Sabtu, 12 April 2008

Premier League : Manchester United v Arsenal - Preview

Barclays Premier League
Old Trafford Stadium
Ahad, 13 April 2008, 10 pm

Pertembungan pendahulu liga iaitu Manchester United dan ketiga liga, Arsenal akan memastikan sama ada perebutan liga musim ini akan ditentukan oleh dua atau tiga pasukan.

Seri atau kalah bagi Arsenal, bermakna Arsenal harus melupakan menjuarai liga musim ini. Ketinggalan enam mata dan kekalahan kepada Liverpool pada aksi suku akhir liga juara-juara di Anfield sememangnya perit bagi Arsenal serta memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan pengubat dan kemenangan di Old Trafford merupakan ynag terbaik.

Kemenangan hujung minggu ini akan memastikan kejuaraan liga masih terbuka bagi Arsenal dan mengurangkan jurang mata kepada 3 sahaja. Chelsea yang berada di kedudukan kedua liga akan menentang Wigan Athletics di Stamford Bridge akan cuba mengutip 3 mata penuh dan sekiranya Manchester United tewas di Old Trafford, kedudukan pendahulu dan kedua hanya dibezakan dengan jumlah jaringan sahaja.

Masalah kecederaan yang membelenggu kem Arsenal merencatkan persaingan liga bagi Arsenal musim ini. Kecederaan buku lali yang dialami oleh Flamini dan Sagna menyaksikan Arsenal agak tempang jika dibandingkan Manchester United yang hanya kehilangan Rio Ferdinand pada aksi Ahad ini.

2 ulasan:

mad redo1 berkata...

ulangan keputusan 2000-01 dan 2006-07 amat ditagihkan, betul tak?

c'mon ARSEs!

Hafez Rachwan berkata...

yeah dh tentu bro..