Isnin, 28 Julai 2008

Fabregas: Itu semua adalah sampah!

Cesc Fabregas menentang habis-habisan spekulasi mengenai masa depannya bersama Arsenal.

Pemain antarabangsa Sepanyol ini menjadi pertaruhan terbaru Real Madrid selepas kegagalan mereka mendapatkan khidmat ratu balet, Cristiano Ronaldo.

Akhbar-akhbar Sepanyol heboh memperkatakan mengenai masa depannya sekiranya Arsenal gagal untuk memenangi sebarang kejuaraan di musim datang dan akan menimbangkan tawaran untuk beraksi di Primera Liga.

Beliau amat gembira berada di England dan berada dalam tekanan untuk memberikan fokusnya bagi membantu Arsenal meraih trofi kepada Emirates Stadium.

"Saya langsung tidak berbicara dengan sebarang media jadi sememangnya saya kecewa mengenai isu masa depan saya yang diperhebohkan oleh mereka," ujarnya.

"Saya telah menggunakan cuti musim panas saya bersama keluarga, kawan serta teman wanita dan akan kembali menjalani latihan bersama Arsenal keesokan harinya (Selasa).

"Saya rasa mereka cuba menggelirukan ramai orang dan keinginan saya amat jelas.

"Saya bahagia bersama Arsenal, masa depan saya adalah bersama Arsenal dan kelebihan untuk mencapai kejayaan dan memenangi trofi adalah bersama Arsenal."

Pemain yang berusia 21 tahun ini berjaya menaikkan namanya dengan memecahkan dominisi pemain bintang lain di dalam liga Inggeris dan antara penyumbang besar kepada kejayaan Sepanyol sewaktu EURO 2008 baru-baru ini.

Tiada ulasan: