Sabtu, 11 April 2009

Gameweeks 32: Wigan Athletics vs Arsenal - Preview


Tiga kemenangan berturut-turut di dalam liga diikuti dengan keputusan seri yang cukup berharga di El Madrigal, kemenangan perlu diteruskan di JJB Stadium bagi meneruskan momentum yang sudah pastinya mempengaruhi perjalanan musim ini. 3 mata amat diharapkan Arsenal yang berada diposisi mengejar tempat ketiga liga apatah lagi memerlukan kemenangan sebagai bekalan mental sebelum menjemput Villareal bertandang dan bertendang di Emirates.

Faktor padang yang kurang baik di JJB dan tahap permainan Wigan yang sememangnya meningkat pada musim ini menunjukkan Arsenal perlu memberikan fokus sepenuhnya jika mahu pulang dengan 3 mata. Mereka yang kehilangan Palacios pada Januari lepas ke Spurs manakala Heskey ke Aston Villa dan mendapatkan khidmat Mido daripada Boro di mana pemain ini belum lagi menjaringkan sebarang gol bagi Wigan, perjalanan Wigan agak terganggu apatah lagi Amr Zaki dilihat semakin hilang sentuhan sejak tahun ini.

Sudah pasti Wigan tercabar setelah kekalahan memalukan di Emirates sewaktu menentang skuad Carling yang berkesudahan 3 gol tanpa balas di mana purata umur pemain Arsenal cuma 19 tahun. Dan Fabianski yang melakukan double save pada perlawanan tersebut sekali lagi mendapat peluang menentang Latics setelah Almunia terpaksa diketepikan untuk tempoh 3 minggu ini. Clichy yang pasti tidak akan beraksi akan digantikan oleh Gibbs yang juga salah satu watak sewaktu menundukkan Wigan dalam aksi Carling Cup.

Pasangan Toure bakal ditentukan pada dua individu iaitu Djourou dan Silvestre tetapi memandangkan aksi ini aku jangkakan lebih banyak ground ball bakal dimainkan oleh Wigan dan aksi pantas oleh Valencia pastinya, so aku rasa Wenger menjadikan Djourou sebagai pilihan. Berita positif lain adalah kembalinya van Persie dan Eduardo ke dalam pasukan setelah duo ini mengalami kecederaan groin sewaktu beraksi bersama negara masing-masing.

Dua watak berbeza tetapi menginspirasi 3 gol pada dua aksi terakhir Arsenal iaitu Fabregas dan Adebayor amat diharapkan mampu merencanakan sesuatu pada perlawanan ini apatah lagi mereka khidmat mereka bakal diinject oleh kembalinya Arshavin setelah tidak dibenarkan beraksi pada kempen UCL manakala Nasri yang kelihatan seperti tidak bermaya sewaktu menentang Villareal setelah mendapat fitness di last minute diharapkan mampu beraksi baik.

Corak permainan 4-2-3-1 yang amat berjaya pada aksi menentang Man City dan gagal pada aksi menentang Villareal perlu diubah kepada formation kebiasaan Arsenal iaitu 4-4-2 cuma dengan option 5 striker iaitu Adebayor, Eduardo, van Persie, Vela dan Bendtner diikuti dengan 4 winger iaitu Walcott, Arshavin, Nasri dan Eboue, ini antara yang bakal memusingkan kepala Wenger. Diharapkan Wenger tidak merehatkan terlalu ramai pemain utama, sebaliknya cuba mengimbangkan antara tiga kejuaraan yang masih tinggal ini.

Dan aku rasa ramai dari kita tengah maki-hamun Astro disebabkan tiada siaran langsung dengan memberikan keutamaan pada aksi Sunderland-MU dan Chelsea-Bolton so terpaksa lah streaming lagi malam ini. Link streaming akan aku kasik nanti, so pukul 10pm kick-off, paling lambat set-up streaming pukul 9.45pm sekiranya korang xnak buffer hampeh...Adios!

Tiada ulasan: