Rabu, 11 Februari 2009

Sampai bila lagi?


Entah kenapa aku rasa macam nak lempang jer Eboue sangat-sangat sekarang ni. Minggu lepas bukan main lantang dia mengatakan nak tolong Arsenal menang menentang Spurs tapi haram, dia merupakan punca Arsenal gagal meraih 3 mata yang pasti buat Arsenal!

Macam haram jer cakap referee tak kasik kad kuning kat Modric, ada la sial, pastu ko duk borak-borak tak puas hati dengan Modric bukan Almunia la hanggok, tu yang kena second yellow, kalau tak, tak kena la second yellow.

Dah lama aku sabar dengan dia ni, dah naik lemak pulak. Entah macamana Wenger nampak di sebalik dia ni, aku nampak kelam jer pada dia. So jangan tunggu lagi, lepas ni taruk dia dalam bench betul-betul.

Kecederaan hamstring pada Adebayor merupakan berita gembira juga bagi aku. Aksi dia yang semakin merapik dan merudum perlu dinilai semula dalam tempoh 3 minggu ini. Tengok apa yang dilakukannya musim ini dengan musim lepas dan ikhlas akui pada diri sendiri yang dia semakin tidak diperlukan di Arsenal.

Kredit kepada Song dan Almunia yang beraksi cukup mantap. Coverage di hadapan back 4 oleh Song membuatkan Arsenal berjaya mematahkan serangan Spurs dan ketepatan Almunia melakukan tindakan memastikan Arsenal tidak pulang tangan kosong dan meneruskan 10 tahun penantian Spurs untuk menewaskan Arsenal di dalam liga.

Entahlah, konsistensi tu masih ada tetapi kegagalan menghasilkan gerakan serangan dengan baik tu yang tiada. Rugi, sememangnya rugi, Chelsea drop 2 mata dan Aston Villa menang menentang Rovers, dengan ini mencicirkan Arsenal yang semakin dikejar Everton.

Jangan fikir Aston Villa tak layak beraksi di CL, mereka pernah memenanginya sekali berkurun dahulu! 3 pasukan diatas kelihatan sukar untuk drop point manakala Arsenal semakin menjarakkan diri, sampai bila nak drop point, bila nak dekatkan jurang?

Masalah pada pemain bukan Wenger semata-mata terutama mengenai isu mempertahankan pemain-pemain yang digunakan. Wenger memberikan kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab tapi apa yang mereka lakukan? Bermula Mac ini, aku yakin muka-muka sepatutnya di bangku simpanan akan kembali ke posisi mereka yang sepatutnya.

Denilson, Eboue, Bendtner dan Diaby belum mampu untuk berada di dalam 1st 11 Arsenal dan mungkin juga tidak layak sama sekali dalam Arsenal. Cuma Song dan Djourou, aku pasti, mereka sahaja yang belajar sesuatu dari penghujung musim lepas sehingga sekarang, aksi mereka semakin menyakinkan dari hari ke hari.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cam marah jer antonio banderas nie :p

slow bro..
kalau adebayor tu aku masih saja minat kat dia..
sebenarnya dia kurang menyerlah saat ini..
sebab di tiap permainan arsenal..
semua club bermain defendsif dan adebayor tetap ada yang marking..

tapi tak pe lar..
dah cedera..
vela pun tak nampak kelibatnya..
nak kena loan lagi nie..
aku risau ngan RVP..
mamat nie.. customer tetap cedera..
bila dia cedera.. mampuih gunners..
vs cardiff nanti sebaiknya arsenal turunkan squad muda.. bagi pendedahan.. bab kat kandang.. kena confident lebih

Hafez Rachwan berkata...

berasap beb kepala..hahaha

wilshere-ramsey-song-nasri
pastu vela-bendtner..superb!
biar van persie rest, lgpn bendtner pair dgn vela nmpk ok compare bila dia pair dgn rvp/bayor..