Jumaat, 10 April 2009

Gallas rest for the rest of season

Sebelum Wenger reveiled kan secara official mengenai kecederaan Gallas, aku sememangnya menjangkakan dia bakal menghabiskan musim ini di sideline memandangkan dia mengalami kecederaan yang sama seperti dialami Fabregas sebelum ini iaitu medial knee ligament. Kecederaan melibatkan ligamen sememangnya merisikokan pemain, apatah lagi umur Gallas yang berada pada lingkungan 30-an adalah terlalu kontra jika dibandingkan Fabregas. So dateline yang memungkinkan kita melihat aksi Gallas lagi adalah pada pre-season musim hadapan jika semuanya berjalan lancar.

Penantian ke atas Rosicky akan delay lagi setelah pada mulanya dia dikatakan bakal beraksi bersama pasukan reserve menentang reserve Spurs, tetapi kegagalan dia untuk cukup bersedia membuatkan penantian terpaksa ditangguhkan lagi. Xpela, skuad yang sedia ada sememangnya dah dapat adapt dengan ketiadaan dia sepanjang musim ni, so sekiranya kemunculan dia pada musim hadapan, so bolehlah kita bersedia dengan preparation yang baru, apatah lagi perjalanan musim belum ditentukan lagi memandangkan posisi beberapa pemain seperti Walcott dan van Persie belum stabil.

Selain Gallas, dua pemain lagi terpaksa direhatkan iaitu Clichy dan Almunia setelah kedua pemain mengalami kecederaan sewaktu aksi di El Madrigal. Mungkin produk Almens Yoko2 belum ada di London, so Clichy terpaksa direhatkan selama 2 minggu manakala Almunia yang mengalami kecederaan di ankle seakan-akan terseliuh terpaksa direhatkan selama 3 minggu. So option bagi posisi Gallas adalah Djourou, Song dan Silvestre di mana aku merasakan Djourou paling sesuai digandingkan bersama Toure. Bagi Gibbs, ketiadaan Clichy bermakna dia paling diutamakan untuk mengisi kekosongan ini dan aku sememangnya meletakkan harapan tinggi kepadanya, jika dilihat pada aksi yang dipamerkannya sepanjang musim ini bersama skuad utama, aku merasakan dia merupakan gabungan antara Clichy dan Cashley Cole yang cukup bertenaga, good overlapping, read game dan paling penting bijak melakukan cross so tak hairan kenapa dia beraksi di posisi left wing bersama pasukan muda Arsenal.




Ketiadaan Almunia juga membuka ruang baru kepada Fabianski untuk beraksi di benteng terakhir Arsenal setelah mempamerkan aksi cukup baik pada beberapa perlawanan terutamanya aksi menentang MU [EPL], Wigan [Carling Cup] dan Villareal [UCL]. Bukan saja Wenger, aku juga rate kan dia sebagai classy goalkeeper, mungkin kita semua belum menikmati sepenuhnya aksi terbaik dia, tapi paparan youtube yang aku sediakan di mana video ini aku dah layan sejak official announcement mengenai perpindahannya daripada Legia Warsaw ke Arsenal, so tak hairan bukan dia sememangnya layak di anugerahkan pemain muda terbaik Poland. Dilahirkan di negara melahirkan ramai penjaga gol yang berkualiti seperti Artur Boruc [Celtic], Jerzy Dudek [Real Madrid, ex-Liverpool] dan Tomas Kuchszak [MU], dia merupakan penjaga gol kedua bagi negaranya apatah lagi aksi yang buruk dipamerkan oleh Boruc dan faktor kecederaan dialaminya sejak kebelakangan ini telah meletakkan Lukasz sebagai penjaga gol utama Poland sejak awal tahun ini.

Sementara itu Eduardo dan van Persie bakal diuji tahap kecergasan mereka hari ini bagi memastikan adakah mereka cukup fit atau tidak untuk beraksi menentang Wigan di JJB Stadium. Sekiranya mereka cukup fit, option di bahagian serangan bakal memusingkan kepala Wenger apatah lagi Arshavin kembali available setelah 'diharamkan' untuk beraksi di dalam kempen liga juara-juara Eropah. Bagi Diaby pula, dia masih belum cukup fit apatah lagi aku merasakan dia bukanlah calon sesuai untuk digandingkan dengan Fabregas kerana aksi dia belum mencapai rate yang sebenar dan ditambah pula peningkatan aksi yang dipaparkan oleh Denilson dan Song, so aku rasa dia perlu lebih bermuhasabah diri memikirkan apa yang sepatutnya dilakukannya jika benar ingin digandingkan bersama Fabregas dijantung Arsenal.

Tiada ulasan: