Isnin, 27 April 2009

Gameweeks 34 : Arsenal vs Middlesbrough - Post Match


MOTD Highlights: [Rapidshare][Mediafire]

2 Fabulous goals from Fabulous Fabregas! Seperti yang aku katakan sebelum aksi ini, skrip sudah diubah, so jalan cerita lebih menarik. 2 gol yang cukup berkualiti yang sudah pastinya mengamamkan kunjungan Ferguson ke Emirates apatah lagi eksperimen yang dilakukannya Wenger amat menjadi kali ini dengan meletakkan Nasri in deeper side di center midfield manakala Fabregas mengambil role sebagai back up striker.

Superb 1st goal yang sememangnya dikatakan perfect goal, goal yang sinonim dengan beautiful football. Bermula dengan gerakan Denilson yang kemudiannya melakukan low cross kepada Arshavin diikuti wonderful back pass oleh Bendtner kepada Fabregas sebelum dia melorongkan bola kepada Arshavin yang melarikan bola ke kawasan penalti dan kemudiannya melakukan hantaran kepada Fabregas yang merembat kencang menewaskan Jones.


Key role yang dimainkan oleh Nasri di center sememangnya memberikan lebih banyak open game dan kreativiti dimana Arsenal kali ini lebih bertindak lebih kepada pasukan offensive di mana open game yang dimainkan memadamkan sebarang serangan Middlesbrough yang hanya memperoleh 3 peluang sahaja, misclearance oleh Toure, satu daripada long pass, dan side angle yang sememangnya close bagi Johnson. Khidmat Almunia amat dirasai, 2 superb save, terutamanya long pass daripada Tuncay kepada Aliadiere berjaya diselamatkannya di mana sebelum itu dia telah menyelamatkan long range effort oleh Downing.


100 appearances Walcott cuba diaplikasikan di dalam bentuk gol tetapi tidak berhasil tetapi pace Walcott menyukarkan benteng pertahanan Boro di mana sekiranya dia mampu mengawal pergerakannya serta hantaran lintang, aku pasti dia merupakan ancaman terbesar bagi mana-mana pasukan. So kekuatan motivasi sudah ada, apa yang perlu dilakukan cuma menyiapkan diri untuk berkunjung ke Old Trafford dengan mencari kelebihan yang akan dibawa ke Emirates. Adios!

2 ulasan:

Qsheira berkata...

berita gembira..
sylvestre cedera.. tak leh nak gi OT
berita buruk..
Clychi, RVP pun tak leh ikut..

harap2 Adebayor menjadi...

aku tak berani prediksi lagi..
bab semi's FA hari tu..
buat aku phobia..

biar lar tak predict..
asal menang..

aku nak sumbat mulut2 penyokong OLD RED UGLY DEVIL nie.. yang belum apa pa lagi dah perlekehkan Gua punya Gunners.. ( hati dah panas nie )..

Hafez Rachwan berkata...

harap2 cmtu la, kna bwk bekal yg selesa dr OT, ada away goal lg bagus!