Selasa, 15 Julai 2008

Adebayor = Samuel Eto'o + 15 million


Jika sebelum ini Barca secara terbukanya mengangkat bendera putih untuk sesi 'lelongan' Adebayor yang ditentang sengit oleh AC Milan, kali ini mereka kembali bertaruh. Biasalah kaki judi, mana tahu insaf..hehe.

Eto yang dihantui masalah kecederaan pada musim lepas dan kegagalan menunjukkan aksi memberangsangkan menyebabkan dia gagal menambat hati Guardiola untuk bersama Barca lagi untuk musim hadapan.

Keinginan untuk memiliki Adebayor telah memaksa Guardiola untuk melakukan pertukaran secara terdesak dengan Arsenal bagi mendapatkan khidmat Adebayor. Oh, dah kurang sengat korang nak kasik kat Arsenal, ingat Emirates tempat memulihkan reputasi ker???

Geram gak aku dengan kelab yang mempunyai mentaliti sebegini tetapi dalam sudut hati aku ingin benar melihat Eto bersama Arsenal. Mungkin ada peminat Arsenal yang kurang senang dengannya selepas menjaringkan gol penyamaan di final liga juara-juara Eropah.

Itu cerita lama, kita kena professional, so sekiranya dia bersama Arsenal, alangkah indahnya Arsenal berada di final bersama Barca sekali lagi dan kali ni misi membalas dendam. Masa yang sesuai untuk kecewakan Henry, Adebayor, Guardiola dan Hleb.

Aku juga merasakan inilah masa yang sesuai untuk memulihkan reputasinya dan membantu Arsenal bagi mendominasi musim hadapan. Mungkinkah dia akan menjadi seperti Craptista dan selepas itu terus jatuh cinta dengan Arsenal?

Fabregas juga pernah menyatakan keinginannya kepada Wenger untuk menyaksikan Eto menyarung jersi merah dan putih kebanggaan kita. Adakah bakal menjadi realiti? Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: