Rabu, 25 Februari 2009

Arsenal vs AS Roma - Preview


Streaming: HERE

Langsung tiada penyesalan melepaskan Craptista, tiada Fabregas, Rosicky, Arshavin, Walcott, Adebayor, Silvestre dan Eduardo di atas padang awal pagi ni, keputusan seri empat kali berturut-turut dalam liga, penyelesaian segalanya adalah perlu menang!

Arsenal memang tempang untuk aksi first leg ni, mungkin juga second leg nanti tetapi sekiranya semangat di kalangan pemain serta sokongan padu daripada ke semua peminat Arsenal, tiada yang mustahil bagi Arsenal untuk menewaskan Roma.

Craptista yang diterajang keluar dari Arsenal melalui loan dari Real Madrid sudah pasti mahu membalas dendam, apatah lagi dia mungkin merasa malu sesudah cuba untuk menjadi permanent Arsenal player tetapi Wenger menolaknya dan mendapatkan Eduardo.

Totti, individu paling sinonim dengan Roma berada pada 50-50 untuk diturunkan dan dikatakan belum mencapai fitness test, maka Roma berkemungkinan kehilangan target men mereka dan ini berita baik buat Arsenal.

Perotta dan De Rossi adalah playmaker dan juga gladiator yang akan bertarung dengan Denilson, Diaby dan Song bagi menguasai kawasan tengah padang. Bahagian tengah mana yang mampu bermain secara offensive dan defensive terbaik sudah pasti pemenangnya, kerana aku percaya perlawanan ini amat terbuka bukan seperti menentang Stoke, Sunderland mahu pun Bolton.

So kepada sesiapa nak layan tengok kat Astro, live di Star Sports, Channel 813, 3:30 am, KO 3:45 am. Prediction aku 2-0, van Persie dan Bendtner[cam tak cayer jer aku taruk dia ni..hahaha] serta kekalkan clean sheet tu Almunia serta back 4.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walau cuma menang 1-0
janji menang lar..
tapi terlampau banyak peluang di buang begitu sahaja...
seharusnya bila ikut peluang yang betul2 tepat..
seharusnya Arsenal menang 5-1
tapi...
betoi2 suwey..
striker Arsenal banyak yang jadi striker terlampau...

Hafez Rachwan berkata...

xpe, sekurang2nya clean sheet akan pastikan arsenal ada bekalan g bagus utk ke rome, skor 1 gol aw, roma kna cr 3 gol..