Jumaat, 19 Mac 2010

Undian Menarik!


Buku bertemu ruas, mungkin itu paling sesuai untuk memperkatakan apabila Arsenal diundi bertemu Barcelona di suku akhir UCL dan pemenang aksi timbal balik ini akan menanti lawan di antara CSKA Moscow dan Inter Milan. Mungkin ada menganggap Arsenal menemui jalan paling sukar di suku akhir dan mungkin juga memperkatakan Arsenal perlu beraksi dengan pasukan kuat di Eropah untuk membuktikan sesuatu. Diteliti, kedua-duanya dirangkumkan jadi aku percaya aksi timbal balik ini paling diberikan tumpuan dibandingkan suku akhir lain.

Mungkin boleh aku perkatakan musim ini cukup menarik dan mencabar bagi kedua-dua pasukan. Arsenal dengan misi mendapatkan trofi pertama ke Emirates dan mematikan mulut-mulut pengkritik manakala Barcelona yang dilabel sebagai skuad 'sempurna' pastinya mahu mencapai prestasi kemuncak musim ini seperti juga musim lepas yang menyaksikan mereka memperolehi 6 trofi. Menarik bunyinya.

Dan pastinya UCL musim ini juga memperlihatkan beberapa pemain dan jurulatih beraksi menentang bekas pasukan mereka, antaranya Kaka vs AC Milan, Benzema vs Lyon, Beckham vs MU dan pastinya Maurinho vs Chelsea manakala Arsenal akan berhadapan dengan bekas talisman Arsenal iaitu TT manakala Fabregas akan menentang bekas akademinya yang juga kononnya cukup sinonim tersebar khabar-khabar angin ingin menyunting Fabregas kembali. Jadi pertemuan ini cukup menarik, pastinya tiada apa yang lebih menarik bagi menceritakan corak permainan kedua-dua pasukan, semua pun tahu!

Optimistik aku memperkatakan Arsenal sekali lagi akan menumbangkan bekas juara, seperti dilakukan sewaktu menentang Milan. Dan aku tidak gemar dengan philosophy di mana 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'! Kerana aku percaya, saingan liga mahu pun UCL, kedua-duanya penting, kedua-duanya perlu ditamatkan sebaik mungkin dan kedua-duanya ingin dimenangi! Jadi, tidak bermakna lawan seperti Barcelona ini perlu takut walaupun ada memperkatakan Barcelona adalah dari 'planet lain' tetapi mereka tetap manusia, bukan sempurna.

Jadi aku tidak mahu fikirkan Barcelona sekarang, aku mahukan fokus ke arah Emirates dalam pertemuan menentang West Ham Sabtu ini. Begitu juga Wenger; 'West Ham is my priority, not Barcelona'. Dengan Fabregas, Rosicky dan Song kembali ke dalam skuad, ini merupakan tonik kembali untuk Arsenal. Di bawah aku selitkan jadual pertemuan UCL Arsenal untuk korang semua.

1st leg
Arsenal v FC Barcelona
To be played at Emirates Stadium
Wednesday 31st March 2010

2nd leg
FC Barcelona v Arsenal
To be played at Camp Nou, Spain
Tuesday 6th April 2010

Semi Finals

1st leg
FC Internazionale Milano or CSKA Moskva v Arsenal or FC Barcelona
Tuesday 20th April 2010

2nd leg
Arsenal or FC Barcelona v FC Internazionale Milan or CSKA Moskva
To be played at Emirates Stadium

Wednesday 28th April 2010


Tiada ulasan: