Selasa, 22 Julai 2008

PSG intai khidmat Gallas


Presiden Paris Saint Germain (PSG) Charles Villeneuve tela menyatakan secara terbuka bahawa beliau amat berminat untuk membawa William Gallas di dalam kelabnya.

Laporan sebelum ini mencadangkan PSG mendapatkan tandatangan bekas pemain Marseille bagi menandingi kejuaraan Ligue 1 ke atas Lyon.

Selepas kejayaan membawa masuk Claude Makelele dan Ludovic Giuly, Villeneuve menyatakan prospek terbaik untuk kelabnya adalah Gallas.

Adakah Wenger sanggup kehilangan seorang lagi pemain berpengalaman setelah kehilangan Gilberto, Flamini dan Hleb?

Mungkin kebanyakan peminat Arsenal rela untuk melihat Gallas beredar dari Emirates, tapi jika benar, adakah Wenger akan mencari khidmat baru di bahagian pertahanan tengah atau mengangkat pemain muda baru ke dalam skuad?

Khabar angin mengenai beberapa pemain pertahanan tengah yang diintai oleh Wenger seperti Raul Albiol (Valencia), Miguel Veloso (S. Lisbon) dan Petr Martesacker (W. Bremen) mungkin ada benarnya. Kita tunggu dan lihat..

Tiada ulasan: