Khamis, 30 Julai 2009

P. Vieira kembali ke Arsenal????

Selepas konfirmasi penjualan pemain Arsenal Kolo Toure ke Man. C sebesar 14,5jt pounds untuk contract 4thn, ada sedikit berita gempak.
P. Vieira ex captain Gunners mungkin akan kembali menyarung jersey Arsenal. Aw berminat untuk mendapatkan khidmat Vieira yang tengah bergelut untuk masuk kedalam squad utama Intermilan. kemungkinan P. Vieira akan mendapat contract 1 thn sesuai polisi Arsenal yang hanya membenarkan contract perpanjangan 1 thn selepas berumur 30 thn.
Akan tetapi tak semudah yang kita harapkan, Tth Hotspur derby Arsenal ini turut menawarkan contract 4thn pada Vieira.

Fiorentina secara rasmi masuk meminang Emmanuel Eboue (26thn) sebesar 9jt Pounds untuk contract 5thn.
selepas tamat perlawanan menentang Hannover 96 club Germany di Austria kemarin yang mana Arsenal menang 1-0 hasil jaringan Cesc Fabregas di menit ke 8, Eboue berlari dan membaling Jersey Arsenal nya ke arah Penyokong Arsenal seakan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan juga sebagai tanda perpisahannya.

P/s :
berkurang lagi senior dalam squad Arsenal. mungkinkah ini awal dari mala petaka atau sebaliknya?? tanpa ada pembelian pemain yang di kaitkan untuk Arsenal.
Qsheira tetap yakin akan Arsene Wenger.
once Gonner, gonner forever.

Rabu, 29 Julai 2009

Seriuskah si Wenger?

Ok, cerita semakin perit, mata semakin sipi-sipi jer orang pandang pada Arsenal. Setelah berjaya mendapatkan tandatangan van Persie dan Walcott, tegas Wenger bagi memastikan tiada pemain utama keluar nampak gayanya semakin pelik dan kronik. Dengan jangkaan esok sebagai tarikh akhir Manchester City mendapatkan tandatangan Toure setelah melepaskan Adebayor kepada pasukan yang sama, aku merasakan masih ada dua atau tiga pemain mungkin bakal mengekori.

Dengan hanya Thomas Vermaelan satu-satunya pemain yang masuk bagi musim panas ini, kedudukan Arsenal sekarang juga semakin panas. Adakah Wenger serius untuk compete pada musim hadapan? Masih tinggal tiga minggu lagi sebelum bermulanya aksi 2009/10, jadi masih belum terlambat. Sekurang-kurangnya dua muka baru perlu diserap bagi memastikan Arsenal cukup ramuan.

Dilihat pada skuad yang sedia ada, kita amat mentah, belum cukup masak, belum cukup bersedia. Jadi dengan kemungkinan dua muka berpengalaman, aku pasti kita mampu bersaing. Lihat apa yang dilakukan Manchester City, Aston Villa, Everton dan Fulham, adakah kita bersaing bagi mendapatkan tempat keempat lagi? Oh tidak, cukuplah musim lepas.

Jadi jika benar kita sudah kuat di pertahanan, aku yakin bahagian ofensif langsung tiada masalah untuk membuatkan Arsenal antara pencabar liga. Sekarang ini, aku maksudkan pertahanan, sorang CB baru mungkin, dan mungkin juga sorg DMF yang berpengalaman! Sebab aku percaya, kita masih lemah di sini.

Kolo Toure ke Man. C

Kolo Toure Defender serba boleh nie dah bersama Arsenal 7 musim nampak akan berakhir jodoh hari ini.
Tatkala Squad The Gunners tengah menjalani latihan untuk perlawanan persahabatan kat Austria, Toure akan segera balik ke england untuk menjalani tes kesihatan sebagai langkah terkahir untuk joint Man. C.
14jt Pounds harga untuk toure di bayar oleh Man. C kepada Arsenal dan 120k Pounds/minggu adalah bayaran Toure untuk contract 5tahun.
Toure merasa semakin kecil peluang dirinya sebagai starter, dengan datangnya Vermaelen dan kembalinya Armand traore ( pinjaman ke Portsmouth ) dan juga Senderos ( pinjaman ke AC Milan ), ditambah dengan hubungan tidak baik dengan Gallas semakin menambah minatnya ke Man. C.

Akan kah Man. C akan mencabar pasukan big 4 BPL. kita tunggu saja musim 09/10.

Khamis, 23 Julai 2009

Mana satu nihhh???


"I do not know anything about the statement made by my coach. It can not be true. I am completely ready physically. I was told that I will play between 20 and 30 minutes on July 27 when we play against Szombatelya. Two days later against Hannover 96 I will play a half."

"I feel great, next week I will play for Arsenal, and I believe that everything will be OK."


Aku agak konfius di sini, mengenai kecederaan Eduardo. Dalam official website telah menyatakan bahawa Eduardo bakal berehat selama dua bulan setelah dilaporkan bakal menjalani pembedahan minor dan tempoh dua bulan ini sebagai tempoh recovery. Tapi apa yang menghairankan melalui laporan Eduardo pada Goal.com bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Hairan betul!

Dan ini statement Wenger sewaktu melaporkan kecederaan dialami Nasri:

“But the options are Tomas Rosicky who is back. And in [those] two months Eduardo will be back as well. We do have offensive options but we don’t want to lose important players before the season starts"

Adakah Wenger ingin menyatakan dalam tempoh dua bulan ini Eduardo bakal regain fitness dia yang sebenar? Mungkin juga. Atau mungkin kesilapan daripada pihak media mahu pun official sewaktu memasukkan artikel ke dalam official website atau media itu sendiri.

Pastinya berita yang amat menggembirakan, Nasri berkemungkinan bakal kembali beraksi dalam tempoh 6 minggu setelah Wenger menyatakan kecederaan Nasri cumalah keretakan minor. Sekiranya 6 minggu penantian, dia cuma terlepas hampir tiga minggu pertama permulaan musim. Satu berita yang positif. Apa-apa pun kita harapkan Nasri akan kembali fit seperti biasa dan kembali membantu Arsenal mengharungi musim 2009/10 yang lebih mencabar dan penuh tekanan terutamanya menamatkan badi trofi utama.

Rabu, 22 Julai 2009

Semoga cepat sembuh, Nasri!

Dengan tempoh permulaan musim tinggal kurang daripada sebulan lagi, Arsenal menerima berita yang kurang enak dalam mencaturkan pasukan lebih mantap musim hadapan setelah Samir Nasri mengalami keretakan di tulang betis yang dipercayai berpunca daripada fight ball antara dia dan Abou Diaby. Bongok betol la Dalsim ni! Secara rasminya Cowin Lewin iaitu physio Arsenal menjangkakan Nasri bakal berada di sideline antara dua hingga tiga bulan.

Sekiranya Arsenal berjaya layak play-off liga Juara-Juara Eropah untuk memasuki pusingan kelayakan dalam kumpulan, ini bermakna Nasri akan terlepas sekurang-kurangnya tiga perlawanan di dalam kumpulan. Dengan Wenger cuba meletakkan Nasri di bahagian defensif midfield sehinggalah kecederaan ini berlaku, ini mungkin antara faktor untuk Wenger kembali ke dalam lubok perpindahan musim panas dalam mencari pemain defensif midfield yang bakal digandingkan bersama Fabregas.

Tapi inilah resam bolasepak, ada saja perkara yang berlaku tanpa kita jangkakan. Aku di sini mengharapkan Nasri akan cepat sembuh dan kembali menyarung jersi Arsenal. Kecederaannya mengigatkan aku mengenai kecederaan dialami John Terry sewaktu challenge 50-50 antara dia dan Eboue yang memaksa Terry diketepikan Chelsea untuk tempoh 3 bulan.

Samir Nasri rehat 3bulan eeekkkk..

Mimpi ngeri kembali menghantui squad Arsenal -> yakni CEDERA.
itu lah yang menimpa Samir Nasri, Attacking Midfield yang baru saja menyarung Jersey Arsenal Musim lepas.
Cedera patah tulang Fibula dialami Samir Nasri yakni semasa sesi latihan menjelang perlawanan pemanas Badan di Austria melawan SC Columbia yang berkesudahan 1-7.
Kembali nya Rocky 7 ( Thomas Rosicky ) sedikit melegakan The Prof.

Di awal musim 09/10 BPL Arsenal akan kehilangan khidmat Nasri saat melalui beberapa perlawanan menentang club2 besar seperti : Everton, Portsmouth, Manchester United, dan Manchester City.
ulasan sesi pemanas badan menentang Tuan Rumah SC Columbia
SC Columbia di depan menit 35 hasil kesilapan Sylvestre melakukan back pass lemah kepada Almunia dengan pantas di manfaatkan sepenuhnya oleh Partick Lehner. seminit Selepas kebolosan 1 gol, Squad Arsenal tampak dominan dan tidak lagi memberi sebarang peluang pada Tuan rumah dengan menjaring 7 goal lepas tu yakni melalui:
36' Bendtner 39' Ramsey A. 44' Bendtner 56' Van Persie R. 73' Van Persie R. 77' Gallas W. 83' Ramsey A.

Arsenal
Manuel Almunia(46), Emmanuel Eboue, Mikael Silvestre(46), Thomas Vermaelen(46), Johan Djourou(46), Jack Wilshere(46), Denilson, Abou Diaby(46), Aaron Ramsey(46), Andrey Arshavin, Nicklas Bendtner(46).
Substitutes
Vito Mannone
Kolo Toure(46)
William Gallas(46)
Bacary Sagna(46)
Philippe Senderos(46)
Alex Song(46)
Armand Traore(46)
Robin Van Persie(46)
Wojciech Szczesny(46)

SC Columbia
Gerhard Taschwer(79), Mario Handl, Michael Urban, Dominique Lehner, Thomas Pollack
Roman Horvath, Alexander Frimmel, Thomas Potlatnik, Roman Flandorfer, Julius Simon
Patrick Lehner(46)
Substitutes
Markus Lipovski(79)
Patrick Berthold
Christian Schweigler
Nahir Gunel(46)
Markus Buchinger
Florian Schabata
Benjamin Meisenbichler
Markus Wiltschko

P/s :
Alahai Pakcik Wenger, apa sal lar pulak engko pertahankan Sylvestre nie, Bordeaux kan nak jual Marouane Chamakh ke Arsenal dangan Sylvestre sebagai sebahagian dari syarat pembelian.
bagi jer larr.

Selasa, 21 Julai 2009

Yeah, aku masih lagi di sini lagi

Agak lama aku tinggalkan blog ini untuk berkongsi cerita mengenai Arsenal, apatah lagi aku terpaksa melepaskan tugas kepada Qsheira untuk menyambung penulisan di blog ini. Terima kasih sangat kerana memperuntukkan masa anda untuk blog ini. Dan kali ini aku cuba menulis mengenai Arsenal, aku cuba abaikan isu-isu perpindahan pemain yang dijangkakan ke Arsenal yang sememangnya tak terlayan dan lebih memberikan pengharapan yang kadang-kadang tu sia-sia dan tidak realistik. Abaikan tawaran mengila dari Real Madrid dan Manchester City sebaliknya kita perlu lebih fokus kepada pasukan kita sendiri.


Sesi pra-musim Arsenal telah berjalan di mana aksi pertama diadakan di Barnet dan keputusannya cuma seri 2-2 tetapi positifnya aksi ini digunakan sebagai langkah permulaan bagi Wenger menyediakan pasukan cukup mantap musim hadapan ditambahkan 10 pertukaran di masa kedua untuk melihat prospek yang bakal dijana dari skuad muda Arsenal. Jika diimbas aksi pra-musim lepas, perancangan pasukan agak terganggu apatah lagi kecederaan pemain utama seperti Eduardo dan Rosicky diikuti dengan kempen Euro’08. Tambahan pula signing waktu itu seperti Ramsey dan Nasri dalam proses menyesuaikan diri dengan pasukan. Impak kecederaan yang dialami Eduardo, Rosicky, Fabregas dan Adebayor telah merencatkan kempen liga sehinggakan Wenger terpaksa mencari sumber tambahan di bahagian hadapan dan akhirnya kehadiran Arshavin yang belum berada di kemuncak prestasi sebenar masih mampu membantu Arsenal bersaing di dalam kelompok elit EPL.


Walaubagaimanapun, individu seperti Nasri dan van Persie telah menjana kekuatan masing-masing di dalam pasukan apatah lagi musim pertama bagi Nasri sememangnya amat mengagumkan. Merencana serangan, menambahkan kreativiti untuk musim pertama di dalam sesebuah pasukan bukanlah kerja mudah. Dan musim lepas merupakan musim terbaik van Persie di Arsenal, menjadi penjaring terbanyak kelab, mendapat tahap fitness yang amat baik dan menjadi tunggak kepada pembentukkan pasukan muda, dia sememangnya menunjukkan kematangan di dalam pasukan. Paling ketara adalah fungsi Alex Song di dalam pasukan, bermula sebagai individu yang tidak dikenali latar belakangnya, sehinggalah disunting Wenger menjadi watak yang cukup menonjol prestasinya tetapi dia masih perlukan bimbingan watak-watak berpengalaman di sampingnya dalam membentuk kematangan pada kariernya.


Cuma sehingga ke hari ini, aku masih hairan berapa jumlah yang mampu dibelanjakan Wenger untuk menguatkan pasukan. Jika dihitung pada kedudukan liga musim lepas, diikuti beraksi sehingga separuh akhir FA Cup dan Champions League, aku menjangkakan Wenger sepatutnya memperolehi bajet paling kurang 30M Pounds untuk dibelanjakan bagi musim ini kerana perlu diingat, ganjaran berada di suku akhir Champions League sekali pun amat banyak jumlahnya. Jika dikatakan jumlah kewangan ini disalurkan kepada pengurusan kewangan kelab bagi membayar tunggakan hutang pembinaan Emirates, adakah jumlah kutipan penjualan tiket, penjenamaan, penyiaran, loteri dan cenderahati itu tidak cukup untuk membayar penjanjian bayaran tahunan, apatah lagi tiket di Emirates telah dinaikkan harganya. Dan ekstra daripada penjualan Hleb ke Barca, Arsenal akan memperoleh 2.5M Pounds untuk setiap piala dimenangi Barca cuma aku tidak pasti berapa lama perjanjian ini tetapi kejayaan treble Barca ini sekurang-kurangnya membolehkan Arsenal meraih 7.5M Pounds. Hairan bukan.


Kepada Thomas Vermaelan yang sebelum ini beraksi di Ajax Amsterdam telah pun menandatangani kontrak bersama Arsenal dengan yuran perpindahannya dikatakan 10M Pounds, aku ucapkan selamat datang dan tahniah kerana menjadi sebahagian pembentukan The Gunners pada musim hadapan. Yang menjadi persoalan sekarang adakah kehadiran Vermaelan mampu membantu pertahanan Arsenal untuk musim hadapan yang dilihat agak rapuh musim lepas terutamanya di bahagian set-pieces. Dengan ketinggian sekitar 1.80cm, dia bukanlah pemain ideal untuk berada di posisi center back tetapi aku meletakkan harapan yang tinggi dan perlu diingat faktor ketinggian bukanlah memainkan peranan utama untuk menjadi CB yang terbaik, sebagai contoh, fizikal Puyol yang lebih kepada full back tetapi masih mampu beraksi cemerlang di posisi CB. Mungkin itu perlu dilakukannya. Dan seperti musim-musim sebelum ini, Wenger pastinya melepaskan pemain utamanya ke pasukan lain. Kali ini Wenger bersedia menyerahkan Adebayor kepada pasukan paling gila transfer di EPL iaitu Manchester City dengan yuran perpindahan sebanyak 25M Pounds. Dengan Adebayor dilihat semakin hilang semangat di Arsenal, lebih celik mata membicarakan wang dan telah gagal mendapatkan sokongan peminat, adalah lebih baik untuk Wenger melepaskannya.


Walaupun cuma seorang sahaja pemain masuk dan keluar tetapi kehadiran semula Rosicky di dalam pasukan setelah mengalami mimpi ngeri di dalam kariernya selama 18 bulan dan Eduardo yang hampir cergas sepenuhnya daripada kecederaan patah kaki yang dialaminya, sudah pasti kelibat kedua pemain ini bakal menjana kreativiti di bahagian serangan dan sekurang-kurangnya Arsenal juga bagaikan mendapat dua pemain baru secara serentak untuk musim hadapan. Dan aku di sini mengharapkan igauan ngeri mereka ditamatkan serta merta dan kembali menjalani karier mereka dengan sebaik mungkin di Arsenal. Dengan komitednya van Persie dan Walcott setelah memperbaharui kontrak serta kesetiaan Fabregas untuk melangsaikan hutangnya kepada Arsene dan Arsenal yang sememangnya membantu menjadikannya antara pemain terbaik dunia, tiba masanya untuk kita mengharapkan pencapaian yang lebih baik musim hadapan dan pastinya menamatkan kemarau penantian trofi utama yang sekian lama. Sekiranya Wenger berjaya mendapatkan seorang pemain defensive midfield yang baik, aku pasti, Arsenal pasti lebih mantap dengan gabungan pemain muda yang berpengalaman dan berkualiti kerana aku percaya mereka telah menempuh tempoh yang begitu sukar sejak beberapa tahun ini dan inilah masa terbaik untuk membuktikan skuad yang sedia ada cukup kuat untuk bersaing sama ada di dalam kejohanan domestik atau pun Eropah.


Adios, bertemu di penulisan berikutnya. Terima kasih aku ucapkan atas kesudian korang mengikuti perkembangan blog ini.

Sekian,

Rachwan

Sape yg layak untuk mengisi tempat Adebayor??

Adebayor dah pun menjadi warga Citizens dengan harga 25jt Pounds.
Adebayor mengaku tak tamakkan duit pounds, tapi nak gaji 170k/minggu bila citizens nak sangat dengan striker Togo ini. Hajat hatinya termakbul City bersetuju dengan contract 5 tahun.

Masaalah pada Arsenal ketika ini ialah, siapa yg layak untuk mengisi posisi Ade??
Berikut beberapa Striker yg mungkin mengisi tempat kosong tersebut.

#Marouane CHAMAKH 25 thn (Bordeaux) £10M.
Sunderland & Black burn turut berminat ngan mamat maroko nie.

# Edin DZEKO (Wolfsburg) £30M
Mission Imposible dengan 30m Pounds, Arsenal tak akan beli pemain yg lebih dari 20m Pounds.
# Samuel ETO'O (Barcelona) £25M
jangan lar bermimpi Arsenal akan beli mamat nie, nak gaji 200k Pounds/week.

# Andre-Pierre GIGNAC 23 thn (Toulouse) £18M
Warga Negara France yg tengah bersinar di league 1 France, musim lepas
jaringkan 24goal tapi harga pon boleh tahan jugak.

# Klaas-Jan HUNTELAAR (Real Madrid) £15M
Pembelian mega yg dah pasti tidak memberikan tempat untuk The Hunter lagi, dan kenyataan
real yg akan menjual semua pemain Holland.

# Obafemi MARTINS (Newcastle United) £10M
Mamat nie yg merupakan striker yg paling mungkin mengisi tempat Ade, Murah dan juga
hampir serupa dengan corak permainan Ade.
Musim lepas AW sudah hampir membelinya apabila Ade hampir2 berhijrah ke Milan.

# David VILLA (Valencia) £40M
Dengan tag harga yg paling mahal, Hanya mimpi di tengah padang bila nak Villa joint Arsenal.
Mamat spain nie sebenarnya nak joint Arsenal, bab harganya yg terlampau mahal AW tidak
terlintas niat untuk membelinya.

Pada rakan2 Gonners nak striker yg mana satu dari pilihan kat atas???
Qsheira rasa hanya 2 individu yg hampir pasti dibeli AW
pilihan pertama jatuh kepada
# Obafemi MARTINS (Newcastle United) £10M.
pilihan kedua Qsheira ialah
# Marouane CHAMAKH 25 thn (Bordeaux) £10M.

Rabu, 15 Julai 2009

Adebayor resmi milik City

Adebayor resmi menjadi milik Man. C
lepas dari tes kesihatan, Adebayor menunggu permit untuk mewakili Citizens musim 09/10.
ARSENE wenger yg mulanya hendak menahan semua pemain untuk kekal, tak kuasa menahan 25jt Pounds dari Man. C untuk Striker Togo ini.
dengan gaji 170k pounds/pekan ( hampir 3 kali ganda dari gaji di Arsenal -> 80k Pounds /pekan ), Adebayor terikat contract 5 tahun dengan Citizens.

akhir kata buat Adebayor, baik2 jadi orang ye.
nanti masa main ngan Arsenal jangan cakap masih menaruh hati kat Arsenal, tak de alasan lar bila gagal menyerlah ngan City.
At least all the best for u, walau cam ne pon engkau ex Gunners.

Tanpa Adebayor sekali pon, Qsheira Tetap berpegang:
Once Gonner, Gonner forever

Selasa, 14 Julai 2009

Adebayor menuju ke Man. C

Jodoh Adebayor dengan Arsenal hanya menunggu masa, dengan 22jt Pounds The Citizens resmi masuk meminang striker Togo yg memang lebih minat dengan wang Pounds.
AC Milan, Barca yg musim lepas adalah club gergasi terdepan berminat mendapatkan tanda tangan Adebayor tampak tak bermaya musim nie.

The Citizens yg musim lepas dah menampakkan belang nya, musim ini melakukan beberapa transfer gempak seperti Carlos tevez, Roque Santa Cruz, Gareth Barry.
terbaru selepas gagal mendapatkan Eto'o dari barca, The Citizens alihkan sasaran pada Striker Togo 25 thn yg di datangkan dari Monaco pada 2006 ke Arsenal memiliki cap bersama Arsenal 142 dengan 62 goal.
170k Pounds / pekan untuk contract 5 thn sememangnya akan membuat Adebayor jatuh hati kat Man. C.

Bila transfer nie berjaya, Arsene wenger pasti kecewa dengan sikap pihak Management yg selalu mendahulukan keuntungan.
Arsene Wenger telah menegaskan tak akan ada pemain yg akan keluar dari squad sedia ada, sememangnya akan menghadapi masalah besar dengan adebayor yg hanya ada wang Pounds dalam mindanya.

Sepintas Lalu :
Bekas ketua Pasukan P. Vieira dikabarkan akan bermain untuk Seteru derby utama Arsenal Tth Hotspur untuk musim depan, 35k Pounds / pekan kat Tth Hotspurs nanti adalah lebih rendah berbanding Vieira terima, yg hanya sebagai pemain simpanan kat inter.
bab nak main dalam squad kebangsaan France untuk WC 2010 Vieira memilih menjadi pemain club musuh tradisi Arsenal, Harry Rekdnapp berjanji akan memastikan Vieira kekal dalam squad utama Tth Hotspurs sebagai starter.

Isnin, 13 Julai 2009

Almunia dapat PR.

Almunia, goal keeper Arsenal yg ber warga negara Spain dah pun resmi mendapat pasporr antara bangsa England.
Harapan goal keeper no. 1 Arsenal kita nak cukupkan syarat untuk jadi kunci masuk ke dalam squad Three Lions asuhan Fabio Capello.
Usia mencecah 32thn Almunia belum pernah merasakan cap antara bangsa bersama Spain, Iker cassilas, Pepe reina dan Victor valdes yg menutup ruang untuk Almunia.

Selepas Almunia mendapat pasporr antara bangsa England dan berhasrat untuk masuk ke dalam squad Fabio Capello, banyak individu yg menyokong dan tak kurang yg tak suka.

Pengurus Tottenham Hotspur Harry Redknapp, personaliti yg paling lantang memberi pernyataan bahwa lebih baik kalah bersama penjaga gawang berstatus warga negara england daripada menang menggunakan khidmat penjaga gawang yg hanya berstatus PR.
Akan Tetapi Almunia tak kisah apa kata orang, janji Capello bagi peluang, Almunia akan berikan yg terbaik untuk England.
Performa semasa Almunia memang tak dapat di nafikan lagi, yg sudah pasti lebih baik dari David James, Robert Green, Ben Foster, Scott Carson, maupun Paul Robinson.

Qsheira doakan yg terbaik untuk Almunia, walau tak terpilih nanti, tetap lah kuatkan semangat dan azam musim 09/10 untuk Arsenal kito. :)
Make us proud be Gonners.

Khamis, 9 Julai 2009

Pihak executive Arsenal kedekut.

Proposal penambahan saham go public sebesar 60jt Pounds sebagai menambah dana untuk The Prof untuk membeli pemain yg dapat menguatkan lagi squad Arsenal musim depan yg di cadangkan Pemilik saham 25% yakni pemilik saham kedua terbesar Arsenal, Alisher Usmanov Taikun Rusia kelahiran Uzbekistan di tolak oleh pemilik saham lainnya.
Bab Arsenal yg dapat bersaing di posisi big 4 BPL tanpa kelibat pemain2 status bintang adalah salah satu sebabnya, dan di tambah cost emirates stadium 440jt Pounds yg melalui project pinjaman pembinaan HIGHBURY SQUARE sebesar 260jt Pounds yg belum habis bayar lagi ( 180jt lagi tu dah di bayar Arsenal sisa tu masih utang lagi ).

ini merupakan salah satu sebab Arsenal gagal mendatangkan Melo yg seharga 21,5jt Pounds, Arsenal yg menawarkan Eboue & Senderos + 5jt Pounds ( yg 5jt Pounds tu belen budget 15jtPounds thn nie, selepas beli vermaelen 10jt pounds ) masih juga kalah bersaing dengan Juventus club gergasi seri A yg menawarkan 17,5 jt pounds + Marco Marchionni.

apa pe pun, Qsheira tetap yakin pada pakcik Wenger.
policy Wenger yg membina squad tanpa menggunakan kuasa wang yg buat Qsheira tabik kat The Prof.

akhir kata Maju lah Arsenal untuk proud to be Gonners.

Rabu, 8 Julai 2009

Arshavin cabar Barca.

Arshavin cabar Barca untuk membuat bidaan secara rasmi bila Barca betol2 berminat ngan Mat Russia nie.
Arshavin memang lebih memilih Barca semasa ia di Zenit lagi, tetapi Arsenal lebih menunjukkan minat dengan melakukan transfer sebesar 16jt Pounds untuk masa khidmat 3,5thn di Arsenal.
Barca yang selalu memuji Arshavin pernah menyatakan : " Arshavin adalah attacking midfield yang sangat berbakat, alangkah baiknya bila Arshavin bergabung dengan Barca".
Ternyata komen tersebut di tanggapi serius oleh Arshavin yang mencabar Barca untuk membida secara rasmi pada Arsenal. ( nak kena penampar Arshavin nie, geram betoi )

Felipe Melo yang baru saja mengikat contract baru dengan Fiorentina mungkin akan mengadakan perbincangan Arsenal, bila tercapai maka harga untuk Melo adalah 25jt Euro.
Fiorentina mungkin melepaskan melo ke Arsenal bila Arsenal memberikan Eboue + 18jt Euro.
( kalau mahal cam nie, baik tak yah larr, power sangat ke si Melo tu?? ).

Cesc Fabregas, captain kita mungkin saja keluar dari arsenal bila ada club yg menggunakan kuasa wang untuk membeli nya.
Barca mungkin lebih berminat dan berkemungkinan akan mendapat khidmat Midfield Spain kita ini bila barca berani membida di atas 40jt pounds.
(Qsheira yakin 100% AW takkan lepas punya, bila tak de fabregas kat Arsenal, maka kemungkinan Arsenal buat rekod baru 38 game draw musim depan ).

Sabtu, 4 Julai 2009

RVP perpanjang 5 thn

Berita gembira untuk peminat mat Holland RVP.
80k pounds/pekan telah mengikat RVP sampai 2014 di Emirates.

RVP dah masuk dalam carta pemain yg mendapat gaji paling tinggi di Arsenal ( dah memang cam tu pun, Arsenal salary policy 100k pounds/pekan tu pon Legend kita yg pegang rekod tu Tyti 14 ).

Tahniah untuk Wenger yg dapat mengekalkan semangat setia pada Arsenal di kalangan pemain pemain muda Arsenal.

untuk RVP pulak, dah dapat gaji besar tu, jangan poyo lar pulak, cedera tu bagi kurang sikit, kaki bagi asah tiap2 nak tidor, jadi tajam masa depan gawang lawan (cam pisau je nak asah) :p hue hehehehe
nah..
berita tentang mat Togo
Arsene wenger menyatakan yakin akan kesetiaan Adebayor terhadap club untuk kekal musim nie ( musim depan kang tak tau lagi lar :)
walau pon ada banyak club2 besar berminat dengan Adebayor seperti Ac Milan, Chelsea ( dengan Ancelloti yg ber iya2 nak Adebayor masa ia kat milan lagi).
Milan di katakan bersedia membida Adebayor dengan 20jt pounds + Fla " Money "
Apa pe pun, Arsene Wenger - Qsheira caya sama lu.
Tapi bab Fla " Money " harap Wenger ambik keputusan yg se bijak2nya ( menyampah tengok muka Fla " Money " minate nie..
Hope all the best for The Gunners this 09/10 season.
Qsheira Always proud to be one of Gonners.

Khamis, 2 Julai 2009

Hleb " Tikus " hilang arah.

Hleb " tikus " eks Gunners tak mendapat tempat langsung di Nou Camp ( walau reserve sekali pon ) dah pun merasa tak selesa ngan squad Catalan.
dengan 11,8jt pounds Hleb hanya 19 kali ( masuk dengan jadi Reserve sekali ) tampil untuk Barca musim lepas.
Peluang starter yg tak pasti, satu sebab dia nak kembali ke kancah BPL musim 09/10.

Aston villa kehilangan khidmat ketua pasukan Gareth Barry yg berhijrah ke Man. C tampak berminat mendapatkan khidmat pemain Belarus ini.
Arsenal turut serta merancakkan lagi persaingan dengan bidaan 7jt Pounds ( untung 4,8jt pounds setahun + tak payah bayar gaji depa).
Hleb yg dah pasti malu berdepan dengan Gonners lebih pasti memilih Aston villa yg berpeluang menampilkannya sebagai Starter 1st 11.

Remark:
itu lar akibat dari pada jadi tikus di saat2 akhir, derhaka dengan Prof pasti membawa padah.
Sample : Anelka -> R. Madrid. Fla " Money " -> AC Milan.

Legend kita T.Henry pulak mendapat restu dari Arsene Wenger secara pribadi sahaja yg mengutip hasil gemilang di Barca.

Rabu, 1 Julai 2009

Senderos ke Aston villa??

Phillipe Senderos otai lama gunners yg turut serta menabur jasa masa UNBEATABLE 49 game menjulang Arsenal menjadi juara BPL 2004, dan 10 game tanpa bolos CL walau hanya sebagai naib juara.
Aston villa club terbaru dikaitkan dengan defender Swiss
24 thn ini dengan bidaan 5jt pounds.
AC Milan tak berminat kekalkan Senderos di San Siro walau pun Senderos sendiri bersedia kekal dengan contract tetap.

Kehadiran Thomas Vermaelen tentu saja menggugat kedudukannya sebagai starter bila ia balik ke Emirates Stadium.
Dengan Arsene Wenger yg lebih tertarik pada defender Stuttgart Serdar Tasci, semakin menguatkan hasrat Defender Swiss ini untuk hengkang dari Arsenal.

Cam ne pon jasa mu tetap di kenang, walau bukan yg terbaik, tapi Senderos tetap salah seorang Gunner yg Qsheira minati.
All the best for u Senderos even later u 'll joint Astonvilla as Gunners Rival for 4 ticket to CL.

Felipe Melo kekal di seri- A

Confederation Cup baru melabuhkan tirai dengan Tim Samba muncul selaku Juara edisi kali ini juga turut serta dengan squad utama Brazil Gilberto Silva eks otai Gunners yg sekarang bersama Panathinaikos.
Felipe Melo ada bertanyakan bab Arsenal kat Gilberto semasa bersama squad Brazil yg ke Afrika Selatan.
Gilberto dengan pasti mengatakan yg 6 musim dia bersama Arsenal adalah masa yg paling indah dalam karier bola sepak nya, dengan rekod juara 49 game tak terkalahkan 2004.
Gilberto menyarankan agar Melo bergabung dengan Arsenal untuk masa depan nya yg gemilang.
Akan tetapi seakan hanya bertanya kosong, Melo telah memperpanjang contract bersama Fiorentina sampai 2013 dengan perjanjian penjualan bila club yg berminat membelinya kelak nilai 20jt pounds lah jawaban nya.

Sepintas lalu squad Arsenal.

*Arsene Wenger menegaskan yg dia menolak permintaan Real Madrid, di sebabkan asas yg berbeza. Real yg telah melakukan transfer Mega musim ini dengan rekod pembelian baru, berasaskan duit untuk membentuk squad impian, yg mana tidak di sukai Arsene Wenger yg suka menggilap bakat muda dan orang2 yg tidak ternama untuk menjadi pemain terkenal.

*Arshavin mamat Russia kita nie dah boring makan nasi agak nye, pernyataan kontroversi ala melodi dia nie seakan akan dia nak try makan gigi.
Arshavin berspekulasi andai Barca meminangnya, dia akan sangat berbahagia sekali untuk bersama squad Catalan itu ( Nak kena penampar aku budak nie ).

*Adebayor mamat Togo yg penuh dengan lika liku di Arsenal, menjadi sasaran utama AC Milan yg gagal mendapatkan Edin Dzeko, dengan bidaan ter baru AC Milan 25jt Pounds mungkin menarik minat mat Togo yg ber iya iya sangat nak ke AC Milan musim lepas.