Ahad, 14 Mac 2010

Gameweek 30: Hull City vs Arsenal - Post Match


Berdebar jer jantung aku sejak minit 60 sehinggalah Bendtner akhirnya memastikan Arsenal memperolehi 3 mata penuh. Ada benar apa yang diperkatakan Wenger sewaktu post match aksi menentang Burnley, semua game lepas ni perlukan konsentrasi begtu juga apa yang aku perkatakan pada preview aksi ini. Walaupun Hull terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Boateng dilayang kad kuning kedua yang juga membawa kepada kad merah, Arsenal memerlukan 50 minit untuk mendapatkan gol kemenangan, sesuatu yang aku boleh simbolikkan kemenangan paling sukar buat musim ini [sehingga kini].


Pembukaan gol pada perlawanan ini tidak mengambil masa yang lama, cukup dengan 14 minit setelah lorongan Bendtner dikawal kemas oleh Arshavin menewaskan dua pertahanan sebelum menolak bola ke posisi yang sukar dikawal Myhill. Gol ini juga membawa maksud, Arsenal akhirnya berjaya menjaringkan gol di bawah masa 15 minit pada musim ini. Seperti yang Wenger perkatakan, Bendtner bukanlah Bendtner yang dulu, dia juga mampu untuk create gol kepada teammates dan pastinya Bendtner tampak semakin baik bermain sebagai center target.


Dan game ini pastinya tidak luput dengan kontroversi. Boateng yang ternyata menolak muka Bendtner sepatutnya dilayangkan kad merah lebih awal akan tetapi pengadil memberikan Bendtner dan Boateng layangan kad kuning, sesuatu yang tidak adil. Pastinya game ini aku kurang berpuas hati sama ada keputusan daripada pengadil mahupun penjaga garisan. Dan ianya berterusan dengan menghadiahkan penalti kepada Hull City. Ofsaid, dive, kad kuning kepada Campbell, poor decision yang dilakukan oleh pengadil dan penjaga garisan. Waktu rehat, John Dykes menanyakan adakah Campbell layak mendapatkan kad merah disebabkan dia pemain terakhir sebelum penjaga gol, jika itu berlaku, pengadil memang sial!

Keluarnya Boateng setelah menerima kad kuning kedua ke atas kekasaran dilakukannya ke atas Sagna membuatkan fans Hull berang. Pemain Arsenal di-boo sehingga tamat permainan tapi langsung tidak melemahkan pemain Arsenal. Bermula babak kedua sehingga tamat, Arsenal memang beraksi di bawah kemampuan dek kerana permukaan padang yang cukup buruk yang membuatkan setiap passing tidak tepat. Kemasukan Walcott menggantikan Eboue memberikan pace kepada Arsenal dengan promising cross tetapi masih belum optimum. Dan kemasukan Eduardo menggantikan Nasri lebih kepada memantapkan serangan dan hasilnya Bendtner berjaya menyudahkan bola muntah rembatan Denilson yang gagal dikeluarkan Myhill daripada kawasan gol. 6 gol untuk 5 perlawanan, sesuatu yang cukup positif.

Dengan baki 8 perlawanan lagi bakal diharungi, di mana 4 daripadanya adalah away dan home, impian mencari kejuaraan utama sejak 5 tahun semakin cerah. Pastinya Arsenal tidak mahu keciciran mata dan mengharapkan pencabar Chelsea dan MU menggugurkan mata. West Ham (H), Birmingham (A), Wolves (H), Spurs (A), Wigan (A), City (H), Rovers (A) dan Fulham (H) adalah baki perlawanan yang bakal diharungi. Kita fokus satu persatu dan jika ramalan Wenger juara musim ini memerlukan 83-85 mata, kita berada di kedudukan cukup baik, 20 mata daripada 8 perlawanan cukup memadai. All the best!

Notes:
Pembelian berharga aku untuk fantasy minggu ni, Nicklas Bendtner..hehe

4 ulasan:

odd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
odd berkata...

sama.
me pun letak bendtner
11 mata berharga!
tapi sayang kena tolak sebab yellow card!
kalau tak mesti dapat 12

huih
:))

Q berkata...

sikalang manyak puji sama sendiri punya adik ( - abou diaby adik angkat tersayang ) argghh..
banyak sayang sama pujuaan hati ( denilson pujaan hati )
:p wakakakakaka
ape pe pon janji menang jerr larrr..
Defend Hull pon boleh tahan jugak..
tapi AW kene lakukan sesuatu, permainan Defend lawan macam Hull pon kita tak lepas lagi..
Cam ner bila club yang badan cam player Rugby cam B.Burn???

Hafez Rachwan berkata...

yui,
hehe..tu la, byk gk player yg amik mggu ni gamble menjadi..try player yg org jarang select cm kevin davies n taylor, menjadi..

q,
tp smlm aku ada geram gk la dgnn diaby ngn denilson ni, pass ntah ke mana2 pastu hold bola lama sgt..defend hull aku rasa xdela power tp dorg main berkampung jer jer kejenya, kita boleh masuk kotak cuma lepas tu kurang idea.. byk lg kna improve, lepas ni lawan west ham, penting ni..