Isnin, 23 Februari 2009

Arsenal Sunderland - Post Match


4 game liga berturut-turut clean sheet, lama-lama clean shit sebab clean yang tak clean sangat, gampang 4 game liga seri 0-0. Nak citer pasal punca seri berderet-deret ni dah letih, macam-macam alasan dah, nak selesai macamana pun tak dapat dipastikan, nak kata game lawan Sunderland ni kurang create chances, tak juga, banyak juga cuma kehandalan keeper dan nasib kurang baik membuatkan Arsenal drop point lagi dan gagal ambil sepenuhnya kelebihan Aston Villa yang drop 3 points.

Aku rilek-rilek jer sebab aku rasa perkara ni dah biasa, no-hurt-feeling [bak kata orang amareka] sebab dah biasa sangat..hehe. Aku tak rasa semua fans gembira, semua muka monyok jer, tapi nak buat camner, Arsenal gagal nak compete dengan team bawahan liga disebabkan taktikal bertahan. Nak maki hamun dorang main bertahan pun tak boleh gak, sebabnya tu jer cara terbaik untuk dorang dapat point, main men behind ball [sekurang-kurangnya, 6 pemain lawan dalam final third, Arsenal lak sorang jer dalam tu, camner nak skor?].

Jika di lihat pada carta liga, cuma enam mata dibezakan antara kedudukan 14 dan 20 dengan ini potensi untuk berlaku penyingkiran amat besar kepada pasukan di dalam kedudukan sebegini, sebab itulah pasukan atasan bergelut untuk menewaskan pasukan bawahan yang bermain secara defensif semata-mata untuk 1 mata sahaja. Kalau musim lepas Arsenal berada dalam saingan kejuaraan liga sehingga aksi terakhir, musim ini Arsenal kemungkinan mengulangi aksi 2005-06 di mana sehingga ke aksi terakhir bergelut untuk berada di kedudukan 4 teratas liga tetapi bonusnya berjaya ke final liga juara-juara Eropah tetapi gagal menamatkan dengan kejayaan.

Potensi Arsenal masih 50-50 dalam perebutan empat teratas dibawah Aston Villa dengan jarak 5 mata tetapi angka itu masih mampu dilangsaikan sekiranya masalah pergelutan melayan aksi defensif pasukan bawahan diselesaikan sebaik mungkin. Musim ini sememangnya Arsenal terhuyung-hayang, kehilangan pemain-pemain utama disebabkan long term injury merosakkan kempen Arsenal dan memungkinkan sesuatu yang tidak dijangka musim panas nanti.

Berbalik kepada aksi di Emirates, beberapa pemain yang pasti gagal beraksi dengan baik di posisi mereka terutamanya Denilson [dah faham sangat], Bendtner [lagi la] dan Vela [totally wasted chances]. Arshavin yang melakukan debut patut diberikan pujian disebabkan keberaniannya melakukan shot dan menggerakkan kiri serta kanan flank Arsenal dan dua peluangnya gagal meletakkannya di score sheet, mungkin pada aksi selepas ini kekurangan fitness secara totally, sebab tu dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Vela.

Vela, individu yang cukup menggecewakan, dua peluang yang sepatutnya dijaringkan gol atau pun sekurang-kurangnya on target, sememangnya menggecewakan. Kalaulah peluang itu kepada Eduardo, sudah pasti deadlock dapat dibuka tetapi aku agak hairan, Vela bagaikan hilang ketenangan, mungkin kekurangan beraksi membuatkannya hilang ketajaman di hadapan gol. Dan bagaimana aksi menentang Roma nanti? Aku yakin Arsenal mampu menewaskan Roma di Emirates kerana sekiranya Arsenal tumpul pada aksi liga, pastinya result pada aksi liga juara-juara lebih baik, tapi itu statistik lama, semua ini bergantung pada taktikal Wenger dan kesungguhan pemain.


Rindu aku pada Eduardo bagaikan tersentak. Dan 23 February 2008 merupakan tarikh hitam baginya, aku harap Eduardo mudah melupakannya secepat mungkin, atau mungkin tidak memikirkan sangat kejadian malang ini. Aku yakin, kekuatan mentalnya mampu mengatasi masalah ini. Sementara itu berita positif disampaikan oleh pegawai perubatan Arsenal mengenai kecederaan Fabregas, Walcott dan Rosicky cukup mengujakan. Fabregas bakal beraksi dalam tempoh 4 minggu lagi, Walcott kepada 2 minggu lagi manakala Rosicky yang sebelum ini melakukan proses pemulihan sendirian bakal beraksi bersama skuad simpanan Arsenal 3 minggu lagi, get well soon Fabregas, Walcott and Rosicky, kami rindukan korang bagai nak gila!

2 ulasan:

Qsheira berkata...

aku tak leh nak predict banyak2
bab bila predict banyak2
hasil dia kaca mata..
tapi yang buat gua caya ngan defender arsenal..
dah banyak game gak clean sheet..
sampai2 untuk score sendiri pun clean sangat..
Qsheira Predict:
Arsenal 2
As Roma 0

Hafez Rachwan berkata...

mng 2 bijik tu bekalan plg selesa ke rome, harap2 cmtu la..