Jumaat, 4 April 2008

'Amazing' Merida : Rancangan Baru Wenger

Seorang lagi bakat muda Arsenal yang dicungkil oleh Wenger, iaitu Fran Merida dilaporkan sudah menandatangi kontrak bersama Arsenal bagi jangka waktu yang panjang.

Pemain muda yang berusia 18 tahun ini sekarang beraksi di negaranya bersama Real Sociedad atas kontrak pinjaman. Bekas pemain Barcelona ini berada di Arsenal sejak 2006 lagi dan dipinjam ke Sociedad pada Januari lepas.

Dikatakan sebagai the 'new' Fabregas, sesuatu yang amat mengujakan. Satu lagi rancangan besar Wenger. Berkemungkinan pairing antara Denilson dan Merida boleh dijadikan sesuatu back up yang menarik bagi Arsenal.

ALMUNIA : Mahu Mengakhiri Kariernya di Arsenal

Penjaga gawang Arsenal iaitu Manuel Almunia menyatakan bahawa dia akan menghabiskan kariernya di Arsenal dan telah berbincang mengenainya bersama isterinya.

Sewaktu awal kehadirannya di Highbury, dia baru sahaja berkahwin dan secara kelam-kabut datang ke Arsenal bagi menyertai skuad the Gunners.

Almunia yang telah merampas kedudukan penjaga gawang utama Arsenal daripada Jens Lehmann setelah menunjukkan aksi yang lebih konsisten, semakin bersemangat untuk bersama Arsenal.

'Bola sepak merubah kehidupan dalam masa sesaat, permulaan musim saya tidak beraksi. Tetapi ia mengubah kehidupan saya sekali lagi dan sekarang saya adalah orang yang paling gembira di antara mereka di sekeliling saya'.

Tiada ulasan: