Sabtu, 18 April 2009

FA Cup Semi Final : Arsenal vs Chelsea - Preview


Pertama sekali aku ucapkan Happy Birthday ke 24 buat Lukasz Fabianski dimana hari ini mungkin akan dikenang olehnya sampai bila-bila; bakal bermula sebagai benteng terakhir Arsenal sebagai 'Cup Keeper' musim ini dengan menentang Chelsea di separuh akhir, tiada apa yang diharapkan olehnya dan kita sebagai penyokong Arsenal iaitu melihat kemaraan Arsenal ke final FA Cup dan menghampiri kejuaraan trofi setelah hampir 4 tahun gagal meraih sebarang trofi utama tetapi perlu diingat, Arsenal merupakan pasukan terbanyak meraih piala FA.


Ini antara game yang aku nantikan, polisi vs kewangan, darah muda vs kuda tua dan French 'Maestro' vs Dutch 'Midas'! Bagi aku perlawanan ini bukanlah aksi membalas dendam ke atas kekalahan di final Carling Cup pada 2006 walaupun kebanyakan pemain Arsenal di dalam skuad Carling tersebut sudah berada di dalam permanent 1st team tetapi apa yang penting adalah perlawanan ini antara titik rujukan polisi Arsenal semakin menunjukkan hasilnya.

Memang harus diakui, Arsenal sentiasa mendapat layanan buruk daripada pihak media terutama sejak 4 hingga 5 bulan pertama musim ini sehinggakan mereka mengatakan peluang untuk memenangi sebarang trofi musim ini tiada tetapi semangat anak muda atas bimbingan Wenger akhirnya bermulanya Januari sehingga sekarang Arsenal sudah berada di dua semi final iaitu FA dan UCL, sesuatu yang meningkat jika dibandingkan dengan musim lepas.


Aksi di Wembley nanti sememangnya meletakkan defend Arsenal dalam keadaan merbahaya dengan kecederaan ke atas Gallas (knee ligament), Djourou (knee), Clichy (back), Gibbs (groin) dan Sagna (virus) di mana Gallas, Djourou dan Clichy totall out manakala Sagna dan Gibbs masih 50-50. So posisi left back dan center back agak goyang, sekiranya Gibbs dan Song gagal pulih, Silvestre mungkin diletakkan di bahagian defend kiri manakala Song bakal berpasangan dengan Toure di CB dan diapit oleh Eboue.


Bahagian lain aku rasa ok jer, tiada apa yang dirisaukan dengan Fabianski di gawang apatah lagi ketiadaan Rosicky yang langsung tidak dirasai. Ok, macam biasalah, di bahagian midfield terlalu banyak option di mana di bahagian center midfield Wenger mempunyai pilihan yang cukup banyak iaitu Fabregas, Denilson, Song dan Diaby, itu belum lagi termasuk winger seperti Arshavin dan Nasri yang mampu beraksi di central.


Option di bahagian wing juga agak banyak, Walcott, Nasri, Arshavin dan mungkin juga Eboue, tetapi aku merasakan Nasri bakal direhatkan terlebih dahulu bagi memberikan laluan kepada Walcott yang sedang on form tambahan pula Eboue di RB manakala Walcott RW menampakkan kreativiti yang cukup menarik di bahagian kanan Arsenal serta mungkin juga dikatakan kepada taktik rotation. Di bahagian serangan sudah pasti van Persie yang menjaringkan dua gol di Stamford Bridge musim ini bakal digandingkan bersama Adebayor setelah menjaring 4 gol untuk Arsenal dalam 3 aksi berturut-turut. Vela, Eduardo dan Bendtner mungkin diletakkan di bangku simpanan.


Nak target menang bape aku tak tau la tapi kena menang gak. Tak kira la, secara buruk ke lawa kali ini tapi aku yakin dengan aksi konsisten dari Mac sehingga sekarang diikuti dengan berjaya kembali kepada corak total football dan ball on ground, tiada apa pun masalah bagi Arsenal untuk menewaskan Chelsea. Tak kesah la dorang ada Guus Hiddink, Frogba, Cashley ASSholes ker, yang penting kalau Arsenal dapat main corak Arsenal, kompem menang! Good luck Gunners!

Tiada ulasan: