Ahad, 26 April 2009

Gameweeks 34 : Arsenal vs Middlesbrough - Preview


Streaming: HERE
Live di ESPN, 8:25pm

Kurang dari 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan hutang yang sudah lama tertunggak, dah macam badi pun ada. Untuk tempoh 3 tahun, Middlesbrough gagal ditumbangkan sama ada di Emirates mahupun di Merseyside, entah kenapa, mereka cukup bersemangat sewaktu menentang Arsenal walhal sewaktu menentang pasukan atasan lain kelihatan agak longlai layu. Sudah pasti 4 mata yang digugurkan di Emirates dan Merseyside amat mengecewakan di mana ini antara turning point Arsenal gagal meraih trofi liga.



Tapi itu skrip lepas, sudah lapok dan basi. Kita perlukan penulis skrip yang baru, lebih berkualiti dan menghiburkan. Gandingan Fabregas, Walcott, Arshavin, Nasri, Song dan Adebayor antara watak utama yang diharapkan mampu menjelmakan apa yang gagal dilakukan 3 tahun lepas iaitu hanya mengutip 3 mata penuh. On fire Arshavin di Anfield, 7 assist Fabregas sejak come back daripada kecederaan lututnya, begitu juga Adebayor dengan rentetan golnya, kerajinan Nasri apatah lagi Walcott yang mula menjaringkan gol dengan aksi bertahan serta lebih kreativiti di bahagian midfield oleh Song antara yang mahu dijelmakan di Emirates bagi mengutip 3 mata penuh.


Keselesaan berada diposisi keempat dengan jarak antara Aston Villa dan Everton semakin merealistikkan Arsenal ke kempen liga juara-juara Eropah musim hadapan, apa yang perlu dilakukan pada aksi ini adalah kemenangan dimana pungutan 3 mata ini amat penting di dalam merapatkan jurang di antara 3 pasukan teratas dan sebagai motivasi untuk bertandang ke Old Trafford 29 May ini. Dengan khidmat Almunia, Djourou dan Adebayor kembali ke dalam pasukan, sekurang-kurangnya keampuhan pertahananan diharapkan bakal diselesaikan dengan kadar segera.


Cuma apa yang perlu dipastikan adalah mencari gol awal dan sudah pasti pemain yang amat prolifik jaringannya adalah Aliadiere di mana dia adalah feveret player Boro untuk skor sewaktu menentang Arsenal. Aku pun heran, nak akta mulut dia lancang cam Bentley tak, tapi dia tetap skor, tapi sebagai pemain professional, ini bukanlah dikatakan tidak mengenang budi. So kita sebagai fans pun perlu juga bersikap professional, selagi bekas pemain ini tidak keluarkan statement kurang ajar, so tak perlu juga untuk kita provoke bukan. Adios y gambate Gunners!

Tiada ulasan: