Khamis, 13 November 2008

"Ingat nama aku tau!"

Jika sebelum ni Wenger asyik kena kutuk dengan polisinya menggunakan pemain muda, sekarang Wenger boleh mendabik dada sambil berkata-kata kepada mereka yang berfikiran negatif, "Server you're right!".

Kemenangan di Emirates menentang Sheffield United dan Wigan Athletics membuka dimensi baru kepada Arsenal. Muka-muka baru yang diperkenalkan dengan rata-rata pemain yang ditonjolkan datangnya daripada England.

Nah, rasakan. Bukan Wenger tidak mahu berbelanja kepada pemain-pemain Inggeris yang mahal tapi xde la power mana pun, tapi Wenger mahu develop sendiri dan dengan ini mengurangkan pembelanjaan kelab.

Kalau spending nak gila pun, nak menang harap penalti jer, kalah dengan team macam Burnley dah tu kalah dua kali dengan team yang sama, buat apa. Wenger sememangnya gila. Sejak awal lagi dia tiba di Highbury, sesiapa pun tidak mengenali dia, cuma lembaga pengarah iaitu David Dein sahaja.

So disini aku berikan trivia dan sesi perkenalan kepada youngster baru ni bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap. Nama-nama ini dan beberapa lagi yang tidak disenaraikan akan menjadi tunjang Arsenal kelak.

Lukasz Fabianski

Umur : 23 tahun
Posisi : Penjaga gol
Kerakyatan : Poland
Kelab lama : Legia Warsaw (Poland)


Bekas penjaga gol Legia Warsaw iaitu sebuah kelab di Poland dibeli pada harga yang dirahsiakan pada musim 2007, rahsia-rahsia pun aku dapat tau around 6.5 million. Agak mahal tapi berbaloi dengan talentnya. Dia dibandingkan dengan Petr Cech dimana judgement dia dikatakan tepat pada masanya. Dia merupakan penjaga gol kedua bagi Poland dan juga kapten budak-budak Carling. Pernah menerima anugerah bakat terbaik dari Poland.

Johan Djourou

Umur : 21 tahun
Posisi : Pertahanan
Kerakyatan : Switzerland (dilahirkan di Ivory Coast)
Kelab lama : Etoile Carouge FC sebelum ke akedemi Arsenal


Menyertai akedemi Arsenal sewaktu berusia 15 tahun, dia pernah dipinjamkan ke Birmingham pada musim lepas dan kembali ke Arsenal pada pertengahan musim lepas. Pemain lasak ini merupakan tonggak pertahanan tengah Swiss bersama-sama seorang lagi pemain Arsenal iaitu Sanderos.

Aaron Ramsey

Umur : 17 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Wales
Kelab lama : Cardiff City


Pemain berbangsa Wales ini dibeli daripada Cardiff City pada musim panas baru-baru ini dengan jumlah perpindahan 4.8 million dan menolak tawaran dari MU sebanyak 5 million. Dia juga dinaikkan pangkat, macam Walcott dari skuad U21 kepada skuad senior Wales. Merupakan calon paling sesuai menggantikan Fabregas. Dia adalah fan MU tetapi sekiranya dapat adapt cara permainan Arsenal, aku rasa dia terus benci MU...hahahaha.

Jack Wilshere

Umur : 16 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Pemain termuda kelab beraksi di dalam liga (16 tahun 256 hari) dan pemain kedua termuda Arsenal menjaringkan gol selepas Fabregas. Merupakan wonderkids terbaru Arsenal dan sudah berada di dalam skuad senior pada musim ini. Messi? David Silva? Aku rasa dia mampu menjadi lebih baik, di usia begini, dia mampu menjadi lebih baik dari mereka.

Kieran Gibbs

Umur : 19 tahun
Posisi : Pertahanan dan midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Wimbledon


Prospek terbaik menggantikan Clichy, lebih baik daripada Traore. Tenang, bertenaga, cross dan pace, cukup lengkap menjadi pertahanan kiri Arsenal. Dia juga boleh beraksi di posisi wing kiri. Pertahanan muda paling aku minat dan rate paling tinggi!

Carlos Alberto Vela

Umur : 19 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Mexican
Kelab lama : Osasuna


Sebenarnya dia bukannya dibeli daripada Osasuna tetapi disebabkan permitnya untuk beraksi di Arsenal tidak dapat disahkan lagi waktu tu, maka dia terpaksa dipinjamkan ke Osasuna. Sebelum di Osasuna, dia juga pernah dipinjamkan ke Salamanca. Penjaring terbanyak dan pemenang World Cup U17 bersama Mexico, dia merupakan tunjang Arsenal terbaru selepas ini. Penjaring hatrik termuda Arsenal!

Amaury Bischoff

Umur : 22 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Portugal (dilahirkan di Perancis)
Kelab lama : Werder Bremen


Dikatakan manusia gamble, bukan kaki judi yaa, gamble sebab Wenger mendapatkannya pada keadaan dia sedang mengalami kecederaan. Hanya sekali beraksi bersama skuad senior Werder Bremen, kekecewaan itu menyebabkan dia menerima tawaran Arsenal. Belum dapat dilihat tahap sebenar kemampuannya pada masa ini.

Alex Song

Umur : 21 tahun
Posisi : Pertahanan dan Midfield
Kerakyatan : Cameroon
Kelab lama : Bastia


Bastia, aku ingatkan Rasta..hehe. Mamat raggae ni dibeli pada kadar 1 million saja, boleh beraksi di bahagian defensive midfield dan pertahanan sama ada tengah atau kanan. Rajin dan tak menggelabah. Aku suka tengok rambut dia, kadang-kadang nampak kelakor..hehe

Jay Simpson

Umur : 19 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Minat sangat dia pada Ian Wright, memang pun, lebih kurang jer. Mungkinkah Ian Wright yang baru? Tunggu dan lihat.

Fran Merida

Umur : 18 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Spaniard
Kelab lama : Barcelona


Macam Fabregas, dia juga didatangkan dari Barca. Pernah dipinjamkan ke Real Sociedad selama semusim. The next Fabregas? Aku xpasti, sebab dia lebih berminat bermain di flank bukan di posisi tengah.

Gavin Hoyte

Umur : 18 tahun
Posisi : Pertahanan
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Kapten pasukan simpanan Arsenal dan juga adik kepada bekas pemain Arsenal yang sekarang ini berkhidmat untuk Boro, iaitu Justin Hoyte. Tubuh badan yang lebih baik dari abangnya, dia lebih sesuai diposisi pertahanan tengah.

Mark Randall

Umur : 19 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama: Akademi Arsenal


Aku suka betul panggil dia adik Hleb, cara dia dribble lebih kurang sama, gaya pun lebih kurang sama. Tapi Hleb lebih selesa diposisi flank manakala Randall lebih molek diposisi tengah.

Henri Lansbury

Umur : 18 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Dia lebih mantap diposisi flank kiri, rajin score, permanent pemain skuad reserves (bukan subs ok), dan juga pemain skuad England U19.

Rui Fonte

Umur : 18 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Portugal
Kelab lama : Sporting Lisbon


Dibeli daripada Sporting Lisbon pada 2006 dan merupakan penyerang utama pasukan simpanan. Abangnya beraksi bersama Crystal Palace.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice info..
i'm appreciate it so much..
Viva ours Gunners..
proud be a Gooners..

Hafez Rachwan berkata...

tada hal..
kita sama2 kongsi info pasal feveret team kita..

Tanpa Nama berkata...

wehh dari mane ko ambek artikel ni??

Hafez Rachwan berkata...

mcm2, ada dr mail sports online, web arsenal sendiri..
pastu search dr web2 mat saleh,
dpt la tau serba sedikit..