Rabu, 12 November 2008

Absolutely Fabolous!


"Rare starting line up, fantastic ending!", itulah aksi-aksi di Emirates selepas mengalahkan Latics. Rare starting line up, average 19 tahun, 3 gol, attractive, kualiti dan semangat mengambarkan keseluruhan permainan. Pengalaman yang tersungkur, semangat yang menakluk!

Aku langsung xmenyangka berkesudahan 3-0, Wigan yang beraksi di dalam EPL, menurunkan kesebelasan terbaik tetapi gagal melawan semangat young Gunners. Segenap sudut, baik dari serangan dan juga pertahanan, ke semuanya kelihatan sempurna.


Ramsey membuatkan aku tersenyum. Permainannya cukup menarik. Inilah bakal pengganti Fabregas kelak. Wilshere seperti biasa, nampak tenang dan pace yang dilakukannya membuatkan kita semua tergamam mengigit epal.

Separuh masa pertama menyaksikan Kirkland melampirkan aksi-aksi stuntment menyelamatkan beberapa percubaan yang datangnya dari Carlos Vela, Ramsey, Wilshere dan juga Merida.


Sehingga minit ke 43, thru pass daripada Jack Wilshere disudahkan secara nutmeg (orang Malaysia menyebut 50 sen...hehe) oleh Jay Simpson. Ketiadaan Bendtner membuka ruang bagi Wenger meletakkan Simpson berpasangan dengan Vela dan ini debut pertamanya.

Belum cukup berpuas hati, melalui counter attack sepakan penjuru Wigan di minit 65, bermula dengan tumbukan Fabianski dilarikan Ramsey sebelum long pass kepada Vela yang membuka ruang di bahagian ketiga padang (kotak penalti) sebelum melakukan passing kepada Simpson yang merembat masuk gol keduanya dan Arsenal.

Kelibat Capello yang ingin menyaksikan Kirkland dikaburkan dengan persembahan cemerlang young Gunners. Pemain-pemain senior yang juga menonton aksi menentang Latics antaranya Fabregas, Adebayor, Eduardo (miss you like crazy!), Toure dan beberapa lagi bersama-sama lagenda Arsenal iaitu Martin Keown cukup teruja.


Carlos Vela bukan pendiam dan dia juga meletakkan namanya pada score sheet. Melalui thru pass Djourou, kelibat Kirkland ke hadapan dari posisi asalnya membuatkan Vela mudah menceduk bola masuk seakan-akan gol yang dilakukannya sewaktu menentang Sheffield United walaupun diberi saingan daripada Boyce di minit ke 71.

Di minit ke 77, Arsenal melakukan double subs iaitu memasukkan Amaury Bischoff dan Henri Lansbury menggantikan Jack Wilshere dan Jay Simpson. Ini juga merupakan debut pertama Bischoff selepas pembelian di musim panas.


Aksi paling menarik disaksikan adalah melalui save yang tidak dijangka mampu dilakukan oleh mana-mana penjaga gol tetapi Fabianski membuktikannya. Bola rembatan De Ridder ditepis keluar Fabianski dan sampai ke kaki Amr Zaki yang tidak diikawal malahan pintu gol terbuka luas sebelum merembat pada jarak 5 kaki tetapi berjaya ditepis Fabianski mengenai palang sebelum bola dikeluarkan oleh pertahanan.

Aksi Fabianski membuatkan kedudukan Almunia semakin tergugat. Teringat kembali sewaktu Wenger membelinya di mana aku terus ke laman youtube untuk melihat aksinya. Ternyata kualitinya dibandingkan dengan Petr Cech dan membuatkan aku amat teruja. Pembelian yang cukup berbaloi!

Carlos Vela yang keletihan memaksa Wenger melakukan pertukaran dan dia digantikan oleh Rui Fonte iaitu penyerang U17 Portugal. Buat kali pertamanya aku dapat menyaksikan Mexican Wave di Emirates sewaktu pertukaran dilakukan. Menarik! Kemasukan Fonte juga merupakan debut pertamanya bersama Arsenal.

Kesudahan di Emirates kali ni fantastik fanatik. Kesemua pemain skuad senior berdiri memberikan sanjungan kepada pemain-pemain muda ini. Terima kasih young Gunners, aku masih tersenyum sehingga ke hari ini. So dengan tertewasnya Wigan, Arsenal mengesahkan satu lagi tempat ke suku akhir. Tahniah Wenger kerana menyediakan aksi yang menarik serta memberi peluang kepada pemain muda menampilkan kualiti mereka!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro wan..
Almunia masih power gile..
tengok je game lawan Man U
berapa banyak save yang dia buat masa Arsenal lead 1-0
sampai2 rooney hantam tanah membuat tangan nya sakit sendiri :)

tak pe..
kita reload meriam kita..
kita hentam Astonvilla..
budak Man U nak repeat bet rokok itu hari..
aku bagi point 0-1 untuk Astonvilla..
sebab aku yakin Gunners dah IN THE HOUSE..
watch out ur team Astonvilla..
my Gunners were full of amunitions..
Fire them Gunners..
Proud to be Gooners..

Hafez Rachwan berkata...

ak pn pecaya pd almunia..
tp bgs gk fabianski bg pressure..
at least dia ada pesaing,
so performance lg better kn..

hahahaha..
aston villa ni kejap gk tp klu dpt jaga young tu, dorg x ke mana la..
ak predict game tu 2-0..
arsenal on run skrg ni!
ak xsabar nk jmpa chelsial..byk lak mulut si essien tu..
lempang br tau, dh la sub chelsial je!

Tanpa Nama berkata...

Kalau game sabtu nie Arsenal tak menang besar..
aku nak ketuk kepala squad senior Gunners..
Adik adik dia yang baru belajar nak jadi pro pun boleh hentam Wigan 3-0..

Come on Gunners..
Make us ( Gooners ) proud..

Hafez Rachwan berkata...

xley juga beb..
game carling dgn epl suasananya berbeza..
yg penting lwn aston villa kita perlu dpt 3 points..
kita dlm posisi mengejar ni..
ak rasa mggu ni liver akan drop point..
tgk la..