Isnin, 15 Februari 2010

RVP yang tengah cidera pon ramai nak masuk meminang.

Arsenal berputih mata bab puasa gelaran juara dah berkepanjangan, ramai bintang berhijrah ke club yang lebih besar dan glamour, ada yang bab wang pounds, bab puasa gelaran cam henry dan ada yang berhijrah bab polisi contract 1thn untuk pemain berusia 30thn ke atas( gilberto, ljunberg, pires, edu dan banyak lagi larrr).
tapi pengecualian khas untuk Gallas yang baru jerr perpanjang contract 3thn walau dah pon 31thn, bab duet ngan vermaelen di jantung pertahanan semakin mantap akhir2 nie.
Fla-Money ke milan, Helb si berok ke Barca. dan permata kita Henry pon ke Barca dah pon menambah gelaran Liga juara2 dalam koleksi gelaran juaranya.

Tapi bukan bermakna semua Pemain Arsenal tak setia bab puasa yang berkepanjangan nie, RVP yang tengah di landa kecederaan pon, ramai yang masuk meminang, dari club2 BPL ada Chelsea dan Man. C, dari Seri-A italy; Intermilan, Juventus turut serta dalam cubaan mendapatkan khidmat striker Holland 26 tahun kita nie.
Tapi ini RVP lar, bukan Fla-money atau pon si berok Hleb, RVP tetap pada pendiriannya untuk setia terhadap Arsenal.
masih ingat lagi tak dengan Marouane Chamakh??
presiden Bordeaux Jean-Louis Triaud mengeluarkan kenyataan yang Striker Bordeaux ini lebih berminat untuk joint squad Young Gunners selepas saingan WC 2010 nie nanti, Liverpool pernah menaruh minat ngan Striker asal Maghribi sampai2 kabar angin mengatakan Liverpool telah membayar 25 jt Pounds untuk contract 5thn.
kita tak tau mana 1 yang betol, ARsenal contract Chamakh 5thn dengan 50k/minggu atau pon Liverpool dengan 25jt pounds nya untuk 5 thn.
yang Pasti Chamakh masih lagi bersama Bordeaux sampai ke akhir musim saingan 09/10.
Dudu yang kerap cedera mendapat simpati Wenger bab Dudu tahun nie kurang tampil maksima di hadapan Gawang lawan selaku striker, Tak pe lar dudu, slow slow kayuh, nanti dah semboh, Q nak tengok lu rembat gunting bola depan gawang lawan.
Arshavin, pemain russia kita nie nampak kurang bersemangat separuh musim kedua nie, ego dan kurang bersemangat dalam tiap2 perlawanan.
Masa menentang Liverpool, Arshavin mendapat kecederaan Hamstring, Arsenal belum pon mengeluarkan kenyataan rasmi yang Arshavin available atau tak, tapi mamat Russia nie dah pon mengeluarkan kenyataan sendiri yang dia tak dapat main masa berkunjung ke kandang Porto khamis suboh nie ( Q usaha posting esok, nampak gaya Bro Hafez nie belom habis Valentine Day lagi ).

Tiada ulasan: