Jumaat, 20 Mac 2009

Balas Dendam atau Balas Budi???

Undian liga juara-juara Eropah bermula tepat jam 7 pm tadi menyaksikan 3 dari 4 perlawanan tercenderung kepada misi balas dendam, sama ada berjaya atau tidak pada 7, 8, 14 dan 15 April ini. Arsenal yang akan bertandang ke El Madrigal pada 7 April diikuti menanti Villareal pada 15 April di Emirates bukanlah tugasan yang mudah. Aksi lain FC Porto-MU, Liverpool-Chelsea dan Barca-Bayern. Arsenal-Villareal, MU-Porto dan Chelsea-Liverpool aku ibaratkan aksi balas dendam, do or die, manakala Barca-Bayern adalah lawan buku dan ruas setelah mengayamkan lawan masing-masing di round 16. Aku nak Barca pergi ke semi-final!

Musim ini merupakan musim kedua bagi Villareal di dalam kempen liga juara-juara Eropah setelah percubaan pertama berjaya menjejakkan kaki ke separuh akhir sebelum ditundukkan oleh Arsenal dengan kemenangan yang cukup dramatik. Berbekalkan gol jaringan Kolo Toure di Highbury sebelum ke El Madrigal, diikuti persembahan 90 minit secara bertahan, suatu corak yang berbeza bagi Arsenal, apatah lagi Villareal menerima penalti dihujung permainan sebelum Mads Jens berjaya menyelamatkan sepakan penalti Riquelme yang memastikan Arsenal berada di Paris sebelum ditundukkan oleh Barca dengan nasib kurang baik. Sial, aku tak puas hati sampai sekarang!

Aksi ini juga boleh dikatakan sebagai reunion lagenda Arsenal iaitu Robert Pires dan dia juga ada sesuatu untuk dibuktikan kepada Wenger iaitu dia belum cukup kuda tua. Musim ini aku rasa paling banyak aksinya aku saksikan setelah dia berangkat daripada Utara London dan aku merasakan dia masih mempunyai killer pass, shot tapi kurang fitness disebabkan faktor usia tetapi pengalamannya bersama Arsenal selama 6 tahun. Jujurnya, dia merupakan salah satu icon bola sepak paling aku kagumi! Tapi kontrak lanjutan setahun yang diberikan Wenger membuatkannya menolak tawaran tersebut sebaliknya kontrak selama 2 tahun yang ditawarkan Villareal membuatkan dia ke El Madridgal.

Dengan rekod satu kekalahan pada aksi liga juara-juara Eropah musim ini, mereka bukanlah laluan yang mudah apatah lagi mereka diwakili oleh kebanyakan pemain berbakat serta masih segar meraih kejuaraan Eropah bersama Sepanyol pada musim panas lepas di mana Marcos Senna yang juga ketua pasukan Villareal, Capdevilla dan juga Santi Cazorla. Antara pemain bintang mereka yang aku rasakan cukup berbahaya iaitu Giuseppe Rossi, Nihat Kahveci, dan Joseba Llorente. Cuma kelebihan disini ialah penyerang-penyerang mereka bukanlah bersaiz besar tetapi sebenarnya licik. Oh hampir terlupa, Pascal Cygan, aka 'abang Sanseros' juga bersama Villareal di mana bagi aku aksi dia dua kali ganda lebih teruk daripada Sanderos.

Dan sekiranya Arsenal menewaskan Villareal di suku akhir nanti, lawan yang dinantikan adalah MU-FC Porto. Tapi jangan fikir jauh sebaliknya kita perlu selesaikan masalh di hadapan sebelum memandang masalah setapak di hadapan. Tiada yang mustahil untuk menewaskan Villareal apatah lagi menendang, memijak atau melempang MU dan Porto sebelum melangkah ke Rome sekali lagi. Bagaikan chorus lagu Tipe-X, "Ceritakan pada semua betapa tegarnya kita, walau batu karang menghadang jalan kitakan terjang". Qsheira, prediction ko hampir-hampir jer kena semua tapi Arsenal vs Villareal tu memang tepat, power la ko predict.

Tiada ulasan: