Rabu, 4 Mac 2009

WBA 1 - 3 Arsenal - Post Match

West Brom vs Arsenal


Fred54 Highlights : [Mediafire]

Tiada lagi cleansheet atau cleanshit tapi result yang diperolehi cukup positif. 3 gol, dengan ketajaman penyudah yang kembali menjadi setelah tumpul dan kudung. Diikutkan jumlah creating chances pada perlawanan ini hampir sama dengan 4 game yang seri sebelum ini tetapi penyudah yang baik memastikan 3 mata berharga milik Arsenal dan kembali menyusutkan jurang 3 mata antara Arsenal dan Aston Villa.

Kudos juga kepada WBA yang masih cintakan bola sepak, walaupun berada diposisi bawah liga, corak permainan mereka cukup positif tidak seperti beberapa pasukan yang sanggup bertahan semata-mata 1 mata sahaja.

Bendtner, watak utama dalam perlawanan ini, 2 gol cukup untuk dimahkotakan sebagai man of the match. 2 superb finishing sememangnya tidak dapat disangkal melalui curling leret untuk 1st gol menggunakan kaki kirinya dan voli disudut kanan kotak penalti WBA sememangnya sesuatu yang mengagumkan dan dia juga hampir melakukan hatrick tetapi cuma tiang gol mengagalkannya.

Jika korang perasaan dan seperti yang pernah aku shout dahulu, walaupun Bendtner kerap membuang peluang yang terhidang tetapi jika dinilai pada finishing gol dia, ia adalah lebih baik daripada Adebayor. Umurnya baru 20 tahun, jika dibandingkan dengan pemain seusianya, dia sememang berada pada tahap lebih tinggi dan aku amat tidak setuju sekiranya Arsenal kehilangan striker bertubuh besar sepertinya, sebagai contoh, cuba lihat Arshavin semalam, keadaan fizikalnya yang kecil menyebabkan dia mudah disingkirkan pertahanan lawan melalui perebutan bola.

Masih banyak lagi ditagihkan daripada Bendtner, begitu juga Diaby dan Denilson, pairing mereka semakin menunjukkan peningkatan, Diaby dengan pace serta open game dan kelihatan semakin kurang membolot bola dan bermain secara sepasukan, ia sesuatu yang cukup baik, begitu juga dengan Denilson, hampir ke semua tackle dimenanginya walaupun sejujurnya dia agak kurang sesuai digandingkan bersama Song.

Eksperimen Wenger menggunakan Song dan Djourou sebagai CB musim ini dilihat semakin baik. Berbalik kepada aksi awal pagi tadi, kegagalan melakukan cleansheet bukan kekecewaan yang besar pun, cuma mistake di bahagian benteng yang rongak bagaikan gigi Carson membuatkan gawang Almunia bocor tetapi secara keseluruhannya Almunia berjaya untuk beraksi cemerlang untuk tempoh 4 bulan ini.

van Persie yang direhatkan oleh Wenger, mungkin melihat aksi kompetitif musim ini cukup banyak daripadanya kerana mahukan tenaganya berterusan sehingga tamat musim ini. Arshavin pula hampir-hampir menjaringkan gol pertamanya buat Arsenal tetapi dua peluang terbaiknya digagalkan oleh Carson tetapi melihat kepada kesefahamannya bersama Arsenal, dia semakin hampir untuk menyesuaikan diri keseluruhannya bersama Arsenal.

Watak Nasri,Clichy dan Sagna sememangnya menyuntik serangan Arsenal, Clichy dilihat kembali solid, seperti aksi konsistennya musim lepas dan crossing yang semakin baik. Sememangnya Toure antara individu yang menampilkan aksi cemerlang, satu assist dan satu gol untuk tempoh 45 minit aksinya di padang sebelum dilaporkan mengalami calf injury tetapi mungkin tidak serius.

So secara totalnya, aksi ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk momentum kemenangan dengan sekurang-kurangnya meneruskan saingan Arsenal di piala FA sehingga ke final, memastikan berada di Top 4 liga serta beraksi sejauh mungkin di dalam UCL. Dengan suntikan Walcott, Eduardo dan Adebayor yang mungkin kembali pada aksi piala FA Ahad ini menentang Burnley di Emirates, ini adalah berita positif buat Arsenal.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi aku risau gak..
boleh ke kita create chances bila bertemu team yang agak solid???
WBA buat corak menyerang..
sebab mereka harus menang walau berisiko tinggi kena bobol banyak time kalah..
harap harap menjadi semua yang kau dah komen..
aku bengang betoi kalau dah main cantik tapi tak de goal
(clean sheet & clean shit)

tapi berita gembira, astonvilla tumbang 0-2 di tangan Man C

Hafez Rachwan berkata...

xpe, aku percaya mslh tumpul di bahagian penyudah ni akan selesai..
hope dorg dapat seimbangkan serangan dan bertahan..klu dr awal musim lg arsenal mcm ni, xde nyer nk berebut posisi ke-4 skrg, tgh berebut nk mng liga ada la..tp xpe, ini pasukan muda, berikan mereka masa, jangan bandingkan mereka dgn arsenal 5-6 tahun lepas, apa g henry dpt lakukan wkatu umur 20 thn? nama dia pn xnaik lg waktu tu, so kita kna sabar skit la..

2 mmg aku dh bajet sbb man cit power kt home, away sampah!

Tanpa Nama berkata...

QSheira predict:
Arsenal 2
Burnley 0