Ahad, 28 Februari 2010

3 point " BERDARAH "

Britannia Stadium menjadi saksi semasa Ryan Shawcross mematahkan kaki Ramsey, midfield yang memiliki masa depan gemilang asal wales.
Walau kemenangan 1-3 Arsenal mengutip 3mata berharga, terasa hambar bila 1 lagi rakan Gunners terkena musibah mengerikan.
mungkin insiden tackling minit 66 amat menggerunkan sampai kan rangkaian tv pon tak berani nak tayang ulang insiden yang berlaku.
AW mengutuk keras Ryan Shawcross yang berkata tidak sengaja sampai berlaku insiden terbabit.
( babi punye orang, mari aku patahkan kaki burok engko tu, pas tu aku cakap tak sengaja, main macam siyal jerrr, nak menang dengan taktik kotor ).

Posting kali nie, mari lar kita ramai2 turut bersatu dalam doa untuk Ramsey, agar kecederaan yang di derita nya tak lar sampai menamatkan karier di dalam usia yang masih begitu muda lagi.

P/s:
Bro Hafez Sorry semalam tak pergi joint kat seksyen 15. ( bab yang aku bagi tau engko, jangan pecah lubang tau, malu aku nanti kang ).
gap berbaki 3 point dari pendahulu Chelsea, Harap2 konsisten selepas nie berterusan.

Sabtu, 27 Februari 2010

Pre : Stoke. C vs Arsenal.

Nampak gaya Bro Hafez ( abang angkat Diaby ) tengah busy dengan program2 nya, Q ulas sedikit bab game malam nanti.( tapi tak de link streamink )

Arsenal yang dalam dilema performa naik turun dan dilanda kecederaan ramai pemain inti.
RVP, Djourou, Gibbs individu yang ambik cuti panjang, Arshavin, Gallas yang masih belum boleh turut serta ke The Stadium of Britania, Dudu yang 50-50, memang menyakitkan kepala penyokong2 fanatik Arsenal ( kepala AW lagi larr ).

Stoke musim lepas di rumah sendiri membenam Arsenal 2-1, tampil memukau 7 perlawanan tanpa kalah, belum masuk masuk kira 1 draw di rumah M.C dan 1 draw + 1 kemenangan melawan Man. C di rumah sendiri Perlawanan FA Cup, menyaksikan si SAYOR KAILAN PENGKHIANAT kene red card - dapat bonus hujung bulan 4 kali kene gantung perlawanan ( padan muke die wakakakakaka ).

Tuan Rumah.
Stoke City.
Performa yang semakin meningkat menambah kepercayaan diri pemain2 Stoke, walau pon hanya berharap Throw in Delap yang memang patut di bagi ibu jari ( macam kacang Ngan nyin ).
Arsenal sendiri dah pon beberapa kali kecundang padah dari throw in delap yang memang luar biasa walau jarak lebih dari suku padang mengarah ke Gawang, dapat menghasilkan Gol.
Ricardo Fuller yang semakin tajam, menempatkan dirinya antara striker yang patut di beri perhatian pihak lawan.

Arsenal.
Tanpa kelibat Arshavin dan Dudu, nampaknya Bendtner masih menjadi sandaran bagian hadapan Arsenal.
Aksi kurang bertenaga menang ke Atas Sunderland di hadapan penyokong sendiri boleh dikatakan nasib baik ada pinalty di minit terakhir perlawanan.

Squad Predict(Corak bertahan):
Almunia
Eboue-Campbell-Vermaelen-Clichy
Denilson-Song-Diaby(adik angkat bro Hafez)
Walcoot-Nasri
Bendtner


Score Predict:
Stoke 1
Arsenal 2

P/s:
Kali ini Expert predict Arsenal menang dengan perbezaan 1gol. Pengulas sukan siyal tak bagi predict.
Suboh nie memang betoi2 menjadi penentu hala tuju Arsenal untuk saingan BPL.
Risau simpan player untok Leg 2 vs Porto, kalau macam tu juga, tahan2 mental jerrr larrr.
Walau pe pe pon Q tetap sokong Gunners forever.

Jumaat, 26 Februari 2010

Bergkamp pelawa Arsenal untuk rekrut Attacking Midfield muda Ajax.

Bergkamp individu masuk dalam kategori Legend kat Arsenal cuba rekomen Christian Eriksen Attacking Midfield warga negara Denmark kat AW, walau baru 18thn dah pun masuk dalam squad inti kendalian Martin Jol AJAX AMSTERDAM.

Profile:
Lahir: 26hb Jan 1992
Warga Negara: Denmark
Tinggi: 173 cm.
Peranan: Attacking Midfielder.

Mamat Denmark nie mempunyai baki contract 1 thn je lagi, Jol ingin extend dan ikat budak nie bab Chelsea & Man. U turut berminat mendapatkannya.
Bila berminat AW kena bertindak pantas, bab mamat nie dah pon melakukan uji cuba ngan Chelsea dan Barca.

Arsenal juga mengintai bakat pemain muda Islandia 17 tahun, Ingolfur Sigurdsson, untuk menjalani uji cuba. Midfield asal club Knattsplyrnufelag Reykjavikur itu terus menjaringkan gol pada perlawanan U-16 Arsenal melawan Fulham minggu lepas.

P/s:
ini project 5 thn ke depan, jadi jangan berharap sangat, Cescs tu lain kes, bab P. Viera dah tua.
Mana lar tau boleh jadi Reserve baik punya untok FA Cup dan Carling.
Arsenal tengah dalam dilema, nak berhadapan ngan Stoke yang On Fire, boleh ke tidak Arsenal redam Stoke kita tunggu jerr, Pasal Posting Game Stoke City Vs Arsenal Bro Hafez yang postingkan jerr lar, siap ada link Streaming lagi.

Rabu, 24 Februari 2010

Hutang Arsenal Meningkat!

Nicklas Bendtner yang sudah kembali pulih dari kecederaan selama 3 bulan pada penghujung Januari mengakui dia ada hutang besar dengan Arsene Wenger akan tetapi mereka berdua juga ada hutang besar kepada peminat Arsenal. Tanpa penambahan penyerang pada musim perpindahan Januari di mana Arsenal mengalami krisis agak kritikal setelah kecederaan panjang van Persie dan Bendtner, masuk keluar Eduardo, Vela dan Walcott dalam wad, ini bermakna kembalinya Bendtner ke dalam skuad Arsenal bermakna dia perlu memikul tugas paling mencabar dalam kariernya.


"All I have to do now is show him he made the right choice. I'm sure he has and I've got to show it on the pitch."

Dia menyatakan betapa pentingnya untuk dia membayar kepercayaan Wenger yang sanggup menyimpan duit poket dari berbelanja jadi dia merasakan apa yang dilakukannya Wenger perlu dibayar kembali. Peminat sudah pasti terpaksa menerima keadaan ini walaupun bermacam rumours perlu dilayan tapi akhirnya semua sudah terbukti tiada sebarang khidmat tambahan dijelmakan. Jadi untuk adil, Bendtner perlu membayar hutang dia kepada Wenger manakala peminat Arsenal menjadi pemiutang mereka sehingga May nanti.

Mungkin kedudukan liga sekarang melihatkan Arsenal berada di kedudukan terbaik untuk merapatkan jurang mata tambahan pula lawan Arsenal awal pagi Ahad nanti iaitu Stoke City perlu berhempas pulas di Manchester untuk mengekang Manchester City dari layak ke suku akhir piala FA. Dengan Arsenal segar dengan seminggu, ini kelebihan yang perlu digunakan sebaik mungkin. Dan begitu juga di kem Chelsea, mungkin kita boleh mengharapkan keputusan negatif untuk mereka apabila mereka menerima kunjungan City di mana mereka terpaksa terbang ke Milan hari ini dan beraksi pada hari Sabtu untuk kempen liga.

Dengan baki kurang dari 3 bulan saingan liga di Eropah bakal tamat, apa-apa pun keputusan di luar jangkaan mampu berlaku, sama ada positif atau negatif buat Arsenal dan juga pasukan lain. Untuk berlaku tidak adil, aku perlu katakan, keputusan Arsenal nanti pada May lebih positif. Optimistik adalah penting buat masa sekarang dan fokus dari satu perlawanan kepada perlawanan lain amat diperlukan. Kurang pengalaman adalah alasan tidak masuk di akal kerana aku percaya Arsenal musim ini lebih baik dengan semangat sepasukan dan ini dapat dilihat sejak musim lepas di mana Arsenal berjaya kembali ke pasukan 4 teratas liga jadi musim ini adalah tidak mustahil untuk mengambil balik semangat musim lepas dalam usaha merangkul kejuaraan liga dan UCL.

Sehingga berjumpa pada entri seterusnya.

Selasa, 23 Februari 2010

WC 2010; England Perlukan Perubahan

Selepas aksi yang bukanlah maksimum yang mampu diberikan oleh Walcott tapi akhirnya kelihatan sedikit perubahan daripada permainan Walcott yang aku rasakan lebih baik terutamanya dari segi larian-larian break away yang banyak mengucar-kacirkan pertahanan Sunderland. Dan sudah terbiasa, pantas media British kembali menghangatkan kembali nama Walcott ke dalam senarai kunjungan ke Afrika Selatan bersama skuad England pada Julai nanti.

Mungkin aku boleh ibaratkan mereka [media England] terlalu gopoh, terkejar-kejar, drastik dan plastik dalam setiap artikel yang diberikan. Sebagai contoh, mereka merasakan Walcott bagaikan sukar untuk kembali ke skuad utama England tetapi kecederaan hampir dua musim Owen Hargreaves bagaikan suatu tonik untuk skuad England. Pelik, aku rasa jika pemain yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad England seperti Joe Hart, Milner, Ashley Young, Agbonlahor dan Downing tidak disenaraikan, sebaliknya pemain yang kurang beraksi musim ini diberikan peluang, memang tidak adil.

Kenapa aku senaraikan pemain Aston Villa? Aku rasakan mereka cukup promising tetapi apakan daya, England masih lagi sama seperti 4 tahun lepas, bagaikan pasukan yang terlalu fanatik dengan pemain yang cuma hebat pada nama. Jujurnya, aku berani perkatakan, sekiranya Capello tidak memecahkan pemain tengahnya yang ditunjangi Lampard, Gerrard dan Barry, aku yakin, England akan kempunan untuk mengulangi kejayaan 1966 kerana sejak mula aku melihat ketiga-tiga pemain ini beraksi bersama-sama, langsung tiada keserasian dan perfahaman.

Dan aku juga merasakan Walcott tidak perlu mendesak diri untuk beraksi sebaik mungkin untuk tiket ke Afrika Selatan sebaliknya jika dia beraksi dengan lebih yakin dan tenang, tiket jemputan itu akan datang dengan sendirinya. Tekanan pada Walcott sejak WC 2006 sebenarnya mempengaruhi kedudukan dia sekarang dan jika dia gagal sekali pun untuk berada di Arfika Selatan, peluang dia untuk aksi WC lain bersama kompatriot sebaya dengannya masih cerah.

Isnin, 22 Februari 2010

Steve Bruce: Chamakh akan menjadi pemain hebat jika bersama Arsenal

Masih lama berlegar nama Chamakh dengan Arsenal sejak musim panas lepas walaupun belum terdapat sebarang pengesahan status nya bersama Bordeaux. Dengan empat penjuru persaingan di antara Arsenal, Liverpool dan Sunderland serta keinginan Bordeaux untuk melanjutkan kontraknya yang bakal tamat akhir musim ini, dia pastinya mempunyai pilihan lebih baik untuk memilih pasukan yang sesuai dengannya.

Artikel yang belum ada asasnya yang menyebut Arsenal sudah mendapatkan pra-kontrak Chamakh untuk 4 musim dengan bayaran 50k seminggu yang juga menolak tawaran lumayan Liverpool dengan tambahan 10k seminggu mungkin tidak boleh dipercayai buat masa sekarang. Mungkin faktor kempen musim ini masih lagi berjalan, jika terdapat pra-kontrak sekali pun, semestinya pihak Arsenal tidak akan menghebohkannya bagi menghormati Bordeaux yang masih memiliki Chamakh.

Selain heboh mengatakan Chamakh akan memilih Arsenal, sebaliknya Wenger masih berdiam diri dengan fokus baki kempen musim ini yang semakin menuju ke klimaksnya menjadi keutamaan Arsene. Dan disebalik keputusan di Emirates, Steve Bruce menyatakan kepada media yang Chamakh akan lebih baik jika beraksi bersama Arsenal.

“If he’s gone on to sign for Arsenal, that shows how good he is and we wish him the best of luck. He’s a very good striker who will relish playing at a club like Arsenal.”

Mungkin ini sekadar pandangan daripada Steve Bruce dan kita tidak tahu sejauh mana pilihan yang bakal dilakukan oleh Chamakh tetapi sekiranya Wenger yakin Chamakh mampu bersinar di Arsenal, pastinya Wenger tidak akan melepaskan dia kepada pasukan lain, paling penting, free transfer, fizikal cukup baik dan kelihatan seperti team player yang aku rasakan cukup sesuai bersama Arsenal.


Ahad, 21 Februari 2010

Wajah Baru

Disebabkan aku rasa space setiap posting terlalu sempit maka dengan sedikit inisiatif aku melakukan perubahan pada layout blog kali ini untuk kepuasan korang membaca. Maaf, aku masih memilih tema kaler yang sama disebabkan aku cukup suka dengan kombinasi warna merah dan hitam. Dan sebab utama aku tidak memilih warna merah dan putih semata-mata kerana aku tidak mendapat kod warna cukup baik untuk layout yang menampakkan merah yang sesuai, jika ada pun kelihatan terlalu striking, melemahkan mata untuk melihat lama-lama. Aku harapkan wajah baru ini akan memberikan kepuasan pada korang semua.

Post Match Gameweeks 27: Arsenal 2 - 0 Sunderland

Keputusan yang cukup positif diraih di Emirates setelah kekalahan kurang bernasib baik di Estadio do Dragao di mana untungnya selepas kekalahan UCL, kita beraksi di tempat sendiri untuk kempen liga. Kemenangan ini setidak-tidaknya mampu memberikan moral boost untuk bertandang ke Britannia Stadium minggu hadapan yang diramalkan antara aksi yang cukup mencabar.


Mungkin aku berani perkatakan aku cukup tidak senang duduk bersama-sama Q di Ameer Ali sehinggakan jaringan penalti yang dilakukan Fabregas yang memastikan tiga mata penuh bakal dimiliki selepas banyak peluang keemasan gagal disempurnakan. Jika dilihat aksi Sunderland semalam boleh aku perkatakan mereka tidak beraksi secara maksimum setelah gagal meneruskan aksi cemerlang seperti di Stadium of Light sewaktu menentang pasukan utama liga terutamanya Arsenal, MU, Chelsea dan Liverpool.


Ok, berbalik kepada aksi semalam, kredit berlambak-lambak perlu diberikan kepada Eboue yang banyak menjelmakan kreativiti dalam serangan Arsenal terutamanya sumbangannya kepada gol pertama Arsenal yang dijaringkan oleh Bendtner. Jika tidak melampau, boleh aku perkatakan aksinya seakan-akan menjelmakan aksi cukup mantapnya pada permulaan diubah posisi di bahagian kanan midfield di mana aksi Emirates Cup sewaktu menentang Inter Milan yang membuatkan pertahanan Inter cukup kelam-kabut mengekang dribble yang dilakukannya. Jadi aku tak hairan kenapa Eboue menampakkan aksi ofensif lebih baik pada musim ini.



Kelibat talisman Arsenal iaitu Fabregas kali ini lebih bebas di bahagian tengah dengan aksi defensif mantap oleh Song yang mengawal bahagian tengah cukup baik dan memberikan ruang lebih kepada Ramsey dan Fabregas untuk membuka perlawanan. Sekali-sekala Fabregas terlibat di luar kawasan bersama-sama Bendtner dengan membuka ruang kepada Walcott untuk mengelirukan pertahanan lawan, nampak agak berhasil cuma masih belum optimum, jika cukup syaratnya, jumlah 2 gol yang dijaringkan mungkin digandakan lebih besar.


Di bahagian pertahanan dilihat lebih tenang dengan Sunderland cuma menyerang sekali-sekala dan gandingan Silvestre bersama Vermaelan dilihat agak rileks dan sekali-sekala juga Vermaelan bebas membantu bahagian serangan. Posisi kontroversi Arsenal sekarang kembali diambil oleh Almunia, walaupun jumlah ujian kepadanya cuma boleh dikira dengan jari tetapi save cukup baik sewaktu Darrent Bent menerima hantaran Kewynes Jones perlu diberikan kredit kepadanya di mana aku merasakan sekiranya Bent berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Almunia, agak sukar untuk Arsenal kembali comeback, bukan tidak yakin cuma dua perkara berlegar di minda, mental pemain Arsenal akan diganggu dan Sunderland bertukar menjadi lebih aktif! Begitu juga percubaan Campbell daripada thru pass Kieren Richardson yang juga diselamatkannya.

Dan positifnya aksi ini, aku dapat melihat keserasian cukup baik di antara Clichy dan Nasri yang kerap melakukan satu dua yang menarik pemain lawan ke kawasan Arsenal sebelum merentap kembali dengan larian promising Nasri. Selain itu Clichy juga semakin menghampiri match fitness yang diperlukan Arsenal di bahagian flank cuma sesuatu yang masih menghantui dirinya adalah teknik crossing yang belum lagi mampu step up dengan lebih baik.


Walaupun jumlah serangan Arsenal gagal disudahkan dengan baik terutamanya dari Walcott dan Bendtner, tapping mudah Bendtner yang menewaskan Craig Gordon mampu memberikan tahap keyakinan lebih baik kepada Bendtner terutamanya dia yang baru pulih daripada kecederaan panjang memerlukan keyakinannya meningkat mendadak terutamanya baki aksi selepas ini memerlukan fokus setiap perlawanan diharungi dengan maksimum, begitu juga Walcott walaupun gagal menjaringkan gol tapi sejak pulih dari kecederaan, aksi semalam paling menampakkan dia akan kembali kepada top formnya.

Dengan 6 mata ketinggalan dari pendahulu liga (Chelsea) dan 2 mata dari MU yang juga bakal beraksi awal untuk game ke 28, persaingan merebut kejuaraan liga nampaknya semakin menarik Arsenal dalam saingan tiga penjuru. Sudah pastinya kedua-dua pasukan bakal menggugurkan mata apabila beraksi sesama sendiri nanti tetapi Arsenal perlu juga berwaspada dengan aksi selepas ini yang dilihat mudah pada mata kasar tetapi perlu berhati-hati.

Highlights For Download: HERE

P/S:
OK, kat sini juga aku berharap suatu hari nanti kita mampu deal port untuk menyaksikan game Arsenal bersama-sama dan setelah sekian lama, dapat juga aku menonton aksi Arsenal bersama Q dan isterinya. Memang aku agak kurang ramah sangat tetapi kalau borak pasal bola terutamanya Arsenal, mulut pun jadi cam bertih jagung. So nanti kalau ada cadangan sila post di shout box, untuk lebih fair, pastikan gamenya beraksi lebih awal, jadi senang nak jumpa.

Sabtu, 20 Februari 2010

Pre : Arsenal Vs Sunderland.

Yang dah lepas, abaikan jerr larr.

tak yah nak ungkit2 balik, AW masih nak bagi 2nd chance kat Fabiansky, AW yakin yang Fabiansky akan bangkit selepas 2 gol bangang yang depa bagi kat Porto, walau kesilapan gol ke 2 tu terletak kat Refree kontroversi, tapi semua punca kelekaan Fabiansky sendiri.
ok kita terus jerr pada game Arsenal Vs Sunderland malam nie kol 23.00pm

Bro Hafez nak pelawa membe yang follow blog nie lepak kat Ameer Ali kedai mamak kat sek. 15, Q ok jer bab sempena Raya Cina nie, keje kurang sikit boleh layan sama2 kat sana malam nanti.

Tuan Rumah:
Arsenal.
Arsenal harus bangkit dari mimpi ngeri 1win, 1draw dan 3 lost 5game terakhir, 2 gol mudah kat Porto mencalar imej Arsenal yang terkenal mempamerkan corak permainan indah.
Sunderland yang 12 game kat away belom pernah menang bukan boleh di pandang sebelah mata, bab Arsenal kecundang di Rumah Black Cat hasil Counter Attack Darrent bent.

Abou Diaby ( adik angkat Bro Hafez ) yang come back On Fire tak dapat turun malam ni bab mengalami kecederaan, Almunia 50-50 atas kecederaan jari tangan
Arshavin, eduardo, Gallas masih juga ambik cuti bab kecederaan.
Alex Song jerr yang dah semboh, sedikit melegakan kubu Arsenal.
sekilas bab intan payung kite RVP, sekarang dah mulai ikut sesi latihan ringan untuk beradaptasi dengan keadaan semasa.
mungkin RVP balik pada penghujung April nie nanti ( Get well soon bro. They need u.).

ARSENAL
17hb Feb (Champions League) v Porto (A) LOST 1-2
10hb Feb (Premier League) v Liverpool (H) WON 1-0
07hb Feb (Premier League) v Chelsea (A) LOST 0-2
31hb Jan (Premier League) v Man Utd (H) LOST 1-3
27hb Jan (Premier League) v Aston Villa (A) DREW 0-0
24hb Jan (FA Cup) v Stoke City (A) LOST

Sunderland.
Midfielder Andy Reid dan Jordan Henderson masih lagi dilanda kecederaan, Kieran Richardson, John Mensah, Fraizer Campbell, Anton Ferdinand masih 50-50 untuk squad Steve Bruce malam nie, Lee Cattermole dan David Meyler digantung perlawanan.
bukan bermakna Arsenal pasti menang atas squad yang dilanda masalah kecederaan pemain nie, bab Arsenal pun lebih kurang jerrr perform semasa.

SUNDERLAND
09hb Feb (Premier League) v Portsmouth (A) DREW 1-1
06hb Feb (Premier League) v Wigan Ath (H) DREW 1-1
01hb Feb (Premier League) v Stoke City (H) DREW 0-0
27hb Jan (Premier League) v Everton (A) LOST 0-2
23hb Jan (FA Cup) v Portsmouth (A) LOST 1-2
16hb Jan (Premier League) v Chelsea (A) LOST 2-7

Squad predict:
Arsenal ( 4-3-2-1)
Almunia
Sagna, Campbell, Vermaelen, Clichy
Eboue, Song, Cescs
Rosicky, Nasri
Bendtner

Sunderland
Last starting (vs Portsmouth):
Gordon, Hutton, Turner, Kilgallon, McCartney, Malbranque (Zenden 45), Cana, Cattermole, Reid (Meyler 85), Bent (Bardsley 89), Jones.
Subs: Carson, Da Silva, Liddle, Benjani.

Score predict:
Expert said :
Arsenal 3
Sunderland 0

Q said :
Arsenal 4
Sunderland 1

Khamis, 18 Februari 2010

Porto 2 - Arsenal 1

Sakit hati bila layan game cam suboh tadi, Fabiansky yang boleh di katakan cukup pendedahan, masih juga buat kesilapan mudah, mungkinkah bab mentor depa Almunia pon ada buat cam tu??
Gol Porto di minit 10 memang totally kesilapan Fabiansky, Gol penyamaan Campbell cukup menaikkan daya juang Arsenal.
Bermain di hadapan penyokong sendiri sememangnya 1 kelebihan yang besar untuk pasukan Porto bermain sangat bertenaga di banding Arsenal, walau Arsenal memiliki skill individu yang lebih dari squad Porto.
Porto bermain keras untuk menutup kelemahan mereka, Cescs merupakan target utama terjahan keras.
Cescs kurang mendapat kesempatan untuk melakukan tugas dengan baik, sebab keseluruhan pemain Porto melakukan segala cara untuk mengekang Cescs. ( Siyal punya Refree, mata buta )
Gol ke 2 Porto sememangnya tak layak langsung, pasal free kick yang di beri, Q tak leh nak bangkang, mungkin sudut pandang Refree yang berbeza dengan apa yang di tayangkan kat TV, tapi free kick yang di ambil, Vermaelen dah pon angkat tangan untuk refree tahan kejap, memang porto nak menang guna pakai segala cara. ( maklum lar, refree nie memang mangkuk besar, dia nie lar refree play off France vs Ireland yang bagi gol kemenangan kontroversi jaringan assist tangan ghaib Legend kita Henry )

nak cam ner, kalah tetap kalah, tapi tak puas hati bila kalah cam nie.
AW pon 1 hal jugak, dah hampir semua game Arsenal kalah, bab Counter attack dari permainan defend lawan, tapi tak jugak nak beli striker masa separuh musim yang baru lepas.

tak pe lar, Porto, we wait our 2nd leg at Emirates, we will pay back ur dirty 2nd goal.

P/s :
dah lar mengantuk gilerr, kalah pulak tu, masuk kedai mamak, terus porto score mudah kesilapan Fabiansky.
Vs Sunderland nie, kene pakai Vita mannone agak nya.

Selasa, 16 Februari 2010

Pre : Porto vs Arsenal.

2nd Round CL 09/10 sedikit perit untuk Arsenal, isu kecederaan pemain bukan hal yang baru lagi.
Andrey Arshavin, Song, Almunia hampir pasti absent, kehadiran semula Dudu dan Bendtner sedikit menceriakan barisan hadapan Young Gunners.
Adik Angkat Bro Hafez , Diaby yang semakin On Fire, come back tepat pada masa nya, jaringan rambut kerinting nya, memberi kemenangan berharga Arsenal vs Liverpool di Emirates 1-0.
Arsenal sedikit bernasib baik bila leg 1 bermain di Porto, hanya kekalkan tak di bolosi barisan serangan Porto, itu sudah lebih dari cukup, merujuk pada 2 perlawanan Arsenal yang kalah di laman porto, but.. jangan lupa yang Porto 2 kali kecundang fase Knock Out CL di tangan Arsenal.

Tuan Rumah:
Porto:

Tak banyak yang Q dapat pasal Porto nie, hanya saja sejarah Arsenal sedikit suwey bila berkunjung ke markas Porto.
bab perlawanan porto pon yang Q tau Porto belum kalah lagi separuh musim ke 2 nie ( 2010 ), Q dapat yang tahun lepas nyerr:

May 24 '09 Porto - Sporting Braga 1-1 D
May 16 '09 CD Trofense - Porto 1-4 W
May 10 '09 Porto - Nacional Funchal 1-0 W
May 03 '09 Maritimo Funchal - Porto 0-3 W
Apr 26 '09 Porto - Vitoria Setubal 2-0 W
Apr 19 '09 Academica de Coimbra - Porto 0-3 W
Apr 11 '09 Porto - Estrela Amadora 3-0 W
Apr 04 '09 Vitoria Guimaraes Porto 1-3 W
Mar 15 '09 Porto - Naval Primeiro de Maio 2-0 W
Mar 07 '09 Leixões Matosinhos - Porto 1-4 W

Arsenal:
Aw target Draw 0-0 kali nie, dengan absentnya Alex Song dan Gallas+Vermaelen yang masih 50-50, mungkin kah game kali ini di hadapan penyokong Porto Fc akan berkahir draw??? alternatif last man yakni Campbell yang terkhir kali turut dalam saingan CL 2006, Final ARsenal kalah 1-2 pada Barca yang mana gol Arsenal di jaringkan oleh Campbell. Vermaelen memaksakan diri dengan ubat penahan sakit yang depa ambik khas untuk berkunjung ke Porto.
atau ini hanya perang Psyco yang di lancarkan AW semata mata bab mengatakan berharap draw dan tak di bolosi kat markas Porto nanti?? bab jentera Serangan Arsenal bertambah yakni Dudu dan Bendtner yang available untuk game kali ini, mungkin kah Squad Young Gunners dapat menutup mulut celupar yang mengatakan Arsenal terlalu " HIJAU " untuk jadi juara???
suboh kalau terbangun kol 4, nak layan kat kedai mamak.

Arsenal Last 10 results
Feb 10 '10 Arsenal - Liverpool 1-0 W
Feb 07 '10 Chelsea - Arsenal 2-0 L
Jan 31 '10 Arsenal - Manchester Utd 1-3 L
Jan 27 '10 Aston Villa - Arsenal 0-0 D
Jan 20 '10 Arsenal - Bolton 4-2 W
Jan 17 '10 Bolton - Arsenal 0-2 W
Jan 09 '10 Arsenal - Everton 2-2 D
Dec 30 '09 Portsmouth - Arsenal 1-4 W
Dec 27 '09 Arsenal - Aston Villa 3-0 W
Dec 19 '09 Arsenal - Hull City 3-0 W
Squad Predict hanya untuk Arsenal kito jerrr: ( 4-3-2-1 )
Fabiansky
Eboue - Campbell - Vermaelen - Clichy
Denilson - Cescs - Diaby
Eduardo - Nasri
Bendtner
untuk Score Predict:
* Ramai Reporter sukan mengatakan Arsenal pasti kalah.
* Expert Predict game dramatic, Arsenal Draw 1-1.
* Q predict, dengan confident Q predict Arsenal menang 1gol hasil jaringan Denilson ( pujaan hati bro hafez ).
Why Denilson??? bab Bro Hafez dah bagi amaran kat dia, nak botak kepala depa kalau tak score.
akhir kata " Proud to be Gooner "

Isnin, 15 Februari 2010

RVP yang tengah cidera pon ramai nak masuk meminang.

Arsenal berputih mata bab puasa gelaran juara dah berkepanjangan, ramai bintang berhijrah ke club yang lebih besar dan glamour, ada yang bab wang pounds, bab puasa gelaran cam henry dan ada yang berhijrah bab polisi contract 1thn untuk pemain berusia 30thn ke atas( gilberto, ljunberg, pires, edu dan banyak lagi larrr).
tapi pengecualian khas untuk Gallas yang baru jerr perpanjang contract 3thn walau dah pon 31thn, bab duet ngan vermaelen di jantung pertahanan semakin mantap akhir2 nie.
Fla-Money ke milan, Helb si berok ke Barca. dan permata kita Henry pon ke Barca dah pon menambah gelaran Liga juara2 dalam koleksi gelaran juaranya.

Tapi bukan bermakna semua Pemain Arsenal tak setia bab puasa yang berkepanjangan nie, RVP yang tengah di landa kecederaan pon, ramai yang masuk meminang, dari club2 BPL ada Chelsea dan Man. C, dari Seri-A italy; Intermilan, Juventus turut serta dalam cubaan mendapatkan khidmat striker Holland 26 tahun kita nie.
Tapi ini RVP lar, bukan Fla-money atau pon si berok Hleb, RVP tetap pada pendiriannya untuk setia terhadap Arsenal.
masih ingat lagi tak dengan Marouane Chamakh??
presiden Bordeaux Jean-Louis Triaud mengeluarkan kenyataan yang Striker Bordeaux ini lebih berminat untuk joint squad Young Gunners selepas saingan WC 2010 nie nanti, Liverpool pernah menaruh minat ngan Striker asal Maghribi sampai2 kabar angin mengatakan Liverpool telah membayar 25 jt Pounds untuk contract 5thn.
kita tak tau mana 1 yang betol, ARsenal contract Chamakh 5thn dengan 50k/minggu atau pon Liverpool dengan 25jt pounds nya untuk 5 thn.
yang Pasti Chamakh masih lagi bersama Bordeaux sampai ke akhir musim saingan 09/10.
Dudu yang kerap cedera mendapat simpati Wenger bab Dudu tahun nie kurang tampil maksima di hadapan Gawang lawan selaku striker, Tak pe lar dudu, slow slow kayuh, nanti dah semboh, Q nak tengok lu rembat gunting bola depan gawang lawan.
Arshavin, pemain russia kita nie nampak kurang bersemangat separuh musim kedua nie, ego dan kurang bersemangat dalam tiap2 perlawanan.
Masa menentang Liverpool, Arshavin mendapat kecederaan Hamstring, Arsenal belum pon mengeluarkan kenyataan rasmi yang Arshavin available atau tak, tapi mamat Russia nie dah pon mengeluarkan kenyataan sendiri yang dia tak dapat main masa berkunjung ke kandang Porto khamis suboh nie ( Q usaha posting esok, nampak gaya Bro Hafez nie belom habis Valentine Day lagi ).

Khamis, 11 Februari 2010

Kami memang tak cukup tinggi tapi kami tahu main bola tinggi selepas dua kekalahan, mengejut bukan?


Bukan main panjang lagi tajuk post match aku kali ni..hahaha. Sebabnya, ketinggian adalah yang menjadi isu dan Arsenal belajar dari kritikan kurang ketinggian, perasaan atau tak, ada buktinya. OK, aku pun start tengok game pada minit 37 sebab bangun lambat tapi start dari minit 37 sampai ke minit 94 aku dapat simpulkan permainan Arsenal lebih berhati-hati, aware daripada counter attack yang cuba di-recon oleh Liverpool yang cuba mengikuti gaya permainan MU dan Chelsea yang telah menewaskan Arsenal tetapi gagal nampak gayanya..hehe.


Ketinggian, topik utama untuk aksi ini dan juga key point kemenangan semalam. Pertama, jaringan tunggal Diaby dihasilkan oleh hantaran silang yang superb oleh Rosicky dan Diaby dengan selamba dek menanduk bola tanpa sebarang asakan. Ini bermakna, dia sudah pandai menggunakan kepala dia yang sudah berambut mini afro tu. So, game ini memang dilihat cukup minimum crossing yang dilakukan Arsenal, tidak seperti menentang MU dan Chelsea yang bersimpang siur tanpa ada sesiapa pun pemain Arsenal terasa hentakan di kepala di dalam kotak penalti MU dan Chelsea.




Kedua, memandangkan benteng Arsenal tidaklah tinggi so sebagai pemain yang dijadikan contoh kepada rakan sepasukan lain, Fabregas dengan selamba mengangkat tangan sewaktu free kick yang diambil Gerrard hasil dive yang worst dan tak patut diberikan free kick, tak macam Bendtner yang dikenakan layangan kad kuning tapi advantages harus diberikan kepada Arsenal. Lagipun benteng Arsenal sewaktu free kick tersebut berada luar sedikit dari kotak penalti so Liverpool sememangnya tidak layak menerima sepakan penalti.


Tapi aku juga dapat melihat benteng Arsenal masih lagi clumsy dan hampir terjerat sekali lagi melalui counter attack yang bermula daripada hantaran Fabregas kepada Diaby dipintas Kuyt sebelum dia menyalurkan bola kepada Gerrard yang kemudiannya melorongkan bola kepada David Ngog. 2 versus 1 antara Vermaelan, Gallas dan Ngog, larian gamble Vermaelan hampir menghukum Arsenal tetapi tackle kemas oleh Gallas menghalang rembatan Ngog patut diberikan pujian. Tak hairan kenapa Vermaelan berterima kasih kepada Gallas.

Mungkin Almunia yang sebelum ini dikambing hitamkan nampak gayanya mempamerkan aksi lebih baik terutama effort finger tips yang mengagalkan percubaan Ryan Babel. Dan kekuatan mental nampak gayanya berjaya dipulihkan dengan hasil titik peluh berkerja keras meraih kemenangan dan bukannya mudah untuk kembali mendapatkan kemenangan setelah kehilangan 6 mata penuh kepada seteru utama. Paling penting, Arsenal nampak lebih tersusun walaupun sedikit slow corak permainan.

''On Sunday, Ballack comes out and it is down to his responsibility. I don't care about that. For me, it's not what football is all about. Everyone will drop points. It's realistic that we can catch Chelsea and United." - Arsene Wenger!

Dengan Chelsea dan MU semalam tergigil di puncak, Arsenal kembali merapatkan jurang mata dengan 6 mata dengan baki 12 perlawanan, sesuatu yang kembali menjadi tonik bagi Arsenal dalam merebut kejuaraan liga yang kali terakhir dicapai pada musim 2003/04. Mungkin adalah lebih baik fokus game satu persatu dan apa yang aku perkatakan mengenai total point untuk menang liga sedikit defisit dan paling maksimum mampu dicapai adalah 86 oleh Chelsea 'jika' mereka tidak menggugurkan sebarang mata, aku katakan 'jika' sebab aku yakin mereka akan gugurkan mata. Serve your right, Ballack!

Arsenal 1 - Liverpool 0

Video nie tak connect ngan game suboh tadi, just for fun lar.

yang pasti adik angkat Bro hafez menjadi hero Arsenal, sport jantung Q tengok game tadi. Free kick Gerrard last minit, nasib baik terkena block player Arsenal, separuh masa 1, Arsenal ibarat Singa terluka, memaksa Liverpool bertahan habis2an.

separuh masa kedua, Liverpool mengorak langkah, memasukkan degen dan Babel, hampir saja gawang Arsenal bolos, rembatan kuat Babel dari luar kotak pinalty sedikit tertepis tangan Almunia.

Almunia sedikit bernasib baik, bab Arsenal yang tampil menyerang, kurang mendapat cabaran dari serangan Liverpool.

Diaby ( adik angkat Bro Hafez ) sangat konsisten dalam tugasan sebagai defend midfield, dan gol yang di cari hasil umpan silang Rosicky.

Rosicky sendiri mempersia sia kan peluang 1 on 1 dengan Reina.

Tak pe lar, dah menang, 3 point berharga selepas Man. U setakat Draw ngan Astonvilla dan Chelsea kecundang di tangan Everton.

agaknya Bro Hafez tengah sibok nak balik kampong sempena cuti raya Cina nie ( itu yang buat depa tak posting belakangan nie ).

Arsenal :

Almunia; Eboue, Gallas, Vermaelen, Clichy; Song, Cescs, Diaby; Nasri(rosicky), Bendtner(sagna), Arshavin (Walcoot).

P/s :

Nanti Q usaha posting game Arsenal Vs Porto ( tapi tak de link streaming lar ).

Untuk yang Berbangsa Cina " HAPPY CHINESE NEW YEAR/ TIGER 2010 "

Selasa, 9 Februari 2010

Forget the past, let's go on.

Kekalahan perit 2-0 di S. Bridge mengundang banyak perhatian peminat BPL, ramai pihak yang mulai meragui keupayaan The Young Gunners untuk menamatkan 5musim puasa gelaran juara.

Dah pon 3musim berturut Arsenal " ON FIRE " di awal musim, dan lembek masa memasuki separuh musim ke 2, kecederaan kerap menjadi isu, tapi yang Q bengang tu, dah lar tau tak de striker, AW masih gak tak nak beli masa transfer separuh musim nie.

poning..poning, kene tiaw kaw kaw kat kilang, dah lar kalah top up Rm. 30, kene perli lak tu.
tak perrr, Q masih berharap walau pon itu boleh dikatakan hanya berharap akan kecuaian pihak lawan.

dah larrrr dah lepas, abaikan jerr larrr.
yang penting game khamis suboh nie, nak layan gak kat kedai mamak, biar menguap macam singa kang time keje, tapi yang buat Q nak layan tu, 10thn saingan liga BPL, Liverpool belom pernah menang dari Arsenal ( Draw ada larr ).
Bab Posting game tu, biar Bro Hafez jerrr larrr, Depa lagi power, siap ada link untuk Streaming lagi.

Ingat lagi ke Marouaone Chamakh, Striker Bordeoux.
itu hari Q dapat tau Liverpool dah sign 25jt Pounds, tak tau cuma angin ahmar jerrr.
sekarang Q dapat tau yang Chamakh lebih memilih Arsenal dari pada Liverpool bila contract depa tamat Jun 2010 nie.
( Harap2 larr jadi joint, AW pegang rambut depa nie, mesti jadi killer depan gawang lawan ).

RVP sedih tengok rakan2 kene buli, berazam untuk pulih secepatnya dari kecederaan patah kaki ulah Chellini siyal tu.
RVP dijangka akan tampil menyarung jersey Arsenal kembali, seawal awalnya April nie, nampak gaya, AW tak boleh nak simpan Intan Payung kite nie, bab tak beli striker masa transfer pertengahan musim.

Ape pe pon, kita tunggu kebangkitan Arsenal. Sokong, jangan tak sokong.

Once Gooner, Gooner forever.

Isnin, 8 Februari 2010

Mental sedikit dipulihkan tapi taktikal memang gagal!

Memang berasap semua kepala penyokong Arsenal, macam tak belajar jer, bukannya lama, baru jer hari Ahad lepas, buat balik. Hairan, perkara paling basic untuk jadi defend adalah marking tapi untuk dua minggu ni lima gol dilepaskan disebabkan marking. Worst, totally worst and crapped!

Arsene Wenger perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini dengan taktikal yang sememangnya gagal, termasuk juga pemain yang bukan sahaja beraksi di bawah kemampuan sendiri tetapi bagaikan beraksi tanpa mengenali cara permainan setiap rakan sepasukan. Macam tak kenal sahaja walhal hari-hari training sama-sama.

Aku malas nak ulas dari segi taktikal yang gagal dengan cross simpang siur yang langsung tak masuk akal! Korang sendiri pun dapat tengok, aku tak kesah Arsenal kalah kepada rival besar tapi biarlah kalah yang boleh diterima pakai, ini tidak, kekalahan yang cukup memalukan! Dan sekiranya Wenger tidak mahu bertanggungjawab atas kekalahan ini, aku langsung takkan respek kepada Wenger lagi selepas ini, be a man, oldiest!

So tergelincir 9 mata kepada Chelsea yang masih mendahului liga, dengan Liverpool lawan selepas ini, 3 mata wajib perlu dilunaskan di Emirates! Harapan untuk kejuaraan liga masih ada, perlu kembali beraksi secara maksimum selepas ini dan berharap Chelsea dan MU mengugurkan mata. Dan lawan selepas ini lebih ringan tetapi cukup mendebarkan terutamanya dari pasukan yang cuba merebut top 4 liga.

Metamatiknya Arsenal belum terkeluar dari kejuaraan liga tapi logiknya, hampir terkeluar, kemungkinan untuk kembali ke landasan sepatutnya masih ada dan mampu dibuktikan! Aku masih lagi yakin, perjuangan masih belum tertutup, jika aku masih yakin, kenapa Wenger dan pemain tidak?

Isnin, 1 Februari 2010

Keep the faith on Arsene Wenger

Arsenal:
Chelsea (A), Liver (H), Sunderland (H), Stoke (A), Burnley (H), Hull (A), West Ham (H), Birmingham (A), Wolves (H), Spurs (A), Wigan (A), City (H), Rovers (A), Fulham (H)

Chelsea:
Arsenal (H), Everton (A), Wolves (A), City (H), Pompie (A), West Ham (H), Rovers (A), Villa (H), MU (A), Bolton (H), Spurs (A), Stoke (H), Liver (A), Wigan (H)... See more

MU:
Pompie (H), Villa (A), Everton (A), Wolves (A), Fulham (H), Liver (H), Bolton (A), Chelsea (H), Rovers (A), City (H), Spurs (H), Sunderland (A), Stoke (H), West Ham (H)

Pada pandangan aku, Arsenal punya tough game lawan Chelsea, Stoke, Birmingham dengan City. Spurs (sbb Spurs mmg tak boleh pegi dengan Arsenal) dan Liver (more open game, dorang yang selalu kena counter lak dengan Arsenal..haha) aku tak risau, taktikal dia tak celaru dengan Arsenal, tak macam bila Arsenal jumpa MU dengan Chelsea. Keep the faith!

Chelsea pulak aku tengok tough juga game dorang lepas ni. Arsenal tak leh tentu, bukan putus semangat, sebab perlu ingat game next week, Arsenal more to make or break! Yang lain, game macam Everton, City, Villa, MU, Spurs dan Liver tough bagi Chelsea dan boleh berharap mereka gugurkan points.

Bagi MU lak, game lawan Villa, Everton, Liver, Chelsea, Fulham dengan City nampak tough. Masih wide lagi, masing-masing boleh drop points. Dan pastinya team yang kejar no 4 mungkin boleh jadi pengacau utama sebab dorang nya saingan pun sengit. Best emosi musim ni, menarik!

kita kecundang lagi.

Entah apo dah kono den.
Arsenal di permalukan untuk kali kedua di kandang sendiri.
OG Almunia, Gol Rooney di tambah gol J.S.Park menyaksikan Arsenal tumpas 1-3 di Emirates, Goal Vermaelen hanya merupakan sagu hati untuk The Young Gunners.

Sejarah effect 3D Tech untuk perlawanan bola sepak sangat mengaibkan Arsenal bab akan masuk rekod perkembangan technology terbaru ini.
Masa perlawanan tersebut, hanya ada 9 pub ternama yang di hadiri oleh tetamu kehormatan di GBR yang mendapat signal langsung dari satelite.
Selepas perlawanan berakhir, beberapa wartawan sukan menanyakan S.A.Fergie rahsia di sebalik kejayaan Man. U dalam semua perlawanan membabitkan kemenangan Man. U kat Arsenal.

Fergie turut mengagumi Squad muda Gunners, di sebalik permainan tactical Arsenal yang kerap menyerang selalu leka kat pertahanan, Fergie mengutamakan squad bimbingannya untuk lebih konsisten dalam serangan balik semasa berlawan dengan Arsenal.
Dan sememangnya Pengurus yang paling lama kat BPL nie memetik buah dari pengalamannya.

yang paling Q meluat tengok malam tu, Mamat Russia kita, Arshavin macam tak de semangat juang untuk menang, banyak peluang yang di buang begitu saja, padahalnya Nasri dan Fabregas dah pun bersiap sedia tanpa kawalan defender Man. U untuk beberapa kali.
Dah lar, kalah tetap kalah, harap jer jadi pelajaran berharga untuk The Gunners, untuk lebih konsisten di perlawanan seterusnya ( Chelsea Vs Arsenal di S.Bridge 7hb Feb ).

Sedikit bab intan payung kita RVP, Mamat Holland Arsenal yang sebijik nie dah pon ikut latihan kecergasan, tapi belom boleh nak sepak bola, predictnya lagi 7minggu untuk RVP boleh bermain.

P/s :
Suweyyy betol lar, dah mengejar ketinggal 11 point, kat kandang Chelsky " HARUS MENANG " tiada kata kalah " WALAU HARUS BERMANDI DARAH "
RVP u must rush our fitness, THEY need u.