Jumaat, 27 Februari 2009

Eksklusif : Luahan hati Kolou!

Mungkin terlalu awal untuk berbicarakan mengenai perpindahan di musim panas nanti tetapi dengan desas-desus beberapa pemain yang dikatakan agak besar populariti bakal ditambah ke dalam skuad Arsenal setelah tamat musim ini.

Yaya Toure antara calon paling disebut-sebut bakal berhijrah daripada Nou Camp ke Utara London untuk direkrutkan di bawah rejim Wenger bersama-sama abangnya, Kolo, wah-wah, dengar rejim dengan rekrut macam nak perang jer...haha. Mungkin juga dengan posisinya di Barca kurang stabil menyebabkannya mencari option lebih baik.


Tapi melalui luahan hati Solomon Kolou mengenai keinginannya bersama Arsenal mengimbau kembali transfer musim panas yang lepas setelah Wenger cuba memancing Scolari untuk mendapatkan Kolou tapi gagal tetapi dengan larinya Scolari dari Chelsea dan hasrat Kolou beraksi bersama-sama Adebayor, Toure dan Eboue mungkin suatu hint darinya.

Berikut antara interviewnya bersama Setanta.com:

"Setiap pemain kat dunia ni memang kepingin nak bermain di bawah kendalian Arsene Wenger. Gua masih ada kontrak bersama Chelsea tapi sudah tentu kengkawan sebenua gua yang beraksi bersama Arsenal; Toure, Eboue dan Adebayor, menunjukkan pencapaian mengagumkan di Arsenal dan menonton aksi permainan cantik mereka buatkan aku teruja. Abis season ni aku pikir la nak decide camner"

Mungkinkah Kolou bakal menjadi pemain ketiga dari Chelsea yang akan Wenger sebat waktu nyawa-nyawa ikan dateline setelah berjaya mendapatkan Gallas dan Diarra? Sekiranya Kolou bersama Arsenal musim depan, siapakah penyerang bakal keluar daripada Emirates summer nanti?

Jika Eduardo, Walcott, van Persie, Vela, Arshavin, Bendtner dan Adebayor akan kekal selepas summer nanti, aku rasa tiada ruang untuk Kolou bersama Arsenal melainkan Arsenal kehilangan salah seorang daripada 7 penyerang ini dan faham sangat aku, korang nak Bendtner tak pun Adebayor keluar kan..hahahaha siot jer!

Fred54 Highlights Update:

EPL : Arsenal vs Sunderland [Mediafire]

UCL : Arsenal vs AS Roma

First Half : [Rapidshare] , [Mediafire]
Second Half : [Rapidshare] , [Mediafire]

Rabu, 25 Februari 2009

Arsenal vs AS Roma - Post Match

Arsenal vs Roma


Kemenangan tipis ke atas Roma di Emirates awal pagi tadi boleh dikatakan keputusan yang agak selesa walaupun Arsenal sepatutnya menewaskan Roma dengan jaringan lebih besar tetapi penyudah yang kurang cermat yang dipamerkan oleh Bendtner dan Eboue menidakkan Arsenal sekurang-kurangnya menang 3-0 dan sekiranya 5-0, itu juga tidak mustahil.

Aksi babak pertama sememangnya dikuasai Arsenal terutamanya penguasaan bahagian midfield oleh Diaby. Sememangnya aksi sebegini yang ditagih oleh peminat Arsenal dari Diaby dengan harapan aksi on/off-nya tidak berlaku tetapi kehadirannya di dalam skuad Arsenal pagi tadi cukup membantu tetapi kecederaan dialaminya disebabkan dipijak kakinya oleh Totti memaksanya keluar daripada padang dan digantikan oleh Song.

Bermulanya Diaby dikeluarkan, aksi goyah daripada midfield Arsenal dapat dilihat terutamanya kegagalan Song dan Denilson meneruskan penguasaan kawasan tengah sebelum ini tetapi kekentalan menahan asakan Roma memastikan Arsenal tidak merelakan gawang Almunia dibolosi, sekiranya ia berlaku, sudah pasti kelebihan buat Roma di pusingan kedua nanti.

Almunia, Sagna, Toure, Gallas, Clichy, Diaby, Nasri dan van Persie melakukan kerja mereka dengan cukup baik terutamanya Diaby dan Nasri, Nasri pada perlawanan ini lebih bertindak kepada attacking midfield di belakang van Persie manakala Bendtner lebih kerap berada di flank kiri untuk menyalurkan bola kepada Nasri dan van Persie tetapi gagal melaksanakan dengan baik.

Aksi Eboue pada perlawanan ini amat baik cuma kesilapannya dari segi finishing sewaktu mendapat bola belanja dari pertahanan lawan gagal dimanfaatkan dengan baik. Bendtner pula cukup lemah dari segi tapping ball [bukan main jauh tapping ball], finishing serta team play, akhirnya digantikan dengan Vela untuk memastikan serangan Arsenal tidak mudah dipatahkan.

Paling mengecewakan bermula aksi 1 2 oleh Diaby dan Eboue di flank kanan sehingga ke kotak penalti dan source ball kepada van Persie sebelum diberikan kepada Bendtner untuk melakukan penyudah tetapi cukup mengecewakan, drop ball yang dilakukannya. Kecewa, sememangnya cukup kecewa, kecewa disebabkan itu antara gerakan terbaik yang dilakukan Arsenal!

Aksi di pusingan kedua nanti perancang Roma, De Rossi bakal terlepas perlawanan tersebut disebabkan memungut kad kuning kedua dan ini satu advantage bagi Arsenal. Dan kemungkinan besar Walcott dan Eduardo berada di dalam pasukan pada pusingan kedua nanti membolehkan jentera serangan Arsenal ke Rome lebih tajam.

Bagi aku, keputusan 1-0 ini adalah keputusan yang positif, clean sheet, apatah lagi sekiranya Arsenal berjaya mendapatkan satu gol di tempat lawan bermakna Roma perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol untuk berada di suku akhir. Dan kemenangan ini juga sebagai motivasi sebelum melayan kunjungan Fulham pada Sabtu ini di Emirates. Man of the match pada perlawanan ini aku anugerahkan kepada Diaby!

Arsenal vs AS Roma - Preview


Streaming: HERE

Langsung tiada penyesalan melepaskan Craptista, tiada Fabregas, Rosicky, Arshavin, Walcott, Adebayor, Silvestre dan Eduardo di atas padang awal pagi ni, keputusan seri empat kali berturut-turut dalam liga, penyelesaian segalanya adalah perlu menang!

Arsenal memang tempang untuk aksi first leg ni, mungkin juga second leg nanti tetapi sekiranya semangat di kalangan pemain serta sokongan padu daripada ke semua peminat Arsenal, tiada yang mustahil bagi Arsenal untuk menewaskan Roma.

Craptista yang diterajang keluar dari Arsenal melalui loan dari Real Madrid sudah pasti mahu membalas dendam, apatah lagi dia mungkin merasa malu sesudah cuba untuk menjadi permanent Arsenal player tetapi Wenger menolaknya dan mendapatkan Eduardo.

Totti, individu paling sinonim dengan Roma berada pada 50-50 untuk diturunkan dan dikatakan belum mencapai fitness test, maka Roma berkemungkinan kehilangan target men mereka dan ini berita baik buat Arsenal.

Perotta dan De Rossi adalah playmaker dan juga gladiator yang akan bertarung dengan Denilson, Diaby dan Song bagi menguasai kawasan tengah padang. Bahagian tengah mana yang mampu bermain secara offensive dan defensive terbaik sudah pasti pemenangnya, kerana aku percaya perlawanan ini amat terbuka bukan seperti menentang Stoke, Sunderland mahu pun Bolton.

So kepada sesiapa nak layan tengok kat Astro, live di Star Sports, Channel 813, 3:30 am, KO 3:45 am. Prediction aku 2-0, van Persie dan Bendtner[cam tak cayer jer aku taruk dia ni..hahaha] serta kekalkan clean sheet tu Almunia serta back 4.

Isnin, 23 Februari 2009

Arsenal Sunderland - Post Match


4 game liga berturut-turut clean sheet, lama-lama clean shit sebab clean yang tak clean sangat, gampang 4 game liga seri 0-0. Nak citer pasal punca seri berderet-deret ni dah letih, macam-macam alasan dah, nak selesai macamana pun tak dapat dipastikan, nak kata game lawan Sunderland ni kurang create chances, tak juga, banyak juga cuma kehandalan keeper dan nasib kurang baik membuatkan Arsenal drop point lagi dan gagal ambil sepenuhnya kelebihan Aston Villa yang drop 3 points.

Aku rilek-rilek jer sebab aku rasa perkara ni dah biasa, no-hurt-feeling [bak kata orang amareka] sebab dah biasa sangat..hehe. Aku tak rasa semua fans gembira, semua muka monyok jer, tapi nak buat camner, Arsenal gagal nak compete dengan team bawahan liga disebabkan taktikal bertahan. Nak maki hamun dorang main bertahan pun tak boleh gak, sebabnya tu jer cara terbaik untuk dorang dapat point, main men behind ball [sekurang-kurangnya, 6 pemain lawan dalam final third, Arsenal lak sorang jer dalam tu, camner nak skor?].

Jika di lihat pada carta liga, cuma enam mata dibezakan antara kedudukan 14 dan 20 dengan ini potensi untuk berlaku penyingkiran amat besar kepada pasukan di dalam kedudukan sebegini, sebab itulah pasukan atasan bergelut untuk menewaskan pasukan bawahan yang bermain secara defensif semata-mata untuk 1 mata sahaja. Kalau musim lepas Arsenal berada dalam saingan kejuaraan liga sehingga aksi terakhir, musim ini Arsenal kemungkinan mengulangi aksi 2005-06 di mana sehingga ke aksi terakhir bergelut untuk berada di kedudukan 4 teratas liga tetapi bonusnya berjaya ke final liga juara-juara Eropah tetapi gagal menamatkan dengan kejayaan.

Potensi Arsenal masih 50-50 dalam perebutan empat teratas dibawah Aston Villa dengan jarak 5 mata tetapi angka itu masih mampu dilangsaikan sekiranya masalah pergelutan melayan aksi defensif pasukan bawahan diselesaikan sebaik mungkin. Musim ini sememangnya Arsenal terhuyung-hayang, kehilangan pemain-pemain utama disebabkan long term injury merosakkan kempen Arsenal dan memungkinkan sesuatu yang tidak dijangka musim panas nanti.

Berbalik kepada aksi di Emirates, beberapa pemain yang pasti gagal beraksi dengan baik di posisi mereka terutamanya Denilson [dah faham sangat], Bendtner [lagi la] dan Vela [totally wasted chances]. Arshavin yang melakukan debut patut diberikan pujian disebabkan keberaniannya melakukan shot dan menggerakkan kiri serta kanan flank Arsenal dan dua peluangnya gagal meletakkannya di score sheet, mungkin pada aksi selepas ini kekurangan fitness secara totally, sebab tu dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Vela.

Vela, individu yang cukup menggecewakan, dua peluang yang sepatutnya dijaringkan gol atau pun sekurang-kurangnya on target, sememangnya menggecewakan. Kalaulah peluang itu kepada Eduardo, sudah pasti deadlock dapat dibuka tetapi aku agak hairan, Vela bagaikan hilang ketenangan, mungkin kekurangan beraksi membuatkannya hilang ketajaman di hadapan gol. Dan bagaimana aksi menentang Roma nanti? Aku yakin Arsenal mampu menewaskan Roma di Emirates kerana sekiranya Arsenal tumpul pada aksi liga, pastinya result pada aksi liga juara-juara lebih baik, tapi itu statistik lama, semua ini bergantung pada taktikal Wenger dan kesungguhan pemain.


Rindu aku pada Eduardo bagaikan tersentak. Dan 23 February 2008 merupakan tarikh hitam baginya, aku harap Eduardo mudah melupakannya secepat mungkin, atau mungkin tidak memikirkan sangat kejadian malang ini. Aku yakin, kekuatan mentalnya mampu mengatasi masalah ini. Sementara itu berita positif disampaikan oleh pegawai perubatan Arsenal mengenai kecederaan Fabregas, Walcott dan Rosicky cukup mengujakan. Fabregas bakal beraksi dalam tempoh 4 minggu lagi, Walcott kepada 2 minggu lagi manakala Rosicky yang sebelum ini melakukan proses pemulihan sendirian bakal beraksi bersama skuad simpanan Arsenal 3 minggu lagi, get well soon Fabregas, Walcott and Rosicky, kami rindukan korang bagai nak gila!

Sabtu, 21 Februari 2009

Arsenal vs Sunderland - Preview


Tanpa Fabregas, Diaby, Eduardo, Walcott, Adebayor dan juga Rosicky, itu adalah pasti pada aksi menentang Sunderland di Emirates. Jika aksi di Sunderland berkesudahan seri 1-1 dan Fabregas muncul sebagai penyelamat di saat-saat akhir menidakkan gol Leadbitter, sudah pasti kali ini Arsenal tidak mahu kehilangan dua atau tiga mata lagi.

Arshavin yang bakal beraksi menentang Sunderland sebagai debutnya dan semakin berjaya mengikuti mood London tidak dipastikan sama ada bakal bermula dari awal perlawanan atau di bench. Sudah pasti ke semua peminat mengharapkan dia bakal bermula lebih awal setelah sekian lama menunggu aksinya bersama-sama Arsenal.

3 minggu persediaan kecergasan, 2 minggu di Arsenal dan seminggu di Zenit, secara tidak langsung fitness Arshavin kembali dibina walaupun belum cukup fit tetapi dengan memulakan kembali aksi kompetitif, ini sudah pasti dapat membina kekuatan fizikal dan mentalnya.


Sementara itu, tempoh penggantungan Eboue akibat double yellow di White Hart Lane sudah selesai. Adakah dia akan start di wing kanan Arsenal, bagi aku tidak sama sekali. Djourou yang sebelum ini mengalami masalah kesihatan kembali sembuh tetapi untuk berada di starting line up semakin sukar setelah gandingan Toure-Gallas kembali menjadi.

Di bahagian penyerang pula aku menjangkakan van Persie kembali digandingkan bersama Bendtner setelah Eduardo mengalami kecederaan hamstring. Atau mungkinkah Wenger mahukan gandingan van Persie-Arshavin pada perlawanan ini, bolehlah korang berteka-teki tetapi aku merasakan ianya mustahil.

Pemecatan Roy Keane adalah satu keputusan bijak oleh board Sunderland, hasilnya mereka berjaya menggelakkan daripada berada di dalam zon penyingkiran dan 8 mata di atas WBA yang berada di kedudukan tercorot. Cisse, Jones, Melbranque dan Richardson perlu diberikan perhatian sekiranya Arsenal tidak mahu tercicir mata lagi dalam usaha mendekatkan jurang mata di antara 4 pasukan teratas.


Pemain yang menjadi tumpuan sudah pasti Arshavin dan Jones yang menjaringkan 2 gol di Emirates musim lepas tetapi man of the match aku jangkakan akan menjadi milik van Persie. Jadi saksikan di ESPN pukul 10:55 pm, maaf sebab tak dapat kasik live streaming disebabkan aku tiada di rumah. Prediction aku, Arsenal 2 - 0 Sunderland.

Prediction Squad:

ARSENAL, Formation : 4-4-2

Staring line up:
Almunia, Toure, Gallas, Sagna, Clichy, Denilson, Song, Nasri, Vela, Bendtner, van Persie

Bench:
Fabianski, Eboue, Djourou, Gibbs, Arshavin, Ramsey, Wilshere, Bischoff

SUNDERLAND, Formation: 4-4-2

Starting line up:
Fulop, Ferdinand, McCartney, McShane, Collins, Reid, Melbranque, Richardson, Whitehead, Cisse, Jones

Bench:
Gordon, Davenport, Ben Haim, Tainio, Leadbitter, Healy, Murphy, Edwards

Jumaat, 20 Februari 2009

Eduardo hamstring, Arshavin bersedia untuk debutnya


Aksi Eduardo seterusnya bakal ditunda ke 2 minggu berikutnya disebabkan dia mengalami kecederaan hamstring sewaktu pertemuan menentang Cardiff City. Selepas jaringan keduanya di minit ke 60, lima minit kemudian dia mengalami kecederaan hamstring yang tidak serius dan digantikan oleh van Persie di minit ke 67.

Sejak kembali beraksi selepas tragedi 23 Februari di Birmingham, Eduardo telah mengalami dua kali kecederaan hamstring di mana kecederaan pertama berlaku selepas beraksi bersama skuad simpanan Arsenal menentang skuad simpanan Pompey. Apa yang pasti kecederaan ini berlaku ekoran tempoh yang lama tidak beraksi [hampir setahun] secara kompetitif.

Memandangkan Eduardo bukanlah hamstring injury prone seperti Messi dan Torres, kecederaan ini bukanlah serius dan sekiranya dia kembali dapat menyesuaikan dirinya dengan aksi kompetitif, kebarangkalian untuk kecederaan ini berlaku lebih kerap adalah sukar. Secara logiknya, dia bakal terlepas aksi menentang Sunderland, AS Roma, Fulham, WBA dan Burnley, ini bermakna aksi Eduardo seterusnya adalah pusingan kedua CL menentang Roma di Rome, Italy.


Tetapi Arshavin pula bakal melakukan debut pertamanya bersama Arsenal menentang Sunderland di Emirates, di mana Wenger mengesahkan dia bakal terlibat, sama ada sebagai 1st 11, subs atau pun sekadar berada di bench. Pada firasat aku, dia bakal memulakan aksi daripada bangku simpanan dan posisi yang akan dimainkannya menjadi satu lagi persoalan.

Arshavin yang baru-baru ini pulang ke St Petersburg melalui jet peribadinya untuk memotong rambut [nonsense bukan, macam takde fashionist jer kat London..haha] sememangnya cukup bersedia untuk beraksi bersama-sama Arsenal cuma dia mengharapkan ke semua peminat akan memberikan masa kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan permainan Arsenal.

Memandangkan Eboue dan Djourou akan berada di dalam pasukan, adakah satu lagi ketegasan Wenger dapat diperhatikan dengan meletakkan Eboue di kawasan sayap kanan Arsenal? Memandangkan Wenger agak marah kepada Eboue mengenai double yellow di White Hart Lane dan aksi mengagumkan daripada Nasri dan Vela di kanan dan kiri midfield Arsenal, Eboue mungkin berada di bench.

So kita lihat nanti, bagaimanakah percaturan Wenger, adakah ia mampu menyemarakkan kemenangan sebelum ini atau tidak dengan jumlah pemain yang ada. Apa yang aku ingin sampaikan di sini, Arsenal perlu beraksi dengan cemerlang untuk perlawanan ini sebagai momentum kemenangan dan sudah pasti penting untuk mengejar kedudukan 4 teratas serta menewaskan Roma di gelanggang sendiri pastinya!

Selasa, 17 Februari 2009

Emirates bertukar kepada Wonderland!


Highlight for download: Rapidshare / Mediafire [ITV]

Memang aku masih teruja sehingga ke saat ini, setelah 12 bulan menantikan aksi kompetitifnya, akhirnya penantian itu berakhir dan penuh emosi. Peristiwa ngeri yang dialami Eduardo di Birmingham seakan-akan terpadam, apatah lagi ke semua peminat dan kelab menantikan aksinya dan ternyata empat keputusan seri berturut-turut telah dilupakan serta merta dan kemenangan ini diinspirasi melalui kepulangannya.

Adalah tidak adil untuk mengatakan kemenangan ini berpunca daripada Eduardo semata-mata tetapi kemenangan ini hadir melalui permainan sepasukan, the real Arsenal yang selama ini kelam tetapi hadir kembali dan aku percaya ini adalah titik permulaannya. 57 ribu lebih penonton di Emirates serta jutaan di luar stadium melihat suatu aksi yang superb, very flourish night at London.

Fabianski, Gallas, Toure, Sagna, Gibbs, Denilson, Song, Nasri, Vela, Eduardo, Bendtner, Ramsey, van Persie dan Bischoff watak di atas padang yang berjaya menghidupkan kembali suasana di Emirates. Hampir aku menitiskan air mata melalui gol pertama Eduardo, hari yang terindah baginya seumur hidup. Hasil kerja keras dan semangat dibantu dengan bahagian perubatan Arsenal yang berjaya memulihkan kembali prestasinya.


Nasib kurang menyebelahi dan kredit kepada usaha penjaga gol Cardiff, Heaton yang menyelamatkan percubaan Arsenal menidakkan Arsenal berpesta lebih banyak gol. Pemain-pemain muda seperti Gibbs, Fabianski, Vela, Ramsey dan Bischoff membuktikan polisi Wenger menggunakan khidmat bakat muda sesuatu yang berbaloi.

Nasri yang tampil dengan rambut baru seakan-akan sama seperti dia di Marseille dahulu memang aktif bersama-sama gandingan Vela, Denilson dan Song yang berjaya menghidupkan keseluruhan padang. Gallas serta Toure juga masing-masing mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi nasib tidak berpihak kepada mereka dan overlapping oleh Sagna dan Gibbs merancakkan serangan Arsenal. Kredit juga kepada Fabianski yang tenang menafikan percubaan lawan.

Bendtner bolehlah dikatakan diposisi terdesak dengan kehadiran Arshavin dan Eduardo walaupun Arsenal kehilangan Adebayor untuk tempoh 2 minggu. Sememangnya perlu diakui dia cukup sesuai digandingkan bersama Vela dan Eduardo, di mana aku melihat gandingan ini lebih baik dibandingkan Bendtner-Adebayor atau Bendtner-van Persie. 1 gol 1 assist dan kekurangan ketenangan mengurangkan jumlah gol yang patut dijaringkannya semalam.


Gol pertama terhasil melalui permainan 1 2 antara Eduardo dan Vela sebelum Vela melambungkan bola dan disudahkan melalui free header oleh Eduardo diposisi yang tidak terjangkau oleh Heaton. Sambutan gol yang cukup emosi untuk disaksikan, bagaikan sesuatu yang buatkan aku cukup tersentuh.



Set piece sajian gol kedua Arsenal, melaui sepakan penjuru di sudut kanan Heaton yang diambil oleh Nasri dan larian Bendtner menyudahkan bola dengan plessing yang sukar dijangkau. Walaupun Bendtner jarang mengunakan peluang tetapi setiap gol yang dijaringkannya lebih fancy dibandingkan gol yang dijaringkan oleh Adebayor [sorry tapi ini kebenarannya].


Tamat separuh masa pertama. Aksi separuh kedua sememangnya menarik. Gol ketiga terhasil melalui tendangan penalti apabila Gavin Rae melakukan push dari belakang ke atas Eduardo dan disudahkan dengan cukup tenang oleh Eduardo disudut kanan gawang Cardiff. Eduardo meraikan gol dengan berlari ke arah medical Arsenal [Tony Colbert] yang selama ini telah berkerja keras memastikan kecederaannya kembali sembuh.

"It was the best day of my life because it proved that I can play again. It was a special moment for me to score. It was very emotional. Yes, I had a tear in my eye. I celebrated by kissing my wedding ring because my wife Andreja, my daughter Lorena and my family supported me right through this."


Percaturan Wenger merehatkan Eduardo, Nasri dan Vela dan memasukkan van Persie, Ramsey serta Bischoff menunjukkan Wenger tidak mahu mengendurkan serangan. Hasilnya melalui pintasan bola oleh Denilson diambil Bendtner sebelum dia melakukan lorongan kemas kepada van Persie merembat kencang menewaskan Heaton.

Bagi aku aksi ini menunjukkan Arsenal kembali ke prestasi sebenar dan berjaya menemui the real Arsenal, semestinya peminat mengharapkan aksi ini berterusan. Dan aksi di Emirates selepas ini juga mengujakan, 3 mata penting perlu diraih menentang Sunderland dan sudah semestinya debut Arshavin, pemain yang dinanti-nantikan aksinya bersama jersi merah dan putih.

Isnin, 16 Februari 2009

Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang, baru padan muka!


Entah bila gamaknya van Persia dan Walcott akan sign long term kontrak, sekarang ni kontrak mereka semakin susut kurang daripada 18 bulan. Puncanya mengenai tawaran gaji yang gagal menambat hati kedua-dua pemain ini. Entah macamana la agaknya, aku pun risau juga hal dua orang ini, kang melepas kedua-dua pemain ni, memang kerugian yang amat besar buat Arsenal.

Robin van Persie dikatakan menolak tawaran sekitar 75,000 pounds, kira-kira 10000 pounds kenaikan gaji tetapi van Persie mengharapkan jumlah gajinya sekitar 80,000 pounds. Faktor kecergasannya di musim ini, sumbangannya, posisi Arsenal sekarang di dalam liga dan ketandusan memenangi sebarang piala untuk tempoh 4 tahun serta pengalamannya di Arsenal hampir 5 tahun antara penyebabnya.

Apatah lagi long term kontrak Adebayor dibayar sekitar 100,000 pounds, mau dia tak demand jika dibandingkan kualitinya dengan Adebayor. Jika Arshavin dibayar hampir 75,000 pounds, sudah pasti dia mahu lebih sedikit dan sekiranya ini benar, faktor penstrukturan gaji nampaknya masalah yang harus diselesaikan dengan baik, perlu mendapatkan persetujuan antara kedua-dua pihak atau bersedia untuk mengalami kehilangan seorang lagi pemain utama.


Dan mengenai kontrak Walcott bolehlah menarik nafas lega. Dilaporkan dia bakal menerima triple dari gaji asalnya, so jangkaan aku gaji barunya bernilai 30,000 pounds serta kontrak selama 4 tahun. Pada asalnya gaji mingguan di sekitar 10,000 pounds dan merupakan individu yang meraih gaji terendah di dalam skuad England, nasiblah Melanie Slade [awek dia] bukan pengkikis duit dia cam awek Rooney, Coleen yang tak lawa tu...hahaha

Ahad, 15 Februari 2009

Tempias Eboue ke Sagna


Untuk tempoh 18 bulan kini, Bacary Sagna merupakan pemain Arsenal paling konsisten tetapi aksi persahabatannya bersama Perancis ketika menentang Argentina bagaikan suatu peristiwa malang ke atasnya. Di-boo oleh fans Les Blues di atas kegagalannya beraksi dengan baik ketika tewas 2-0 kepada Argentina di Stade de France.

Setiap kali kegagalan melakukan hantaran tepat dan marking, akibatnya sudah pasti dia dicemuh oleh penonton. Ramai mengakui Sagna gagal beraksi cemerlang pada perlawanan ini tetapi dia masih lagi manusia biasa, tetap akan melakukan kesalahan dan mustahil untuk setiap kali beraksi akan konsisten.

Dan aksi cemuhan oleh penokong Les Blues ini kerap berlaku kepada pasukan tersebut setiap kali France gagal beraksi dengan baik terutama dalam tempoh 2 tahun ini. Tindakan FFF yang masih lagi menggunakan khidmat Ramond Domenech sesuatu keputusan kurang bijak setelah kegagalannya di EURO 08.

Perancis juga terlalu mengharapkan kepada Zinedine Zidane, apabila ketiadaan Zidane dapat dilihat sewaktu kelayakan EURO 08 apabila France hampir gagal ke pusingan akhir di Swiss/Austria dan nasiblah Scotland berjaya dikalahkan oleh Italy, kalau tidak, nasib France sama seperti yang dialami oleh England.

Sementara itu Emmanuel Frimpong, 17 yang beraksi bersama skuad simpanan Arsenal telah mendatangani kontrak professional. Dilahirkan di Ghana tetapi beraksi untuk England bakal menambahkan kuota pemain England di dalam skuad pelapis Arsenal bersama Kieren Gibbs, Jack Wilshere, Henri Lansbury, Gavin Hoyte dan Mark Randall.

Sabtu, 14 Februari 2009

Arsenal Held by Spurs: Eboue blows it

By David Young [ESPN Soccernet]

Sunday's encounter with Spurs at White Hart Lane was always going to be a tough assignment for the Gunners. On top of all the pride at stake, this game could have been significant in defining the course of the remainder of the season for both teams. A defeat for either side had the potential to be a disastrous blow to both confidence and point's totals with ramifications beyond any of the usual post-match banter or gloating.

As it was, a draw was a fair result and, from the Gunners' point of view, arguably represented the best they could have hoped for from a game that they had to play the majority of with ten men. Once again, Emmanuel Eboue let himself, the team and the fans down with two instances of petulance that earned him a brace of yellow cards and, thus, a sending off. What made his dismissal more frustrating was that in the opening stages of the match he had produced some of his most encouraging football of the season so far, even getting as far as putting the ball in the Spurs net only for the goal to be ruled out for a push.

Though Eboue got some sympathy from certain quarters when getting booed off against Wigan at Ashburton Grove, it is hard to continue to feel sorry for a player who does so little to help himself. Arsene Wenger has given him countless chances and he has appeared in the starting line-up many more times than either his form or attitude have deserved. One wonders whether his dismissal on Sunday will see the manager’s patience finally evaporate.

Certainly, with the arrival of Andrey Arshavin and the imminent return to action of both Theo Walcott and Cesc Fabregas, it is hard to imagine how Eboue could possibly expect more than to be warming the bench for the remainder of the season. He is a player that Arsene Wenger has kept faith with for too long. It is now time to give others, even youngsters like Jack Wilshere, a chance.

Another player who might find it hard to regain his place in the starting line-up in a few weeks time is Emmanuel Adebayor. He limped off with a hamstring pull early in the game but, despite that, he has done little in the past few months to both justify his automatic selection or the massive pay rise he extracted from the club during the summer. He has been fortunate that his most obvious replacement, Nicklas Bendtner, has also struggled to find form this season otherwise he might have found himself spending more time on the sidelines. Should the Dane find his touch in the next few weeks though, the Togo man might have a battle on his hands to get his place back.

Certainly, Adebayor's injury and Eboue's sending off somewhat limited any opportunities Arsene Wenger had to make any tactical substitutions to try to win the game against Tottenham. As the game wore on it was a case of seeing whether the ten men could fashion a decisive chance without giving anything away at the other end. It turned out that even one man down the Gunners were still more than a match for Spurs and, though both teams had a couple of opportunities to nick all three points, the game ended in a stalemate with neither team losing facing nor going away pointless. It was hard to be satisfied with the outcome but, under the circumstances, it could have been worse.

The Gunners take a break from the Premier League this weekend and play their postponed FA Cup replay against Cardiff City at Ashburton Grove on Monday night. Last week’s cancellation due to snow means that both teams are in the frustrating position of being a round behind everyone else with the winners having to fit their Fifth Round tie with Burnley on a midweek night. Still, it is an irritation that Arsenal ought to be glad to accept. Should they get through on Monday, the Burnley match would be at Ashburton Grove and would seem to present an opportunity for revenge for the Carling Cup defeat at Turf Moor as well as advancing to the latter stages of the tournament.

Disappointingly, Andrey Arshavin is ineligible to take part in Monday's replay against Cardiff because he was not signed at the time of the first meeting. Arsenal supporters will have to wait one more week to get their first glimpse of him when he makes his likely debut against Sunderland on Saturday week. The squad are desperate for some fresh input and all eyes will be on the Russian to see if he can be the catalyst for the re-ignition of Arsenal’s season.

Komen:

Bagi aku apa yang digambarkannya benar belaka, Eboue dah terlalu banyak peluang diberikan tetapi disia-siakannya dan mengapa tidak memberikan peluang kepada Jack Wilshere, Adebayor seperti kembali kepada zaman awal kehadirannya di Arsenal dan mampukah Bendtner melakukan tugas partnership van Persie?

Khamis, 12 Februari 2009

Fast recovery from duo starlet!


Kemungkinan besar penghujung musim ini, yer selepas aksi menentang Sunderland, Arsenal bakal diperkuatkan kembali dengan kehadiran dua tonggak utama ke dalam skuad iaitu Fabregas dan juga Walcott, ini bermakna, sekiranya kedua-dua pemain melepasi ujian fitness, mereka bakal beraksi di pusingan pertama CL di Emirates menentang Roma.

Ramon Cugat, doktor yang menyelia tahap kecederaan Fabregas daripada Barcelona sama sekali terkejut dengan kadar perkembangan Fabregas yang dikatakan cukup menakjubkan. Dua faktor utama membolehkan dia cepat sembuh daripada kecederaan iaitu usianya dan juga semangat di dalam dirinya sendiri.

“The Arsenal doctors said it normally takes three-and-a-half months to recover because of the way it happened. But I believe he will return quicker than then. I recognise that the player needs to be ready, to have good mobility and stability and that he needs to feel good after returning to training.”

"The one that will know best is the player. I saw him last week. He passed the tests, there had been a clear improvement. He was expecting to make a speedy recovery. What is even better is that he could recover more quickly than is considered normal, which is very good.”


Manakala Walcott yang mengalami kecederaan di bahu sewaktu latihan di dalam skuad London bakal menjalani ujian imbasan di bahunya 24 Februari. Merujuk kepada salasilah keluarganya, ayahnya juga pernah mengalami kecederaan yang sama, hampir juga berlaku ke atas semua ahli keluarganya tetapi kecederaan dialaminya di usia yang muda mengurangkan risiko untuk mengalami kecederaan lebih teruk. Berikut apa ang dikatakan Walcott mengenai Arshavin:

"Hopefully when I am back fit again, I can play a lot of football with him. When he gets his fitness back up, he will be a top player for us. I have seen him on YouTube a lot, watching how he plays, the balls he can spot. He can do unbelievable passes. He is going to be a good addition to the squad."

Tetapi aku tidak mahu terlalu berharap, sekiranya kedua-dua mereka belum cukup fit, biarkan mereka dulu, sebab risikonya cukup tinggi. Dan biarlah penantian yang cukup lama dan perit ini bukan untuk seketika. Sekembalinya kedua-dua pemain ini, Arsenal akan kembali mantap dan long term injury cumalah Rosicky, dia pun dah boleh sepak-sepak bola, abis Mac boleh join team balik!

Rabu, 11 Februari 2009

Sampai bila lagi?


Entah kenapa aku rasa macam nak lempang jer Eboue sangat-sangat sekarang ni. Minggu lepas bukan main lantang dia mengatakan nak tolong Arsenal menang menentang Spurs tapi haram, dia merupakan punca Arsenal gagal meraih 3 mata yang pasti buat Arsenal!

Macam haram jer cakap referee tak kasik kad kuning kat Modric, ada la sial, pastu ko duk borak-borak tak puas hati dengan Modric bukan Almunia la hanggok, tu yang kena second yellow, kalau tak, tak kena la second yellow.

Dah lama aku sabar dengan dia ni, dah naik lemak pulak. Entah macamana Wenger nampak di sebalik dia ni, aku nampak kelam jer pada dia. So jangan tunggu lagi, lepas ni taruk dia dalam bench betul-betul.

Kecederaan hamstring pada Adebayor merupakan berita gembira juga bagi aku. Aksi dia yang semakin merapik dan merudum perlu dinilai semula dalam tempoh 3 minggu ini. Tengok apa yang dilakukannya musim ini dengan musim lepas dan ikhlas akui pada diri sendiri yang dia semakin tidak diperlukan di Arsenal.

Kredit kepada Song dan Almunia yang beraksi cukup mantap. Coverage di hadapan back 4 oleh Song membuatkan Arsenal berjaya mematahkan serangan Spurs dan ketepatan Almunia melakukan tindakan memastikan Arsenal tidak pulang tangan kosong dan meneruskan 10 tahun penantian Spurs untuk menewaskan Arsenal di dalam liga.

Entahlah, konsistensi tu masih ada tetapi kegagalan menghasilkan gerakan serangan dengan baik tu yang tiada. Rugi, sememangnya rugi, Chelsea drop 2 mata dan Aston Villa menang menentang Rovers, dengan ini mencicirkan Arsenal yang semakin dikejar Everton.

Jangan fikir Aston Villa tak layak beraksi di CL, mereka pernah memenanginya sekali berkurun dahulu! 3 pasukan diatas kelihatan sukar untuk drop point manakala Arsenal semakin menjarakkan diri, sampai bila nak drop point, bila nak dekatkan jurang?

Masalah pada pemain bukan Wenger semata-mata terutama mengenai isu mempertahankan pemain-pemain yang digunakan. Wenger memberikan kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab tapi apa yang mereka lakukan? Bermula Mac ini, aku yakin muka-muka sepatutnya di bangku simpanan akan kembali ke posisi mereka yang sepatutnya.

Denilson, Eboue, Bendtner dan Diaby belum mampu untuk berada di dalam 1st 11 Arsenal dan mungkin juga tidak layak sama sekali dalam Arsenal. Cuma Song dan Djourou, aku pasti, mereka sahaja yang belajar sesuatu dari penghujung musim lepas sehingga sekarang, aksi mereka semakin menyakinkan dari hari ke hari.

Jumaat, 6 Februari 2009

North London derby match - Preview


Berakhirnya musim perpindahan Januari, maka fokus Arsenal sekarang adalah kembali mendapatkan 3 mata penuh setelah meraih 3 keputusan seri berturut-turut dan pertemuan menentang Spurs Ahad ini amat ditunggu-tunggukan. Aksi di Emirates pada pusingan pertama berkesudahan dengan keputusan seri 4-4 setelah Arsenal mendahului 4-2 sebelum di samakan jaringan oleh Jenas dan Lennon.

Ok itu cerita lepas dan kalau nak buka lembaran sejarah balik pun Spurs bukanlah lawan yang kuat untuk Arsenal, cuma dan cuma seteru setempat sahaja, apatah lagi dalam tempoh 5 tahun ini hampir 120 millions pound dibelanjakan mereka dalam cubaan nak membina pasukan mantap tapi sememangnya sia-sia, mengutip pemain-pemain yang berdasarkan nama bukannya kualiti dan ini diakui sendiri oleh Harry Redknapp.

Bentley seperti biasa menjadi sasaran utama penyokong Arsenal apabila kerap kali menimbulkan kontroversi setelah gagal beraksi bersama Arsenal malahan tidak bersyukur dengan kelab yang pernah membimbingnya, tapi apakan daya, manusia mudah lupa. Tapi manusia sebegini adalah sampah, apa yang diberikan olehnya kepada Spurs musim ini setelah berpindah dari Rovers dengan yuran perpindahan sebanyak 15 millions? Tiada bukan!

Kelantangan Dawson mengatakan Spurs mampu menewaskan Arsenal mengingatkan aku kepada Ballack yang bersuara sedemikian rupa sebelum Arsenal berkunjung ke Stamford Bridge, hasilnya, lu pikir la sendiri. Zokora, seronok mengatakan dia menolak pelawaan Arsenal disebabkan lebih berminat untuk beraksi bersama Spurs, siap cakap Real Madrid mahukan dia, aduhai, busuk la mulut ko!

Yeah, individu yang kerap dicaci, anak kesayangan Wenger; Eboue menyatakan dia cukup fit untuk beraksi Ahad ini dan menyatakan dia akan memastikan Arsenal menang untuk menghargai peminat, harap-harap camtu la, tapi aku sebenarnya dah bosan dengan janji camni, peminat bukan hendakkan kedudukan form pemain pada 1 permainan saja dan kemudiannya 5 game seterusnya dicemuh tetapi peminat mahukan konsistensi prestasi pemain secara berterusan! Diaby sudah pasti tidak beraksi disebabkan kecederaan dan penggantungan.

Deal di saat akhir di mana Arsenal berjaya mendapatkan Arshavin manakala Spurs mengembalikan Keane di White Hart Lane dengan memberikan armband sememangnya menjadi tumpuan. Keane yang mengalami penurunan prestasi ketika bersama Liverpool manakala Arshavin yang tidak beraksi secara kompetitif sejak November lepas mungkin belum dipastikan akan berada di dalam skuad utama atau tidak, bergantung kepada tahap kecergasannya nanti.

Peminat kedua-dua pasukan sudah pasti mahukan kedua-dua pemain ini beraksi sejak tiupan wisel pertama lagi setelah menunggu sekian lama kedua-dua pemain ini berada di dalam pasukan masing-masing. Siapa bakal beraksi diposisi CM Arsenal? Denilson, Ramsey, Song atau Arshavin? Nasri-Arshavin-Song-Vela aku jangkakan lebih baik digunakan pada aksi ini bagi mengimbangi rentak menyerang dan bertahan. Tetapi gerak hati aku merasakan Eboue-Denilson-Song-Nasri akan berada ditengah pada permulaan permainan.

Prestasi Adebayor yang hambar, buruk dan huduh kebelakangan ini merumitkan pencarian gol, cuma prestasi kemuncak van Persie membuatkan Arsenal masih mampu memberikan harapan tetapi aku percaya game ini kita akan dapat menyaksikan Adebayor kembali menjaringkan gol. Nak beli Arshavin kat fantasy masih tak pasti dia main ke tak, gameweeks seterusnya la. Prediction aku Spurs 1 - 2 Arsenal.

Provisional Spurs squad:


Cudicini, Gomes, Alnwick, Corluka, Dawson, Woodgate, Assou-Ekotto, Chimbonda, Lennon, Huddlestone, Jenas, Zokora, Modric, Keane, Pavlyuchenko, Campbell, Bent, Bale, Taarabt, Rocha, Giovani, Gunter.

Provisional Arsenal Squad:


Almunia, Sagna, Gallas, Toure, Clichy, Nasri, Denilson, Song, Eboue, Adebayor, Van Persie, Fabianski, Djourou, Gibbs, Wilshere, Vela, Bendtner, Ramsey, Arshavin.

Rabu, 4 Februari 2009

Now I'm GUNNERS!



Arshanel (Arshavin+Arsenal) dan provokasi awalnya!


Asik tunggu punya tunggu, akhirnya Arsenal berjaya mendapatkan Arshavin dengan perpindahan sekitar 16.5 millions pounds, iaitu record signings kelab dengan wang pendahuluan sebanyak 12 millions, 1.5 millions dipulangkan Arshavin di atas royalti aka bonus yang diberikan oleh Zenit serta 3 millions add on untuk trofi telah memastikan saga SDH (bkn saga BLM) memiliki jersi no 23 yang pernah digunakan oleh Sol Campbell.

Dikhabarkan pada mulanya Arshavin meminta gaji sebanyak 100k seminggu untuk cover perbelanjaan yang ditambahnya di sekitar 3 millions tetapi atas sebab rundingan cukup baik oleh Arsene dan Gazidis, kejayaan untuk pendahuluan 12 millions kepada Zenit memastikan struktur pengajian pemain Arsenal tidak terganggu walaupun mendapatkan seorang pemain bintang. Ini yang membuatkan aku berpuas hati mengenai perpindahan ini.

Nak mencanang banyak pun tak guna, aku rasa korang semua dah amik pusing sejak pukul 1 pagi hari Isnin sehingga tak boleh tidur bukan. Pengakuan Wenger mengenai transfer ini adalah transfer paling sukar pernah dilakukan, cukup jujur..hahaha. Mengikut betting di dalam Arsenal.com, nama Arshavin terdapat di dalam list betting untuk 1st gol menentang Spurs Ahad ini, so aku rasa dia akan berada di dalam skuad sama ada sebagai 1st 11 atau subs, sekiranya dia berjaya menjaringkan gol, perkara sama berlaku kepada Nasri di dalam debutnya bersama Arsenal.

Tetapi pre-season Zenit di Dubai mungkin membataskannya untuk beraksi segera tetapi komitmen Arshavin berlatih bersendirian tatkala rakan sepasukannya yang lain tegar berlatih berkumpulan di mana latihan individualnya bertujuan untuk beraksi secepat mungkin dengan pasukan Eropah lain mungkin sesuatu yang buatkan kita teruja untuk melihatnya beraksi secepat mungkin dengan ketandusan kreativiti Arsenal buat masa sekarang.

Meihat video di bawah, aku ada gelak-gelak sinis, English yang agak terabur sikit then provokasinya kepada Pavlyuchenko. "Did you speak to Roman Pavlyuchenko before come here?", "He's not friend of mine!"..hahaha, memang provokasi yang dahsyat sebelum game Ahad ini. Soalan last paling blur dia jawab, "And finally have you got the message to Arsenal fans?", "Message? Trust in me, trust in Arsenal" [cam ada director jer..hahaha]





FULL NAME: Andrey Sergeyevich Arshavin

NATIONALITY: Russian

BORN: May 29 1981. Saint Petersburg, Russia

AGE: 27

HEIGHT / WEIGHT: 172cm / 62kg

PREVIOUS CLUBS: Zenit St Petersburg (2000– January 2009) 232 appearances (51 goals)

CLUB HONOURS: 2003 Russian Premier League Cup
2007 Russian Premier League
2008 Russian Super Cup
2008 UEFA Cup
2008 UEFA Super Cup

TRANSFER DETAILS: Long-term contract for an undisclosed fee

POSITION: Midfielder

INTERNATIONAL CAREER: Russia (2002 - Present) 41 appearances (15 goals)

INTERNATIONAL DEBUT: May 17 2002 v Belarus (International friendly, in Moscow, Russia) 1-1, Belarus won 5-4 on pens.

FIRST INTERNATIONAL GOAL: February 13 2003 v Romania (International friendly, in Limassol, Cyprus) Scored third goal in 4-2 Russia victory.

ADDITIONAL INFORMATION:

  • Voted Russian Footballer of the Year in 2006
  • Started all 30 matches in Zenit’s Russian Premier League campaign in 2007, the first time Zenit had won a league title since 1984
  • Played a key part in Zenit’s 2008 UEFA Cup winning campaign
  • Came on as a half-time substitute in the 2008 UEFA Super Cup victory over Manchester United in Monaco, in August 2008. Zenit won 2-1
  • Three impressive performances earned him a place in the ‘EURO 2008 Team of the Tournament’
  • Graduated from the Smena football school. In 1999 – 2000, he played for Zenit’s ‘farm club’, Zenit-2 in the Russian Second Division
  • Made his full Zenit debut in England, against Bradford City in the Intertoto Cup at Valley Parade in August 2000. Zenit won the match 3-0
  • Is comfortable in many positions. He started his career as a right midfielder, then as an attacking midfielder and more recently has been playing in the ‘second striker’s’ role

RUSSIA IN EURO 2008:

GROUP STAGE:

  • v Spain - Lost 1-4 (suspended)
  • v Greece - Won 1-0 (suspended)
  • v Sweden - Won 2-0 (played and scored)

QUARTER FINAL:

  • v Netherlands - Won 3-1 (played and scored)

SEMI FINAL:

  • v Spain - Lost 0-3 (played)

Isnin, 2 Februari 2009

4 in 1

Sori, agak lama aku xupdate sebarang news, kira-kira hampir 2 minggu juga la, dan aku pun agak lost dengan perkembangan EPL, kalau nak harapkan Metro yang bapak aku beli, sampai ke sudah merepek jer, apatah lagi ruangan pasal Arsenal lebarnya xsampai pun seinci. Hatrik seri, January transfer yang dirasakan nyawa-nyawa ikan, salji di utara London dan kecederaan pemain-pemain aku rangkumkan sekali. Senang kira lah.


So cabaran aku kepada Arsenal gagal untuk 100%, cuma 90% jer berjaya dilaksanakan. Game ke 5 gagal dimenangi (sewaktu menentang Cardiff) sememangnya merosakkan momentum konsistensi kemenangan cuma rekod 10 perlawanan tanpa kalah bolehlah dikatakan ok tapi tidak baik disebabkan terlalu banyak keputusan seri yang sudah pasti merencatkan pungutan mata di dalam liga. Apatah lagi seri pada Sabtu lepas, keputusan sama dialami Aston Villa gagal dimanfaatkan untuk mengurangkan perbezaan mata!


Mengenai perpindahan Januari, apa yang dihebohkan cuma Arshavin, bagaikan dia saja target Arsenal kali ini tapi jangan lupa kelibat Diarra dan Gallas diambil dihari terakhir perpindahan. Jam 5 petang di UK (hari ini) bersamaan 1 pagi di Malaysia (kejap lagi) adalah penutup dateline tetapi FA masih memberikan kelonggaran dengan memanjangkan tempoh sekiranya kedua-dua pasukan yang deal memaklumkan terlebih dahulu mengenai transfernya kepada FA dengan cuaca buruk di London dan masalah di bank penyebabnya.


Nasib la Rosicky baru mula training secara ringan, kalau dia tengah fit sekarang, sudah pasti dia bermain hoki ais di venue terbesar sekali. Salji tebal di Emirates menyebabkan pertembungan kedua pusingan kelima FA Cup menentang Cardiff terpaksa ditunda dan harinya belum dinyatakan tetapi aku menjangkakan selepas aksi menentang Spurs.


Dan akhir sekali untuk post yang ringkas ini aku sertakan jangkaan tempoh kecederaan long term trio injury dengan Walcott dan Fabregas menunjukkan perkembangan positif serta Rosicky kembali berlatih secara ringan. Walcott dijangka 4 minggu lagi, Fabregas pula 6-8 minggu manakala Rosicky sekitar 8 minggu lagi. Cuma Walcott sahaja dijangka akan dapat beraksi menentang AS Roma daripada ketiga-tiga pemain ini.