Isnin, 16 Februari 2009

Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang, baru padan muka!


Entah bila gamaknya van Persia dan Walcott akan sign long term kontrak, sekarang ni kontrak mereka semakin susut kurang daripada 18 bulan. Puncanya mengenai tawaran gaji yang gagal menambat hati kedua-dua pemain ini. Entah macamana la agaknya, aku pun risau juga hal dua orang ini, kang melepas kedua-dua pemain ni, memang kerugian yang amat besar buat Arsenal.

Robin van Persie dikatakan menolak tawaran sekitar 75,000 pounds, kira-kira 10000 pounds kenaikan gaji tetapi van Persie mengharapkan jumlah gajinya sekitar 80,000 pounds. Faktor kecergasannya di musim ini, sumbangannya, posisi Arsenal sekarang di dalam liga dan ketandusan memenangi sebarang piala untuk tempoh 4 tahun serta pengalamannya di Arsenal hampir 5 tahun antara penyebabnya.

Apatah lagi long term kontrak Adebayor dibayar sekitar 100,000 pounds, mau dia tak demand jika dibandingkan kualitinya dengan Adebayor. Jika Arshavin dibayar hampir 75,000 pounds, sudah pasti dia mahu lebih sedikit dan sekiranya ini benar, faktor penstrukturan gaji nampaknya masalah yang harus diselesaikan dengan baik, perlu mendapatkan persetujuan antara kedua-dua pihak atau bersedia untuk mengalami kehilangan seorang lagi pemain utama.


Dan mengenai kontrak Walcott bolehlah menarik nafas lega. Dilaporkan dia bakal menerima triple dari gaji asalnya, so jangkaan aku gaji barunya bernilai 30,000 pounds serta kontrak selama 4 tahun. Pada asalnya gaji mingguan di sekitar 10,000 pounds dan merupakan individu yang meraih gaji terendah di dalam skuad England, nasiblah Melanie Slade [awek dia] bukan pengkikis duit dia cam awek Rooney, Coleen yang tak lawa tu...hahaha

7 ulasan:

Qsheira berkata...

tapi pada prinsipnya
The gunners setia pada Arsenal
harap 2 larrr tak de fla money dalam squad yang ada nie..

selasa subuh ARsenal 2 vs cardif 0

cukup ke 2 ???

Hafez Rachwan berkata...

harap2 cmtu la..

xkesah la, janji menang, ni peluang utk mng silverware terbesar..harap2 eduardo dpt main la tp aku pn xasti dpt tgk ke x, sbb pagi nyer kul11 aku ada test..damn!

Qsheira berkata...

eduardo kemungkinan besar masuk starter..
bab dia bagi assist goal 1 untuk craotia..
lagi pun bila tak sekarang time Fa cup
bila lagi nak bagi chance player utama rehat, dan pendedahan player muda..
menang itu pasti..
hanya score berapa aku tak pasti..
tengok keadaan semasa..
Arsenal 2
cardiff 0

Hafez Rachwan berkata...

mungkin la, harap2 cmtu, aku rasa formation yg akan digunakan nanti akan ada campuran 1st team dgn bdk2 carling..

Type Blog berkata...

the mn setia kalu gaji cipot. tgk la mcm flamini n hleb sume cabut, nak gaji tinngi but hopefully VP ni bijak ckit kalu nak jd legend mcm sifu dia bergkamp.

Qsheira berkata...

4-0 eeekkksss
Dudu 2 bijik
bendtner 1 bijik
RVP 1 bijik

upppsss bahagianya hari ini..

The gunners had made me proub be a Gonner

Hafez Rachwan berkata...

aku rasa nk nangis jer time eduardo skor..huhu