Sabtu, 4 April 2009

Gameweeks 31 : Arsenal vs Manchester City- Preview


Kekalahan memalukan di City of Manchester Stadium memang perlu ditebus Berpunca dari setengah dozen pemain Arsenal yang tercedera sewaktu aksi pertama suku dozen gol, kali ini pun sama tetapi kekalahan itu cerita lama, dengan kembalinya trio Fabregas, Walcott dan Adebayor, tiada apa yang mustahil untuk menewaskan City apatah lagi Bellamy, Elano dan Robinho bakal tidak beraksi disebabkan kecederaan dan flight lambat sampai.

Antara pemain lain yang bakal tidak beraksi adalah van Persie (groin), Eduardo (groin), Nasri (flu) dan Diaby (thigh) turut tidak beraksi. Nampak gayanya terpaksa postpone nak tengok Eduardo beraksi di dalam EPL, dari 4 aksi kompetitif musim ini, satu aksi, sekurang-kurangnya satu game rest. Faktor kecederaan panjang sebagai punca so kena sabar sikit untuk pastikan muscle dia betul-betul kuat seperti sedia-kala.


Keadaan Bendtner (knee), Ireland (ankle) dan Wayne Bridge (hamstring) masih 50-50 untuk beraksi. Tak kesahlah la, sapa main ke tak, aku dah sanggap nak layan game Arsenal, horny habis, dah la mengadap final projek yang tak setel measurement lagi, minggu depan dah nak present, memang aku tengah tensen menggila sekarang tapi aku still akan update jika mampu.

Dengan MU bertemu Villa keesokkan harinya, so kemenangan ke atas City akan memastikan Arsenal mengatasi Villa sekurang-kurangnya 6 mata, suatu yang dilihat agak selesa dan tak mustahil untuk chase posisi lebih atas di dalam liga. Tapi apa yang penting adalah keep focus dengan setiap game, tak perlu nak layan sangat result team lain dna konsistensi yang dicipta sebelum aksi antarabangsa harus diteruskan dengan kemenangan.


Dengan baki 7 lagi perlawanan (selepas aksi ini) dan berada diposisi keempat dengan sekurang-kurangnya 3 mata mengatasi Villa, peluang untuk berada di kedudukan empat pasukan teratas adalah realistik. Pemain bombastik, saga dan magician, Andrei Arshavin telah dianugerahkan 2 anugerah iaitu pemain terbaik Arsenal bagi bulan Mac melalui poll peminat di Arsenal.com mengatasi van Persie dan Almunia serta pemain terbaik Russia, dengan dua anugerah ini, diharapkan dia mampu menjelmakan lebih banyak magic bersama Arsenal kerana Arsenal 200% Magic!

P/S:
Nanti aku kasikkan link streaming, aku tak pasti ada live ke tak kat Astro, tapi rasa-rasa macam ada kat ESPN, yang pasti kick off 10.55pm. Prediction aku, Arsenal 3 - 1 M. City. Aku dah beli Fabregas dalam fantasy, Arshavin kapten..hehe.

Tiada ulasan: