Selasa, 21 April 2009

Gameweeks 33: Liverpool vs Arsenal - Preview



Lupakan kekalahan di Wembley walaupun aku rasa ramai yang masih belum hilang tekanan lagi tapi sekiranya Wenger berjaya menundukkan Liverpool di Anfield, pahit kekalahan kepada Chelsea bakal dikikis dan dipergunakan sepenuhnya sebagai semangat moral untuk aksi berikutnya menentang Middlesbrough dan MU bagi mengakhiri bulan April ini. Mungkin juga ada hikmah di sebalik kekalahan di Wembley, lagi pun jika dikaji secara mata kasar, Chelsea bukanlah lawan yang kuat sangat, cuma mereka perlukan sedikit nasib jer. Main tak pernah cun pun!

Belum pun cukup perit dengan kecederaan yang dialami Gallas, Almunia dan Clichy, kehadiran ke Anfield bukanlah selesa apatah lagi Adebayor bakal direhatkan manakala van Persie yang mengalami kecederaan di pangkal peha totally out cuma kemungkinan besar Sagna akan kembali ke dalam pasukan daripada dijangkiti virus. Nampak gaya Silvestre yang terkangkang mengawal Berukba nampak gayanya kena lebih alert untuk mengawal Torres sebab aku sememangnya rate-kan Torres antara striker yang terbaik di dunia.

So short di bahagian striker, maka target man yang disayangi bakal start siapa lagi kalau bukan Bendtner. Ermmm..kelakor rasanya..haha. Ok2, serius2, season lepas waktu di Emirates dia berjaya mengeluarkan shot Fabregas sewaktu kempen UCL dan apatah lagi aksi liga di Anfield beberapa peluang terbuka juga disia-siakannya, tapi sabarlah dulu, kejap2, aku memang teringin nak tengok dia main sangat, sebab bila dia kelam-kabut, memang kelakor...hahaha.


Dah2, citer pasal Bendtner ni aku boleh wat satu post yang baru kang, so citer pasal orang lain. Nasri yang bukanlah berada pada tahap tip-top sewaktu di Wembley mungkin bakal kembali diletakkan di kesebelasan utama, begitu juga Arshavin, aku merasakan dia bakal bergerak di belakang Bendtner dan menyuntik sedikit kreativiti bersama-sama Fabregas dan Nasri. Walcott mungkin bakal direhatkan daripada starting line up, tapi sekiranya tidak, dia bakal beraksi menentang pasukan kegemarannya sejak kecil walaupun dia takde la besar sangat cuma ada jambang la sekarang..hehe.


Double-D kesayangan aku? Gila la ko Lobah, aku nampak kalau Denilson ni main dengan Song dan Fabregas okay jer tapi kalau masuk jer si Diaby tu, alamak aiii, macam sial jer jadinya. Aku harapkan Wenger menggandingkan Fabregas dan Song di tengah dengan diapit oleh Eboue/Walcott dan Nasri untuk aksi yang rancak manakala Arshavin boleh digunakan sebagai senjata memancitkan Skrtel dan juga Carragher bila diletakkan di belakang Nicks ataupun cukup untuk aku katakan, it's up to you Wenger! Vela? Entahlah, bilalah bakal diberikan peluang manakala Eduardo yang pulih dari groin injury berkemungkinan belum cukup bersedia untuk beraksi.

Fabianski yang mungkin paling truma selepas aksi di Wembley setelah melepaskan dua gol apatah lagi di tarikh paling penting bagi hidupnya yang mungkin bakal terpahat di mindanya sebagai hari jadi yang paling malang pernah dia alami tapi bagi aku faktor miscommunication antara dia dan center back sebagai puncanya, apatah lagi, mereka baru sama-sama beraksi, tiba-tiba digandingkan pada aksi yang cukup penting. Tetapi aku mengharapkan professionalism dari Fabianski untuk kembali bangkit dan mengawal baik pintu gol Arsenal di Anfield.


Dengan Liverpool berada pada keadaan do-or-die untuk kempen menjuarai liga manakala Arsenal dalam usaha melebarkan jurang mata dengan Aston Villa dan Everton serta menghampiri tiga pasukan teratas, kemenangan sememangnya diharapkan oleh kedua-dua pasukan. Khidmat Steven Gerrard terpaksa dilupakan oleh Liverpool tetapi dengan hanya tiga pemain saja yang cedera (Degen dan Hyppia), Liverpool mempunyai kelebihan berbanding dengan Arsenal tetapi sekiranya Arsenal berjaya memainkan corak permainan Arsenal sebenar, mengalahkan Liverpool di Anfield bukanlah cerita angan-angan! 2:55am, ESPN, STREAMING!

Tiada ulasan: