Jumaat, 24 April 2009

di rumah2 sakit banyak passien menjerit! - marjinal


Melepaskan 6 gol untuk dua perlawanan terakhir dan merupakan punca utama kegagalan berada di final FA Cup serta memungut 3 mata penuh di Anfield dan merapatkan jurang dengan 3 pasukan teratas merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh pertahan dan juga penjaga gol Arsenal apatah lagi beberapa pemain di bahagian defensif midfield langsung tidak memberikan protection yang baik kepada back 4 terutamanya Diaby dan Denilson.


Berita mengenai kehadiran semula Djourou dan Almunia ke dalam full training sedikit sebanyak merupakan berita yang cukup menggembirakan terutamnya kepulangan Djourou yang sedikit sebanyak memberikan impak yang cukup besar dalam selection kepada center back yang sememangnya amat goyah pada 2 perlawanan lepas. Adebayor yang bakal menjalani training keesokkan hari juga merupakan salah satu individu yang bakal berada di dalam skuad utama yang menanti kunjungan Boro di Emirates.


Pemain lain yang bakal terlepas aksi di Emirates Ahad nanti adalah Clichy dan van Persie yang dijangka bakal beraksi kemungkinan besar pada pertemuan menentang Pompey, maka ini bermakna kedua-dua pemain ini bakal terlepas aksi EPL minggu ini dan 1st Leg UCL di Old Trafford. Selain itu, Wenger juga menyatakan secara rasminya Gallas dan Rosicky tidak akan beraksi sehingga tamat musim ini, so season depan la mereka beraksi kalau kaki si Rosicky tu dah tak bikin hal, kalau bikin al juga, tak mustahil kontraknya bersama Arsenal bakal terminate, sesuatu yang amat aku tidak inginkan.


Quadruple gol yang dijaringkan Arshavin di Anfield mengulangi jumlah jaringan yang sama dilakukan 'The Beast' Craptista, tetapi jiwa dia masih ampuh dengan bentuk fizikalnya, langsung tidak meninggikan diri. Dan dia yang hanya memanaskan badan secara sendirian sebelum menyertai Arsenal menyatakan lebih banyak yang bakal ditunjukkannya kerana dia belum lagi secara totalnya berjaya mengadaptasi corak permainan dan kehidupan di UK. 7 gol untuk 7 perlawanan, melampaui targetnya sendiri sewaktu pertama kali menyarung jersi Arsenal yang menyatakan dia mungkin menjaringkan 4 gol musim ini, so sekiranya itu benar, no wonderlah dia bilang dia mahu abiskan kariernya di Arsenal.

Tiada ulasan: