menggantikan Gibbs yang diberi peluang menonjolkan aksi yang cukup baik. Manakala Sagna si kuda jantan tak perlu dipertikaikan, fitness dia memang gila, so aku rasa amat mustahil la dia untuk tak beraksi.

Bahagian midfield bagi aku adalah lebih baik menggunakan Denilson dan Song di bahagian tengah di mana kombinasi mereka berdua bagi aku semakin ngam, cun melecun apatah lagi berjaya mengimbangi corak serangan dan bertahan jika dibandingkan dengan wujudnya di hantu galah bernombor 2. Dengan Walcott sudah pasti tidak dapat bertemu idolanya iaitu Michael Owen, aku rasa adalah lebih baik meletakkan Eboue dan Arshavin di kanan dan kiri Denilson serta Song manakala Nasri bertindak sebagai second striker di belakang van Persie. Nampak menarik bukan..:P

Pastikan anda berada di mapley, rumah atau mana-mana jer lah untuk layan game ni kalau fans Arsenal tepu...hehe. Di channel 813, Star Sports, confirm takde clash, pukul 1:25 am. Kemenangan memastikan Arsenal meninggalkan Aston Villa dengan kelebihan 3 mata apatah lagi Villians yang akan berkunjung ke Anfield, so tidak diragui, mereka bakal drop 3 mata lagi ataupun at least satu mata tapi yang penting target kita 3 mata penuh, menang busuk ke wangi tak kesah tapi mestilah menang bersih, Arsenal bukanlah macam MU atau Chelsea, cleansheet adalah bonus. Prediction 2-0, van Persie satu gol, satu lagi Nasri, assist Arshavin dengan van Persie...hehe.

Jumaat, 20 Mac 2009

Balas Dendam atau Balas Budi???

Undian liga juara-juara Eropah bermula tepat jam 7 pm tadi menyaksikan 3 dari 4 perlawanan tercenderung kepada misi balas dendam, sama ada berjaya atau tidak pada 7, 8, 14 dan 15 April ini. Arsenal yang akan bertandang ke El Madrigal pada 7 April diikuti menanti Villareal pada 15 April di Emirates bukanlah tugasan yang mudah. Aksi lain FC Porto-MU, Liverpool-Chelsea dan Barca-Bayern. Arsenal-Villareal, MU-Porto dan Chelsea-Liverpool aku ibaratkan aksi balas dendam, do or die, manakala Barca-Bayern adalah lawan buku dan ruas setelah mengayamkan lawan masing-masing di round 16. Aku nak Barca pergi ke semi-final!

Musim ini merupakan musim kedua bagi Villareal di dalam kempen liga juara-juara Eropah setelah percubaan pertama berjaya menjejakkan kaki ke separuh akhir sebelum ditundukkan oleh Arsenal dengan kemenangan yang cukup dramatik. Berbekalkan gol jaringan Kolo Toure di Highbury sebelum ke El Madrigal, diikuti persembahan 90 minit secara bertahan, suatu corak yang berbeza bagi Arsenal, apatah lagi Villareal menerima penalti dihujung permainan sebelum Mads Jens berjaya menyelamatkan sepakan penalti Riquelme yang memastikan Arsenal berada di Paris sebelum ditundukkan oleh Barca dengan nasib kurang baik. Sial, aku tak puas hati sampai sekarang!

Aksi ini juga boleh dikatakan sebagai reunion lagenda Arsenal iaitu Robert Pires dan dia juga ada sesuatu untuk dibuktikan kepada Wenger iaitu dia belum cukup kuda tua. Musim ini aku rasa paling banyak aksinya aku saksikan setelah dia berangkat daripada Utara London dan aku merasakan dia masih mempunyai killer pass, shot tapi kurang fitness disebabkan faktor usia tetapi pengalamannya bersama Arsenal selama 6 tahun. Jujurnya, dia merupakan salah satu icon bola sepak paling aku kagumi! Tapi kontrak lanjutan setahun yang diberikan Wenger membuatkannya menolak tawaran tersebut sebaliknya kontrak selama 2 tahun yang ditawarkan Villareal membuatkan dia ke El Madridgal.

Dengan rekod satu kekalahan pada aksi liga juara-juara Eropah musim ini, mereka bukanlah laluan yang mudah apatah lagi mereka diwakili oleh kebanyakan pemain berbakat serta masih segar meraih kejuaraan Eropah bersama Sepanyol pada musim panas lepas di mana Marcos Senna yang juga ketua pasukan Villareal, Capdevilla dan juga Santi Cazorla. Antara pemain bintang mereka yang aku rasakan cukup berbahaya iaitu Giuseppe Rossi, Nihat Kahveci, dan Joseba Llorente. Cuma kelebihan disini ialah penyerang-penyerang mereka bukanlah bersaiz besar tetapi sebenarnya licik. Oh hampir terlupa, Pascal Cygan, aka 'abang Sanseros' juga bersama Villareal di mana bagi aku aksi dia dua kali ganda lebih teruk daripada Sanderos.

Dan sekiranya Arsenal menewaskan Villareal di suku akhir nanti, lawan yang dinantikan adalah MU-FC Porto. Tapi jangan fikir jauh sebaliknya kita perlu selesaikan masalh di hadapan sebelum memandang masalah setapak di hadapan. Tiada yang mustahil untuk menewaskan Villareal apatah lagi menendang, memijak atau melempang MU dan Porto sebelum melangkah ke Rome sekali lagi. Bagaikan chorus lagu Tipe-X, "Ceritakan pada semua betapa tegarnya kita, walau batu karang menghadang jalan kitakan terjang". Qsheira, prediction ko hampir-hampir jer kena semua tapi Arsenal vs Villareal tu memang tepat, power la ko predict.

Rabu, 18 Mac 2009

FA Cup : Arsenal vs Hull City - Post Match


Akhirnya Arsenal berjaya menyertai MU, Chelsea serta Everton ke separuh akhir piala FA yang bakal dilangsungkan di Wembley pada 17 dan 18 April ini. So Liverpool jer tercicir dari pasukan top 4 untuk FA Cup, tapi dorang hantar wakil jer, Merseyside derby, Everton. Maka dengan ini Arsenal mewakili North London, Chelsea - West London, Everton - Merseyside manakala MU - Hell UK...wakaka. 4 tahun selepas menjuarai piala ini dengan menundukkan Hell UK ehhh pasukan neraka melalui penentuan penalti, musim ini adalah musim terbaik meraih trofi yang cukup sinonim dengan Arsenal, pasukan yang terbanyak menjuarai FA Cup dan 4 kali pernah diraih di bawah kendalian Wenger, dua kemenangan di Wembley nanti bolehlah menobatkan Wenger sebagai King FA Cup!


Walaupun naik trip lompat-lompat, akhirnya berjaya juga sampai ke semi final aksi FA Cup setelah jaringan van Persie serta Gallas menyenyapkan jaringan Barmby yang juga melenyapkan Hull City daripada aksi FA Cup. BOOOOO... Gol kedua yang dikatakan kontroversi setelah Gallas berada diposisi ofsaid dijadikan modal untuk Hull City mempersoalkan ketelusan referee tapi cuba la rajin-rajin tengok highights balik, Myhill dilihat tertumbuk bola ke belakang hasil asakan oleh Djourou dan Bendtner, maka bagi aku gol tersebut adalah sah atas beberapa sebab, antaranya ia adalah passing dari pasukan lawan, so posisi ofsaid secara langsung menjadi onsaid dan yang terpenting adalah asakan dari Bendtner dan Djourou adalah fair challenge, so terima jer la hakikat ini Phil Brown!


Gol kedua oleh Djourou musim ini yang mana langsung tidak diinginkan oleh peminat Arsenal iaitu gol ke gawang sendiri..hehe. Takpelah, apa yang aku nampak, ia mistake yang tidak disengajakan ataupun mistake bodoh macam tarik seluar lawan sehingga kena red card! Separuh masa pertama sememangnya dikuasai oleh Hull City apatah lagi selepas jaringan tunggal mereka, aksi bacul dengan melambatkan permainan dijadikan aset, tapi sia-sia! Sampai bila nak bertahan, aku rasa sampai Wenger tekan butang kecemasan setelah melihat Walcott serta Vela tenggelam tanpa arah akibat kegagalan berfungsi disebabkan impak permainan fizikal pertahanan Hull City. Arshavin yang saiz aku tu take time 30 minit, pastu badan dia dah jadi macam Song, takde hal nak men redah-redah.

Kemasukan Nasri serta Bendtner memang memberikan impak buat Arsenal. Kreativiti semkin bertambah, pergerakan lebih lancar dan baik. Bermula daripada asakan Bendtner di dalam kotak sehingga bola yang gagal ditampan kemas pertahanan Hull membolehkan bola tiba tepat masanya kepada Arshavin yang tidak dikawal sebelum dia melorongkan kepada van Persie merembat bola kencang menerjah jaring pada jarak kurang dari 8 kaki. Dan gol kedua terhasil macam aku shout kat perenggan awal-awal.


Fabianski, Sagna, Gibbs, Gallas, Song, Arshavin, Nasri, Eboue dan Bendtner beraksi dengan cukup baik tetapi pada aku Diaby beraksi dengan buruk, dia banyak menghantar bola ke belakang, lost ball, pastu kerap nak long pass, tak faham aku kenapa perlu long pass walhal target men semalam iaitu Vela bukanlah bersaiz besar untuk menerima long pass yang tinggi, sehinggakan aku dapat melihat van Persie berada di midfield untuk mendapatkan bola. Bagi Djourou pula, ini bukan aksi yang baik darinya tetapi aku tak pula menyatakan aksinya tidak baik cuma dia perlukan lebih banyak peluang beraksi untuk memantapkan aksinya. Bagi Walcott dan Vela, bagi aku aksi yang melibatkan lawan berfizikalan besar seperti aksi ini seharusnya dielakkan taktikal long pass, sekiranya ini tidak difikirkan terutama play maker [perlu belajar daripada Fabregas], aku rasa mereka bagaikan tiada fungsi. Adios!

FA Cup : Arsenal vs Hull City - Streaming

FA Cup Round 6
Emirates Stadium, 3.40 am, Thursday

STREAMING

Isnin, 16 Mac 2009

Hujung minggu yang SEMPURNA!

MU kalah di Old Trafford Liverpool, aku ulang sekali lagi, MU kalah di Old Trafford dengan Liverpool 4-1, Villa kalah dengan Spurs di Villa Park oleh Spurs, Arsenal menang 4 bijik, memang minggu yang cukup sempurna untuk berada di kedudukan keempat liga dengan kelebihan jaringan mengatasi Villa. Kejayaan mengejar mata sedikit demi sedikit dengan jumlah gol yang selesa, memang tak dinafikan, aku memang senyum lebar... :D

Setelah beberapa keputusan seri cleansheet, 3 kemenangan di dalam aksi di London dan mengisi slot suku akhir, perjalanan Arsenal musim ini masih bermakna. 2 piala masih dalam pemburuan dan ditambah dengan kehadiran beberapa pemain yang kembali sembuh daripada kecederaan panjang serta semakin hampir di dalam pasukan, ia adalah berita cukup menggembirakan.

Positifnya, kekuatan mental pemain kebelakangan ini semakin baik apatah lagi masalah remeh-temeh di dalam pasukan melibatkan pertengkaran kecil sudah hampir diselesaikan. Walcott dan van Persie yang dikatakan mengalami pentengkaran sebelum ini dilihat seperti kembali berhubung dengan baik, begitu juga antara van Persie dan Gallas yang dilihat bersama-sama meraikan jaringan gol Eduardo pada aksi menentang Burnley, Toure dan Gallas juga hampir ke situ dan sikap professional mereka sememangnya dipuji walaupun terdapat sedikit perselisihan faham sebelum ini.


Dan fokus Arsenal sekarang yang penting adalah melihat semua aksi di hadapan tanpa menghiraukan kedudukan di dalam liga serta siapa bakal ditentang pada round knock off, sekiranya ini mampu dilakukan, tiada masalah bagi menamatkan kemarau piala untuk tempoh 4 tahun ini.

Ahad, 15 Mac 2009

Arsenal vs Blackburn Rovers - Post Match


Game ni buat aku bergaduh, bergaduh dengan kawan sendiri lak tu, fans Arsenal sendiri, memang kami gaduh besar, gaduh maki hamun Bendtner...hahahaha. Dari 7 peluang disia-siakannya, kalau ikut logik, pemain professional tak seteruk tu. Tak kesah la, janji menang aku dah puas hati even semalam boleh dijadikan rekod kemenangan terbesar EPL kalau finishing dia benar-benar menjadi. Aku memang setuju dengan apa yang Wenger katakan, apabila seorang player miss 1 chance, it's ok, 2nd dah mula nak pressure, so kalau chances seterusnya hilang ketenangan, sememangnya dia langsung takkan skor hari tu, sama la apa yang dihadapi Bendtner.

OK, 4 gol dan cleansheet, memang seimbang dari segi serangan dan bertahan. Arshavin selaku kapten fantasy aku kasik 30 points, jangan jeles...hahaha. Bayangkan kalau Arshavin ambil penalti, berapa korang rasa point Arshavin? Jejak-jejak 40 points gak. Kemenangan 4-0 ini mengulangi kemenangan di Ewood Park dengan jumlah gol yang sama, sama jer guna Paul Ince atau Sam Allerdyce, takde beza pun.. Tak nak guna Martin Jol lak ke? wakaka. Eboue sudah menjaringkan 4 gol, pencapaian yang tak tercapai oleh akalmu bak nyanyian Elyana jika dibandingkan kariernya di Arsenal beberapa musim lepas apatah lagi boo yang diterimanya musim ini. Sekurang-kurangnya 2 gol dijaringkannya sebagai motivasi kepadanya.

Gallas dan van Persie direhatkan setelah beraksi 2 perlawanan secara berterusan dan digantikan dengan Djourou serta Arshavin yang tidak beraksi di Rome. Djourou yang dijadikan partner Toure juga bertindak sebagai high ball challenge kepada pemain Rovers terutamanya mengawal bola tinggi daripada diterima oleh Roberts, so langkah bijak dari Wenger. Dia juga hampir menjaringkan gol tetapi berada di dalam keadaan ofsaid sebelum ditumbuk keluar oleh Robinson yang nampak kurus sekarang, main 'ice' kut..hehe.

Sagna serta Clichy berjaya mengawal posisi mereka dengan baik dan banyak membantu serangan Arsenal di flank. Denilson serta Song menunjukkan kematangan daripada tackle serta passing yang berjaya createkan banyak peluang. Nasri dan Arshavin merupakan dua individu yang berperanan besar menjana serangan Arsenal dengan Wenger memulakan formasi 4-4-1-1 di mana Arshavin bertindak sebagai attacking midfield. Kurang 2 minit, setelah beberapa peluang di dalam aksi liga di Emirates gagal ditukarkan di dalam bentuk gol yang berkesudahan deretan keputusan seri, akhirnya, kelam-kabut di depan pintu gol Rovers membolehkan Arshavin menjaringkan gol pertama buat Arsenal.


Gol kedua jaringan Arshavin sememangnya superb, melalui gerakan di dalam kotak penalti menewaskan 2 pertahanan lawan sebelum meluru masuk ke posisi yang dilihat cukup minima sudutnya dan menewaskan Robinson melalui rembatan yang sukar dijangkau oleh Robinson. Sebelum aksi menentang Burnley, Wenger pernah menyatakan Arshavin akan berada di dalam aksi terbaiknya dalam tempoh 10 hari dan aksi ini sudah terbukti apa yang dinyatakan oleh Wenger. Gurauan Arshavin pada permulaan signing dengan menyatakan dia akan menjaringkan 4 gol sehingga habis musim ini aku jangkakan akan meleset sama sekali sebab aku percaya dia bakal menjaringkan lebih dari itu.

Tak nak aku ulas sangat pasal berapa banyak peluang disia-siakan Bendtner, kalau ulas aku rasa korang pun nyampah..hahaha. Vela dimasukkan menggantikan Bendtner manakala Diaby menggantikan Walcott setelah Wenger melihat Bendtner semakin merapik. Eboue yang masuk menggantikan Nasri memang tidak menghampakan. Walaupun peluang pertamanya melalui low cross Vela [kalau tidak silap aku] gagal disudahkannya tetapi rebound daripada rembatan Arshavin berjaya di tapping masuk olehnya. Commentator yang asik gelakkan Bendtner sempat bersinikal, "itulah yang perlu dilakukan Bendtner, cuma tapping mudah!".


Dan sepakan penalti di hujung perlawanan setelah Vela dijatuhkan oleh pertahanan Rovers disudahkan oleh Eboue walaupun hampir-hampir diselamatkan oleh Robinson. Tak sangka lak aku dia yang ambil, mungkin dia paling senior dan terlepas untuk mengambil sepakan penalti di Rome, so tak kesahlah, win-win situation, cuma aku lebih berminat untuk melihat Vela mengambilnya, apatah lagi dia belum menjaringkan gol di dalam aksi liga, kena sabar la dulu. So doakan Villa ditewaskan oleh Spurs yang kita benci tu [hahahaha], sekiranya ia berlaku, sekurang-kurangnya seminggu juga Arsenal berada di tempat keempat liga.

Dengan berada di tempat keempat liga, berada di suku akhir untuk FA Cup serta liga juara-juara Eropah, aku optimis Arsenal akan meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini dan tiada masalah berada di dalam top 4 musim ini. Memang tidur lena semalam, layan gila, buka YM entah ke mana setan-setan merah hilang. Baguslah, ramai la manusia mengerjakan kerja-kerja kebajikan setelah setan-setan ini mati hangus terbakar setelah riak, sombong dan takabur dengan cleansheet dan point mereka yang akhirnya menjadi cleanshit...hahahahaha

Arsenal vs Blackburn Rovers - Highlights

Part 1 : [Mediafire] [Rapidshare]
Part 2 : [Mediafire] [Rapidshare]

February Goal of the Month : [Mediafire] [Rapidshare]

Sabtu, 14 Mac 2009

Arsenal vs Blackburn Rovers - Preview


Lupakan seketika kejayaan di Rome sebaliknya kita perlu selesaikan misi hari ini iaitu memungut 3 mata penuh ketika Blackburn Rovers bertandang ke Emirates. Kelebihan beraksi di Emirates harus digunakan sebaik mungkin setelah 3 aksi home EPL cuma menyaksikan pulangan 3 mata saja, 6 mata digugurkan secara percuma. Cuma aksi menentang WBA di gelanggang lawan, kemenangan bergaya menewaskan Burnley serta berada di suku akhir UCL sebagai sumber kekuatan Arsenal sekarang.

Khidmat Fabregas, Adebayor, Silvestre, Rosicky dan Eduardo pasti tidak dapat digunakan. Fabregas dan Adebayor masih didalam proses pemulihan dan dijangka kembali beraksi awal April manakala Silvestre yang baru pulih daripada calf injury belum cukup match fitness untuk beraksi. Rosicky cuma dapat dilihat dari belakang bench, mungkin sekadar sembuh sebelum tamat musim ini sebab bagi aku, musim ini tiada makna kepadanya. Eduardo yang mengalami groin injury juga tidak berada di dalam pasukan tetapi kecederaan tidak serius ini bakal menyaksikan dia kembali beraksi kembali pada kempen FA Cup setelah meraih aksi UCL pertama musim ini di Rome.

11 pemain utama mungkin terpaksa diubah sedikit setelah melihat pemain-pemain 'utama' kebanyakannya beraksi selama 120 minit di Rome. Posisi Almunia akan kekal, begitu juga Gallas, Toure, Sagna serta Clichy, cuma di bahagian midfield, mungkin sedikit rombakan akan dilakukan melibat CM. Dengan Arshavin kembali 'married' but available, sekurang-kurangnya option kreativiti lebih terbuka. Untuk lebih fair; Vela, Song atau Walcott perlu diletakkan di dalam kesebelasan utama dengan corak 4-2-3-1 adalah formasi terbaik bagi aku untuk mengatasi Rovers.

Denilson dan Song dirasakan lebih sesuai digandingkan di tengah dengan melakukan shifting posisi antara mereka sama ada seorang menyerang manakala seorang lagi membantu back 4. Eboue yang tenggelam di Rome mungkin bakal digugurkan dan digantikan dengan Walcott manakala Bendtner yang langsung tidak memberi ancaman mungkin bermula di bench. Untuk menyeimbangkan serangan low ball, Arshavin sesuai diletakkan di belakang van Persie manakala Nasri di flank kiri di mana shifting posisi antara Nasri dan Arshavin boleh dijadikan senjata menggelirukan pertahanan Rovers.


Tapi ini merupakan formasi yang aku jangkakan akan digunakan Wenger, walaupun aku sebenarnya mengharapkan Nasri berada di CM bersama Song manakala Walcott dan Arshavin mengapit duo ini. Pairing Vela dan van Persie lebih menarik untuk dilihat. Cuma aku tidak yakin sekiranya formasi ini digunakan, adakah ia bersesuaian dengan aksi fizikal juga? Mungkin tidak jika dilihat pada tubuh fizikal pemain-pemain. Mungkin juga Bendtner diturunkan untuk menyeimbangkan fizikal permainan. Wenger pun belum memutuskan siapa bakal diturunkan dahulu, option yang bertambah serta keletihan pemain merupakan puncanya.

Kemenangan ke atas Rovers bermakna sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam Arsenal kembali berada di kelompok 4 pasukan teratas dan sekiranya Villa ditewaskan oleh Spurs, tiada lagi jurang mata cuma dipisahkan oleh defisit gol di mana Arsenal mempunyai kelebihan 2 gol berbanding Villa.

Ketiadaan Savage yang berpindah ke Derby Country pada Januari tahun lepas sekurang-kurangnya tiada aksi fizikal kurang ajar dipamerkan oleh Rovers. Mesin gol Rovers musim lepas iaitu Santa Cruz yang bergelut dengan kecederaan dan kegagalan menjaringkan gol secara konsisten musim ini tidak bermakna dia perlu dipandang sebelah mata. Aku rate Santa Cruz sebagai antara striker EPL yang berkebolehan dari segi high and low ball yang cukup ramuannya untuk menjadi lone striker yang menggerunkan.

Jika aksi di Ewood Park sebelum ini, van Persie ada menyatakan Rovers antara pasukan feveret dia di dalam liga untuk beraksi, apatah lagi kebanyakan gol total football dijaringkan sewaktu menentang pasukan ini. Roberts, Warnock dan Gamst Pedersen juga perlu dikawal rapi kerana mereka antara penyumbang kepada gol-gol Rovers. Tiada pengecualian, kemenangan pasti diharapkan oleh peminat dan kemenangan juga diperlukan bagi menukarkan tekanan kepada Villa yang bakal beraksi esok.

Sabtu, Emirates Stadium,
10.55pm, Channel 812, ESPN,
STREAMING

Khamis, 12 Mac 2009

Nyaris tak tertanggal jantung aku..hahaha


Highlights : [Mediafire]
Full Penalty Shoot Out : [Part 1 : Rapidshare] [Part 2 : Rapidshare]

Akhirnya Arsenal berjaya menyaingi Liverpool, Chelsea dan Manchester United ke suku akhir UEFA Champions League walaupun tripnya agak lewat yang penuh dengan debaran serta kecut perut abis. Aku memang dah rasa semacam bila perlawanan berlanjutan kepada sepakan penalti nak pula pemain muda Arsenal pada kali pertama beraksi di dalam aksi penentuan penalti ditambah pula dengan kekuatan semangat gladiator Rome di sebalik tabir padang, tetapi skuad muda Arsenal berjaya menyerap segala tekanan bagi memastikan ke semua peminat Arsenal tidak lagi kecewa.

Dua piala yang masih available bagi Arsenal semakin didekati dengan kedua-dua piala ini telah meletakkan Arsenal di suku akhir, sekiranya kemenangan di Emirates menentang Hull City 18 April ini, sudah pasti Arsenal berada di separuh akhir dan menanti Chelsea di Wembley. OK, aksi semalam bukanlah yang terbaik bagi Arsenal dengan corak passing dari kawasan tengah ke kawasan Roma yang kerap kali tersangkut walaupun berjaya menguasai possession ball. Jumlah sepakan bola mati yang berlambak sama ada daripada sepakan penjuru mahupun sepakan percuma bagaikan tiada fungsinya, langsung tidak membahayakan Roma.

Seawal minit ke 9 lagi, pintu gol Arsenal sudah dirobek. Melalui simple cross, kegagalan marking oleh Gallas dan Toure membuatkan Juan yang tidak dikawal mudah melakukan tapping menewaskan Almunia. Cubaan mencari gol penyamaan yang sama sekali mematikan langkah Roma langsung tidak berjaya, jumlah peluang serangan yang dilihat cukup tidak efisien dengan kegagalan mengawal bola dengan baik.

Bendtner, pemain paling mengecewakan. Pengawalan bola dilihat cukup lemah, mudah melepaskan bola yang membolehkan Roma mematahkan serangan Arsenal. Eboue yang berada di flank kanan bagai tiada fungsinya, berbeza dengan aksi menentang Burnley, begitu juga Diaby yang bertindak sebagai perancang Arsenal yang tidak berjaya menghasilkan banyak peluang untuk disudahkan pemain hadapan Arsenal cuma Denilson, aksinya solid yang kerap mematahkan serangan Roma dengan clean tackle haruslah diberi pujian. Ini adalah antara perlawanan yang menyaksikan aksi defensif Denilson semakin baik.

Tindakan Wenger mengeluarkan Eboue dan Bendtner di minit ke 75 serta 86 dengan memasukkan Walcott dan Eduardo untuk mencari sekurang-kurangnya satu gol adalah suatu langkah yang betul setelah melihat pemain-pemain Roma semakin keletihan. Ramai yang mempertikaikan kenapa Walcott dan Eduardo tidak diletakkan di dalam kesebelasan utama, puncanya satu, memastikan kedua pemain ini tidak terkena impak permainan fizikal Roma dari awal permainan sebaliknya memasukkan kedua-duanya dilewat permainan bagi menggunakan keletihan pemain Roma sebagai suatu keletihan tetapi kegagalan Diaby beraksi dengan baik menyebabkan impak kedua-dua pemain ini terbatas.

Tamat 90 minit, aggregate kekal 1-1, begitu juga di masa tambahan selama 30 minit. Maka penentuan sepakan penalti diperlukan bagi menentukan siapakah bakal mengiringi 7 pasukan yang layak ke suku akhir dan gagal. Eduardo, van Persie, Walcott, Nasri dan Denilson diletakkan sebagai 5 pengambil sepakan pertama. Bagaikan hilang jantung, sepakan penalti pertama yang diambil oleh Eduardo berjaya diselamatkan oleh Doni. Pada waktu ini aku memang tidak tenteram, khuatir sekiranya Arsenal gagal ke suku akhir, sudah pasti mimpi ngeri Eduardo kembali datang. Kelebihan Roma diteruskan oleh David Pizarro meletakkan kedudukan 0-1 untuk sepakan pertama.

van Persie sebagai pengambil sepakan kedua mudah menewaskan Doni di sudut kanan Doni dengan kencang. van Persie cuba menenangkan Eduardo dengan mein-main hidung Eduardo..haha. Vucinic yang cuba untuk mengumpan Almunia untuk lari ke posisi yang salah seperti kerap dilakukan Zidane akhirnya memakan diri apabila sepakan perlahannya mudah diselamatkan Almunia. Walcott sebagai pengambilan sepakan penalti ketiga Arsenal nyaris kembali meletakkan Arsenal di dalam keadaan merbahaya tetapi disebabkan sepakannya agak kencang, tampanan Doni gagal memastikan bola keluar dari menerjah jaring. 2-1, tekanan berada di pihak Roma pula.


Pengambil sepakan ketiga Roma dan juga bekas pemain pinjaman Arsenal iaitu Julio Crabtista [hahaha] merembat kencang di kawasan sudut kiri Almunia walaupun Almunia cuba hipnosis [betul ke eja? hahaha] Craptista dengan jeritan yang agak kuat tetapi tiada kesannya untuk Crabtista. 2-2. Nasri mudah menewaskan Doni di sudut kiri Doni setelah 3 kali sepakan penalti Arsenal terarah ke sudut kanan Doni. 3-2. Montella kembali menyamakan kedudukan 3-3.

Sampai ke part klimaks, sepakan kelima! Denilson mudah menewaskan Doni, sepakan penalti yang bagi aku perfect, memang tepat ke kawasan sudut sukar bagi penjaga gol. Tetapi Roma hantar Totti daaa, memang kompem 4-4. Ni part paling gerun setelah 5 sepakan terawal, satu kesilapan sudah pasti tersingkir. Toure yang melihat ke belakang setelah set ball cuba mengelak dihipnosis mudah menewaskan Doni dengan gol yang kencang. Aquilani, defensif midfield Roma yang masuk menggantikan Taddei, memang aku jangkakan dia akan teruskan penentuan penalti. 5-5!

Dah sampai part defend ni memang kecut perut beb, Sagna, pengambil sepakan keenam Arsenal. Kalau korang layan kat youtube video Arsenal Cross Bar Challenge, memang Sagna sepak melalut abis, tapi bagi penalti kali ni, aura rambut mop dia buatkan Doni hilang langkah. Cun la Sagna! 6-5, tekanan kepada Roma. Risse, ex-Liverpool, memang aku jangkakan dia bakal skor penalti ni, al-maklum la, Liverpool, memang power penalti ni. 6-6!

Diaby, akhirnya buatkan aku tersenyum, yeah gol ketujuh Arsenal setelah 8 sepakan. Dan akhirnya Tonetto menamatkan perjalanan Roma di dalam UEFA Champions League apabila sepakan drop ball dia, opppsss penalti, akan kasik 3 mata dalam aksi ragbi tetapi dalam bola sepak, Roma pasti tersingkir! Cuba lagi.


Mungkin korang rasa macam Arsenal menang sebagai nasib, memang aku akui penentuan penalti lebih kepada nasib tetapi nasib juga merupakan takdir sesuatu yang telah ditentukan dan kali ini nasib Arsenal lebih baik setelah beberapa tahun kempen Arsena di dalam liga juara-juara Eropah tersingkir disebabkan nasib kurang menyebelahi Arsenal. Tetapi kita perlu bersyukur, sekurang-kurangnya kita berjaya ke suku akhir dengan pasukan cukup muda dan pasukan paling budget gila.

Kalau mempertikaikan sangat aksi hambar semalam, jangan terlalu kejam. Bayangkan 81 ribu penonton, berapa sangat geng Maidstone Arsenal Supporter Clubs ke Rome, berapa sangat yang pergi sendiri, berapa pula jumlah penyokong Roma? Boleh dikatakan 90% vs 10%, so agak sukar beraksi dengan baik, nak pula sokongan dari belakang pemain [peminat] hampir lenyap di Stadio Olimpico, cuma kekuatan mental pemain yang ditagih. Dengan skuad muda, memang agak mustahil tetapi di dalam Arsenal, tiada yang mustahil. So harapan kita untuk menamatkan kesanggapan meraih UEFA Champions League semakin cerah ditambah pula saingan selepas ini bakal menyaksikan ke semua pemain yang tercedera sebelum ini bakal kembali menyertai pasukan. Adios!

Rabu, 11 Mac 2009

The Italian Job


Bukan citer Charlize Theron tu, tapi ni citer orang-orang meriam nak setelkan gladiator Rome yang mencari kemenangan tanpa membiarkan gawang mereka bolos. Dengan penenmbak meriam sudah mantap dengan 6 gol untuk 2 aksi terakhir, cuma satu jer bolos, ia adalah berita yang membuatkan gladiator-gladiator ini berwaspada untuk menyerang kerana kreativiti menyerang dan bertahan tentera merah dan putih ini semakin mengagumkan. Kali ini aku kecualikan 'Peace now or die', takde keamanan, tentera Rome perlu dikalahkan, seri sudah memadai.

Sudah pasti kunjungan Arsenal ke Rome bukan untuk beraksi secara bertahan bagi mengekalkan kelebihan satu gol di London tetapi kunjungan ke Rome lebih kepada aksi terbuka offensive dan defensive. Boleh dikatakan pertembungan paling menarik di midfield yang akan memastikan pihak mana paling menguasai permainan.

Toure, Walcott dan Eduardo yang pulih daripada kecederaan merupakan watak yang diharapkan berada dalam pasukan pada aksi ini walaupun Fabregas, Silvestre, Adebayor dan Rosicky totally out dalam skuad, tetapi khidmat mereka ditagih sebagai penonton dan pembakar semangat untuk rakan sepasukan.

Almunia akan kembali ke posisinya setelah tidak beraksi bagi memberikan laluan kepada Fabianski di dalam kempen FA Cup manakala Toure yang berjaya sembuh daripada kecederaan akan kembali berpasangan dengan Gallas, pairing yang kembali kepada aksi sebenar mereka. Djourou yang digelar bakal pengganti Sol Campbell oleh Toure mungkin terpaksa digugurkan daripada 11 pemain utama di padang untuk memberikan laluan kepada vice captain. Dengan ini, Djourou bakal bertindak sebagai option alternatif di pertahanan tengah.

Sagna dan Clichy sentiasa mengapit Gallas dan Toure bagi memastikan tiada gol dilepaskan di gawang Arsenal disamping membantu flankers di kiri dan kanan bagi menghasilkan serangan lebih baik.


Bahagian paling sukar nak dijangkakan adalah midfield. Daripada aksi menentang Burnley, Denilson dan Nasri yang direhatkan dijangkakan bakal berada dalam kesebelasan utama, dengan Arshavin yang tidak dapat beraksi bersama Arsenal di dalam kempen liga juara-juara Eropah, option di flank kanan berkemungkinan Eboue atau pun Walcott.


Aksi terbaik daripada Eboue sewaktu menentang Burnley dan menjaringkan satu gol, adalah agak mustahil untuk meletakkannya di bangku simpanan. Aku menjangkakan Walcott bakal berada di dalam bench terlebih dahulu. Cicinho, Perotta dan de Rossi pula tidak akan beraksi bagi AS Roma disebabkan kecederaan dan penggantungan.

Siapa yang bakal bergandingan dengan Denilson? Berdasarkan aksi di Emirates sewaktu kehadiran Roma, aku jangkakan Wenger akan kembali menggandingkan Denilson dengan Diaby walaupun Song merupakan pemain terbaik Ahad lepas, tetapi bagi mengimbangi aksi defensive dan offensive, aku lebih prefer gandingan Diaby-Denilson walaupun aku rate Song antara pemain paling meningkat aksinya.

Di bahagian penyerang, satu lagi persoalan, siapa paling layak beraksi terlebih dahulu. Bendtner, van Persie, Vela atau Eduardo? Aku pun tiada idea, Bendtner telah menjaringkan 2 superb gol sewaktu menentang WBA, van Persie: penjaring terbanyak Arsenal musim ini, Vela: menunjukkan penyudahan yang tajam sewaktu menentang Burnley manakala Eduardo, 2 aksi kompetitifnya sejak pulih daripada kecederaan telah menjaringkan 3 gol.


Maaf kalau aku mengecewakan korang, aku predict starting line up untuk striker adalah Bendtner-van Persie..hehe. Tak kisahlah, sapa start dulu, yang penting cari gol away first terlebih dulu dari Roma, satu gol away, bermakna Roma perlu menjaringkan 3 gol, agak mustahil. Ok malam ni ada live di Astro, channel 813, jam 3:30, kick off 3:45. Hapuskan tentera Rome itu penembak meriam!

Skuad ke Rome:
Almunia, Toure (c), Gallas, Sagna, Clichy, Denilson, Diaby, Eboue, Nasri, van Persie, Bendtner, Fabianski, Djourou, Gibbs, Ramsey, Song, Vela, Eduardo

Isnin, 9 Mac 2009

FA Cup Round 6 : Arsenal 3 - 0 Burnley

Music Video Code by FootyFilms.com


ITV Highlights
First Half : [Rapidshare] [Mediafire]
Second Half : [Rapidshare] [Mediafire]

3 gol, walaupun sepatutnya lebih daripada itu tetapi adalah memadai untuk membawa Arsenal ke suku akhir dan menanti kunjungan Hull City sekali lagi di Emirates dalam misi berada di semi final FA Cup. Gabungan beberapa pemain muda bersama 1st team seperti Gibbs, Vela dan Fabianksi menunjukkan kesefahaman cukup baik. 3 gol untuk dua aksi berturut-turut serta 1 bolos menunjukkan Arsenal berjaya mengimbangi serangan dan bertahan dengan cukup baik.


Eduardo yang bertindak sebagai kapten semalam sememangnya watak yang menjadi tumpuan, setelah 2 gol dijaringkan sewaktu menentang Cardiff City pada pusingan kelima, kali ini dia kembali menjaringkan gol dengan tendangan voli yang sememangnya world class finishing dan jika diperhatikan betul-betul, posisi bola pada kakinya adalah di kawasan tragedi ngeri yang menimpanya Februari tahun lepas.


Bendtner, Denilson, Clichy dan Nasri direhatkan untuk aksi ini bagi menjana tenaga maksimum di Roma nanti. Macam biasa, permulaan perlawanan cukup kelam-kabut bagi Arsenal sebelum berjaya mengawal midfield dengan baik dan memaksa Burnley lebih bertahan. Kesilapan bekas pemain MU, Eagles yang gagal menahan kemas hantaran Kalvenes membolehkan Arshavin melarikan bola sebelum melakukan thru pass kepada Vela yang mengawal kemas bola dan menjaringkan gol melalui lambungan bola yang cukup superb.


Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal mendahului 1 gol. Di minit ke 51, Arshavin yang tidak mahu melepaskan bola di atas line bagi mendapatkan sepakan penjuru setelah Jensen kemas mematahkan setiap kali bola yang bersimpang-siur di depan gawangnya menolak bola kepada Gibbs yang tidak dikawal dan melorongkan bola kepada Song yang melakukan curling cross ke dalam kotak penalti. Eduardo yang berada diposisi onsaid melakukan superb voli dengan mudahnya menewaskan Jensen.


Pertukaran di minit ke 60 memasukkan van Persie dengan mengeluarkan Vela sebagai langkah mendapatkan fitness setelah dia tidak beraksi sewaktu menentang WBA. Lilitan kapten diserahkan kepada van Persie setelah Wenger merasakan cukuplah aksi Eduardo sehingga minit ke 71 dan digantikan oleh Walcott yang baru pulih daripada kecederaan bahu manakala Diaby yang tidak beraksi seperti yang diharapkan digantikan oleh Ramsey.


Agak clumsy melihat aksi Walcott, mungkin setelah 3 bulan tidak beraksi, dia bagaikan hilang arah untuk mengawal kelajuannya tetapi dia juga hampir menjaringkan gol cuma dinafikan oleh Jensen walaupun dia mempunyai optional untuk melarikan bola daripada Jensen. Apa yang menggembirakan, kepulangan duo ini menyuntik semangat untuk ke Roma nanti ditambah dengan finishing Eduardo yang semakin mengganas dan kepantasan Walcott boleh dijadikan senjata mengucar-kacirkan pertahanan Roma.


Dan tidak dilupa kepada Eboue, nice gol, sori, aku dah cakap ko skor setahun sekali, akhirnya dah 2 gol musim ni...hehe. Bukan ko tak boleh skor sebenarnya sebelum ni tapi kebanyakan peluang yang disia-siakan adalah melalui kegopohan melakukan finishing. Apa lagi, belajar la dengan Eduardo..hoho. Suka la tu Wenger, anak emas dia skor..hehe. Dan man of the match jatuh kepada Song, melalui 2 assist dan kawalan center midfield dengan cukup baik.

Melalui undian semi final, sekiranya Arsenal berjaya menewaskan Hull City 17 atau 18 Mac ini di Emirates, lawan Arsenal nanti adalah Chelsea. So peluang ke semi tu adalah pasti sekiranya pemain tidak memandang mudah Hull City walaupun berjaya menewaskan mereka kembali dan kelebihan beraksi di Emirates di suku akhir harus digunakan sebaik mungkin untuk berada di Wembley pada semi final nanti. Dengan Fabregas, Toure dan Adebayor bakal berada di dalam skuad sekiranya Arsenal di semi final nanti, apalah sangat Chelsea tu...hahahaha

Jumaat, 6 Mac 2009

Spurs 1 - 3 Arsenal [FA Youth Cup]


Permainan pantas, dinamik, aksi fizikal dan corak permainan total football menghiasi White Hart Lane yang dibanjiri 19,040 penonton melalui perlawanan local derby FA Youth Cup antara Spurs dan Arsenal. Terhibur, memang terhibur, aksi sebegini mengigatkan aku perlawanan di antara Arsenal dan Manchester United November lalu, sememangnya berbaloi aku streaming awal pagi tadi dengan corak menyerang dan menghiburkan untuk tempoh 90 minit.


Pemain-pemain seperti Frimpong, Jay Thomas, Sunu, Coquelin, Sanchez Watt dan Wilshere sememangnya mengujakan. Frimpong yang berusia 17 tahun membuatkan aku yakin, mungkin tempoh 3 tahun nanti dia bakal role posisi defensive CM Arsenal, tak mustahil aksi Carling Cup musim depan dia bakal berada di dalam skuad Arsenal setelah menandatangani professional kontrak pada 13 Februari lepas. Ketangkasan tackle dilakukannya sememangnya menarik, mungkin 5% saja aksi semalam yang menyaksikan tacklenya tidak solid.


Berbalik kepada aksi awal pagi tadi, Spurs terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-6 melalui Obika yang menerima hantaran daripada Townsend tetapi gol awal itu bukanlah kelebihan kepada Spurs sebaliknya ia menjadi inspirasi kepada junior Gunners menyerang bertubi-tubi ke kawasan Spurs yang memaksa Spurs lebih banyak bertahan. Usaha mencari gol penyamaan di separuh masa pertama gagal.

Minit ke-6 separuh masa kedua, melalui sepakan penjuru Coquelin berjaya dilangsaikan oleh Bartley yang juga merupakan gol pertamanya untuk Arsenal. Keghairahan Arsenal di separuh masa kedua berterusan dengan Spurs mencuba untuk menyerang melalui counter attack tetapi ianya digagalkan oleh Frimpong di tengah padang dan Ayling di kiri pertahanan Arsenal.


Sunu yang kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan lawan akhirnya dikeluarkan dan digantikan oleh Murphy di minit ke-86 setelah mengalami kecederaan di ankle. Dan usaha serangan Arsenal berbaloi di minit ke-90 yang bermula dari tengah padang oleh Wilshere sebelum Sanchez Watt melakukan hantaran kepada Jay Thomas iaitu kapten Arsenal yang berjaya merembat kencang di luar kotak penalti menewaskan Oscar Jansson.


Spurs yang terdesak untuk mencari gol penyamaan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan akhirnya melakukan kesilapan yang membolehkan Arsenal mengajar corak permainan counter attack yang sebenar. 18 saat sebelum masa sebenar tamat menyaksikan Murphy melakukan penyudah yang baik menewaskan Jansson.

Daripada aksi ini, aku merasakan perkembangan junior Gunners semakin memberangsangkan, jika dilihat pada starting line up Arsenal, kita mungkin menjangkakan Wilshere paling menyerlah tetapi tonggak sebenar adalah Frimpong, Coquelin dan juga Jay-Thomas yang memastikan jentera Arsenal bergerak dengan cukup baik. Aku yakin mereka-mereka ini mempunyai peluang yang cukup cerah untuk berada di dalam first squad nanti.


Kemenangan ini merupakan ulangan kejayaan Steve Bould yang pernah membawa Arsenal ke semi final 3 tahun lepas dan aku berharap dia mampu membawa Arsenal memenangi FA Youth Cup ini seperti yang dilakukan oleh Pat Rice sebanyak 3 kali. Dan aksi di separuh akhir nanti berkemungkinan Arsenal bertemu Manchester City atau Norwich City yang akan dilangsungkan Sabtu nanti.

Rabu, 4 Mac 2009

WBA 1 - 3 Arsenal - Post Match

West Brom vs Arsenal


Fred54 Highlights : [Mediafire]

Tiada lagi cleansheet atau cleanshit tapi result yang diperolehi cukup positif. 3 gol, dengan ketajaman penyudah yang kembali menjadi setelah tumpul dan kudung. Diikutkan jumlah creating chances pada perlawanan ini hampir sama dengan 4 game yang seri sebelum ini tetapi penyudah yang baik memastikan 3 mata berharga milik Arsenal dan kembali menyusutkan jurang 3 mata antara Arsenal dan Aston Villa.

Kudos juga kepada WBA yang masih cintakan bola sepak, walaupun berada diposisi bawah liga, corak permainan mereka cukup positif tidak seperti beberapa pasukan yang sanggup bertahan semata-mata 1 mata sahaja.

Bendtner, watak utama dalam perlawanan ini, 2 gol cukup untuk dimahkotakan sebagai man of the match. 2 superb finishing sememangnya tidak dapat disangkal melalui curling leret untuk 1st gol menggunakan kaki kirinya dan voli disudut kanan kotak penalti WBA sememangnya sesuatu yang mengagumkan dan dia juga hampir melakukan hatrick tetapi cuma tiang gol mengagalkannya.

Jika korang perasaan dan seperti yang pernah aku shout dahulu, walaupun Bendtner kerap membuang peluang yang terhidang tetapi jika dinilai pada finishing gol dia, ia adalah lebih baik daripada Adebayor. Umurnya baru 20 tahun, jika dibandingkan dengan pemain seusianya, dia sememang berada pada tahap lebih tinggi dan aku amat tidak setuju sekiranya Arsenal kehilangan striker bertubuh besar sepertinya, sebagai contoh, cuba lihat Arshavin semalam, keadaan fizikalnya yang kecil menyebabkan dia mudah disingkirkan pertahanan lawan melalui perebutan bola.

Masih banyak lagi ditagihkan daripada Bendtner, begitu juga Diaby dan Denilson, pairing mereka semakin menunjukkan peningkatan, Diaby dengan pace serta open game dan kelihatan semakin kurang membolot bola dan bermain secara sepasukan, ia sesuatu yang cukup baik, begitu juga dengan Denilson, hampir ke semua tackle dimenanginya walaupun sejujurnya dia agak kurang sesuai digandingkan bersama Song.

Eksperimen Wenger menggunakan Song dan Djourou sebagai CB musim ini dilihat semakin baik. Berbalik kepada aksi awal pagi tadi, kegagalan melakukan cleansheet bukan kekecewaan yang besar pun, cuma mistake di bahagian benteng yang rongak bagaikan gigi Carson membuatkan gawang Almunia bocor tetapi secara keseluruhannya Almunia berjaya untuk beraksi cemerlang untuk tempoh 4 bulan ini.

van Persie yang direhatkan oleh Wenger, mungkin melihat aksi kompetitif musim ini cukup banyak daripadanya kerana mahukan tenaganya berterusan sehingga tamat musim ini. Arshavin pula hampir-hampir menjaringkan gol pertamanya buat Arsenal tetapi dua peluang terbaiknya digagalkan oleh Carson tetapi melihat kepada kesefahamannya bersama Arsenal, dia semakin hampir untuk menyesuaikan diri keseluruhannya bersama Arsenal.

Watak Nasri,Clichy dan Sagna sememangnya menyuntik serangan Arsenal, Clichy dilihat kembali solid, seperti aksi konsistennya musim lepas dan crossing yang semakin baik. Sememangnya Toure antara individu yang menampilkan aksi cemerlang, satu assist dan satu gol untuk tempoh 45 minit aksinya di padang sebelum dilaporkan mengalami calf injury tetapi mungkin tidak serius.

So secara totalnya, aksi ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk momentum kemenangan dengan sekurang-kurangnya meneruskan saingan Arsenal di piala FA sehingga ke final, memastikan berada di Top 4 liga serta beraksi sejauh mungkin di dalam UCL. Dengan suntikan Walcott, Eduardo dan Adebayor yang mungkin kembali pada aksi piala FA Ahad ini menentang Burnley di Emirates, ini adalah berita positif buat Arsenal.

Selasa, 3 Mac 2009

WBA vs Arsenal

West Bromwich Albion vs Arsenal
Rabu, 3 Mac, 3.45 am
Live at Astro Star Sports [3.30 am, kick off 3.45 am]

Maaf tak sempat nak buat preview, aku dalam keadaan busy sangat-sangat, tapi aku janji, post match nanti adalah pasti!

STREAMING ONLINE LIVE!

Ahad, 1 Mac 2009

Lagi...Dan Lagi...


Fred54 Highlights: [Rapidshare] [Mediafire]

Berapa kali keputusan seri lagi aku tak pasti tapi dengan keputusan sebegini, Arsene dan pemain merisikokan pasukan, mungkin lepas ini Arsenal akan menjadi pasukan kelas kedua jika segala masalah sebegini tidak dapat ditangani.

Berapa banyak lagi keputusan sebegini perlu dihadapi peminat? Adakah peminat-peminat sanggup untuk melihat Arsenal beraksi di dalam UEFA Cup setelah Wenger acap kali mengatakan Arsenal pasukan yang konsisten, 10 tahun berturut-turut beraksi di dalam UCL bersama 3 pasukan lagi secara konsisten, adakah tahun depan transkripnya berubah?

Jawapannya pada Arsene dan pemain saja yang tau, peminat dah memberikan segalanya. Aku pun hairan, bagi aku musim ini merupakan musim paling mengecewakan, dengan permainan total football hilang entah ke mana, apatah lagi kekuatan mental sepasukan yang dilihat cukup lemah, tidak seperti musim-musim sebelum ini.

Aston Villa dan Chelsea semakin jauh untuk dikejar untuk sekurang-kurangnya berada diposisi keempat liga apatah lagi jarak antara Arsenal dan Everton semakin dikurangkan kepada 2 mata sahaja, satu lagi keputusan seri menentang WBA nanti pasti meletakkan Arsenal diposisi keenam. Korang sanggup ke? Fans team lain sanggup la!

12 game lagi tinggal, masa semakin suntuk, entah bila nak dapat kemenangan, aku dah bosan dengan alasan lacked a little bit of sharpness, langsung tak masuk akal, kalau satu atau 2 game tu memang takde hal, 4 game berturut-turut aksi liga, 8 points drop, bukan a little bit dah citernya, overall laa!

Kalau alasan lawan main defend tu sebagai punca Arsenal gagal menjaringkan gol, aku rasa alasan tu tak fair. Dah berapa lawan yang beraksi secara defend yang menyaksikan Arsenal drop points, so takkan takde penyelesaiannya? Pasukan yang lain pun mengalami masalah yang sama tetapi Wenger yang sudah berkecimpung di EPL selama hampir 13 tahun, takkanlah tiada penyelesaiannya? Kualiti, di mana kualiti tu, kelam jer...

Aku akui aku memang kecewa, aku dah berikan apa yang termampu untuk menyokong kelab ini tetapi semakin lama kepercayaan tu diragut, ditipiskan. Aku yakin korang pun mempunyai rasa yang sama dan aku juga langsung tak terlintas untuk menyokong pasukan lain sebab aku percaya Arsenal hanya satu-satunya pasukan yang menarik untuk aku.

Cuma aku harap Arsenal mampu berubah, bermulanya bulan Mac, perubahan perlu ada sehingga ke akhir musim, kalau tidak, mungkin perkara tidak diingini pasti berlaku. Perpindahan pemain utama keluar, kehilangan peminat dan juga tak mustahil, pemecatan Wenger, walaupun aku pasti Wenger sedang terdesak sekarang, perasaan yang pernah dia alami dahulu setelah 3 tahun gagal memenangi piala sebelum meraih double.


Apa-apa pun, aku masih percaya Arsenal bukan pasukan yang lemah cuma masalah kecil sebegini bila gagal diselesaikan ia menjadi semakin rumit. Aku tak mahu melihat pemain-pemain utama dan Wenger keluar dari Emirates ke lokasi lain yang dirasakan lebih baik sebab aku percaya, tiada lokasi lain yang lebih baik untuk mereka berada, cuma di Utara London, di Emirates dan Colney sahaja, bukan White Hart Lane!