Jumaat, 18 Julai 2008

Pengalaman atau Polisi?

Setelah Flamini dan Gilberto meninggalkan Arsenal, posisi tengah yang akan berpasangan dengan Fabregas semakin menjadi tanda tanya.

Adakah Wenger sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan Gareth Barry yang mempunyai kontrak yang agak panjang bersama Villa dan melepaskan Justin Hoyte kepada O'Neill?

Kegagalan Xabi Alonso menempatkan dirinya di dalam kesebelasan utama Liverpool dan gagal disambar oleh Juventus, mungkinkah beliau calon paling layak bergandingan dengan Fabregas?

Belum cukup dengan teka-teki kedua-dua pemain, rumours terbaru melibatkan Frings iaitu pemacu Werden Breman juga dijangka antara pilihan yang terbaik tetapi berusia 31 tahun mungkin menyebabkan beliau terkandas oleh polisi Wenger.

Persoalan lebih menghairahkan, adakah pemain muda Arsenal seperti Denilson dan Abou Diaby calon terbaik untuk diangkat mengisi posisi ini? Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: