Sabtu, 5 April 2008

Premier League : Arsenal v Liverpool - Preview

Barclays Premier League
Sabtu, 5 April 2008, 8.45pm
Emirates Stadium

Perlawanan kedua antara Arsenal dan Liverpool dalam tempoh kurang dari seminggu akan menentukan perjalanan Arsenal ke arah mencapai gelaran liga musim ini.

Robin van Persie yang kembali berada di bangku simpanan setelah mengalami kecederaan otot pagi Khamis lepas terpaksa direhatkan dan peluangnya beraksi pada perlawanan timbal balik suku akhir Champions League di Anfield agak tipis.

Penjaring terbanyak Arsenal iaitu Emmanuel Adebayor dilaporkan kembali cergas bagi menghadapi The Reds. Bacary Sagna, Tomas Rosicky dan Eduardo sudah pasti tidak diturunkan atas kecederaan yang dialami mereka.

Kelibat Fernando Torres sudah pasti tiada memandangkan pungutan tiga kad kuning berturut-turut dan Abou Diaby yang menerima kad merah akan menjalani tempoh pengantungan.

Rafael Benitez tidak akan menurunkan skuad utamanya dengan merehatkan beberapa pemain seperti Steven Gerrard bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua suku akhir CL di Anfield. Posisi serangan Liverpool akan diketuai oleh Peter Crouch yang akan bergandingan bersama Andriy Voronin.

Kemenangan pada malam nanti akan meneruskan perjuangan Arsenal bagi mencapai gelaran liga musim ini. Diharapkan pungutan tiga mata penuh mampu dihasilkan bagi perlawanan ini oleh Arsenal dan Arsene Wenger menyatakan peluang Arsenal menjuarai liga masih ada sekiranya mampu menang ke atas Liverpool dan Manchester United.

Tiada ulasan: