Isnin, 8 Februari 2010

Mental sedikit dipulihkan tapi taktikal memang gagal!

Memang berasap semua kepala penyokong Arsenal, macam tak belajar jer, bukannya lama, baru jer hari Ahad lepas, buat balik. Hairan, perkara paling basic untuk jadi defend adalah marking tapi untuk dua minggu ni lima gol dilepaskan disebabkan marking. Worst, totally worst and crapped!

Arsene Wenger perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini dengan taktikal yang sememangnya gagal, termasuk juga pemain yang bukan sahaja beraksi di bawah kemampuan sendiri tetapi bagaikan beraksi tanpa mengenali cara permainan setiap rakan sepasukan. Macam tak kenal sahaja walhal hari-hari training sama-sama.

Aku malas nak ulas dari segi taktikal yang gagal dengan cross simpang siur yang langsung tak masuk akal! Korang sendiri pun dapat tengok, aku tak kesah Arsenal kalah kepada rival besar tapi biarlah kalah yang boleh diterima pakai, ini tidak, kekalahan yang cukup memalukan! Dan sekiranya Wenger tidak mahu bertanggungjawab atas kekalahan ini, aku langsung takkan respek kepada Wenger lagi selepas ini, be a man, oldiest!

So tergelincir 9 mata kepada Chelsea yang masih mendahului liga, dengan Liverpool lawan selepas ini, 3 mata wajib perlu dilunaskan di Emirates! Harapan untuk kejuaraan liga masih ada, perlu kembali beraksi secara maksimum selepas ini dan berharap Chelsea dan MU mengugurkan mata. Dan lawan selepas ini lebih ringan tetapi cukup mendebarkan terutamanya dari pasukan yang cuba merebut top 4 liga.

Metamatiknya Arsenal belum terkeluar dari kejuaraan liga tapi logiknya, hampir terkeluar, kemungkinan untuk kembali ke landasan sepatutnya masih ada dan mampu dibuktikan! Aku masih lagi yakin, perjuangan masih belum tertutup, jika aku masih yakin, kenapa Wenger dan pemain tidak?

1 ulasan:

Q berkata...

fizikal player kite memang kocik2 belako.
maen bola atas kalah, main kaki ke kaki hampe.
Drogba memang mimpi ngeri untuk Arsenal, 2 orang kawal pon leh lepas gak.
aku dah pasrah dah walau hati tak rela bila Arsenal puasa tambah 1 thn.