In Proud of Red and White

Khamis, 27 November 2008

Secebis cuitan...

Sori kawan-kawan, aku xdapat nak update blog sebelum ni. Ni pun aku kerah tenaga gak keluar. Lepas game vs Man City, aku balik bercuti di Kedah, then demam. Arini boleh dikatakan dah sembuh la, so aku paksa diri pegi cc nak menaip. Oh yaa, thanks sebab sudi jenguk ke blog ni, tanpa korang, aku xmungkin nak rajin menaip. Thanks a lot GUNNER-mates!

Kekalahan kepada Man City bermakna dalam tempoh dua tahun buat kali pertamanya Arsenal kalah dua kali berturut-turut! Memang agak mengecewakan. Live xde, aku sempat tengok live score lepas game Liver Fulham. Dua gol ceduk dan satu penalti, 3-0 beb, aku macam xpercaya kalah macam tu, sebabnya Man City bukan seberapa sangat. Dari highlight, bukan 3-0, mungkin lebih Arsenal boleh kena. Nasib, cukup bernasib baik! Ketiga-tiga pasukan rivals cuma seri 0-0! So kita ketinggalan 10 mata, masih mampu untuk mengejar lagi jika lepas ni konsisten!

Kalah dengan Man City pun aku sanggup keluar date dengan awek aku kat Mid Valley pakai baju away Arsenal keesokkannya (Ahad)! Sebabnya, hari Sabtu tu awek aku hadiahkan baju away dari butik khas buat aku sempena birthday aku yang ke-22. Thanks dear, love you! Kalah pun aku xde nak segan pakai, sebabnya ni pemberian awek sendiri and then, ori lak tu..huhu. Untungnya awek aku pun sokong Arsenal! hehehe

Tahniah aku ucapkan kepada Fabregas kerana telah memiliki arm band pasukan. Memang calon paling sesuai buat masa kini. Dengan arm band ini juga bermakna dia menjadi kapten yang muda seusia Tony Adams mendapatkan arm bandnya iaitu sewaktu berumur 21 tahun!

Jika Tony Adams dikenali sebagai kapten terbaik Arsenal dan juga EPL di dalam eranya, maka xmustahil Fabregas akan mengulanginya. Calon terbaik bagi pasukan. Diharapkan dengan arm band ini dia akan kekal lebih lama bersama Arsenal dan mungkin sehingga penamat kariernya, siapa tahu.

Kekalahan dua kali berturut-turut terus ditebus pada aksi UEFA Champions League. Kemenangan 1-0 bermakna Arsenal sudah pasti berada di dalam 16 kelab terbaik Eropah dan semakin hampir memenangi piala yang belum dipahatkan lagi nama Arsenal FC! Mungkin tahun ini milik kita setelah kegagalan di Paris dan episod duka musim lepas di Anfield!

Dan kemenangan itu juga merupakan kemenangan pertama, perlawanan pertama Arsenal dibawah kapten baru iaitu Fabregas. Good job! Teruskan. Aku xdapat tengok highlight lagi, aku tau lorongan Fabregas kepada Bendtner disudahkan dengan baiknya. So next progress menentang Chelsea, rivals paling liat untuk ditumbangkan.

Seliat-liat Chelsea, aku rasa game menentang Chelsea nanti berkesudahan dengan kemenangan bagi Arsenal. Aku yakin dan pasti! Setelah aku menyaksikan pertembungan Chelsea MU dan Chelsea Liver, aku yakin Chelsea dahulu bukan seperti sekarang. Mereka lebih mudah dijinakkan dan aksi mereka kurang meyakinkan apabila menentang pasukan kuat. So aku yakin kemenangan kepada Arsenal. Aku akan cuba update preview game menentang Chelsea atau post match nanti.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 5:09 PTG 15 ulasan

Sabtu, 22 November 2008

Manchester City vs Arsenal Preview


Ehmm..sori, silap facts, sebenarnya pertemuan menentang Man City nanti RvP boleh beraksi. 3 game suspend selepas MU, Wigan dan Aston Villa, so game lawan Man City dia bakal beraksi kembali setelah menjaringkan dua gol sewaktu menentang Sweden bersama-sama Belanda.

Injury list masih lagi sama, so Arsenal akan kehilangan Eduardo, Rosicky, Sagna, Toure, Eboue dan Walcott. Berita injury lain tiada, nak kata tempang, agak la. Fabregas pula kena suspend setelah memungut 5 kad kuning. So next game dia vs Chelsea.

Berita hangat mengenai Arsenal sudah pasti sekarang mengenai kebocoran maklumat dalaman oleh Gallas. Puncanya adalah disebabkan seorang pemain yang dikatakan primadona, sombong dan cepat naik angin, hintnya 6 tahun lebih muda daripada Gallas. Aku xnak predict siapa-siapa tapi aku rasa perkara ini agak terbuka, mungkin ada pro dan kontra tindakan Gallas ini.

Sepatutnya hal dalaman pasukan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati ke media tapi aku merasakan mungkin ada reason disebaliknya. Mungkin Gallas dah xtahan dengan kerenah pemain ini sebabnya aduan yang dilakukan oleh seorang pemain kepadanya mengenai sikap pemain ini. Bila ditegur dapat makian percuma, so aku rasa ini alternatif bagi Gallas.

Mungkinkah Gallas akan dilucutkan arm band? Aku xpasti. Yang aku pasti dia akan beraksi menentang Man City nanti. So nantikan bagaimana tindakkan Wenger. Dan aku juga mungkin xdapat nak aktif sangat update blog disebabkan cuti. Balik kampung, internet xde, nak g CC aku malas...hehe. So aku cuba la untuk rajin-rajinkan diri update sikit-sikit.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 2:00 PG 5 ulasan

Jumaat, 21 November 2008

Inilah masanya....


Eduardo, Rosicky, Sagna, Eboue dan Walcott adalah muka-muka yang tengah rehat untuk beraksi bersama Arsenal untuk tempoh yang agak lama manakala van Persie lak kena suspend, so nampak team musim ni semakin mengecik dari kecik. So nak xnak kita kerahkan tenaga yang ada untuk berjuang bagi mencari kemenangan dan konsistensi.

Ok, minggu international yang xkena time, nak buat friendly, game seterusnya 4 bulan lepas ni, kejadahnya. So Walcott kembali injurd di tempat lama iaitu bahu di sebelah kirinya. Jadinya, ini adalah kali keempat dan dia sudah selesai menjalani pembedahan dan tempoh 3 bulan diperuntukkan untuk dia kembali beraksi.

Yang aku risaukan bukan tempoh 3 bulan, tetapi adakah kariernya akan kembali seperti biasa? 4 kali beb, bila tulang injurd lebih dari 3 kali di tempat yang sama, so faham-faham jer la kekuatan tulang tu macamana nanti. Harap-harap ini bukan masanya, dia masih muda dan masih banyak yang perlu ditunjukkan melalui bakatnya.

Pertengahan bulan 12, Eduardo kembali ke 1st team, Rosicky hujung bulan 1 manakala Walcott hujung bulan 2. Mampukah Arsenal kembali konsisten dan bersaing? Aku xpasti, harap-harap pemain-pemain muda seperti Ramsey dan Wilshere yang bakal digunakan nanti mampu untuk memberikan impak yang besar kepada pasukan.


Lepas kalah dengan Aston Villa, banyak fans Arsenal yang bising youngster lagi baik dari 1st squad, so bila dah injurd beberapa1st team player, inilah masanya. Waktu ni kita nak lihat Ramsey, Wilshere dan beberapa lagi untuk beraksi dalam 1st team. Aku juga memandang injury beberapa pemain 1st team satu berita yang bagus..haha. Apa xnyer, kalau 1st team player ada bukannya youngster dapat main, so ini masa yang amat sesuai!


Ni bukan rumours la, tapi aku tengok highlight kat footytube.com game Germany vs England, aku rasa Wenger patut dapatkan seorang pemain ni. Lincah, laju, pace dan cross aku rasa dia sesuai untuk bersama Arsenal, calonnya Piotr Trochowski yang sekarang ini beraksi bersama-sama Hamburg, usia baru 24 tahun, kaki kiri dia superb dan kanan boleh tahan gak, posisi wing kiri dan attacking midfield.

Dari spending ke Arshavin, aku rasa dia lagi ok. Lagi murah dan berbaloi, muda lagi. So harap-harap dia bakal pakai no 13 Arsenal. Nak cakap pasal rumours Arsenal ni memang aku bosan nak selidik, bukan Wenger nak beli pun, so aku taruk la rumours player yang aku suka..haha. Kalau Wenger xnak beli, aku beli dalam FIFA 09!

Akhir kata, kurangkan kontroversi, tingkatkan konsistensi!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 6:12 PG 5 ulasan

Selasa, 18 November 2008

Terry - Don't write off Gunners


John Terry believes Arsenal remain title contenders despite the Gunners' inauspicious start to the Premier League campaign.

While Terry's Chelsea lead the way ahead of Liverpool on goal difference, Arsene Wenger's side are nine points adrift after suffering their fourth league defeat of the season against Aston Villa.

Many believe Arsenal's hopes of securing their first title since the 2003/04 season are hanging by a thread, but Terry fully expects the Gunners to recover.

Terry acknowledges it could not be closer at the top and the England international thinks that, come May, goal difference could play a crucial role in the destination of the Premier League crown.

Still a contender


"I still consider Arsenal a contender, you should never write off the big sides," he said. "They have the players to do it and they will put a run together.

"We still have to play them at home and away and anything can happen. We have to make sure we pick up the six points against them in those two games.

"It is really close at the top at moment. Liverpool are playing well. I watched them before we played West Brom, and Manchester United had a good result against Stoke.

"The main thing for us is to keep winning and try and frustrate the teams below us. We have experienced that in chasing Manchester United the last couple of years. It does get to you.

"They had the advantage of a better goal difference on us before but we have it now. If we can keep scoring and not conceding it's like another three points."

Info : Sky Sports

We love you Arsenal, We do!
We love you Arsenal, We do!
We love you Arsenal, We do!
Oh Arsenal we love you!!!

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 8:08 PG 6 ulasan

Isnin, 17 November 2008

Mungkin sebab nihhh....

Note:
Wenger mencari-cari ke mana hilangnya teddy dia... kesian!
(p/s: aku ada baju Wenger pakai ni..hehe, sayang baju ni)
Note:
Eboue, most wanted!!!
Note:
Pires, thanks sudi terima teddy ni daripada aku..hahahaha

Aku rasa sebab ni Wenger kurang melakukan formasi yang terbaik, terasa sesuatu yang hilang. Wey Eboue dan Pires, bagi balik teddy Wenger, memain yer korang!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 10:32 PTG 4 ulasan

Realiti itu pasti!


Aku belum lagi nak give up, aku belum rasa nak lepaskan kejuaraan liga pada MU, Chelsea mahu pun Liverpool. Masih ada lagi harapan. Keajaiban masih boleh diharapkan. Selagi pungutan mata xabis dikutip, lagi tu aku masih berharap.

Bukan saja blogger, site atau official site jer berkabung, fans lagi la. Tapi nak tunduk macamana pun, xboleh juga. Itu realiti, kena terima menang, seri atau kalah. Xkan la dah menang kita puja bagai nak rak, bila kalah maki sampai hilang kewarasan. Emosi memang terganggu tetapi kalau masih gagal nak kasik kepercayaan pada pasukan, aku rasa xfair la.

Semua salah, dari Wenger, pemain dan kita sendiri sebagai peminat. Kita seronok bakar-bakar fans MU, tetapi bila dah kalah, kena bakar kena la terima. Tu jer. Mungkin ayat pedas boleh buat dorang sakit hati..hehe.

"Langit xsemestinya cerah", ujar seorang kawan aku aka fan MU. "Memang pun, sebelum nak hujan akan keluar petir, petir akan panah syaitan, sorry to say, syaitan merah dah kena petir sehingga hangus", reply aku.

Post kali ni lebih membina. Kita memang merasai kehilangan Hleb, Flamini, Gilberto dan juga Lehmann. Tapi perkara dah berlaku. Mesti tangani sebelum semakin parah. Kita kerahkan tenaga yang ada. Dan macam yang aku dah cakap dulu-dulu, jangan fikir nak menang lawa sangat, kalau boleh menang cara buruk, lakukan. Xsalah bukan!

Lagi satu, Wenger patut ketepikan semangat nasionalis dia. Jangan fikirkan French saja, pemain dari negara lain pun bagus. Kerana Silvestre, jangan katakan Djourou, Toure pun xdapat main 1st 11. Aku xnak pertikaikan Silvestre dan Gallas sebagai ex-MU dan ex-Chelsea, tapi aku pertikaikan pemain Perancis. Tengok ke luar Wenger, macamana performance France sekarang. Berapa banyak defend dorong conceded gol? Berapa orang pemain Arsenal yang main untuk France? Nilai la sendiri!


Selepas kekalahan, satu pasukan akan melakukan post match dan mencari penyelesaian. Yer, Arsenal musim ni belum kalah double, memang berhasil. Sepatutnya bukan sahaja kalah, apa-apa result pun perlu diadakan post match, mesti ada silap dilakukan juga, xkira menang, seri atau kalah, so lakukan seperti biasa.

Dan kalau ni caranya, itu yang terbaik. Dalam post match ni lah masanya nak mengaku salah dan menuding jari untuk selesaikannya. Biar semua jadi leader, kita perlukan setiap pemain jadi leader, bukan kapten. Kita senang letakkan kesalahan pada kapten. Dulu, bila Arsenal kalah, semua tujukan pada Vieira, sekarang, mangsanya adalah Fabregas dan Gallas. Bolasepak adalah permainan 11 orang, kekalahan dan kesilapan perlu ditanggung semua!

Sama ada korang masih percaya Arsenal akan menang title liga atau tidak, itu hak korang, aku masih lagi percaya dan optimis kempen musim ni belum tamat. Masih ada yang harus diperjuangkan. Aku masih letakkan sepenuh kepercayaan pada Arsenal, sesuatu yang dipandang mustahil itu lah yang akan direalitikan oleh Arsenal, sebab itu lah juga aku menjadi fan Arsenal. Goodluck, try the best. Still have chances!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 5:12 PG 3 ulasan

Ahad, 16 November 2008

Post Match : Arsenal vs Aston Villa


Tahniah Aston Villa. Break thru game yang killing every step. Dah macam badi, selepas aksi Carling Cup, kedua-duanya game home kalah (Hull City dan Aston Villa). Hadiah ke gol sendiri oleh Clichy sebelum counter attack mematikan langkah cukup memeritkan dan memberikan pulangan 3 mata berharga untuk Villa.

Taboo, game yang taboo gila. Aku dari awal start game dah nampak semacam. Midfield gagal operate macam biasa. Memang goyang gila barisan tengah Arsenal sehingga ke striker. Bendtner? Aku rasa sakit-sakit kaki aku tergeliat pun stop ball xpergi sampai 3 meter. Basic la tahan bola!

Passing sangkut, xtepat, kelam-kabut, memang buatkan game tu bukanlah milik Arsenal. Maki? Aku serahkan kat G&R..hehe. Macam posting sebelum ni, seperti yang aku cakap, midfield mana bergerak dengan baik, itu lah pemenangnya.

Ikut matematiknya, atau kira-kira guna kalkulator apek jual sayur, semua fans Arsenal boleh optimis lagi untuk menang EPL season ni tapi ikut logik akal fikiran, tipis setipis tisu. Kelemahan dapat dilihat pada musim ini adalah bagaimana react pada pasukan yang bermain aksi attacking dan defensive.

Attacking - FC Porto, Blackburn, Fenerbahce, MU, Everton dan West Ham, semuanya menghasilkan kemenangan dan 3 mata penuh. Defensive - Stoke City, Fulham, Sunderland, Aston Villa dan Dynamo Kyiv, seri atau kalah saja yang mampu dihasilkan.

Aku bukannya taboo untuk menyatakan ke semua team yang disenaraikan itu bermain dengan attacking dan defensive, tetapi aku merujuk kepada reaction mereka semasa menentang Arsenal. Itu kelemahan Arsenal musim ini!

Arsenal bukannya kurang pengalaman sebenarnya, tetapi kurang kreativiti bermain dengan corak permainan offensive. Jangan persalahkan mistake conceded goal pada set piece atau bola mati, tetapi masalah yang harus diselesaikan adalah melawan teknik defensive lawan apabila menentang Arsenal.

Dan sebelum bermula musim ini, jujurnya aku sememangnya kurang berkeyakinan pada tahap kreativiti pemain Arsenal. Kehilangan Flamini dan Hleb memang dirasai. Dan disebabkan itulah Arsenal terpaksa deal dengan fenomena ini dengan kehilangan khidmat pemain yang kreatif dan covering.

Cuba rujuk kepada pemain seperti Mascherano, Obi Mikel dan Anderson. Pemain seperti ini yang diperlukan untuk setiap pasukan bagi mengawal bola pada corak permainan sesuatu pasukan. Tiada seorang pemain Arsenal yang role posisi ini. Inilah masalah sebenarnya Arsenal. Manusia yang sepatutnya role diposisi ini adalah Flamini, tapi mudah bukan Wenger melepaskannya.

Sampai bila masalah Arsenal ini dapat ditanggung? Berapa lagi kekalahan nak disapa? Selagi Wenger belum mencari penyelesaian diposisi ini, sehingga itu Arsenal xkan mampu react pada pasukan defensive. Mampukah Arsenal hold sehingga open transfer untuk sesuaikan seseorang diposisi ini? Aku xpasti. Polisi masih ada limitnya!

Cuba bandingkan permainan Arsenal semasa kempen Champions League. Mudah bukan tengok Arsenal bermain dan melakukan banyak gol. Sebabnya permainan lawan lebih kepada attacking dan terbuka. Dan disitu Arsenal dapat beraksi cara sebenar.

Wenger dan Arsenal perlu lakukan sesuatu sebelum penantian peminat ditangguh dan mungkin kehilangan jawatan kesayangannya. Jangan terjadi sesuatu yang tidak diingini seperti penguguran Bruce Rioch setelah 3 tahun memegang Arsenal tanpa piala walaupun melakukan signing yang bermakna seperti Dennis Bergkamp.

Dan bagi individu yang optimis, anda perlu yakin dengan Arsenal. Tahun 1998 merupakan tahun yang cukup bermakna. Ketinggalan 13 mata di belakang MU diseparuh musim, Arsenal masih mampu untuk menjuarai liga. Bukan sahaja liga, malah double bersama-sama FA Cup. Itu merupakan tahun pertama Wenger di Arsenal. Mampukah Arsenal mengulanginya kembali? Aku harap ia satu kenyataan!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 2:37 PG 3 ulasan

Sabtu, 15 November 2008

Arsenal vs Aston Villa Preview


Sekiranya Aston Villa dijangka memecah dominasi empat pasukan teratas liga, Arsenal wajib menang malam ini. Beberapa pemain yang injurd antaranya Adebayor dan Almunia mungkin akan menjalani fitness test bagi memastikan sama ada mereka boleh beraksi atau tidak menentang Villa.

Pertahanan tengah sekarang menjanjikan persiangan cukup sengit. Siapakah pasangan paling layak untuk digandingkan bersama-sama Gallas di bahagian tengah back 4? Toure, Silvestre atau Djourou yang bakal menjadi pilihan?

Berita menggembirakan, Silvestre dipanggil untuk menyertai kem Perancis. Sekiranya Silvestre berpasangan dengan Gallas dibahagian tengah, keempat-empat back 4 Arsenal adalah pemain antarabangsa Perancis! Adakah Wenger akan melakukan penggiliran pemain diposisi ini?

Jentera midfield adalah pertembungan paling menarik untuk disaksikan. Young dan Barry paling mencuri perhatian bagi Villa manakala Arsenal semestinya kelibat Nasri, Fabregas, Diaby, Walcott dan Denilson akan dikerah bagi memberikan aksi terbaik offensive dan attacking menentang Villa nanti.

Sebelum game lawan Wigan aku ada baca di website mana ntah dimana Bendtner dikatakan injurd. Sekiranya benar siapa akan ditugaskan sebagai target men? Adakah Adebayor cukup fit? Bagaimana pula Vela yang keluar dengan keadaan kaki nampak terhincut-hincut? Pandai-pandailah Wenger selesaikan.

Posisi dibahagian penjaga gol pun belum tentu lagi. Almunia yang kena sepak kepala dengan Carrick dilaporkan 50:50. Mungkinkah Fabianski akan melakukan 1st start pada musim ini pada liga? Esok petang la dapat tahu ke semuanya. Saja aku buang preview game awal-awal, sebab petang esok aku nak study. So good luck. 3 points!

Note:
Live di ESPN pukul 10:55pm

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:54 PG 0 ulasan

Jumaat, 14 November 2008

Mempelajari sejarah Arsenal FC


Sejarah, subjek gampang paling aku xminat. SPM pun dapat 8E jer tapi aku bangga sebab xfail, target nak kasik fail, xberjaya gak..haha. Aku benda-benda baca memang aku xminat, kira-kira lak feveret. Tapi satu jer sejarah yang aku suka, sejarah Arsenal. Kaya dengan sejarah tapi tidak membosankan.

Tempoh dua minggu aku gap paper final aku gunakan untuk download beberapa video menarik mengenai Arsenal iaitu ATO Patrick Vieira AFC Legend, Arsenal Our Lives dan juga 50 Gunners Greatest Moments. Credit kepada Srohit daripada FootyVidz.

ATO Patrick Vieira AFC Legend aku dah tengok, memang best! Sekarang ni aku tengah stim layan Arsenal Our Lives, lagi sikit nak download sampai habis. Semuanya ada 11 parts, setakat ni aku dah download sebanyak 10 parts. Kejap lagi siap la, so selesai la layan untuk hari ni.


Sinopsis yang dapat aku buat mengenai Arsenal Our Lives adalah peristiwa-peristiwa sama ada suka dan duka Arsenal sejak ditubuhkan pada tahun 1886 sehingga 2007. Kualiti gambar juga dapat dilihat dari zaman kabur-kabur hitam putih kepada yang berseri-seri seperti sekarang.

Jumlah masa keseluruhan dalam 80 minit, jumlah file pun dalam lingkungan 1.2G. Berminat nak download? Ni link nya. Pastikan akses internet korang cukup laju, kalau x, memang kerja menyumpah-nyumpah..hehe


50 Gunners Greatest Moments pun aku dah selesai download, cuma masa nak tengok belum sampai. Mungkin malam besok rasanya. Duration pada kadar 1.6G dan masa menonton sekitar 2 jam 40 minit. Klik disini untuk download.

Sebenarnya aku ada tawaran kat korang. Kalau berminat la, xnak xpela. Ni bukan aku nak buat duit tapi aku nak berkongsi dengan korang. Memandangkan aku dah download, aku bercadang nak burn ke dalam DVD ketiga-tiga cerita sejarah Arsenal ni.

Dan disebabkan DVD boleh memuatkan space sekitar 4.7G, so masih ada baki. Rewardnya aku akan taruk full match Arsenal vs MU, siap highlight, analysis dan interview. Sekiranya korang berminat boleh lah hantar e-mail kat aku atau ym (growlyoursoul@yahoo.com) untuk keterangan lebih lanjut. Aku nak jual pada harga RM5 siap posting. Berbaloi bukan.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:19 PTG 4 ulasan

Khamis, 13 November 2008

"Ingat nama aku tau!"

Jika sebelum ni Wenger asyik kena kutuk dengan polisinya menggunakan pemain muda, sekarang Wenger boleh mendabik dada sambil berkata-kata kepada mereka yang berfikiran negatif, "Server you're right!".

Kemenangan di Emirates menentang Sheffield United dan Wigan Athletics membuka dimensi baru kepada Arsenal. Muka-muka baru yang diperkenalkan dengan rata-rata pemain yang ditonjolkan datangnya daripada England.

Nah, rasakan. Bukan Wenger tidak mahu berbelanja kepada pemain-pemain Inggeris yang mahal tapi xde la power mana pun, tapi Wenger mahu develop sendiri dan dengan ini mengurangkan pembelanjaan kelab.

Kalau spending nak gila pun, nak menang harap penalti jer, kalah dengan team macam Burnley dah tu kalah dua kali dengan team yang sama, buat apa. Wenger sememangnya gila. Sejak awal lagi dia tiba di Highbury, sesiapa pun tidak mengenali dia, cuma lembaga pengarah iaitu David Dein sahaja.

So disini aku berikan trivia dan sesi perkenalan kepada youngster baru ni bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap. Nama-nama ini dan beberapa lagi yang tidak disenaraikan akan menjadi tunjang Arsenal kelak.

Lukasz Fabianski

Umur : 23 tahun
Posisi : Penjaga gol
Kerakyatan : Poland
Kelab lama : Legia Warsaw (Poland)


Bekas penjaga gol Legia Warsaw iaitu sebuah kelab di Poland dibeli pada harga yang dirahsiakan pada musim 2007, rahsia-rahsia pun aku dapat tau around 6.5 million. Agak mahal tapi berbaloi dengan talentnya. Dia dibandingkan dengan Petr Cech dimana judgement dia dikatakan tepat pada masanya. Dia merupakan penjaga gol kedua bagi Poland dan juga kapten budak-budak Carling. Pernah menerima anugerah bakat terbaik dari Poland.

Johan Djourou

Umur : 21 tahun
Posisi : Pertahanan
Kerakyatan : Switzerland (dilahirkan di Ivory Coast)
Kelab lama : Etoile Carouge FC sebelum ke akedemi Arsenal


Menyertai akedemi Arsenal sewaktu berusia 15 tahun, dia pernah dipinjamkan ke Birmingham pada musim lepas dan kembali ke Arsenal pada pertengahan musim lepas. Pemain lasak ini merupakan tonggak pertahanan tengah Swiss bersama-sama seorang lagi pemain Arsenal iaitu Sanderos.

Aaron Ramsey

Umur : 17 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Wales
Kelab lama : Cardiff City


Pemain berbangsa Wales ini dibeli daripada Cardiff City pada musim panas baru-baru ini dengan jumlah perpindahan 4.8 million dan menolak tawaran dari MU sebanyak 5 million. Dia juga dinaikkan pangkat, macam Walcott dari skuad U21 kepada skuad senior Wales. Merupakan calon paling sesuai menggantikan Fabregas. Dia adalah fan MU tetapi sekiranya dapat adapt cara permainan Arsenal, aku rasa dia terus benci MU...hahahaha.

Jack Wilshere

Umur : 16 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Pemain termuda kelab beraksi di dalam liga (16 tahun 256 hari) dan pemain kedua termuda Arsenal menjaringkan gol selepas Fabregas. Merupakan wonderkids terbaru Arsenal dan sudah berada di dalam skuad senior pada musim ini. Messi? David Silva? Aku rasa dia mampu menjadi lebih baik, di usia begini, dia mampu menjadi lebih baik dari mereka.

Kieran Gibbs

Umur : 19 tahun
Posisi : Pertahanan dan midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Wimbledon


Prospek terbaik menggantikan Clichy, lebih baik daripada Traore. Tenang, bertenaga, cross dan pace, cukup lengkap menjadi pertahanan kiri Arsenal. Dia juga boleh beraksi di posisi wing kiri. Pertahanan muda paling aku minat dan rate paling tinggi!

Carlos Alberto Vela

Umur : 19 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Mexican
Kelab lama : Osasuna


Sebenarnya dia bukannya dibeli daripada Osasuna tetapi disebabkan permitnya untuk beraksi di Arsenal tidak dapat disahkan lagi waktu tu, maka dia terpaksa dipinjamkan ke Osasuna. Sebelum di Osasuna, dia juga pernah dipinjamkan ke Salamanca. Penjaring terbanyak dan pemenang World Cup U17 bersama Mexico, dia merupakan tunjang Arsenal terbaru selepas ini. Penjaring hatrik termuda Arsenal!

Amaury Bischoff

Umur : 22 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Portugal (dilahirkan di Perancis)
Kelab lama : Werder Bremen


Dikatakan manusia gamble, bukan kaki judi yaa, gamble sebab Wenger mendapatkannya pada keadaan dia sedang mengalami kecederaan. Hanya sekali beraksi bersama skuad senior Werder Bremen, kekecewaan itu menyebabkan dia menerima tawaran Arsenal. Belum dapat dilihat tahap sebenar kemampuannya pada masa ini.

Alex Song

Umur : 21 tahun
Posisi : Pertahanan dan Midfield
Kerakyatan : Cameroon
Kelab lama : Bastia


Bastia, aku ingatkan Rasta..hehe. Mamat raggae ni dibeli pada kadar 1 million saja, boleh beraksi di bahagian defensive midfield dan pertahanan sama ada tengah atau kanan. Rajin dan tak menggelabah. Aku suka tengok rambut dia, kadang-kadang nampak kelakor..hehe

Jay Simpson

Umur : 19 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Minat sangat dia pada Ian Wright, memang pun, lebih kurang jer. Mungkinkah Ian Wright yang baru? Tunggu dan lihat.

Fran Merida

Umur : 18 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Spaniard
Kelab lama : Barcelona


Macam Fabregas, dia juga didatangkan dari Barca. Pernah dipinjamkan ke Real Sociedad selama semusim. The next Fabregas? Aku xpasti, sebab dia lebih berminat bermain di flank bukan di posisi tengah.

Gavin Hoyte

Umur : 18 tahun
Posisi : Pertahanan
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Kapten pasukan simpanan Arsenal dan juga adik kepada bekas pemain Arsenal yang sekarang ini berkhidmat untuk Boro, iaitu Justin Hoyte. Tubuh badan yang lebih baik dari abangnya, dia lebih sesuai diposisi pertahanan tengah.

Mark Randall

Umur : 19 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama: Akademi Arsenal


Aku suka betul panggil dia adik Hleb, cara dia dribble lebih kurang sama, gaya pun lebih kurang sama. Tapi Hleb lebih selesa diposisi flank manakala Randall lebih molek diposisi tengah.

Henri Lansbury

Umur : 18 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Dia lebih mantap diposisi flank kiri, rajin score, permanent pemain skuad reserves (bukan subs ok), dan juga pemain skuad England U19.

Rui Fonte

Umur : 18 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Portugal
Kelab lama : Sporting Lisbon


Dibeli daripada Sporting Lisbon pada 2006 dan merupakan penyerang utama pasukan simpanan. Abangnya beraksi bersama Crystal Palace.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:43 PTG 4 ulasan

Rabu, 12 November 2008

Time for count down!


Bulan November dan Disember 2008, bulan paling dinantikan semua peminat Arsenal apatah lagi bagi Eduardo dan Rosicky. Masing-masing akan kembali kepada pasukan setelah sekian lama dirawat di bawah medical Arsenal.

Siapa yang tengok game semalam dapat saksikan kelibat Eduardo. Haahhh, citer pasal mamat ni kembali ke Arsenal di bulan November semakin hampir. Aku rasa dalam tempoh seminggu lagi dia akan kembali training bersama skuad senior dan ini bermakna dia kembali bersedia untuk bermain dalam kompetitif game.


Semalam di Germany, Rosicky telah melakukan satu pembedahan untuk membuang tisu yang luka dan dalam 6 hingga 8 minggu lagi dia dijangka untuk kembali menyarung jersi Arsenal. Semoga cepat sembuh ya, aku rindu banget sama kamu!

Sebenarnya aku amat kesiankan Rosicky. Pada mulanya dia hampir menjadi pemain hoki ais Republik Chech, tetapi atas pujukan persatuan bola sepak Republik Chech, dia kembali menyarung jersi Chech.

Bila terjadi hal sebegini (injurd yang lama), aku berasa simpati kepadanya. Sudahlah terpaksa memilih karier, last-last perkara xdiduga berlaku. Harap effect dari kecederaan yang panjang ini tidak akan merosakkan karier bola sepaknya.

Dengan kehadiran dua pemain ini, aku yakin Arsenal semakin mantap. Wenger mungkin pening kepala nak buat formasi yang bersesuaian. Diharapkan kedua-duanya akan kembali ke prestasi asal malahan berlebihan dari sebelum ni. Get well soon my dears.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 10:02 PTG 6 ulasan

Absolutely Fabolous!

/in/v/X5kFFFeD">Arsnal v Wig

"Rare starting line up, fantastic ending!", itulah aksi-aksi di Emirates selepas mengalahkan Latics. Rare starting line up, average 19 tahun, 3 gol, attractive, kualiti dan semangat mengambarkan keseluruhan permainan. Pengalaman yang tersungkur, semangat yang menakluk!

Aku langsung xmenyangka berkesudahan 3-0, Wigan yang beraksi di dalam EPL, menurunkan kesebelasan terbaik tetapi gagal melawan semangat young Gunners. Segenap sudut, baik dari serangan dan juga pertahanan, ke semuanya kelihatan sempurna.


Ramsey membuatkan aku tersenyum. Permainannya cukup menarik. Inilah bakal pengganti Fabregas kelak. Wilshere seperti biasa, nampak tenang dan pace yang dilakukannya membuatkan kita semua tergamam mengigit epal.

Separuh masa pertama menyaksikan Kirkland melampirkan aksi-aksi stuntment menyelamatkan beberapa percubaan yang datangnya dari Carlos Vela, Ramsey, Wilshere dan juga Merida.


Sehingga minit ke 43, thru pass daripada Jack Wilshere disudahkan secara nutmeg (orang Malaysia menyebut 50 sen...hehe) oleh Jay Simpson. Ketiadaan Bendtner membuka ruang bagi Wenger meletakkan Simpson berpasangan dengan Vela dan ini debut pertamanya.

Belum cukup berpuas hati, melalui counter attack sepakan penjuru Wigan di minit 65, bermula dengan tumbukan Fabianski dilarikan Ramsey sebelum long pass kepada Vela yang membuka ruang di bahagian ketiga padang (kotak penalti) sebelum melakukan passing kepada Simpson yang merembat masuk gol keduanya dan Arsenal.

Kelibat Capello yang ingin menyaksikan Kirkland dikaburkan dengan persembahan cemerlang young Gunners. Pemain-pemain senior yang juga menonton aksi menentang Latics antaranya Fabregas, Adebayor, Eduardo (miss you like crazy!), Toure dan beberapa lagi bersama-sama lagenda Arsenal iaitu Martin Keown cukup teruja.


Carlos Vela bukan pendiam dan dia juga meletakkan namanya pada score sheet. Melalui thru pass Djourou, kelibat Kirkland ke hadapan dari posisi asalnya membuatkan Vela mudah menceduk bola masuk seakan-akan gol yang dilakukannya sewaktu menentang Sheffield United walaupun diberi saingan daripada Boyce di minit ke 71.

Di minit ke 77, Arsenal melakukan double subs iaitu memasukkan Amaury Bischoff dan Henri Lansbury menggantikan Jack Wilshere dan Jay Simpson. Ini juga merupakan debut pertama Bischoff selepas pembelian di musim panas.


Aksi paling menarik disaksikan adalah melalui save yang tidak dijangka mampu dilakukan oleh mana-mana penjaga gol tetapi Fabianski membuktikannya. Bola rembatan De Ridder ditepis keluar Fabianski dan sampai ke kaki Amr Zaki yang tidak diikawal malahan pintu gol terbuka luas sebelum merembat pada jarak 5 kaki tetapi berjaya ditepis Fabianski mengenai palang sebelum bola dikeluarkan oleh pertahanan.

Aksi Fabianski membuatkan kedudukan Almunia semakin tergugat. Teringat kembali sewaktu Wenger membelinya di mana aku terus ke laman youtube untuk melihat aksinya. Ternyata kualitinya dibandingkan dengan Petr Cech dan membuatkan aku amat teruja. Pembelian yang cukup berbaloi!

Carlos Vela yang keletihan memaksa Wenger melakukan pertukaran dan dia digantikan oleh Rui Fonte iaitu penyerang U17 Portugal. Buat kali pertamanya aku dapat menyaksikan Mexican Wave di Emirates sewaktu pertukaran dilakukan. Menarik! Kemasukan Fonte juga merupakan debut pertamanya bersama Arsenal.

Kesudahan di Emirates kali ni fantastik fanatik. Kesemua pemain skuad senior berdiri memberikan sanjungan kepada pemain-pemain muda ini. Terima kasih young Gunners, aku masih tersenyum sehingga ke hari ini. So dengan tertewasnya Wigan, Arsenal mengesahkan satu lagi tempat ke suku akhir. Tahniah Wenger kerana menyediakan aksi yang menarik serta memberi peluang kepada pemain muda menampilkan kualiti mereka!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 5:46 PG 4 ulasan

Selasa, 11 November 2008

Arsenal vs Wigan Preview


Lupakan seketika kejayaan ke atas MU dan teori tahyul aku sebelum ni, mari kita kembali ke landasan sebenar. Keep focus, tu jer. Awal pagi nanti memang pertemuan yang agak mengerunkan bagi budak-budak Gunners terutamanya kelibat Amr Zaki yang gempal tu. Tapi dari segi kualiti yang sedia ada, tiada masalah untuk beraksi dengan baik.

90% pemain yang beraksi sewaktu menentang MU tidak dalam padang awal pagi nanti cuma Song dan Fabianski sahaja. So muka-muka pemain subs dan reserve akan kelihatan semula selepas kejayaan membelasah Sheffield United.

Di barisan pertahanan, kapten reserve dan juga adik Justin Hoyte iaitu Gavin Hoyte akan berada di posisi pertahanan kanan bersama Alex Song, Johan Djourou serta pemain yang aku rate tinggi di bahagian pertahanan iaitu Kieran Gibbs.

Randall dan Wilshere masing-masing di flank kanan dan kiri, yang pastinya ke semua merindui kelibat Wilshere. Siapa akan bersama dengan Ramsey dibahagian tengah? Pilih antara dua, Bischoff atau Merida. Aku lebih prefer Merida malam ni disebabkan ciri fizikal pemain Wigan yang agak kental.

Tiada lagi rasa nak kecewa, awal pagi ni milik Vela di starting line up. Dia akan bersama-sama Bendtner ditugaskan untuk mencari gol, kalau nak hatrik sekali lagi pun cara gak..hehe. So aku yakin pairing yang cukup berjaya waktu pre-season akan membuktikan sekali lagi.

Di bahagian bench, ada tiga nama yang aku xkenal, pernah dengar xpernah tengok muka. Abu Ogogo (apasal pelik jer nama ko?hehe), Emmanuel Frimpong dan Francis Coquelin. Pemain yang mungkin boleh dijadikan penyudah malam ni adalah Jay Simpson dan Rui Fonte.


Pemain yang patut dikawal ketat malam ni sudah pastinya Amr Zaki, Valencia dan juga Palacios. Dapat kawal jer, kompem menang. Mungkin aksi malam ni agak tight dan fizikal. So Johan Djourou yang dah berlambak experience tu akan mengawal Zaki nanti. Prediction malam ni, Arsenal 2-1 Wigan. Clean sheet dikira bonus!


Note: Aku rasa malam ni xde live kat Astro, so prepare awal-awal la nak streaming, nanti aku kasik link. Aku cuba cari dari TVU dan Sopcast, harap-harap dapat Setanta TV la.

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 8:39 PTG 0 ulasan

Antara percaya atau tidak, ini realitinya! Mungkin...

Aku dah lama nak post mengenai hal ni. Dah lama aku perasaan, dah lama aku terbaca dari Arsenal Vision dan aku rasa kali ni masa paling sesuai. Boleh kata ini adalah tahyul semata-mata, tetapi kesamaannya membuatkan hal-hal yang berlaku di dunia bola sepak itu unik.

Cuba perhatikan kedudukan top 4 bagi BPL dan La Liga. Apa yang korang faham? Kalau xfaham mai aku nak menghujahkan sesuatu yang aku ungkap tadi 'unik'.

Chelsea-Barcelona, Liverpool-Villareal, Arsenal-Valencia dan Manchester United-Real Madrid, so ada nampak chemist x? Selalu player Arsenal ni disedekahkan ke Barca bila dah famous dan player MU ke Real, tapi yang ni lagi luar biasa.

Sebelum gameweeks 12, Arsenal diposisi keempat sama seperti Valencia, manakala MU dan Real diposisi ketiga. Dek kepoweran Arsenal dan Valencia, kedua-duanya melonjak ke posisi ketiga. Ok tu masih citer biasa la. Ni nak citer chemist la, sabaq sat.

Dalam post di Arsenal Vision, headline dia "A message to Arsenal fans: Please start support Valencia". Aku memang minat Valencia dah lama pun, so aku memang dah lama jenguk-jenguk Joaquin, Silva dan David Villa. Player favourite aku David Silva, aku minat dia dah lama, sejak Benitez kat Valencia lagi bukan baru lepas EURO la...hehehe (senyum sinis kat orang lain).

Mari saksikan chemist lain yang benar-benar terjadi:

Musim 2000/01 - MU/Real Madrid
Musim 2001/02 - Arsenal/Valencia
Musim 2002/03 - MU/Real Madrid
Musim 2003/04 - Arsenal/Valencia
Musim 2004/05 - Chelsea/Barcelona
Musim 2005/06 - Chelsea/Barcelona
Musim 2006/07 - MU/Real Madrid
Musim 2007/08 - MU/Real Madrid

So sekarang dah nampak chemistnya? So mari menyokong Valencia sekali! Sebenarnya xde la betul pun, tapi at least nampak sesuatu kan. So kalau Arsenal dan Valencia beraksi dengan baik sehingga ke hujung musim, pasti susunan ni nampak cantikkan!

Jap-jap, nak buat hal! Kalau Liver menang EPL, kena pastikan pasukan selain Real, Barca dan Valencia menang La Liga, baru cantekkk susunan tapi aku yakin susunan aku buat ni kompem musim ni seperti musim 2001/02 dan 2003/04
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 5:28 PG 3 ulasan

Ahad, 9 November 2008

Tempias Emirates ke Stadium of Light!


Hujan rahmat dan secerah matahari yang menerangi kejayaan Arsenal di Emirates semalam bukan terhenti disitu sahaja malah peredarannya menempias ke Stadium of Light. Mungkin kita perasaan pada mulanya. Aku pun sedar-sedar waktu pegi layan Liverpool vs West Brom, rupanya legend Arsenal iaitu Tony Adams bertemu legend MU, Roy Keane (p/s: legend gaduh ada la!).

Kedua-dua team bukan rival macamana sangat pun tapi kelibat lagenda Tony Adam dan si panas baran Roy Keane membuatkan game tu menarik. Aku tengok highlight jer dari Star Sports, so dapat tengok highlight jer, ingat nak download highlight la..hehe. Yang lebih manis lagi, ini adalah kemenangan pertama Tony Adam sejak menjadi jurulatih Porthmouths. Memang best la! Itu la, xsedar diri punya Keane. Kutuk Arsenal x ke mana dengan youngster pastu kutuk lak Hull City akan down ke bawah liga, sekarang tengok sendiri posisi pasukan sendiri la, bodoh! Sebusuk-busuk mulut Maurinho still keje dia ok, bangang punya Keane..haha

Tahniah Tony Adam, keep a good work. Kalau boleh ambil la beberapa pemain muda Arsenal yang di dalam reserve team untuk diberikan pengalaman melalui pinjaman. Traore dah ke sana, masih ramai lagi yang berbakat. Teknik ini digelar, tolong-menolong bersama taiko Wenger. Profit dua-dua dapat. Xperlu bayar yuran perpindahan pun, bayar gaji.

Ok hapa, lagi pun budak-budak tu mempunyai semangat dan kualiti untuk bermain di EPL cuma belum tiba masanya. Cuma perlu disuntik sedikit pengalaman melalui pinjaman ke kelab-kelab yang baik hati macam Porthmouth. Lagi pun link antara Arsenal dan Pompie cukup baik. Ramai abang-abang senior ke sana, at least adik-adik nak membangun ni boleh timba pengalaman kan.

Berita lain lak, Martin Keown cuba direkrut oleh Tony Adam untuk menjadi pembantu jurulatih di bahagian pertahanan Pompie tapi Wenger pun memang bercadang begitu bagi menguatkan bahagian pertahanan Arsenal. Kedua-dua pihak dah berbincang, jadi nantikan keputusan Keown. So Tony Adam jumpa pada hujung tahun di Emirates. All the best, LEGEND!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 7:40 PTG 5 ulasan

Sabtu, 8 November 2008

Padan muka ko media bangsat!


Hambik! Judge Arsenal pada Mei bukan sekarang..Padan muka. Mana Paul Merson yang cakap Arsenal akan kalah pada MU? Apa pula alasan ko? Arsenal akan bagi segalanya! Tak perlu nama-nama besar atau spend sebesar mungkin, selagi bermain sebagai satu unit macam malam ni, semua mampu ditewaskan. Sudah pasti semuanya xmenjadi jika kita ada pemain serupa Pires, Bergkamp mahupun Henry sekalipun tetapi tidak bergerak sebagai satu unit, jangan harap kita akan menang!


Tahniah aku ucapkan kepada Wenger dan pemain-pemain. Kesungguhan untuk membalas sokongan peminat amat membahagiakan. Keep it up good work! Semua kredit kepada pemain perlu diberi! Semua memberikan komitmen yang cukup baik pada kelab.

Permulaan game menyaksikan Arsenal agak gugup dengan terserlah sangat apabila Almunia mencekup atau menangkap bola dari back pass Silvestre. Seperti biasa, Arsenal pada malam ini create banyak peluang cuma kegugupan Bendtner menanggung pressure sebab ketiadaan Adebayor dan van Persie membuatkan penyudahnya tumpul.

Sayang Almunia gagal menamatkan pemainan akibat ditendang Carrick. Sial! Bola keeper, mana boleh kacau, dah dapat yellow bising, lancau punya ex-Spurds! Manakala kapten malam ni, Gallas, permainan dia mantap. Clearance dia cukup baik, gandingan dia dengan Silvestre semakin baik cuma kegagalan pada marking pemain kurang. Mungkin tempo permainan yang pantas malam ni.


Sagna dan Clichy, permata dari Perancis dua orang ni tak perlu dipertikaikan. Seperti biasa, solid. Cukup solid. Rugi bayar gaji Ronaldo mahal-mahal sehingga 150k, mana lepas dengan pemain yang bergaji 30k seminggu. Baik bagi dekat Evra, rajin jer nampak tapi sia-sia je usaha dia.

Midfield, bahagian cukup aktif malam ni. Kelibat Fabregas, Nasri, Denilson, Diaby dan Walcott superb. Berjaya mengawal midfield MU, membuka permainan dan bermain cara Arsenal yang sebenar. Good Old Football mate! Theo nampak letih akibat kecederaan, Diaby seakan-akan Vieira, Denilson gasak bagai seladang, hampir-hampir segasak Flamini.


Fabregas tak perlu dipertikai, nice game! Memang bekerja keras habis. Nasri jangan cakap la, man of the match. Pengaruh dia semakin baik, teringat Pires..huhu. Aku rasa dia mampu lakukan hatrik cuma peluang agak sedikit. Geram aku dengan Anderson, banyak juga yang dia sekat pergerakan Arsenal.


Banyak orang kurang gembira dengan performance Bendtner, tetapi aku rasa impak dia malam ni cukup besar. Jika diteliti, dia berjaya gerakan Vidic dari post sebenar dia untuk beri laluan pada Nasri. Kalau xpercaya cuba korang layan balik highlight game tu. Nasri dah xlarat dikawal Neville, so kebebasan pada Nasri cukup besar.

Sudah pasti watak manusia paling sial dalam padang adalah Howard Webb. Macam sial biased nye. Memang patut dihalau dari EURO 08 oleh UEFA. Ini bukan sahaja nampak pada fans Arsenal, malah fans lain macam Liverpool juga mengatakan Howard Webb biased pada MU dan ini juga bukan kali pertama dia biased pada MU bila bertemu Arsenal. Season lepas di Emirates pun sama. Harap FA akan cari pengadil yang lebih baik bila Arsenal bertemu MU.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 11:15 PTG 2 ulasan

Jumaat, 7 November 2008

Sonotron, Preview Gameweeks 12


Hari Rabu malam Khamis kaki aku terpeleot, senang cakap tergeliat la. Hari ni aku ke Pusat Kesihatan Universiti aka PKU untuk dapatkan rawatan. Dah tentu jalan capik-capik, ankle aku dah bengkak, nampak gemuk buku lali kiri dari kanan. Sinaran sonotron, best-best. Panas-panas, dan xperlu la diurut oleh dukun Rogayah yang tentu mengeluarkan air mata tahan sakit punya pasal. Aku rasa medical Arsenal pun guna menatang laser sonotron ni, patut la lebam-lebam dorang cepat lega, akak nurse yang peramah tu cakap menatang tu mahal gila. Gembira dapat merasa..hehe

Sonotron-sonotron pun, Adebayor xdapat gak main. Apatah lagi Rosicky yang xluak langsung dengan sonotron ni. Abang Dudu lagi 2 minggu lebih dah boleh join training dengan 1st squad. Harap-harap Rosicky xdelay lagi la, semalam aku lepak kat mapley layan hockey ice teringat kat Rosicky. Camne la mamat Chech ni yang dulunya hampir meninggalkan karier bola sepak untuk mewakili Republic Chech dalam sukan hoki ais ni boleh injured lama-lama, walhal game hoki ais tu gasak gila. Mungkin nasib kurang baik. Get well soon Rosicky!

Ok, ni preview bagi game menentang MU. Alasan pemain injured dah xboleh pakai, lapok, guna jer apa yang ada. Tu jer. Menang, memang kena menang. Memang bukan di separuh masa kedua EPL, tapi perlu pastikan gap 6 point dengan Chelsea dan Liverpool dikurangkan. Adebayor dan Eboue memang dah out, Walcott dan Gallas 50-50, Sagna bakal beraksi, Silvestre lebih kepada gamble. Patah hidung lak waktu lawan Fenerbahce.

So macamana percaturan Wenger nanti? Sapa senjata rahsia? Ramsey, Vela atau Bendtner? Harap-harap 3 org ni skor la...hahahaha. Mana tau kut-kut termenang besar, sapa tau kan. Ok, midfield aku rasa agak stabil setelah game menentang Fenerbahce tetapi penyudah kurang tajam. Lagi satu Volkan Demirel tu boleh lak cun habis save-save dia! So bahagian midfield boleh diteka. Mungkinkah Ramsey-Denilson-Fabregas-Nasri tunjang midfield? Boleh jadi.

Di bahagian penjaga gol, aksi Fabianski kena postpone aku rasa sampai bertemu Wigan dalam Carling Cup. Almunia yang hari tu tetiba sakit, hari ni sihat walafiat, so Fabianski kena rest balik la. Aku dapat rasakan, posisi Fabianski dah semakin menghampiri 1st team, percayalah. Siapa pasangan Bendtner? Vela atau Diaby? Aku rasa Wenger akan guna Diaby dulu, bila nampak si panjang ni dah merapik baru la masuk Vela. Apa-apa formasi pun boleh jadi, bagus gak Adebayor injured, banyak choice..hahaha


Wah-wah makcik, memang die hard fans la! Memang makcik ni menyampah gila dengan Giggs apatah lagi satu skuad MU, terserlah sangat. Sabar makcik, sabar, jangan risau, aku rasa masih boleh menang. Dan game lawan MU ni akan jadi titik permulaan kekebalan Emirates. Kalau season lepas cukup powerful, season ni nampak merudum sejak dua minggu lepas, mungkin game yang compact dengan selang 3 hari. Pancit gak beb!

Prediction aku bagi game ni adalah Arsenal 2-0 MU. Nampak yakin kan, mestilah aku yakin, ni team aku, aku yakin 100%. Once a Gooners, always a Gunners! Menang, seri atau kalah sekali pun, aku akan sentiasa dibelakang Arsenal. Inilah yang dikatakan setia. Dan sekiranya pemain Arsenal bersatu dan bekerja keras, pastinya perlawanan malam Sabtu nanti cukup berbaloi. Good luck Gunners!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:51 PTG 6 ulasan

Khamis, 6 November 2008

Nice game but unlucky


Seri-Kalah-Seri lagi, aku xrasa semua fans Arsenal gembira dengan result semalam tapi bagi aku, aksi semalam adalah lebih baik dari sebelum ini. Perlu diingat, kesebelasan pemain semalam adalah gabungan 1st 11 dan youngster dari bench aka budak Carling, so pengalaman yang diraih itu lebih penting. Lagi pun mereka dah lama xterdedah kepada game besar selepas membantai Sheffield United 6-0. Positifnya, kita masih diatas, 1 mata lagi sudah cukup untuk layak round 16.

Awal pagi tadi adalah milik Volkan Demirel. Aku xawardkan man of the match kepada v.Persie kerana kegagalan dia menjaringkan gol tetapi ketangkasan Volkan menyelamatkan 4 percubaan berbahaya membuatkan dia adalah manusia paling berjaya diatas padang semalam. Alah, aritu dah bocor 5, so dia bersemangat lebih la kali ni.

Fabregas nampak letih, memang terserlah melalui passing yang dilakukannya, kerap tersangkup, tidak seperti biasa. Seperti post yang lepas, aku berharap Wenger merehatkannya untuk aksi menentang MU tetapi tidak seperti yang diharapkan. Mungkin Wenger berharap pengaruhnya akan membantu midfield malam ni, ada juga sedikit yang dapat dilihat.

Kelibat Aaron Ramsey malam ni cukup mengujakan. Pace, passing dan passion dia pada bola harus dipuji. Mungkin ini senjata Arsenal untuk pertemuan bersama rivals kebiasaan di Emirates pada Sabtu nanti. Aksi Bendtner paling memualkan. Dari touch ball sehingga passing agak memualkan manakala Nasri nampak bersahaja, macam nak xnak je main.

Bagi manusia 4 jantung si Clichy, malam ni dia nampak bertenaga. Antara pemain yang menampakkan kesungguhan malam ni adalah Toure iaitu kapten yang aku amat harapkan. Banyak ruang yang dia cuba salurkan kepada penyerang tetapi gagal dilaksanakan. Dan game tu juga menunjukkan dia sudah kembali ke tahap sebenarnya.

Bagi pemain yang aku nak tengokkan aksinya iaitu Djourou, impaknya agak kurang disebabkan Fenerbahce tidak mahu menyerang, tetapi setiap bola yang sampai diselamatkan dengan baik. Nampak solid. Fabianski mana boleh diabaikan. Nampak berani dan rasional tindakan dia semalam. Wenger, please guna Fabianski untuk game bertemu MU nanti!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 2:36 PTG 2 ulasan

Rabu, 5 November 2008

Kalah tu bukan jenayah!


Dah-dah, sampai bila nak berkabong. Jom kencangkan balik adrenalin korang melayan nafsu Gunners awal pagi nanti. Dah lepas dah, jadikan pengajaran la game di Britannia tu. Awal pagi nanti kedatangan Fenerbahce dilayan dengan muka bengkek oleh Gunners tapi muka nerd...yaa, muka nerd budak-budak.

Aku rasa beberapa pemain yang keletihan akan direhatkan bagi memberikan tenaga yang maksima untuk bertemu MU hujung minggu nanti dan kelibat pemain-pemain muda mungkin dipertaruhkan Wenger kali ni. Bagi aku, adalah lebih molek merehatkan Clichy dan Fabregas bagi game malam ni. Bagi laluan pemain muda buktikan kemampuan mereka.

Tak gila pun kalau gantikan Ramsey dengan Fabregas di center manakala Clichy digantikan dengan Gibbs. Aku rate both player muda ni memang superb. Ramsey yang corak permainannya seakan-akan Fabregas, manakala solid dan tenaga Gibbs lebih baik dari Traore dan pengganti terbaik bagi Clichy.

Rotation? Terkejut aku Wenger cakap nak bikin rotation. Abis tu xreti-reti ke nak simpan Silvestre, bagi Djourou yang segar bugar tu menggantikan tempat Silvestre. Tolong la, aku nak tengok gandingan Toure dan Djourou.

Macamana lak dengan striker? Aku rasa adalah lebih baik menggunakan Carlos Alberto Vela dari v.Persie malam ni untuk bergandingan dengan Bendtner. Memandangkan Adebayor dan v.Persie xdapat main lawan MU, so mari usha-usha tahap finishing Vela malam ni. Kan bagus bikin preparation awal, lagi pun, aksi di dalam liga juara-juara bukannya fizikal macam EPL.

Malam ni ada live kat Astro, channel apa aku xcheck sebab aku nak layan streaming jer. Nanti around kul 2 lebih aku kasik link dari Myp2p untuk sapa-sapa nak layan streaming. Adios, selamat berjaya. Menang malam ni, kompem layak round 16!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 7:57 PTG 2 ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

ShoutMix chat widget

Penyumbang

  • Hafez Rachwan
  • Qsheira

Live Streaming (TV Online)

  • BPL Highlight (Download)
  • Myp2p
  • TV Indonewyork
  • Live Football

Arkib Blog

  • ►  2010 (90)
    • ►  November (3)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (7)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (13)
    • ►  Februari (18)
    • ►  Januari (20)
  • ►  2009 (223)
    • ►  Disember (15)
    • ►  November (23)
    • ►  Oktober (23)
    • ►  September (22)
    • ►  Ogos (18)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (13)
    • ►  Mei (19)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (17)
    • ►  Februari (16)
    • ►  Januari (17)
  • ▼  2008 (167)
    • ►  Disember (12)
    • ▼  November (21)
      • Secebis cuitan...
      • Manchester City vs Arsenal Preview
      • Inilah masanya....
      • Terry - Don't write off Gunners
      • Mungkin sebab nihhh....
      • Realiti itu pasti!
      • Post Match : Arsenal vs Aston Villa
      • Arsenal vs Aston Villa Preview
      • Mempelajari sejarah Arsenal FC
      • "Ingat nama aku tau!"
      • Time for count down!
      • Absolutely Fabolous!
      • Arsenal vs Wigan Preview
      • Antara percaya atau tidak, ini realitinya! Mungkin...
      • Tempias Emirates ke Stadium of Light!
      • Padan muka ko media bangsat!
      • Sonotron, Preview Gameweeks 12
      • Nice game but unlucky
      • Kalah tu bukan jenayah!
      • Stroke la sial!!!
      • Stoke ke Stroke!
    • ►  Oktober (16)
    • ►  September (18)
    • ►  Ogos (20)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (7)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (18)
    • ►  Mac (21)

Arsenal First Squad 2009/10

  • Manuel ALMUNIA (1)
  • Abou DIABY (2)
  • Bacary SAGNA (3)
  • Cesc FABREGAS (4)
  • Thomas VERMAELAN (5)
  • Laurent KOSCIELNY (6)
  • Tomas ROSICKY (7)
  • Samir NASRI (8)
  • Robin van PERSIE (10)
  • Carlos VELA (11)
  • Theo WALCOTT (14)
  • DENILSON (15)
  • Aaron RAMSEY (16)
  • Alexandre SONG (17)
  • Sebastien SQUILLACI (18)
  • Jack WILSHERE (19)
  • Johan DJOUROU (20)
  • Lukasz FABIANSKI (21)
  • Gael CLICHY (22)
  • Andrey ARSHAVIN (23)
  • Vito MANNONE (24)
  • Emmanuel EBOUE (27)
  • Kieren GIBBS (28)
  • Marouane CHAMAKH (29)
  • Armand TRAORE (30)
  • Nicklas BENDTNER (52)
  • Wojciech SZCZESNY (53)

Arsenal Coaching Staff 2009/10

  • Arsene Wenger
  • Pat Rice
  • Boro Primorac
  • Neil Banfield
  • Gerry Peyton
  • Tony Colbert
  • Colin Lewin
  • Gary O'Driscoll
  • Kieran Hunt
  • David Wales
  • Neal Reynolds
  • John Kelly
  • Vic Akers
  • Paul Akers
  • Paul Johnson

Gunners Links

  • A Cultured Left Foot
  • A Gooner in KT
  • Aizen Gunners
  • Arse Blog
  • Arsenal FC Blog
  • Arsenal FC Official Site
  • Arsenal For Fans
  • Arsenal Goal
  • Arsenal Malaysia
  • Arsenal News and Videos
  • Arsenal Number 4
  • Arsenal Round Up
  • Arsenal Video Clips
  • Arsenal Vision
  • Arsenal World
  • Arsenal Zone
  • Carlos Vela News
  • Everything About Arsenal
  • Footy Vidz
  • G&R (Arsenalaysia)
  • Gooner Talk
  • Gudang Senjata
  • Gunner Blog
  • Hidup Mati Arsenal
  • Lobah Gooner
  • Malaysia Arsenal Fans Forum
  • Pak Leman Gunners
  • Red and White Army
  • Sky Sports/Arsenal FC

Others Links

  • Angah Jambu Batu...hehe
  • Beautiful Game Search Engine
  • BPL Goal and Highlight
  • Broken Noise
  • Bukan Teka-Teki
  • Catatan Pendek Dari Neraka
  • cKURUS kering
  • Emosi si Rambo van Persie
  • EPL Zone
  • Fantasy Premier League
  • Fear and Loathing in Batu Pahat
  • Footy Tube
  • Fred54 MOTD Highights
  • Goal Day
  • Hadapi dengan Rock and Roll
  • Jitegha Bloggers
  • Liverpool Kita
  • Mr. Koy Dadey
  • MySpace
  • Revulsion Recs
  • Si Jambi Darat
  • Soccer Pulse
  • Suara Si Bebal
  • TV Kita Video on Demand
  • Video Bola Sepak
  • Youthtrust Recs
Imej tema oleh Jason Morrow. Dikuasakan oleh Blogger.