Rabu, 24 Mac 2010

Mata Berharga, Kehadiran Semula Van Persie ke Kem Arsenal dan Kegagalan Mendapatkan Vermaelan pada Aksi di St Andrews

Panjang tajuk, banyak sangat tak update. Ok, 3 mata berharga diperolehi di Emirates walaupun bermain lebih daripada 45 minit setelah Vermaelan dikeluarkan oleh Martin Arkinson yang boleh aku perkatakan keputusan tidak munasabah. Gol jaringan Denilson yang dirancang antara dia dan Bendtner sekali lagi membuktikan Bendtner semakin baik permainannya, begitu juga Denilson. Dan pastinya Almunia antara watak penting yang menukarkan semangat Arsenal lebih hangat setelah berjaya menyelamatkan sepakan penalti Diamanti yang juga terpancar di wajah Campbell kelegaan.

Boleh aku perkatakan kini pemain semakin matang mengawal permainan walaupun beraksi 10 pemain dan pastinya ini juga merupakan elemen mental cukup baik. Gol kedua yang tercipta hasil kerja keras Fabregas disusuli lorongan cantik Eboue yang kemudiannya dikawal Fabregas ditampan oleh Upson yang menghadiahkan penalti buat Arsenal. Dan Fabregas menambah gol ke 15 liga musim ini, percapaian cukup membanggakan daripada talisman yang banyak mempengaruhi kedudukan Arsenal sekarang.

Sementara itu di Holland, van Persie secara rasminya menyatakan dia sudah pulih daripada kecederaan panjangnya sewaktu beraksi bersama negaranya tetapi dia mungkin akan kembali menyarung jersi Arsenal di penghujung bulan ini jika dia mampu mendapatkan match fitness. Tonik buat Arsenal dengan kembalinya dia ke pangkuan Arsenal, begitu juga Gallas yang kemungkinan besar pulih selepas aksi di Emirates menentang Barcelona.

Dan rayuan Arsenal bagi menggelakkan Vermaelan daripada terlepas aksi di St Andrews nampaknya gagal setelah FA secara rasminya menolak rayuan berkenaan. Ini bermakna, buat pertama kalinya perjalanan liga musim ini, Arsenal tanpa Vermaelan ketika menentang Birmingham nanti dan dia bakal kembali pada aksi menentang Wolves di Emirates, begitu juga Gallas. Pastinya Wenger akan merehatkan Campbell bagi memastikan dia betul-betul fit untuk menentang Barcelona nanti, jadi bolehlah kita predict Wenger akan memasangkan Song dan Silvestre di bahagaian center back.

Maaf sebab posting agak lambat, busy dengan kerj dan letih sebab dari hujung minggu sampai sekarang memang aktiviti padat. Apa-apa pun, kita semakin cerah untuk mencapai impian meraih trofi pertama ke Emirates. Keep the belief!

1 ulasan:

Q berkata...

broooo..
sorry..
aku kat kampung nie, tak leh nak update atau pon comment..
mesej engko aku dapat hari tu..
sorry bro..
balik kampung punya pasal..