Rabu, 23 Julai 2008

Arshavin di dalam dilema!


Mungkinkah impiannya untuk menyarung jersi Barcelona untuk musim hadapan tercapai? Harga tawaran lelongan daripada Zenit St Petersburg sebanyak 24 million euro mungkin terlampau mahal untuk harganya.

Barca yang telah membida sekitar 12 million tetapi telah ditolak tak masak oleh Zenit dan desas-desus bidaan dari sebuah kelab dari London sekitar 19 million juga ditolak.

Jangkaan aku kelab Inggeris yang gagal membidanya mungkin Chelsea atau pun Spurs. Arshavin juga agak kesal dengan harga yang terlampau tinggi yang ditetapkan oleh Zenit.

"Zenit are asking for so much money," said Arshavin. "I know Barcelona offered £11.9m, but Zenit are asking for £23.8m. I have made my decision, and Zenit coach Dick Advocaat knows I want to go. I do not know if it will be to London, but my desire is well-known."

Daripada kenyataan di atas, adakah beliau akan menyertai Arsenal? Adakah Wenger telah melakukan bidaan ke atasnya dengan Zenit? Aku pun tak tahu.

Tiada ulasan: