Selasa, 11 November 2008

Arsenal vs Wigan Preview


Lupakan seketika kejayaan ke atas MU dan teori tahyul aku sebelum ni, mari kita kembali ke landasan sebenar. Keep focus, tu jer. Awal pagi nanti memang pertemuan yang agak mengerunkan bagi budak-budak Gunners terutamanya kelibat Amr Zaki yang gempal tu. Tapi dari segi kualiti yang sedia ada, tiada masalah untuk beraksi dengan baik.

90% pemain yang beraksi sewaktu menentang MU tidak dalam padang awal pagi nanti cuma Song dan Fabianski sahaja. So muka-muka pemain subs dan reserve akan kelihatan semula selepas kejayaan membelasah Sheffield United.

Di barisan pertahanan, kapten reserve dan juga adik Justin Hoyte iaitu Gavin Hoyte akan berada di posisi pertahanan kanan bersama Alex Song, Johan Djourou serta pemain yang aku rate tinggi di bahagian pertahanan iaitu Kieran Gibbs.

Randall dan Wilshere masing-masing di flank kanan dan kiri, yang pastinya ke semua merindui kelibat Wilshere. Siapa akan bersama dengan Ramsey dibahagian tengah? Pilih antara dua, Bischoff atau Merida. Aku lebih prefer Merida malam ni disebabkan ciri fizikal pemain Wigan yang agak kental.

Tiada lagi rasa nak kecewa, awal pagi ni milik Vela di starting line up. Dia akan bersama-sama Bendtner ditugaskan untuk mencari gol, kalau nak hatrik sekali lagi pun cara gak..hehe. So aku yakin pairing yang cukup berjaya waktu pre-season akan membuktikan sekali lagi.

Di bahagian bench, ada tiga nama yang aku xkenal, pernah dengar xpernah tengok muka. Abu Ogogo (apasal pelik jer nama ko?hehe), Emmanuel Frimpong dan Francis Coquelin. Pemain yang mungkin boleh dijadikan penyudah malam ni adalah Jay Simpson dan Rui Fonte.


Pemain yang patut dikawal ketat malam ni sudah pastinya Amr Zaki, Valencia dan juga Palacios. Dapat kawal jer, kompem menang. Mungkin aksi malam ni agak tight dan fizikal. So Johan Djourou yang dah berlambak experience tu akan mengawal Zaki nanti. Prediction malam ni, Arsenal 2-1 Wigan. Clean sheet dikira bonus!


Note: Aku rasa malam ni xde live kat Astro, so prepare awal-awal la nak streaming, nanti aku kasik link. Aku cuba cari dari TVU dan Sopcast, harap-harap dapat Setanta TV la.

Tiada ulasan: