Rabu, 22 April 2009

Gameweeks 33: Liverpool vs Arsenal - Post Match

Gila, memang gila, Liverpool kembali mencatat keputusan seri 4-4 buat kali kedua berturut-turut manakala Arsenal buat kali kedua dalam saingan liga. Sudah pasti pemain yang paling kecewa adalah Arshavin dan Fabianski setelah 4 gol jaringannya dan puluhan save dilakukannya gagal membawa pulang 3 mata berharga buat Arsenal.

Liverpool yang lebih banyak mengasak ke kubu Arsenal sememangnya agak tertekan dengan ketangkasan Fabianski dan hasil kealpaan Mascherano di kawasan kotak penalti sendiri membolehkan Nasri merampas bola sebelum melakukan hantaran kepada Fabregas yang melintangkan bola kepada Arshavin untuk menewaskan Reina.

Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal mendahului 1-0. Kegagalan Sagna melakukan clearance dengan baik digunakan oleh Kuyt dengan melakukan hantaran lintang kepada Torres yang menanduk masuk menewaskan Fabianski di sudut yang sukar untuk diselamatkan. Dan kesungguhan Benayoun dari awal babak pertama akhirnya dia menjaringkan gol kedua Liverpool setelah berlaku kegopohan di bahagian pertahanan. Fabianski ternyata kecewa dengan pertahanan yang acap kali merisikokan kawasan pertahanan sendiri.

Tindakan Wenger mengeluarkan Denilson yang langsung tidak berfungsi dengan memasukkan Walcott adalah tindakan bijak. Dan Arshavin kembali lagi untuk menewaskan Reina setelah merebut bola daripada Arbeloa dan merembat kencang menewaskan Reina dengan gol yang sememangnya superb. Selang 3 minit kemudian, dia kembali menjaringkan gol setelah crossing dilakukan Gibbs ditampan Carragher menuju kepada Arshavin yang tidak dikawal yang mudah merembat dicelah ketiak Reina.

Tapi Torres kembali menyamakan kedudukan setelah turning yang dilakukan gagal ditolak keluar daripada pintu gol oleh Fabianski apabila kedua-dua center back gagal untuk menutup ruang daripada Torres melakukan rembatan. Kepantasan Walcott sekali lagi membuatkan Liverpool kembali jaded, lariannya melalui counter attack dari bawah padang dibawa sehingga hampir ke kotak penalti melorongkan bola kepada Arshavin yang mudah menewaskan Reina di near post.

Kealpaan sekali lagi membuatkan Liverpool kembali come back, hasil sepakan penjuru yang gagal dikeluarkan dari kotak penalti akhirnya membolehkan Benayoun sekali lagi menewaskan Fabianski kira-kira 4 meter dari pintu gol dan membuatkan Arsenal gagal meraih 3 mata berharga. Walaupun gagal pulang dengan 3 mata di Anfield, aksi yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan cukup menghiburkan dan keputusan yang diraih ini serba sedikit kembali menaikkan moral pemain setelah tewas di Wembley cuma sekiranya aksi di bahagian pertahanan adalah baik, kemenangan pasti di pihak Arsenal.


Impak segera daripada Walcott, kehebatan yang dipamerkan oleh Arshavin, sumbangan serangan yang baik daripada Fabregas, Song dan Nasri serta ketangkasan yang dipamerkan oleh Fabianski antara yang menarik untuk diceritakan manakala kelemahan yang cukup ketara dipamerkan oleh pertahanan terutamanya Silvestre sememangnya mengoyangkan kemampuan Arsenal apatah lagi kebekuan minda serta badan oleh Bendtner dan Denilson sememangnya membuatkan dua watak ini amat mengecewakan di Anfield.

7 ulasan:

Qsheira berkata...

aku rasa AW tak de choice yg lain selain sylvestre
sebab song sangat kreativ kat mid field
corak permainan dia lebih kurang essien hanya fizikal tubuh yang berbeza dan pengalaman yang memisahkan kedua pemain

sabtu nie kita tak boleh malu lagi kat emirates..
melawan boro dah 3 tahun tak pernah menang asik draw jer..

aku tengok AW konsentrate kat CL
depah korabankan yang ada..
harap2 pengorbanan tu.. berbaloi

bali hambali berkata...

mmg xde choice....
tggu la galas ngan dejuru balek
huhu.fabianski men bagos...
sagna kena improve...
denilson pon
zzz

Qsheira berkata...

senderos tak nak balik arsenal..
dia dah jatuh hati ngan AC milan..
harap dia balik Arsenal..
sylvestre kasih jual jer larr..

and gallas tetap kat Arsenal dengan on fire nya..

agak nya kita boleh menang lawan man u CL nie
bila tengok prestasi semasa..

tak berani nak PASTI lagi..
dah malu :(

Hafez Rachwan berkata...

ermmm..mmg dh xde pilihan, kita guna jer apa yg ada..
sagna belum cukup fit lepas kena jangkitan virus, terpaksa gunakan dia juga utk elakkan counter attack dr liver sbb klu guna eboue dia gasak naik ke atas, tapi sagna lak terbelanja 1st gol liver...

fabianski tu mmg boleh improve lg permainan dia, bab hati kering ni, dia mmg jenis hati kering gila dan kalau dia dapat mengawal baik mental serta mengimbangkan tindakan patut or x, xmustahil dia utk menjadi 1st goalkeeper arsenal nanti..

sanderos tu biarlah, klu dia xnk sudah, jual pn ok jer, amik CB baru yg tough n muka jahat cm skrtel, br terkencing striker lawan tgk..hahaha. khidmat gallas kna tggu season depan la bali,klu djourou tu xpasti lg, wait n see sbb medicalpn xtau cmne lg..

sekiranya cara begini yg dimainkan, berada di final adalah realistik beb! sbb aku yakin bila lawan open, arsenal ada chance besar utk menang tp perlu lebih tough di pertahanan..dan bagusnya, mu bknlah team yg attack di tengah, so advantages mmg dh ada,cuma kena guna jer..

zzxxcc berkata...

jual je denilson dan bendtner

sepatutnya liverpool yang merasa hampa,arsenal memadamkan impian dorang untuk bersaing piala EPL.

nyway,nice game :)

Qsheira berkata...

Aku rasa Fabiansky masih tak percaya kat defence Gunners
pasal tu dia teragak agak masa nak ambik keputusan yang berbuah goal kemenangan chelsea di FA Cup

tapi makin hari sylvestre nie makin banyak buat mistake dan keupayaan dia untuk menjadi last man pun tidak bermanfaat sama sekali
Toure nie pun 1 hal jugak..
dah tau orang tua lamban..
sepatut dia lar yang jadi Last man Arsenal..

any way Senderos masih muda lagi dan dia patut balik ke Gunners gantikan sylvestre yang dah agak tua tu..

Hafez Rachwan berkata...

denilson dgn bendtner tu klu ko nyampah cmne pn aku rasa wenger xkn jual punya summer ni..aku berani bet la, mesti xpnya, sama la dgn diaby tu..ntah bila la nk berkembang dorg ni..hishhhh

fabianski tu aku tgk klu dia pnya center back si djourou/gallas ok jer dia judge ball, mgkn betul apa yg ko ckp, sbb dia xcaye pd silvestre, klu aku pn aku rasa sama gk, lain la klu jmpa forward cm martins ke owen yg pendek, br la yakin..:P

kita tgk cmne nanti, aku rasa summer nanti wenger akan beli sorg lg kut center back, buat back-up gallas klu sanderos dh xnk men ngn arsenal lg..