Rabu, 30 April 2008

Kelakor Mampos Nyer..hahahaha

Adebayor and Eboue Celebrate 5th Goal Against Derby County at Pride Park

10,20,Pe-ee-Nooh..Eh 30 la!!!

Hatrik Adebayor semalam di Pride Park's menyaksikan jumlah jaringannya di musim ini adalah 30 gol dan 24 gol daripadanya melalui liga.

Jumlah jaringannya adalah double dari apa yang Wenger sasarkan kepadanya iaitu 15 gol bagi musim ini.

Ketiadaan Robin van Persie di pertengahan musim dan kecederaan Eduardo pada bulan Mac lepas, membuatkan Adebayor menjadi penyerang yang paling diharapkan untuk menjaringkan gol.

Jumlah jaringan ini meletakkannya sebaris dengan lagenda-lagenda Arsenal yang lain seperti Ian Wright, Dennis Bergkamp dan Thierry Henry.

So janji Adebayor kepada Henry untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 30 gol bagi season ini nampaknya sudah tertunai. Diharapkan baki 2 perlawanan lagi Adebayor akan menjaringkan beberapa gol lagi dan peluang untuk memenangi kasut emas masih lagi terbuka.

Isnin, 28 April 2008

Henry Kembali Semula ke ARSENAL?

Adakah lagenda ARSENAL, Thierry Henry akan kembali ke ARSENAL bagi saingan musim hadapan? Kenyataan dari Henry dan Wenger sememangnya menggembirakan.

Wenger:
Saya tidak pernah mengatakan tidak bagi Henry untuk kembali ke Arsenal...

Henry:
Sekiranya saya kembali ke England, saya hanya mahu beraksi untuk Arsenal sahaja!! Semua orang tahu bagaimana saya cintakan Arsenal..


Premier League : Derby County v Arsenal

Barclays Premier League
Selasa, 29.04.08, 3am
Pride Park's Stadium

Pertemuan liga bagi minggu ke 35 menyaksikan Arsenal yang berada di kedudukan ketiga liga menentang pasukan bawahan liga iaitu Derby County.

Derby County yang menjadi pasukan belasahan bagi kebanyakan pasukan sudah semestinya tidak mahu dikecewakan sekali lagi.

Arsenal yang kehilangan tujuh pemainnya iaitu Alex Hleb (suspend), Diaby (ankle), Johan Djourou (thigh), Tomas Rosicky (hamstring), Sagna (ankle), Flamini (ankle) dan Eduardo (broken leg) akan cuba menewaskan Derby di Pride Park.

Diharapkan perlawanan ini akan menjanjikan aksi terbaik bagi kedua-dua pasukan.

HIGHLIGHT

1st Half Highlight:

2nd Half Highlight:

Full Match:

Khamis, 24 April 2008

Hleb Menyertai Rosicky dan Eduardo

Baki tiga perlawanan liga yang seterusnya akan menyaksikan Hleb terpaksa menghabiskan musim ini lebih awal.

Tindakan Hleb menyiku Graeme Murty sewaktu bertemu Reading di Emirates Stadium pada Sabtu lepas menyebabkannya didenda oleh FA dengan mengantungkannya tiga perlawanan.

Pengadil perlawanan iaitu Peter Walton yang tidak menyaksikan situasi tersebut tidak melayangkan kad merah kepada Hleb dan FA bertindak mengambil tindakan ke atasnya.

Dengan baki tiga perlawanan liga, Hleb akan bersama-sama Tomas Rosicky (hamstring) dan Eduardo (patah kaki) mengakhiri baki perlawanan liga diluar padang sahaja. Dengan ketiadaan Hleb, posisi wing kiri mungkin akan diisi oleh Robin van Persie.

Sementara itu, Abou Diaby dan Johan Djourou pula mengalami kecederaan sewaktu beraksi bersama-sama skuad simpanan dan dijangkakan tidak akan bersama skuad utama menentang Derby.

Sabtu, 19 April 2008

Premier League : Arsenal v Reading

Barclays Premier League
Emirates Stadium
Sabtu, 19.04.2008, 7.45pm

Gambar budak kecil ini mewakili the Gunners manakala si botak baca buku tu pulak pasukan Reading. Walaupun Arsenal memiliki pemain-pemain muda dan kecil, tetapi bakat dan kualiti yang dimiliki mampu menumbangkan pemain-pemain Reading yang rajin baca buku tapi malas nak main bola. Yeker? Apa aku mengarut ni, anyway aku suka game tu, we show to the world our beautiful and total football game back even we're trophy less this season. Semua pemain menunjukkan kemampuan kita sebenar cuma banyak juga peluang yang disia-siakan especially set piece. Aku harap corak permainan sebegini akan diteruskan dipertemuan seterusnya.

Highlight:

http://www.mediafire.com/?0onmwdgmz5j

Sabtu, 12 April 2008

Premier League : Manchester United v Arsenal - Preview

Barclays Premier League
Old Trafford Stadium
Ahad, 13 April 2008, 10 pm

Pertembungan pendahulu liga iaitu Manchester United dan ketiga liga, Arsenal akan memastikan sama ada perebutan liga musim ini akan ditentukan oleh dua atau tiga pasukan.

Seri atau kalah bagi Arsenal, bermakna Arsenal harus melupakan menjuarai liga musim ini. Ketinggalan enam mata dan kekalahan kepada Liverpool pada aksi suku akhir liga juara-juara di Anfield sememangnya perit bagi Arsenal serta memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan pengubat dan kemenangan di Old Trafford merupakan ynag terbaik.

Kemenangan hujung minggu ini akan memastikan kejuaraan liga masih terbuka bagi Arsenal dan mengurangkan jurang mata kepada 3 sahaja. Chelsea yang berada di kedudukan kedua liga akan menentang Wigan Athletics di Stamford Bridge akan cuba mengutip 3 mata penuh dan sekiranya Manchester United tewas di Old Trafford, kedudukan pendahulu dan kedua hanya dibezakan dengan jumlah jaringan sahaja.

Masalah kecederaan yang membelenggu kem Arsenal merencatkan persaingan liga bagi Arsenal musim ini. Kecederaan buku lali yang dialami oleh Flamini dan Sagna menyaksikan Arsenal agak tempang jika dibandingkan Manchester United yang hanya kehilangan Rio Ferdinand pada aksi Ahad ini.

Jumaat, 11 April 2008

Gergasi Eropah akan Beraksi di Emirates Cup

Piala ini merupakan piala pertama dimenangi di Stadium Emirates.

Kemunculan gergasi eropah iaitu Real Madrid, Juventus dan SV Hamburg akan menjadikan kemeriahan sesi permulaan musim bagi Arsenal dan tiga pasukan tersebut.

Jika musim ini kehadiran Inter Milan, Valencia dan Paris Saint German (PSG). Kemenangan Arsenal ke atas Inter Milan dan PSG adalah merupakan sesi permulaan musim yang membanggakan.

Kehadiran 3 pasukan tersebut di Emirates amat mengujakan dan Arsenal selaku juara bertahan akan mempertahankan trofi tersebut daripada terlepas kepada 3 pasukan tersebut.

Pemenang bagi dua perlawanan akan menjuarainya dan terdapat permainan away gol dimainkan. Itu kalau xsilap sewaktu aku menyaksikan Emirates Cup dan Amsterdam Tournament la pada musim ini.. Aku pun kurang clear sikit pasal peraturan kalau salah sila betulkan. Berikut merupakan jadual pertandingan:

Sabtu 02/08/2008


Real Madrid C.F v HSV Hamburg (2pm kick off)
Arsenal v Juventus FC (4.15pm kick off)

Ahad 03/08/2008


Juventus FC v HSV Hamburg (2pm kick off)
Arsenal v Real Madrid C.F (4.15pm kick off)

Tawaran van Basten Kepada Dutch Master

Dennis Bergkamp akan berkemungkinan kembali ke arena bola sepak dengan memulakan kariernya sebagai jurulatih.

Legenda Arsenal ini yang memulakan kariernya di Ajax dan seawal usia 12 tahun beliau sudah berada di Ajax. Menjaringkan 122 gol dalam 239 perlawanan skuad utama sebelum beliau melebarkan kariernya di Inter Milan pada tahun 1993.

Bergkamp akan kembali ke kampung halamannya (Amsterdam tu kampung ker??konfius..hehe) setelah menerima tawaran kursus kejurulatihan daripada Marco van Basten.

Rakan sepasukannya dalam pasukan antarabangsa Belanda ini telah menghantar surat tawaran kepada bahagian atasan Ajax bagi menerimanya sebagai jurulatih pada bulan Julai nanti.

Beliau juga akan pulang ke Belanda bagi menjalani kursus kejurulatihan di sana dan kualiti yang dimiliknya sewaktu menjadi pemain menjadi sebab utama dia dipilih sebagai bakal jurulatih Ajax dan sememangnya kehadirannya ke Ajax amat mengujakan penyokong Ajax.

So my flying dutchman, lets begin a new role of your career. I'll support you, when you're Gunners, you'll be a Gunners for a life. I know you can do it. Good luck my legend!!

Rabu, 9 April 2008

Keputusan Perlawanan Amat Menjengkelkan


Sakit hati!! Itu yang mampu aku perkatakan.. Keputusan pengadil memang berat sebelah. Clearly not a penalty!! Babel yang aku pernah lihat sebelum ini memang tough untuk jatuh.. Susah sekali. Rio Ferdinand pun xmampu jatuhkan dia, tetapi semalam senang pula. Dalam kotak penalti kan.. Xpe aku dah terbiasa melihat ARSENAL dicelakakan oleh referee. Separuh masa pertama semuanya kelihatan sempurna bagi ARSENAL sehingga Flamster mengalami kecederaan di ankle. Selepas kemasukan Gilberto, kawasan tengah nampak longgar. Sanderos yang ditugaskan menjaga Torres gagal melaksanakannya. Defend memang teruk, especially di bahagian center back. Gol Torres tu tidak cukup melemahkan ARSENAL dan cuba lihat bagaimana ARSENAL kembali bangkit menyamakan kedudukan. Sepatutnya ARSENAL sudah boleh menamatkan perjuangan Liverpool tetapi hantaran Hleb kepada Adebayor gagal disudahkan dengan baik. Fantastic mental strength from GUNNERS tp gol ketiga kelihatan pengadil berat sebelah dan ARSENAL agak lost concerntration selepas menyamakan kedudukan 2-2. Gol keempat yang dilepaskan tu memang dah gamble so aku langsung tidak frust.. Anyway, aku salut dgn player ARSENAL, cuma xde luck jer..

Selasa, 8 April 2008

van Persie menyertai 18 pemain skuad Arsenal ke Anfield

Robin van Persie akan menyertai 18 pemain ke dalam skuad Arsenal's 18 bagi perlawanan suku akhir liga juara-juara Eropah menentang Liverpool di Anfield.

Penyerang Belanda ini digantikan sebelum babak kedua perlawanan pada Rabu lepas iaitu di suku akhir pusingan pertama setelah mengalami masalah kecergasan seperti mana yang meletakkannya di bangku simpanan pada musim ini. Dia juga terlepas perlawanan Sabtu lepas tetapi kembali kepada skuad semalam bagi menghadapi perlawanan awal pagi ini.

Abou Diaby juga telah kembali ke dalam skuad Arsenal. Penggantungan di dalam liga domestik tidak akan menyebabkannya digantung bagi perlawanan ini. Philippe Senderos juga kembali setelah tidak diturunkan pada perlawanan Sabtu lepas sementara Armand Traore tidak disenaraikan ke dalam pasukan.

Bacary Sagna, Eduardo dan Tomas Rosicky semuanya masih lagi cedera dan tidak akan beraksi bagi perlawanan ini.

Skuad Arsenal yang akan menentang Liverpool:

1 Jens LEHMANN
2 Abou DIABY
4 Cesc FABREGAS
5 Kolo TOURE
6 Philippe SENDEROS
10 William GALLAS
11 Robin VAN PERSIE
13 Alexander HLEB
16 Mathieu FLAMINI
17 Alex SONG
19 GILBERTO
22 Gael CLICHY
24 Manuel ALMUNIA
25 Emmanuel ADEBAYOR
26 Nicklas BENDTNER
27 Emmanuel EBOUE
31 Justin HOYTE
32 Theo WALCOTT

Isnin, 7 April 2008

Get Well Soon EDUARDO


Sedih.. dan terharu. Itu yang aku mampu perkatakan. Ini gambar yang lama, game yang lepas, tetapi aku semakin pilu melihat keadaannya apabila menatap kembali gambar ini tetapi khabar gembira menyatakan tempoh kecederaannya telah pun dipendekkan kepada 6 bulan agak mengejutkan. Fikiran dia positif, so aku rasa itu penyebab utama tempoh recovery dia semakin dikurangkan..

Kecederaan yang dialaminya sememangnya lebih teruk jika dibandingkan dengan kecederaan patah kaki pemain lain seperti Alan Smith, Djibril Ciise mahupun Hendrik Larsson. Ketiadaanya di dalam skuad Arsenal sememangnya dirasai. Dari sembilan pertemuan Arsenal, 7 keputusan berakhir dengan seri dan masing-masing satu bagi menang dan kalah. Kenapa? Aku pun agak terkilan dengan prestasi Arsenal sekarang tetapi aku tidak menyembunyikan perasaan yakin kepada Arsenal yang masih berada di dalam persaingan kejuaraan liga dan Champions League. Common the Gunners, show that the cup belong to him.. Do what we done for Pires when he get injured. Good luck my team, we still on the way...

Ahad, 6 April 2008

Premier League : Arsenal v Liverpool - Result

Barclays Premier League
Sabtu, 5.4.08, 7.45 p.m.
Emirates Stadium

Seri lagi!!! Tension betul la..hehe. Perlawanan kedua antara kedua-dua pasukan menyaksikan keputusan masih lagi seri 1-1 dan keputusan ini membuatkan Arsenal semakin terdesak dalam pemburuan liga setelah gagal memenanginya tiga musim.

Kedua-dua pasukan merehatkan beberapa pemain memandangkan pertemuan ketiga antara kedua-dua pasukan akan memastikan pasukan yang akan berada di semi final liga juara-juara Eropah.

Liverpool yang bermula garang di babak pertama hampir memperolehi gol awal di minit ke-3 tetapi ketangkasan Almunia menepis bola keluar rembatan jarak jauh Peter Crouch. Gol pembukaan di minit ke-41 oleh Peter Crouch merubah kedudukan perlawanan dan perubahan taktikal perlu dilakukan oleh Arsene Wenger.

Di separuh masa kedua Arsenal melakukan serangan ke kubu lawan dan di minit ke-55, Nicklas Bendtner menanduk kemas hantaran Cesc Fabregas melalui sepakan percuma bagi memberikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan. Kemasukan Adebayor, Gael Clichy, Andriy Voronin, Steven Gerrard, Fernando Torres dan Hleb masih gagal merubah kedudukan perlawanan.

Ini merupakan keputusan seri ketiga berturut antara kedua-dua pasukan bagi pertemuan musim ini setelah 1-1 di Anfield dan Emirates pada Sabtu lepas. Pertemuan keempat akan menyaksikan kedua-dua pasukan akan bersaingan sesama sendiri dan salah satu akan tersingkir dari persaingan liga juara-juara Eropah.

Sabtu, 5 April 2008

Premier League : Arsenal v Liverpool - Preview

Barclays Premier League
Sabtu, 5 April 2008, 8.45pm
Emirates Stadium

Perlawanan kedua antara Arsenal dan Liverpool dalam tempoh kurang dari seminggu akan menentukan perjalanan Arsenal ke arah mencapai gelaran liga musim ini.

Robin van Persie yang kembali berada di bangku simpanan setelah mengalami kecederaan otot pagi Khamis lepas terpaksa direhatkan dan peluangnya beraksi pada perlawanan timbal balik suku akhir Champions League di Anfield agak tipis.

Penjaring terbanyak Arsenal iaitu Emmanuel Adebayor dilaporkan kembali cergas bagi menghadapi The Reds. Bacary Sagna, Tomas Rosicky dan Eduardo sudah pasti tidak diturunkan atas kecederaan yang dialami mereka.

Kelibat Fernando Torres sudah pasti tiada memandangkan pungutan tiga kad kuning berturut-turut dan Abou Diaby yang menerima kad merah akan menjalani tempoh pengantungan.

Rafael Benitez tidak akan menurunkan skuad utamanya dengan merehatkan beberapa pemain seperti Steven Gerrard bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua suku akhir CL di Anfield. Posisi serangan Liverpool akan diketuai oleh Peter Crouch yang akan bergandingan bersama Andriy Voronin.

Kemenangan pada malam nanti akan meneruskan perjuangan Arsenal bagi mencapai gelaran liga musim ini. Diharapkan pungutan tiga mata penuh mampu dihasilkan bagi perlawanan ini oleh Arsenal dan Arsene Wenger menyatakan peluang Arsenal menjuarai liga masih ada sekiranya mampu menang ke atas Liverpool dan Manchester United.

Jumaat, 4 April 2008

'Amazing' Merida : Rancangan Baru Wenger

Seorang lagi bakat muda Arsenal yang dicungkil oleh Wenger, iaitu Fran Merida dilaporkan sudah menandatangi kontrak bersama Arsenal bagi jangka waktu yang panjang.

Pemain muda yang berusia 18 tahun ini sekarang beraksi di negaranya bersama Real Sociedad atas kontrak pinjaman. Bekas pemain Barcelona ini berada di Arsenal sejak 2006 lagi dan dipinjam ke Sociedad pada Januari lepas.

Dikatakan sebagai the 'new' Fabregas, sesuatu yang amat mengujakan. Satu lagi rancangan besar Wenger. Berkemungkinan pairing antara Denilson dan Merida boleh dijadikan sesuatu back up yang menarik bagi Arsenal.

ALMUNIA : Mahu Mengakhiri Kariernya di Arsenal

Penjaga gawang Arsenal iaitu Manuel Almunia menyatakan bahawa dia akan menghabiskan kariernya di Arsenal dan telah berbincang mengenainya bersama isterinya.

Sewaktu awal kehadirannya di Highbury, dia baru sahaja berkahwin dan secara kelam-kabut datang ke Arsenal bagi menyertai skuad the Gunners.

Almunia yang telah merampas kedudukan penjaga gawang utama Arsenal daripada Jens Lehmann setelah menunjukkan aksi yang lebih konsisten, semakin bersemangat untuk bersama Arsenal.

'Bola sepak merubah kehidupan dalam masa sesaat, permulaan musim saya tidak beraksi. Tetapi ia mengubah kehidupan saya sekali lagi dan sekarang saya adalah orang yang paling gembira di antara mereka di sekeliling saya'.

Hanya 20% Peluang van Persie Beraksi Menentang Liverpool

Aku pun hairan kenapa mamat ni fragile sangat. Baru jer lepas injurd, dia kembali injurd lagi. Kecederaan otot memaksa Wenger mengeluarkannya di waktu rehat selepas babak pertama tamat.

Berdasarkan kenyataan dari Arsenal.com, Robin hanya mempunyai 20% sahaja kemungkinan untuk bertemu Liverpool sabtu ini dan Arsene berkemungkinan tidak akan menurunkannya.

Sementara itu, Adebayor juga dilaporkan mengalami sedikit masalah di ankle nya tetapi dijangkakan mampu bermain Sabtu ini. Tomas Rosicky dan Bacary Sagna sudah pasti terkeluar dari aksi bertemu Liverpool tetapi Sagna berkemungkinan dapat beraksi di Old Trafford menentang MU.

Perkembangan mengenai Eduardo pula menampakkan pemain ini menjalani terapi pemulihan seperti yang dirancangkan. Kehilangannya amat dirasai setelah kegagalan dia di dalam skuad menyaksikan Arsenal cuma menang sekali, seri lima dan kalah sekali dalam tujuh perlawanan terakhir Arsenal. Get well soon, EDUARDO!

Khamis, 3 April 2008

Champions League : Arsenal v Liverpool - Result

Nasib kurang menyebelahi Arsenal! Itu yang mampu aku perkatakan. Perlawanan yang fast, menarik dan menyeronokkan dengan aksi yang sememangnya menonjolkan kelas tersendiri pasukan dari liga Inggeris tapi perlawanan ini lebih menyerlah bagi Arsenal terutamanya di babak kedua.

Gol pembukaan oleh Adebayor pada minit ke-23 hanya mampu memberikan kelebihan bagi Arsenal untuk tempoh tiga minit sahaja. Hantaran curl oleh van Persie berjaya disudahkan oleh Adebayor melalui tandukan kemas. Tiada perebutan di udara!

Kesilapan melakukan clear oleh Flamini yang terkena kaki Steven Gerrard membuatkan pemain ini berjaya membawa bola masuk ke dalam kotak sebelum hantaran lintang rendah menemui Dirk Kuyt dan bola seakan-akan terkena kaki Gael Clichy menerjah jaring Arsenal.

Bermula detik itu, Arsenal melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu Liverpool. Tapi kekebalan benteng Liverpool gagal ditembusi.

Babak kedua perlawanan, Arsenal memasukkan Theo Walcott setelah van Persie mengalami kecederaan otot. Nyata kemasukan Walcott menguatkan bahagian serangan Arsenal dan percubaannya hampir membolosi gawang Reina. Asakan Arsenal di babak kedua menyebabkan Dirk Kuyt bermain sebagai pertahanan kanan kedua Liverpool.

Peluang terbaik Arsenal muncul setelah hantaran lintang Adebayor menemui Fabregas tetapi rembatan rendahnya mengenai kaki Nicklas Bendtner. Satu peluang keemasaan yang disia-siakan.

Beberapa minit berselang, asakan oleh Alex Hleb yang mengelecek tiga pemain dan berjaya masuk ke kotak penalti Liverpool dan dijatuhkan oleh Kuyt tetapi pengadil bertindak tidak memberikan penalti kepada Arsenal.

Serangan bertubi-tubi kali Arsenal gagal menambahkan jaringan dan perlawanan timbal balik di Anfield memberikan kelebihan kepada Liverpool kerana memiliki jaringan di tempat lawan tetapi aku percaya Arsenal masih mempunyai peluang.

Selasa, 1 April 2008

Champions League : Arsenal v Liverpool - Preview


Pertemuan paling aku tunggu-tunggu. Aku dah puas maki orang tangan yang draw suku akhir CL kali ni, bukan sebab apa, tiga perlawanan berturut-turut menghadapi The Reds. Tapi aku mengalu-alukan juga pertemuan ini sebab persaingan antara kedu-duanya dijangka sengit. Jujur cakap, Liverpool adalah pasukan kedua paling aku saksikan game mereka selepas Arsenal. Prestasi mereka di dalam CL memang tidak boleh dinafikan setelah memenanginya sebanyak lima kali di dalam kejohanan ini.

Kelibat el-nino (F9) smestinya aku tunggu-tunggu kerana aku suka melihat superb dan fantastic player beraksi terutamanya menentang Arsenal. Torres yang on fire sememangnya amat digeruni tetapi kawalan ketat ke atasnya yang akan dilakukan oleh Kolo Toure Habib akan mengurangkan peluang yang dimilikinya. Jentera tengah Liverpool yang diketuai Steven Gerrard harus diberi perhatian dan aku mengharapkan Mattuso Flamster akan mengawal hantaran-hantarannya dari sampai kepada F9.

Kemunculan semula pemain 'baru' Arsenal iaitu Robin van Persie yang telah menjaringkan satu gol sewaktu menentang Bolton sememangnya aku tidak sabar melihat penyudahan kaki kirinya semula. Gandingannya bersama permata hitam iaitu Adebayor diharap dapat memboloskan gawang Pepe Reina. Pemain tengah kreatif iaitu Francesc Fabregas akan cuba menguasai kawasan tengah bersama-sama Hleb dan Flamster.

Bagi aku perlawanan ini bukan sahaja antara dua pasukan besar Inggeris bertemu sesama sendiri tetapi ia juga boleh dikatakan pertemuan antara France B vs Spain B..hehe. Aku pun dah lakukan pre-match dengan roommate aku iaitu fans Liverpool dan resultnya sama power jer..haha. So apa-apa pun chill out with this game. Good luck my GUNNERS!!!