In Proud of Red and White

Selasa, 30 Disember 2008

Lovely Alonso, Improving Gallas


9 hari, mungkin juga 10 hari, setiap malam, Liverpool ke Barcelona, panggilan yang diterima oleh Fabregas daripada teman baik senegaranya iaitu Xabi Alonso. Pertembungan 50-50 challenge antara kedua-dua pemain di hujung babak pertama kunjungan Liverpool ke Emirates membuatkan Fabregas terpaksa diketepikan dalam tempoh 4 bulan. Mungkin ada perbualan yang dirahsiakan antara mereka, siapa tau mungkin Fabregas cuba menyunting Alonso setelah Mascherano kembali pulih dari kecederaan yang memungkinnya kurang beraksi bersama Liverpool.

Ketiadaan Hleb, Flamini dan kecederaan Rosicky yang berpanjangan, sudah pasti dia kehilangan sahabat rapat di England, cuma Alonso saja berdekatan dengannya. Sememangnya kedua-dua pemain amat rapat terutamanya apabila berlatih bersama di dalam skuad Sepanyol. Alonso yang khuatir terhadap kecederaan yang dialami oleh Fabregas tetapi Fabregas menyatakan ia adalah 'kemalangan' di dalam padang di mana kecederaan boleh berlaku tidak kira masa apabila diatas padang dan mungkin nasib tidak menyebelahinya.

Setelah 5 tahun tanpa kecederaan yang serius tetapi kali ini nasib Fabregas kurang baik dimana saingan musim ini baru saja sampai ke pertengahan tetapi disebabkan umurnya masih muda maka dia tidak memerlukan pembedahan cuma perlu menjalani proses terapi di Barcelona. Dengar nama Barcelona ni agak cuak sebenarnya! Cuba renungkan apa yang disampaikan oleh Fabregas kepada teammates:

"While I recover I will be praying for Arsenal to do well and hopefully we will be competing in the league, FA Cup and Champions League when I return."


Sementara itu pemangku kapten sementara iaitu Almunia telah menyatakan Gallas telah meningkatkan prestasinya setelah melepaskan 'beban' sebagai kapten. Dan aku bersetuju dengan Almunia walaupun kesilapannya melakukan tackle ke atas Agbonlahor di Villa Park menjadi turning point Arsenal seri.

Walau bagaimanapun kesilapan itu sudah pasti tidak disengajakan apatah lagi bolos gol kedua disebabkan kelemahan mentaliti dan marking serta covering yang membolehkan Knight menyamakan kedudukan.

Bagi aku dia sememangnya real contender walaupun melakukan beberapa kesilapan besar yang dipertikaikan samaada oleh peminat mahupun media bermula aksi di Birmingham, kantoi rokok dan mengeluarkan statemen kelemahan pemain muda Arsenal kepada umum.

“I play with so much confidence when William is in front of me. It is the same with any player but especially with William because he has won titles and has won World Cups. I have so much respect for him."

Dan mustahil January windows ni dia akan keluar dari Emirates sekiranya aksi selepas melepaskan beban yang dilihat lebih konsisten dan jika dibandingkan permainannya kebelakangan ini dengan Toure, jauh berbeza, Toure yang aku kenali sebagai tough defender bertukar kepada ping-pong yang kejap form kejap down dan sememangnya perbelanjaan ke atas Silvestre memang berbaloi di mana pairing kedua-dua pemain lebih baik dan Djourou sebagai pengancam bagi ketiga-tiga experience defender sesuatu yang positif.


“[Our form] is better, it has been different and we are improving our behaviour on the pitch. We have shown good character but I think we can still give a bit more to find the real Arsenal.

“We are coming back slowly and we have better character and better spirit but there is a still a long way to go.”

Di samping itu Almunia juga menyatakan bahawa Arsenal sekarang bukanlah seperti Arsenal dahulu dan pemain-pemain sekarang perlu 'mencari' Arsenal yang sebenar. Mungkinkah tempoh hampir 2 minggu rehat ini dengan berkemungkinan tenaga baru bakal disalurkan melalui pembelian dan pemulihan, ia adalah pada pemain itu sendiri serta Wenger.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 7:51 PTG 2 ulasan

Arsene Wenger likely to make £20m move for Andrei Arshavin


Arsenal manager Arsene Wenger is expected to make a £20 million bid for Andrei Arshavin in January after watching his side struggle to break down Portsmouth.

While refusing to name the Russia playmaker, Wenger said: “I need a creative midfielder but I won’t announce a name because when you do that there is a 50 per cent less chance of making the signing.”

Arshavin, one of the stars of Euro 2008, is blessed with great awareness, pace and technique, and certainly fits the bill as an Arsenal player.

Wenger has admitted the injury to Cesc Fabregas makes him “more likely” to dip into the market.

A stumbling block would be Arshavin’s ineligibility for the Champions League, but Wenger seems ready to eschew his usual policy of signing young players he can develop in favour of a more experienced signing.

“We have many young players, so if we buy it will be somebody who is ready to play straight away," he said. "A loan deal could also be a possibility.

“Cesc is a long way from playing again, so are Tomas Rosicky and Theo Walcott and these are three creative players that we count on at the start of the season. So what we might need is someone who can create a little spark.”

Speaking last week, Zenit confirmed they would be prepared to sell Arshavin should Arsenal match their valuation of the player.

Director Maxim Mitrofanov said: “We would be happy to accept it in the case Arsenal made a £20 million offer to buy Andrei Arshavin.”

Review:

Aku memang mengharapkan Arshavin untuk menyarung jersi Arsenal walaupun masa agak kurang sesuai kerana jika Wenger mendapatkannya pada January transfer windows ni bermakna dia tidak dapat beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah bagi musim ini setelah beraksi bersama-sama Zenit St. Petersburg.

Mungkin juga Wenger serik nak announce nama pemain yang hendak dibelinya bertujuan untuk mengelakkan bid yang lebih besar dilakukan oleh pasukan lain yang menyebabkan dia kehilangan untuk memiliki pemain tersebut seperti Petr Cech, C.Ronaldo, Luka Modric dan beberapa lagi.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 2:07 PG 5 ulasan

Isnin, 29 Disember 2008

Play with more power???

ROBIN VAN PERSIE - REBOUND!



MICHAEL BALLACK - STUPID!

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:52 PG 0 ulasan

1/5 hutang dilangsaikan!


Tahniah, langkah pertama sudah berjaya diselesaikan dengan cukup baik! So baki empat perlawanan yang aku cabar bagi Arsenal perlu dilangsaikan dan seterusnya menjadi lebih konsisten. Ternyata taktik Wenger mengeluarkan Diaby dan Eboue dengan memasukkan Vela dan Ramsey berhasil.

Sememangnya game antara Arsenal dan Pompie merupakan perlawanan yang ditunggu bagi peminat kedua-dua pasukan memandangkan chemistry yang cukup kuat. Boleh juga dikatakan reunion bagi bekas-bekas pemain Arsenal dengan fans Arsenal sendiri dan kekuatan itu ditambah lagi dengan jurulatih Pompie merupakan Mr. Arsenal!


Kesilapan Gallas pada perlawanan 'Boxing Day' ditebus melalui gol tandukan daripada set piece yang dilakukan oleh Denilson di minit 81 permainan. Pompie yang bermain secara 'men behind the ball' akhirnya melakukan kesilapan yang dimanfaatkan sebaiknya oleh Gallas dan itulah masalah yang kerap berlaku apabila bermain secara bertahan, kesilapan kecil mudah dihukum seperti yang dialami Arsenal sewaktu menentang Spurs dan Villa.

Kemasukan Vela dan Ramsey sememangnya memberikan impak cukup besar bagi pasukan dengan menstabilkan bahagian midfield dan dibantu kerja-kerja defensive yang cukup baik oleh Denilson dan attacking oleh Nasri. Walaupun jumlah peluang yang dicipta tidak banyak tetapi akhirnya kesungguhan pemain berhasil.

Mungkin hari ini bukan milik Adebayor. Dua peluang terbaik untuk memecahkan kebuntuan gol gagal. Tackle disaat akhir oleh Distin dan asakan Campbell membuatkan Adebayor sukar melakukan tapping ball untuk membolosi gawang Pompie walaupun berjaya melepasi David James. Peluang kedua Adebayor yang terbuka disudut kanan pintu gol Pompie gagal disudahkan dengan ketempangan kakinya yang merembat ke side netting.

van Persie terpaksa direhatkan atas tujuan keselamatan bagi mengelakkan kerapuhan kakinya mengalami impak fizikal permainan. Nicklas Bendtner yang sebelum ini diperam disebabkan aksi hambarnya serta kecederaan, dijadikan partnership Adebayor. Beberapa pace yang dilakukannya agak baik tetapi passing macam sial jer.

Entah kenapa Bendtner ditugaskan untuk roll di sudut kiri Arsenal dan Nasri di kawasan tengah permainan. Mungkin juga Nasri ditugaskan untuk membantu di center midfield seperti mana yang kerap dilakukan oleh Hleb sebelum ini terutama apabila lawan beraksi secara bertahan.

Apa-apa pun, tiga mata penuh yang diharapkan dilangsaikan dan Chelsea yang gugur 2 mata menentang Fulham membolehkan jarak antara Arsenal dikurangkan kepada 7 mata tetapi jurang antara Arsenal dan Liverpool masih kekal 10 mata.

Gameweeks 21 harus dieksploitasikan oleh Arsenal sebaik mungkin apabila menerima kunjungan Bolton dengan mengumpul 3 mata penuh manakala Stoke yang akan menerima kunjungan Liverpool boleh la diharapkan untuk Stoke mengumpul 3 mata manakala Super Sunday iaitu MU vs Chelsea diharapkan berkesudahan seri.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 2:47 PG 0 ulasan

Sabtu, 27 Disember 2008

Pisang 'ajaib' akan berbuah dua kali!


Memang aku xdapat duduk diam dari awal game sampai habis, memang kecut perut game semalam! Secara terang-terangan, kempen Arsenal menjuarai liga musim ini mungkin boleh dikatakan tamat lebih awal. Mental pemain cukup rendah terutama setelah leading, mudah alpa, dan itu masalah bagi pemain muda yang gagal mengawal tekanan di sekeliling.

Jika di nilai keseluruhan permainan, Villa lebih layak memungut 3 mata dengan beberapa percubaan merbahaya melalui set pieces dan cross lawan. 40 minit pertama sememangnya menggerunkan dan ditambah dengan kucar-kacir di setiap posisi. Hasilnya, gol di minit 41 oleh Denilson sememangnya kejam untuk Villa.

Song yang mengalami kecederaan di penghujung babak pertama digantikan dengan Ramsey. Kemasukan Ramsey berjaya menstabilkan midfield dan di minit ke 48 hasil 1 2 antara Diaby dan Eboue berjaya menghasilkan gol kedua. Dan kestabilan midfield juga memberikan peluang kepada van Persie melakukan rembatan tetapi hanya terkena tiang di sebelah kanan Friedel.

Tetapi itu semua tidak lama. Kesilapan besar Gallas melakukan tackle ke atas Agbonlahor di dalam kotak penalti memerangkap permainan Arsenal. Sepakan penalti yang diambil Barry di minit ke 65 dan ini merupakan turning point bagi Villa. Hasil usaha keras mereka akhirnya di minit ke 90 mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan.

Dan pisang berbuah dua kali. Selepas dimalukan oleh Spurs setelah mendahului 4-2 sebelum keputusan seri 4-4, kali ni Arsenal bagaikan tidak puas berada dua gol dihadapan. Entah kenapa terlalu mudah alpa dan kegoyahan di bahagian center back sekali lagi membuatkan Arsenal kehilangan 2 mata.

Bukan aku tidak positif tetapi dengan ketinggalan 10 mata, falsafah Wenger yang semakin hari semakin mengarut dan kelemahan mental serta fizikal pemain, sudah pasti menghilangkan kesabaran peminat, aku rasa sudah tiba masanya untuk diumumkan Arsenal bakal kempunan EPL untuk tempoh lima tahun walaupun di separuh musim sekiranya masalah ini tidak ditangani.

Sekiranya lima perlawanan liga seterusnya gagal mengumpul 15 mata iaitu menentang Pompie, Bolton, Hull, Everton dan West Ham, sememangnya tamat impian untuk menjadi juara liga bagi musim ini. Masalah Arsenal ni kadang-kadang bagaikan masalah yang dihidapi FAM, naik meluat dan menyampah!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 11:10 PTG 0 ulasan

Rabu, 24 Disember 2008

Fuck you, Howard Webb


Memang aku bengang dengan setan botak Webb ni! Setan? Dia ni memang galak dengan MU dengan kerap kali menyuapkan penalti kat Ronaldiver dan sebab tu dia throw Adebayor dari padang untuk membuatkan Arsenal lost dari title race! Apa-apa pun aku berbangga dengan Arsenal, walaupun bermain dengan 10 orang, tapi semangat yang ditunjukkan cukup mengagumkan dan pemain-pemain serta fans Liverpool perlu akui, korang takut dengan Arsenal, walaupun dengan 11 pemain, takut untuk ke depan mencari gol.

Sepatutnya FA lebih awal lagi menyingkirkan Howard Webb daripada menjadi jurulatih di dalam liga terutamanya melibatkan 4 pasukan teratas. Aku bukannya menilai dia pada game Ahad lepas sahaja tetapi jika dilihat aksi menentang MU beberapa bulan lepas serta musim lepas di Emirates, sudah pasti terserlah kesialannya. Contoh lain MU vs Liver di OT dan aku sebagai penonton berkecuali bagi game tersebut melihat bagaimana Mascherano dikeluarkan daripada perlawanan sama seperti Adebayor dengan tindakan bodoh pengadil botak sial lahanat ini!

Mengenai game tersebut, apa yang dilihat kebanyakan bola berada di bahagian tengah dan kedua-dua gol dihasilkan daripada long pass yang sememangnya merbahaya. Superb pass dari Nasri dan great finishing daripada van Persie (rambut ko gerek la)! Gol yang dilepaskan Arsenal harus dipersalahkan ke atas Clichy bukannya Djourou atau Gallas. Hairan bagaimana dia sanggup mengambil throw in forward dari bahagian bawah sehingga ke kawasan Liver.

4 throw in ke semuanya sebelum long pass Arbeloa di mana setiap throw in yang cuba dilakukan oleh Clichy diminta oleh Fabregas dalam usaha untuk menukar direction bola tetapi apa yang dilakukan Clichy sememangnya kesilapan besar dan dihukum oleh Keane yang di-boo sepanjang game! Gallas dan Djourou sudah pasti tidak berani melakukan tackle di mana berkemungkinan besar menerima red card jika berlaku.

Selepas Adebayor dikeluarkan di minit 62, apa yang dapat dilihat ke semua pemain Arsenal bersemangat untuk mencari gol dan mengawal permainan cukup baik seperti bermain 11 orang malahan lebih baik tetapi cuma seorang, seorang sahaja kambing hitam iaitu Diaby, asal dapat bola kat dia, mesti lost. WTF! Nak hold orang dari rebut bola tetapi tanpa tengok posisi pemain lawan dan bola, memang mudah lost ball. Ikut hati, nak jer aku kerat kaki dia. Aku harap Wenger kuarantinkan si sialan Diaby ni. Dekat mapley aku dah tak panggil dia Diaby tetapi ba-alif-ba-ya!


Sesuatu yang menyedihkan berlaku, mengikut jangkaan Wenger, Arsenal akan kehilangan Fabregas dalam tempoh 4 bulan setelah mengalami kecederaan di ligamen lutut kanannya dan secara tidak langsung dia bakal menamatkan musim lebih awal tetapi dengan usia mudanya, aku harap dia akan cepat recovery. Dengan ketiadaan Fabregas, siapakah paling layak untuk roll posisinya? Denilson? Diaby? Ramsey? Mungkin Ramsey yang terbaik tetapi Wenger perlu mencari seseorang yang lebih baik pada Januari ini dan sekiranya Wenger berjaya mendapatkan Pirlo, that's the great signing. Tapi ini cuma pendapat aku.

So siapakah sepatutnya menjadi kapten selepas ini? Toure, Almunia, Clichy, Adebayor atau van Persie? Wenger menyatakan Almunia berkemungkinan bukanlah kapten sejak ketiadaan Fabregas, adakah Wenger mempunyai calon lain lebih baik atau pun Almunia adalah baik dari segi kuasa tetapi bukan aksi atau mungkin juga Wenger mahukan seorang penjaga gol yang baru? Aku tak pasti, cuma nak provoke. Cuba fahami apa yang diluahkan Wenger, “That can move a little bit. But that is not the most important thing. For me Fabregas remains the captain of the team even when he is not playing.” Sememangnya Fabregas sudah menjadi kapten Arsenal sejak Vieira meninggalkan Highbury. Get well soon Fabregas!

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 12:37 PG 2 ulasan

Sabtu, 20 Disember 2008

UCL Draw, Arsenal Liverpool Preview

Undian UEFA Champions League menyaksikan Arsenal seperti biasa akan bertemu pasukan daripada Italy di Round 16, dah macam tradisi dan adat pula. Lawan Arsenal nanti adalah AS Roma. Inter Milan, Juventus dan AC Milan telah pun ditewaskan di Round 16 dalam tempoh 5 tahun ini dan kali ini disajikan pula AS Roma. Yang aku tau pasal Roma adalah jersi dorang mesti fit nyer..hahaha. So aku pun dah memang bajet sangat nak jumpa Roma ni, sama cam Qsheira.


Relax, boleh chill lagi, game akan dijalankan di hujung Februari dan pertengahan Mac di mana pada tempoh ini Arsenal akan disuntik khidmat Walcott dan Rosicky (mungkin la) kembali. Mungkin juga beberapa pemain baru akan diserapkan ke Arsenal pada January transfer windows disebabkan kegagalan skuad yang sedia ada untuk konsisten.

1st leg
Arsenal v AS Roma
Tuesday 24th February 2009
Kick Off 7.45 (UK time)
At Emirates Stadium, London

2nd leg
AS Roma v Arsenal
Wednesday 11th March 2009
Kick Off 7.45 (UK time)
At Stadio Olimpico, Rome

Lupakan pasal CL Round 16, berbalik kepada saingan liga. Untuk tempoh 8 tahun Liverpool gagal menewaskan Arsenal sama ada di Highbury mahupun Emirates, maka tugas pemain-pemain yang sedia ada perlu melebarkan jurang kesanggapan Liverpool.


Dan pertemuan ini juga memang memerlukan Wenger memerah otak untuk melakukan strategi yang mantap di bahagian midfield terutama di posisi wing kiri dan kanan. Manakala Liverpool kehilangan khidmat Fernando Torres setelah mengalami kecederaan hamstring tetapi midfielder mereka menjalankan tugas dengan baik dan menjaringkan gol.


Mudah saja nak gambarkan game antara Arsenal vs Liverpool, bahagian midfield mana bergerak dengan baik malam esok, pasti pasukan tersebut akan mendapat 3 mata berharga. Dan game ini penting bagi Arsenal untuk mengurangkan jurang mata antara kedua-dua pasukan kepada 5 mata sekiranya menang dan Liverpool yang ditekan oleh Chelsea sudah pasti mahukan kemenangan juga.


So pertembungan esok sudah pasti menarik. Kedua-dua pasukan perlukan kemenangan, dan kedua-duanya dah mengayamkan MU dan Chelsea. Sekiranya Arsenal drop points lagi, boleh la say goodbye untuk title. Esok di jam 11:55 nantikan pertembungan menarik ini!

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 11:22 PTG 4 ulasan

Khamis, 18 Disember 2008

Do or Die!


WTF! Geram betul aku, kalau minggu lepas anugerah kambing hitam ditujukan kepada Eboue, kali ini kepada Diaby. Bukan kadang kala saja aku tertanya-tanya bahkan selalunya bagaimana dia boleh bersama Arsenal. Tiada apa yang hendak dibuktikan lagi, memang sampah! Sememangnya dia beraksi diluar posisi asalnya iaitu center midfield dan diletakkan di wing kiri tetapi kalau stop ball tak betul, short pass pun kerap sangkut, baik Arsene sign up Indra Putra jer. Dua chances totally wasted, kalau Nizaruddin Yusof pun boleh skor la!

Sorang lagi yang aku tak puas hati dengan prestasinya sekarang adalah Denilson. Down tidak seperti di awal musim. Mungkin sudah cukup untuk Wenger berikan peluang kepadanya dan transfer window January ni aku pasti seorang defensive midfielder akan di add on. Memang dia muda lagi tapi peluang yang diberikan kepadanya hampir sama diberikan kepada Fabregas dahulu so aku rasa Wenger patut berani menurunkan Ramsey daripada Denilson untuk memantapkan bahagian tengah. Aku pasti gandingan Fabregas dan Ramsey pasti superb dan lebih baik daripada Fabregas-Flamini.

Dan tempoh seminggu selepas menentang Boro boleh digunakan sebaik mungkin untuk menguatkan pasukan sebelum menjemput Liverpool ke Emirates. Aksi di Teesides sepatutnya memberikan tiga mata penuh tetapi selepas menjaringkan gol pertama, aksi semakin goyah. Superb gol dari Aliadiere dan betul-betul ciri seorang penyerang yang gamble sanggup menanduk di antara dua pertahanan, nasib tak baik jadi la cam Terry. Yang perlu diberikan perhatian adalah bagaimana dengan mudah Boro dapat cross dan kebanyakan gol dibolosi musim adalah disebabkan cross yang bersimpang siur di kiri dan kanan pertahanan.


Nasib Arsenal minggu ni cukup baik, Liverpool, MU dan Chelsea masing-masing seri dan membuatkan Arsenal tidak tercicir mata dengan jauh cuma kelebihan ini diambil oleh Aston Villa dan menendang Arsenal ke posisi kelima. Masih mampu untuk diperbetulkan keadaan sekiranya pemain betul-betul melakukan tugasan mereka dan pertembungan Liverpool boleh dikatakan 'do or die game'. Arsenal yang tidak konsisten dan terdesak manakala Liverpool yang mengalami double draw di dalam liga sudah pasti mahukan tiga mata untuk mengelak dipintas Chelsea.

Dan amat penting untuk menang menentang Liverpool tetapi sekiranya pemain masih lagi tidak bersemangat, kalah sudah pasti. Pertemuan ini juga mencari 'King of Top 4' di mana kedua-dua pasukan telah mengayamkan Chelsea dan MU tetapi sekiranya kemenangan ke atas Liverpool tetapi pasukan kembali tidak konsisten, apa guna nya. Jangan impikan menjadi juara musim ni, diposisi top 4 pun belum tentu sekiranya tidak konsisten. Tak perlu meratapi pemergian Flamini dan Hleb tetapi kudrat pemain yang sedia ada perlu digunakan, jika Chelsea dan MU mampu ditewaskan tanpa kedua-dua pemain kenapa tidak pasukan lain?


Sememangnya aku tak pernah risau mengenai posisi penyerang dan aku yakin dengan kemampuan Adebayor dan van Persie tetapi sekembalinya 'dia' ke dalam pasukan, sudah pasti akan menyuntik semangat baru. Siapa lagi kalau bukan Eduardo. Dia sudah beraksi bersama skuad simpanan Arsenal menentang pasukan simpanan Pompie untuk 45 minit dan aku yakin dia akan kembali ke prestasi asalnya. Diharapkan kehadirannya akan kembali memberikan sinar kepada pasukan dan jangkaan 6 minggu untuknya kembali ke prestasi asal mungkin akan disingkatkan disebabkan semangatnya yang cukup tinggi!

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 12:14 PG 2 ulasan

Jumaat, 12 Disember 2008

Korban Boro...huhhh


Kalah lagi tapi jujurnya aku xkecewa pun. Aku xtengok game tu dan aku xtau sehambar mana game tu. Yang aku tahu kalah 2 bijik. Lantak la, dah layak, bagi la chance untuk budak-budak bench main walaupun 1st team banyak gak budak-budak.

Kalah bermaksud Arsenal akan bertemu salah satu daripada juara kumpulan dari 8 kumpulan, so Arsenal mungkin bertemu AS Roma, Panathiniakos, Barcelona, Liverpool, MU, Bayern Munich, FC Porto dan Juventus di pusingan kalah mati nanti yang akan diadakan undian pada minggu hadapan. Yang mana pilihan hati? Aku nak jumpa Juventus dulu, lepas tu Real Madrid, Villareal dan lastly jumpa Barca, so time for revenge! Jauh harapan nih!

Sebenarnya adalah satu takdir, Arsenal lebih suka mencari jalan susah, so be prepare dengan rival yang nampak kuat la, tapi yang pasti keputusannya langsung tidak mengecewakan. Sebagai contoh Arsenal kalah di Highbury 3-1 menentang Inter Milan sebelum menang di San Siro 5-1. Marvelous!

Lagi pun aku yakin sengaja Wenger biarkan kekalahan untuk menggelak bertemu Real Madrid, Inter Milan dan Atletico Madrid. Xpe, rileks jer, UCL ni xboleh suka hati nak predict sebabnya bertemu dengan pasukan di liga berlainan terutamanya dengan corak permainan berbeza dan mengharapkan pita video, aku rasa taktikal dan mental perlu kuat!

Ok lupakan la cerita di Portugal, fokus semula ke EPL. So fokus kepada pasukan yang dropkan lima point kita musim lepas iaitu Boro. Tewas di Teeside sebelum seri di Emirates di minit-minit terakhir perlawanan, sudah pasti aku dan korang nak Arsenal menang kedua-dua perlawanan di home dan away.

Memandangkan prestasi Boro musim ini tunggang langgang xmacam season lepas (lebih kurang la dengan Arsenal..hehe), so perlu ambil kesempatan ni. Dan sejak dibawah kapten Fabolous Fab, Arsenal belum tewas. So aku jangkakan kemenangan sudah pasti malam esok!

So esok jangan lupa, 8:45 malam. Pakai baju away ok sebab Arsenal main kat away malam besok..haha. 3 point pasti!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 11:12 PTG 3 ulasan

Rabu, 10 Disember 2008

Post Match and Preview UCL

Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan kepada korang yang beragama Islam. Ok berbalik kepada post match yang lambat gampang aku post ni. 3 mata penuh even kecut perut gak risau drop point lagi. Memang nasib xbrapa baik, dua kali bola cium tiang dan beberapa kali miss target yang xberapa jauh sangat dari pintu gol tapi yang penting 3 point.

Van Persie memang xde luck nak skor malam tu, rugi la kapten aku tu. Eboue ikutkan hati nak jer aku sekeh kepala dia, entah merapik apa dia asik back pass yang sangkut. Nasib la dia duk main midfield, kalau defend, kompem belanja kaw-kaw! Akibatnya memang dia kena boo dengan fans Arsenal sendiri, kamera dah main gila zoom muka dia.

Lantaklah, janji tiga point. Yang aku xpuas hati game tu disebabkan kesialan Palacios! Jadahnya tackle double sehingga injurd pergelangan kaki Nasri, sepatutnya referee bagi kad merah jer. Nampak sangat taktikal keji dan keluar jer Nasri, permainan Arsenal semakin teruk. Naik meroyan aku risau kalau-kalau Wigan dapat gol penyamaan disebabkan kegagalan Arsenal kill game.

So lupakan pasal game menentang Wigan, dah kompem pun 3 point. Yang perlu diberi tumpuan adalah game menentang FC Porto lak. Seri dah cukup untuk memastikan Arsenal sebagai leader Group G dan yang pastinya Arsenal dan Porto dah layak ke pusingan kalah mati cuma untuk menentukan pendahulu kumpulan. Kunjungan ke Porto juga menyaksikan Nasri, Rosicky, Adebayor, van Persie, Fabregas, Clichy, Sagna, Toure dan Eduardo tidak akan bersama pasukan tetapi Gallas dan Diaby pasti akan diturunkan nanti.

Aku rasa game ni lebih kepada pendedahan kepada pemain muda beraksi di Eropah di samping untuk merehatkan pemain-pemain yang keletihan dan mengalami kecederaan ringan. So aku bajet game ni mungkin berakhir dengan keputusan seri atau kemenangan yang tipis. Harap-harap menang di Porto nanti. Kesah lain pula adalah mengenai Eduardo. Dia dijangka beraksi 16 Disember ini bersama pemain simpanan menentang Pompie reserve sebelum akan bersama dalam pasukan menentang Pompie hujung bulan ni. Harap-harap dia akan cepat kembali seperti dulu dan lebih baik.

Skuad ke Portugal:
1. Manuel Almunia
21. Lukasz Fabianski
10. William Gallas
18. Mikael Silvestre
40. Kieran Gibbs
41. Gavin Hoyte
27. Emmanuel Eboue
20. Johan Djourou
17. Alex Song
15. Denilson
16. Aaron Ramsey
47. Mark Randall
2. Abou Diaby
43. Fran Merida
19. Jack Wilshere
26. Nicklas Bendtner
12. Carlos Vela
50. Jay Simpson
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 12:06 PG 3 ulasan

Sabtu, 6 Disember 2008

Ni la turning point!


Gila ke title post ni? hehe. Even kalah aku cakap ni sebagai turning point! Ok, kalah kepada Burnley dengan average skuad sekitar 19 tahun, aku xde nak kesah. Bagus untuk pengalaman dorang even penyudah memang teruk. Boleh juga dikatakan keeper Burnley bermain dengan baik tetapi di sudut berbeza, penyerang nampak tumpul dan kadang-kadang tu tamak, kerja nak shot 1 by 1, last-last xgol. Kalau ikut Hleb pass kat sebelah member yang free, so baru keeper terngial-gial nak kenjan bola!


Kali ni lambat gak aku buat posting..hehe. Ok beb, aku cakap game seterusnya iaitu menentang Wigan Athletic sebagai turning point disebabkan dua peristiwa hitam lepas. Menang di kempen Piala Liga dengan mengalahkan Sheffield United dan Wigan Athletic pasti berakhir dengan keputusan kalah! So next game aku rasa Arsenal akan kembali mendapat kemenangan, konsistensi dan aku yakin game menentang Wigan juga penting seperti menentang Chelsea, Liverpool mahupun MU. Ke semua game menghasilkan tiga mata apabila menang, so setiap game adalah penting bagi mengejar kejuaraan liga.


Berita daripada Arsenal.com iaitu Gallas mengalami kecederaan akan memberikan laluan kepada Toure yang fit sepenuhnya untuk game menentang Wigan. So pairing CB mana yang akan digunakan menentang Wigan? Toure-Djourou, Toure-Silvestre atau Djourou-Silvestre? Bagi aku Toure-Djourou pilihan paling terbaik! Sekiranya Wenger menggunakan formation Sagna-Toure-Djourou-Clichy, aku yakin, pertahanan kali ni cukup mantap! Dan kembalinya Toure pun xkan ubah armband pada Fabregas, so ternyata Fabregas sebagai kapten tetap dan disebabkan Toure, Gallas dan Silvestre tidak memegang armband utama, so pertarungan di posisi CB semakin menarik. Boleh dikatakan persaingan 4 penjuru atau 5 kalau Song nak menyibuk gak..hehe.


Di bahagian midfield aku menjangkakan pemain yang sama akan digunakan sewaktu menentang Chelsea tapi aku agak risau dengan tahap penurunan prestasi Denilson. Harap-harap dia akan lebih konsisten dan meningkatkan usaha untuk support Fabregas di tengah. Dan sudah pasti aksi menggila Song aku harapkan untuk game kali ni. Harap-harap mamat iklan syampoo Clairol Herbal Essential ni xmakan puji sehingga lupa diri!


So next game aku yakin 3 mata penuh menjadi milik Arsenal. Aku dah angkat van Persie dalam team fantasy sebagai kapten minggu ni, memang aku nak dia skor hatrik! hehe. Menang tipis pun xde hal la, yang penting 3 mata, tu jer...Kalau xdapat, masak nak mengejar. Yang pasti, Wenger xakan menggunakan skuad Carling yang mengalahkan Wigan aritu, mungkin beberapa jer yang join dalam bench. So pukul 11 malam, Star Sports channel 813 (pandai-pandai la korang gaduh dengan ane kat mapley jangan bagi dia buka Liver) di Emirates tapi aku layan kat Pelita SP jer la. Teringin aku nak pegi layan kat kawasan keretapi lama dengan budak-budak Arsenal. Harap-harap ada masa nanti.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 12:24 PG 3 ulasan

Selasa, 2 Disember 2008

Chelsea 1 - 2 Mighty Arsenal


hahahaha...lepas MU diayam-ayamkan, kali ni nasib Chelshit lak diayam-ayamkan. Even game tu xde la menarik mana sangat tapi aku puas hati dengan cara Arsenal react! Sememangnya dari awal lagi Chelsea cuba disturb cara permainan Mighty Arsenal dengan meletakkan pemain-pemain bertubuh besar tapi otak kecik iaitu Ballack dan Mikel ditengah padang. Deco? Ada ker mamat tu? Aku xnampak pun atas padang..wakaka


Sori la lambat update, asal nak kuar umah g cc jer hujan, sial betul! Ni nasib panas gila hari ni, semalam lencun kena hujan. Ok berbalik kepada game menentang Chelsea, permulaan game memang hambar. Dengan kelam-kabutnya, gila kecoh! Tapi xde la kecoh cam mulut Ballack dengan Essien yang cakap xsedar diri tu, amik ko WANKERS!


Aku pegi layan malam tu dengan Zuhairy (Jitegha Bloggers). Tahniah diucapkan kepada van Persie yang menjaringkan dua gol dan kepada Fabregas, ini tugasan pertama dia di dalam liga yang disempurnakan cukup baik. So harap lepas game ni Fabregas dan pemain lain menjadikan game tu sebagai turning point untuk konsisten sehingga tamat musim ini.


Bagi aku pemain-pemain pertahanan telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Walaupun Djourou menjaringkan gol ke gawang sendiri tetapi gerakan lain mempertahankan kubu pertahanan bersama-sama Gallas, Clichy dan Sagna harus dipuji. Memang solid sehingga pemain-pemain Chelsea tu mati kutu..hahaha. Aku harap Wenger akan kerap menggunakan Djourou.


Di bahagian midfield, sudah pasti kapten perlu diberikan pujian kerana berjaya menggerakkan bahagian midfield cukup baik. Cuma mistake banyak pada Denilson, dengan passing yang sangkut-sangkut sehingga membolehkan lawan counter attack, nasib defend berjaya mengawal keadaan dengan baik. Nasri dan Song berjaya diposisi masing-masing, terutamanya Song yang berjaya melakukan aksi defensive cukup baik sehingga Ballack, Lampard dan Mikel jadi bahalol..wakaka.


Selepas 2 game liga gagal menjaringkan gol dan penggantungan RvP untuk 3 game sememangnya berhasil. 2 gol, tergamam muka-muka pasukan lucah (Blues). Memang superb. Khidmat Adebayor memang berguna. 1st half dia memang rajin terutamanya melalui perebutan bola. Jika diperhatikan game tersebut, Wenger menggunakan Adebayor untuk menarik pertahanan Chelsea bagi memberikan ruang kepada RvP melakukan penyudahan. Gol pertama dan kedua terhasil melalui fungsi ini. Bijak kan Wenger!


Even gol 1st tu ofsaid, nak pertikai hapa, player Chelsea tu terutamanya Drogba tu dah banyak kali skor ofsaid, xkesah lak korang, Arsenal skor ofsaid korang kesah, kimak! Nasib baik ref bagus, selalu Arsenal dapat ref biased jer. Ok la Arsenal skor own goal, xkan nak menang sebab Arsenal skor own goal. Cammon la, spend beratus juta, xkan xde idea nak skor! Ayam-ayam! Lagi pun ref dah buat beberapa mistake, so dia cover la, fair la!

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:46 PTG 11 ulasan

Khamis, 27 November 2008

Secebis cuitan...

Sori kawan-kawan, aku xdapat nak update blog sebelum ni. Ni pun aku kerah tenaga gak keluar. Lepas game vs Man City, aku balik bercuti di Kedah, then demam. Arini boleh dikatakan dah sembuh la, so aku paksa diri pegi cc nak menaip. Oh yaa, thanks sebab sudi jenguk ke blog ni, tanpa korang, aku xmungkin nak rajin menaip. Thanks a lot GUNNER-mates!

Kekalahan kepada Man City bermakna dalam tempoh dua tahun buat kali pertamanya Arsenal kalah dua kali berturut-turut! Memang agak mengecewakan. Live xde, aku sempat tengok live score lepas game Liver Fulham. Dua gol ceduk dan satu penalti, 3-0 beb, aku macam xpercaya kalah macam tu, sebabnya Man City bukan seberapa sangat. Dari highlight, bukan 3-0, mungkin lebih Arsenal boleh kena. Nasib, cukup bernasib baik! Ketiga-tiga pasukan rivals cuma seri 0-0! So kita ketinggalan 10 mata, masih mampu untuk mengejar lagi jika lepas ni konsisten!

Kalah dengan Man City pun aku sanggup keluar date dengan awek aku kat Mid Valley pakai baju away Arsenal keesokkannya (Ahad)! Sebabnya, hari Sabtu tu awek aku hadiahkan baju away dari butik khas buat aku sempena birthday aku yang ke-22. Thanks dear, love you! Kalah pun aku xde nak segan pakai, sebabnya ni pemberian awek sendiri and then, ori lak tu..huhu. Untungnya awek aku pun sokong Arsenal! hehehe

Tahniah aku ucapkan kepada Fabregas kerana telah memiliki arm band pasukan. Memang calon paling sesuai buat masa kini. Dengan arm band ini juga bermakna dia menjadi kapten yang muda seusia Tony Adams mendapatkan arm bandnya iaitu sewaktu berumur 21 tahun!

Jika Tony Adams dikenali sebagai kapten terbaik Arsenal dan juga EPL di dalam eranya, maka xmustahil Fabregas akan mengulanginya. Calon terbaik bagi pasukan. Diharapkan dengan arm band ini dia akan kekal lebih lama bersama Arsenal dan mungkin sehingga penamat kariernya, siapa tahu.

Kekalahan dua kali berturut-turut terus ditebus pada aksi UEFA Champions League. Kemenangan 1-0 bermakna Arsenal sudah pasti berada di dalam 16 kelab terbaik Eropah dan semakin hampir memenangi piala yang belum dipahatkan lagi nama Arsenal FC! Mungkin tahun ini milik kita setelah kegagalan di Paris dan episod duka musim lepas di Anfield!

Dan kemenangan itu juga merupakan kemenangan pertama, perlawanan pertama Arsenal dibawah kapten baru iaitu Fabregas. Good job! Teruskan. Aku xdapat tengok highlight lagi, aku tau lorongan Fabregas kepada Bendtner disudahkan dengan baiknya. So next progress menentang Chelsea, rivals paling liat untuk ditumbangkan.

Seliat-liat Chelsea, aku rasa game menentang Chelsea nanti berkesudahan dengan kemenangan bagi Arsenal. Aku yakin dan pasti! Setelah aku menyaksikan pertembungan Chelsea MU dan Chelsea Liver, aku yakin Chelsea dahulu bukan seperti sekarang. Mereka lebih mudah dijinakkan dan aksi mereka kurang meyakinkan apabila menentang pasukan kuat. So aku yakin kemenangan kepada Arsenal. Aku akan cuba update preview game menentang Chelsea atau post match nanti.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 5:09 PTG 15 ulasan

Sabtu, 22 November 2008

Manchester City vs Arsenal Preview


Ehmm..sori, silap facts, sebenarnya pertemuan menentang Man City nanti RvP boleh beraksi. 3 game suspend selepas MU, Wigan dan Aston Villa, so game lawan Man City dia bakal beraksi kembali setelah menjaringkan dua gol sewaktu menentang Sweden bersama-sama Belanda.

Injury list masih lagi sama, so Arsenal akan kehilangan Eduardo, Rosicky, Sagna, Toure, Eboue dan Walcott. Berita injury lain tiada, nak kata tempang, agak la. Fabregas pula kena suspend setelah memungut 5 kad kuning. So next game dia vs Chelsea.

Berita hangat mengenai Arsenal sudah pasti sekarang mengenai kebocoran maklumat dalaman oleh Gallas. Puncanya adalah disebabkan seorang pemain yang dikatakan primadona, sombong dan cepat naik angin, hintnya 6 tahun lebih muda daripada Gallas. Aku xnak predict siapa-siapa tapi aku rasa perkara ini agak terbuka, mungkin ada pro dan kontra tindakan Gallas ini.

Sepatutnya hal dalaman pasukan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati ke media tapi aku merasakan mungkin ada reason disebaliknya. Mungkin Gallas dah xtahan dengan kerenah pemain ini sebabnya aduan yang dilakukan oleh seorang pemain kepadanya mengenai sikap pemain ini. Bila ditegur dapat makian percuma, so aku rasa ini alternatif bagi Gallas.

Mungkinkah Gallas akan dilucutkan arm band? Aku xpasti. Yang aku pasti dia akan beraksi menentang Man City nanti. So nantikan bagaimana tindakkan Wenger. Dan aku juga mungkin xdapat nak aktif sangat update blog disebabkan cuti. Balik kampung, internet xde, nak g CC aku malas...hehe. So aku cuba la untuk rajin-rajinkan diri update sikit-sikit.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 2:00 PG 5 ulasan

Jumaat, 21 November 2008

Inilah masanya....


Eduardo, Rosicky, Sagna, Eboue dan Walcott adalah muka-muka yang tengah rehat untuk beraksi bersama Arsenal untuk tempoh yang agak lama manakala van Persie lak kena suspend, so nampak team musim ni semakin mengecik dari kecik. So nak xnak kita kerahkan tenaga yang ada untuk berjuang bagi mencari kemenangan dan konsistensi.

Ok, minggu international yang xkena time, nak buat friendly, game seterusnya 4 bulan lepas ni, kejadahnya. So Walcott kembali injurd di tempat lama iaitu bahu di sebelah kirinya. Jadinya, ini adalah kali keempat dan dia sudah selesai menjalani pembedahan dan tempoh 3 bulan diperuntukkan untuk dia kembali beraksi.

Yang aku risaukan bukan tempoh 3 bulan, tetapi adakah kariernya akan kembali seperti biasa? 4 kali beb, bila tulang injurd lebih dari 3 kali di tempat yang sama, so faham-faham jer la kekuatan tulang tu macamana nanti. Harap-harap ini bukan masanya, dia masih muda dan masih banyak yang perlu ditunjukkan melalui bakatnya.

Pertengahan bulan 12, Eduardo kembali ke 1st team, Rosicky hujung bulan 1 manakala Walcott hujung bulan 2. Mampukah Arsenal kembali konsisten dan bersaing? Aku xpasti, harap-harap pemain-pemain muda seperti Ramsey dan Wilshere yang bakal digunakan nanti mampu untuk memberikan impak yang besar kepada pasukan.


Lepas kalah dengan Aston Villa, banyak fans Arsenal yang bising youngster lagi baik dari 1st squad, so bila dah injurd beberapa1st team player, inilah masanya. Waktu ni kita nak lihat Ramsey, Wilshere dan beberapa lagi untuk beraksi dalam 1st team. Aku juga memandang injury beberapa pemain 1st team satu berita yang bagus..haha. Apa xnyer, kalau 1st team player ada bukannya youngster dapat main, so ini masa yang amat sesuai!


Ni bukan rumours la, tapi aku tengok highlight kat footytube.com game Germany vs England, aku rasa Wenger patut dapatkan seorang pemain ni. Lincah, laju, pace dan cross aku rasa dia sesuai untuk bersama Arsenal, calonnya Piotr Trochowski yang sekarang ini beraksi bersama-sama Hamburg, usia baru 24 tahun, kaki kiri dia superb dan kanan boleh tahan gak, posisi wing kiri dan attacking midfield.

Dari spending ke Arshavin, aku rasa dia lagi ok. Lagi murah dan berbaloi, muda lagi. So harap-harap dia bakal pakai no 13 Arsenal. Nak cakap pasal rumours Arsenal ni memang aku bosan nak selidik, bukan Wenger nak beli pun, so aku taruk la rumours player yang aku suka..haha. Kalau Wenger xnak beli, aku beli dalam FIFA 09!

Akhir kata, kurangkan kontroversi, tingkatkan konsistensi!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 6:12 PG 5 ulasan

Selasa, 18 November 2008

Terry - Don't write off Gunners


John Terry believes Arsenal remain title contenders despite the Gunners' inauspicious start to the Premier League campaign.

While Terry's Chelsea lead the way ahead of Liverpool on goal difference, Arsene Wenger's side are nine points adrift after suffering their fourth league defeat of the season against Aston Villa.

Many believe Arsenal's hopes of securing their first title since the 2003/04 season are hanging by a thread, but Terry fully expects the Gunners to recover.

Terry acknowledges it could not be closer at the top and the England international thinks that, come May, goal difference could play a crucial role in the destination of the Premier League crown.

Still a contender


"I still consider Arsenal a contender, you should never write off the big sides," he said. "They have the players to do it and they will put a run together.

"We still have to play them at home and away and anything can happen. We have to make sure we pick up the six points against them in those two games.

"It is really close at the top at moment. Liverpool are playing well. I watched them before we played West Brom, and Manchester United had a good result against Stoke.

"The main thing for us is to keep winning and try and frustrate the teams below us. We have experienced that in chasing Manchester United the last couple of years. It does get to you.

"They had the advantage of a better goal difference on us before but we have it now. If we can keep scoring and not conceding it's like another three points."

Info : Sky Sports

We love you Arsenal, We do!
We love you Arsenal, We do!
We love you Arsenal, We do!
Oh Arsenal we love you!!!

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 8:08 PG 6 ulasan

Isnin, 17 November 2008

Mungkin sebab nihhh....

Note:
Wenger mencari-cari ke mana hilangnya teddy dia... kesian!
(p/s: aku ada baju Wenger pakai ni..hehe, sayang baju ni)
Note:
Eboue, most wanted!!!
Note:
Pires, thanks sudi terima teddy ni daripada aku..hahahaha

Aku rasa sebab ni Wenger kurang melakukan formasi yang terbaik, terasa sesuatu yang hilang. Wey Eboue dan Pires, bagi balik teddy Wenger, memain yer korang!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 10:32 PTG 4 ulasan

Realiti itu pasti!


Aku belum lagi nak give up, aku belum rasa nak lepaskan kejuaraan liga pada MU, Chelsea mahu pun Liverpool. Masih ada lagi harapan. Keajaiban masih boleh diharapkan. Selagi pungutan mata xabis dikutip, lagi tu aku masih berharap.

Bukan saja blogger, site atau official site jer berkabung, fans lagi la. Tapi nak tunduk macamana pun, xboleh juga. Itu realiti, kena terima menang, seri atau kalah. Xkan la dah menang kita puja bagai nak rak, bila kalah maki sampai hilang kewarasan. Emosi memang terganggu tetapi kalau masih gagal nak kasik kepercayaan pada pasukan, aku rasa xfair la.

Semua salah, dari Wenger, pemain dan kita sendiri sebagai peminat. Kita seronok bakar-bakar fans MU, tetapi bila dah kalah, kena bakar kena la terima. Tu jer. Mungkin ayat pedas boleh buat dorang sakit hati..hehe.

"Langit xsemestinya cerah", ujar seorang kawan aku aka fan MU. "Memang pun, sebelum nak hujan akan keluar petir, petir akan panah syaitan, sorry to say, syaitan merah dah kena petir sehingga hangus", reply aku.

Post kali ni lebih membina. Kita memang merasai kehilangan Hleb, Flamini, Gilberto dan juga Lehmann. Tapi perkara dah berlaku. Mesti tangani sebelum semakin parah. Kita kerahkan tenaga yang ada. Dan macam yang aku dah cakap dulu-dulu, jangan fikir nak menang lawa sangat, kalau boleh menang cara buruk, lakukan. Xsalah bukan!

Lagi satu, Wenger patut ketepikan semangat nasionalis dia. Jangan fikirkan French saja, pemain dari negara lain pun bagus. Kerana Silvestre, jangan katakan Djourou, Toure pun xdapat main 1st 11. Aku xnak pertikaikan Silvestre dan Gallas sebagai ex-MU dan ex-Chelsea, tapi aku pertikaikan pemain Perancis. Tengok ke luar Wenger, macamana performance France sekarang. Berapa banyak defend dorong conceded gol? Berapa orang pemain Arsenal yang main untuk France? Nilai la sendiri!


Selepas kekalahan, satu pasukan akan melakukan post match dan mencari penyelesaian. Yer, Arsenal musim ni belum kalah double, memang berhasil. Sepatutnya bukan sahaja kalah, apa-apa result pun perlu diadakan post match, mesti ada silap dilakukan juga, xkira menang, seri atau kalah, so lakukan seperti biasa.

Dan kalau ni caranya, itu yang terbaik. Dalam post match ni lah masanya nak mengaku salah dan menuding jari untuk selesaikannya. Biar semua jadi leader, kita perlukan setiap pemain jadi leader, bukan kapten. Kita senang letakkan kesalahan pada kapten. Dulu, bila Arsenal kalah, semua tujukan pada Vieira, sekarang, mangsanya adalah Fabregas dan Gallas. Bolasepak adalah permainan 11 orang, kekalahan dan kesilapan perlu ditanggung semua!

Sama ada korang masih percaya Arsenal akan menang title liga atau tidak, itu hak korang, aku masih lagi percaya dan optimis kempen musim ni belum tamat. Masih ada yang harus diperjuangkan. Aku masih letakkan sepenuh kepercayaan pada Arsenal, sesuatu yang dipandang mustahil itu lah yang akan direalitikan oleh Arsenal, sebab itu lah juga aku menjadi fan Arsenal. Goodluck, try the best. Still have chances!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 5:12 PG 3 ulasan

Ahad, 16 November 2008

Post Match : Arsenal vs Aston Villa


Tahniah Aston Villa. Break thru game yang killing every step. Dah macam badi, selepas aksi Carling Cup, kedua-duanya game home kalah (Hull City dan Aston Villa). Hadiah ke gol sendiri oleh Clichy sebelum counter attack mematikan langkah cukup memeritkan dan memberikan pulangan 3 mata berharga untuk Villa.

Taboo, game yang taboo gila. Aku dari awal start game dah nampak semacam. Midfield gagal operate macam biasa. Memang goyang gila barisan tengah Arsenal sehingga ke striker. Bendtner? Aku rasa sakit-sakit kaki aku tergeliat pun stop ball xpergi sampai 3 meter. Basic la tahan bola!

Passing sangkut, xtepat, kelam-kabut, memang buatkan game tu bukanlah milik Arsenal. Maki? Aku serahkan kat G&R..hehe. Macam posting sebelum ni, seperti yang aku cakap, midfield mana bergerak dengan baik, itu lah pemenangnya.

Ikut matematiknya, atau kira-kira guna kalkulator apek jual sayur, semua fans Arsenal boleh optimis lagi untuk menang EPL season ni tapi ikut logik akal fikiran, tipis setipis tisu. Kelemahan dapat dilihat pada musim ini adalah bagaimana react pada pasukan yang bermain aksi attacking dan defensive.

Attacking - FC Porto, Blackburn, Fenerbahce, MU, Everton dan West Ham, semuanya menghasilkan kemenangan dan 3 mata penuh. Defensive - Stoke City, Fulham, Sunderland, Aston Villa dan Dynamo Kyiv, seri atau kalah saja yang mampu dihasilkan.

Aku bukannya taboo untuk menyatakan ke semua team yang disenaraikan itu bermain dengan attacking dan defensive, tetapi aku merujuk kepada reaction mereka semasa menentang Arsenal. Itu kelemahan Arsenal musim ini!

Arsenal bukannya kurang pengalaman sebenarnya, tetapi kurang kreativiti bermain dengan corak permainan offensive. Jangan persalahkan mistake conceded goal pada set piece atau bola mati, tetapi masalah yang harus diselesaikan adalah melawan teknik defensive lawan apabila menentang Arsenal.

Dan sebelum bermula musim ini, jujurnya aku sememangnya kurang berkeyakinan pada tahap kreativiti pemain Arsenal. Kehilangan Flamini dan Hleb memang dirasai. Dan disebabkan itulah Arsenal terpaksa deal dengan fenomena ini dengan kehilangan khidmat pemain yang kreatif dan covering.

Cuba rujuk kepada pemain seperti Mascherano, Obi Mikel dan Anderson. Pemain seperti ini yang diperlukan untuk setiap pasukan bagi mengawal bola pada corak permainan sesuatu pasukan. Tiada seorang pemain Arsenal yang role posisi ini. Inilah masalah sebenarnya Arsenal. Manusia yang sepatutnya role diposisi ini adalah Flamini, tapi mudah bukan Wenger melepaskannya.

Sampai bila masalah Arsenal ini dapat ditanggung? Berapa lagi kekalahan nak disapa? Selagi Wenger belum mencari penyelesaian diposisi ini, sehingga itu Arsenal xkan mampu react pada pasukan defensive. Mampukah Arsenal hold sehingga open transfer untuk sesuaikan seseorang diposisi ini? Aku xpasti. Polisi masih ada limitnya!

Cuba bandingkan permainan Arsenal semasa kempen Champions League. Mudah bukan tengok Arsenal bermain dan melakukan banyak gol. Sebabnya permainan lawan lebih kepada attacking dan terbuka. Dan disitu Arsenal dapat beraksi cara sebenar.

Wenger dan Arsenal perlu lakukan sesuatu sebelum penantian peminat ditangguh dan mungkin kehilangan jawatan kesayangannya. Jangan terjadi sesuatu yang tidak diingini seperti penguguran Bruce Rioch setelah 3 tahun memegang Arsenal tanpa piala walaupun melakukan signing yang bermakna seperti Dennis Bergkamp.

Dan bagi individu yang optimis, anda perlu yakin dengan Arsenal. Tahun 1998 merupakan tahun yang cukup bermakna. Ketinggalan 13 mata di belakang MU diseparuh musim, Arsenal masih mampu untuk menjuarai liga. Bukan sahaja liga, malah double bersama-sama FA Cup. Itu merupakan tahun pertama Wenger di Arsenal. Mampukah Arsenal mengulanginya kembali? Aku harap ia satu kenyataan!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 2:37 PG 3 ulasan

Sabtu, 15 November 2008

Arsenal vs Aston Villa Preview


Sekiranya Aston Villa dijangka memecah dominasi empat pasukan teratas liga, Arsenal wajib menang malam ini. Beberapa pemain yang injurd antaranya Adebayor dan Almunia mungkin akan menjalani fitness test bagi memastikan sama ada mereka boleh beraksi atau tidak menentang Villa.

Pertahanan tengah sekarang menjanjikan persiangan cukup sengit. Siapakah pasangan paling layak untuk digandingkan bersama-sama Gallas di bahagian tengah back 4? Toure, Silvestre atau Djourou yang bakal menjadi pilihan?

Berita menggembirakan, Silvestre dipanggil untuk menyertai kem Perancis. Sekiranya Silvestre berpasangan dengan Gallas dibahagian tengah, keempat-empat back 4 Arsenal adalah pemain antarabangsa Perancis! Adakah Wenger akan melakukan penggiliran pemain diposisi ini?

Jentera midfield adalah pertembungan paling menarik untuk disaksikan. Young dan Barry paling mencuri perhatian bagi Villa manakala Arsenal semestinya kelibat Nasri, Fabregas, Diaby, Walcott dan Denilson akan dikerah bagi memberikan aksi terbaik offensive dan attacking menentang Villa nanti.

Sebelum game lawan Wigan aku ada baca di website mana ntah dimana Bendtner dikatakan injurd. Sekiranya benar siapa akan ditugaskan sebagai target men? Adakah Adebayor cukup fit? Bagaimana pula Vela yang keluar dengan keadaan kaki nampak terhincut-hincut? Pandai-pandailah Wenger selesaikan.

Posisi dibahagian penjaga gol pun belum tentu lagi. Almunia yang kena sepak kepala dengan Carrick dilaporkan 50:50. Mungkinkah Fabianski akan melakukan 1st start pada musim ini pada liga? Esok petang la dapat tahu ke semuanya. Saja aku buang preview game awal-awal, sebab petang esok aku nak study. So good luck. 3 points!

Note:
Live di ESPN pukul 10:55pm

Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:54 PG 0 ulasan

Jumaat, 14 November 2008

Mempelajari sejarah Arsenal FC


Sejarah, subjek gampang paling aku xminat. SPM pun dapat 8E jer tapi aku bangga sebab xfail, target nak kasik fail, xberjaya gak..haha. Aku benda-benda baca memang aku xminat, kira-kira lak feveret. Tapi satu jer sejarah yang aku suka, sejarah Arsenal. Kaya dengan sejarah tapi tidak membosankan.

Tempoh dua minggu aku gap paper final aku gunakan untuk download beberapa video menarik mengenai Arsenal iaitu ATO Patrick Vieira AFC Legend, Arsenal Our Lives dan juga 50 Gunners Greatest Moments. Credit kepada Srohit daripada FootyVidz.

ATO Patrick Vieira AFC Legend aku dah tengok, memang best! Sekarang ni aku tengah stim layan Arsenal Our Lives, lagi sikit nak download sampai habis. Semuanya ada 11 parts, setakat ni aku dah download sebanyak 10 parts. Kejap lagi siap la, so selesai la layan untuk hari ni.


Sinopsis yang dapat aku buat mengenai Arsenal Our Lives adalah peristiwa-peristiwa sama ada suka dan duka Arsenal sejak ditubuhkan pada tahun 1886 sehingga 2007. Kualiti gambar juga dapat dilihat dari zaman kabur-kabur hitam putih kepada yang berseri-seri seperti sekarang.

Jumlah masa keseluruhan dalam 80 minit, jumlah file pun dalam lingkungan 1.2G. Berminat nak download? Ni link nya. Pastikan akses internet korang cukup laju, kalau x, memang kerja menyumpah-nyumpah..hehe


50 Gunners Greatest Moments pun aku dah selesai download, cuma masa nak tengok belum sampai. Mungkin malam besok rasanya. Duration pada kadar 1.6G dan masa menonton sekitar 2 jam 40 minit. Klik disini untuk download.

Sebenarnya aku ada tawaran kat korang. Kalau berminat la, xnak xpela. Ni bukan aku nak buat duit tapi aku nak berkongsi dengan korang. Memandangkan aku dah download, aku bercadang nak burn ke dalam DVD ketiga-tiga cerita sejarah Arsenal ni.

Dan disebabkan DVD boleh memuatkan space sekitar 4.7G, so masih ada baki. Rewardnya aku akan taruk full match Arsenal vs MU, siap highlight, analysis dan interview. Sekiranya korang berminat boleh lah hantar e-mail kat aku atau ym (growlyoursoul@yahoo.com) untuk keterangan lebih lanjut. Aku nak jual pada harga RM5 siap posting. Berbaloi bukan.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:19 PTG 4 ulasan

Khamis, 13 November 2008

"Ingat nama aku tau!"

Jika sebelum ni Wenger asyik kena kutuk dengan polisinya menggunakan pemain muda, sekarang Wenger boleh mendabik dada sambil berkata-kata kepada mereka yang berfikiran negatif, "Server you're right!".

Kemenangan di Emirates menentang Sheffield United dan Wigan Athletics membuka dimensi baru kepada Arsenal. Muka-muka baru yang diperkenalkan dengan rata-rata pemain yang ditonjolkan datangnya daripada England.

Nah, rasakan. Bukan Wenger tidak mahu berbelanja kepada pemain-pemain Inggeris yang mahal tapi xde la power mana pun, tapi Wenger mahu develop sendiri dan dengan ini mengurangkan pembelanjaan kelab.

Kalau spending nak gila pun, nak menang harap penalti jer, kalah dengan team macam Burnley dah tu kalah dua kali dengan team yang sama, buat apa. Wenger sememangnya gila. Sejak awal lagi dia tiba di Highbury, sesiapa pun tidak mengenali dia, cuma lembaga pengarah iaitu David Dein sahaja.

So disini aku berikan trivia dan sesi perkenalan kepada youngster baru ni bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap. Nama-nama ini dan beberapa lagi yang tidak disenaraikan akan menjadi tunjang Arsenal kelak.

Lukasz Fabianski

Umur : 23 tahun
Posisi : Penjaga gol
Kerakyatan : Poland
Kelab lama : Legia Warsaw (Poland)


Bekas penjaga gol Legia Warsaw iaitu sebuah kelab di Poland dibeli pada harga yang dirahsiakan pada musim 2007, rahsia-rahsia pun aku dapat tau around 6.5 million. Agak mahal tapi berbaloi dengan talentnya. Dia dibandingkan dengan Petr Cech dimana judgement dia dikatakan tepat pada masanya. Dia merupakan penjaga gol kedua bagi Poland dan juga kapten budak-budak Carling. Pernah menerima anugerah bakat terbaik dari Poland.

Johan Djourou

Umur : 21 tahun
Posisi : Pertahanan
Kerakyatan : Switzerland (dilahirkan di Ivory Coast)
Kelab lama : Etoile Carouge FC sebelum ke akedemi Arsenal


Menyertai akedemi Arsenal sewaktu berusia 15 tahun, dia pernah dipinjamkan ke Birmingham pada musim lepas dan kembali ke Arsenal pada pertengahan musim lepas. Pemain lasak ini merupakan tonggak pertahanan tengah Swiss bersama-sama seorang lagi pemain Arsenal iaitu Sanderos.

Aaron Ramsey

Umur : 17 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Wales
Kelab lama : Cardiff City


Pemain berbangsa Wales ini dibeli daripada Cardiff City pada musim panas baru-baru ini dengan jumlah perpindahan 4.8 million dan menolak tawaran dari MU sebanyak 5 million. Dia juga dinaikkan pangkat, macam Walcott dari skuad U21 kepada skuad senior Wales. Merupakan calon paling sesuai menggantikan Fabregas. Dia adalah fan MU tetapi sekiranya dapat adapt cara permainan Arsenal, aku rasa dia terus benci MU...hahahaha.

Jack Wilshere

Umur : 16 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Pemain termuda kelab beraksi di dalam liga (16 tahun 256 hari) dan pemain kedua termuda Arsenal menjaringkan gol selepas Fabregas. Merupakan wonderkids terbaru Arsenal dan sudah berada di dalam skuad senior pada musim ini. Messi? David Silva? Aku rasa dia mampu menjadi lebih baik, di usia begini, dia mampu menjadi lebih baik dari mereka.

Kieran Gibbs

Umur : 19 tahun
Posisi : Pertahanan dan midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Wimbledon


Prospek terbaik menggantikan Clichy, lebih baik daripada Traore. Tenang, bertenaga, cross dan pace, cukup lengkap menjadi pertahanan kiri Arsenal. Dia juga boleh beraksi di posisi wing kiri. Pertahanan muda paling aku minat dan rate paling tinggi!

Carlos Alberto Vela

Umur : 19 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Mexican
Kelab lama : Osasuna


Sebenarnya dia bukannya dibeli daripada Osasuna tetapi disebabkan permitnya untuk beraksi di Arsenal tidak dapat disahkan lagi waktu tu, maka dia terpaksa dipinjamkan ke Osasuna. Sebelum di Osasuna, dia juga pernah dipinjamkan ke Salamanca. Penjaring terbanyak dan pemenang World Cup U17 bersama Mexico, dia merupakan tunjang Arsenal terbaru selepas ini. Penjaring hatrik termuda Arsenal!

Amaury Bischoff

Umur : 22 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Portugal (dilahirkan di Perancis)
Kelab lama : Werder Bremen


Dikatakan manusia gamble, bukan kaki judi yaa, gamble sebab Wenger mendapatkannya pada keadaan dia sedang mengalami kecederaan. Hanya sekali beraksi bersama skuad senior Werder Bremen, kekecewaan itu menyebabkan dia menerima tawaran Arsenal. Belum dapat dilihat tahap sebenar kemampuannya pada masa ini.

Alex Song

Umur : 21 tahun
Posisi : Pertahanan dan Midfield
Kerakyatan : Cameroon
Kelab lama : Bastia


Bastia, aku ingatkan Rasta..hehe. Mamat raggae ni dibeli pada kadar 1 million saja, boleh beraksi di bahagian defensive midfield dan pertahanan sama ada tengah atau kanan. Rajin dan tak menggelabah. Aku suka tengok rambut dia, kadang-kadang nampak kelakor..hehe

Jay Simpson

Umur : 19 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Minat sangat dia pada Ian Wright, memang pun, lebih kurang jer. Mungkinkah Ian Wright yang baru? Tunggu dan lihat.

Fran Merida

Umur : 18 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Spaniard
Kelab lama : Barcelona


Macam Fabregas, dia juga didatangkan dari Barca. Pernah dipinjamkan ke Real Sociedad selama semusim. The next Fabregas? Aku xpasti, sebab dia lebih berminat bermain di flank bukan di posisi tengah.

Gavin Hoyte

Umur : 18 tahun
Posisi : Pertahanan
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Kapten pasukan simpanan Arsenal dan juga adik kepada bekas pemain Arsenal yang sekarang ini berkhidmat untuk Boro, iaitu Justin Hoyte. Tubuh badan yang lebih baik dari abangnya, dia lebih sesuai diposisi pertahanan tengah.

Mark Randall

Umur : 19 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama: Akademi Arsenal


Aku suka betul panggil dia adik Hleb, cara dia dribble lebih kurang sama, gaya pun lebih kurang sama. Tapi Hleb lebih selesa diposisi flank manakala Randall lebih molek diposisi tengah.

Henri Lansbury

Umur : 18 tahun
Posisi : Midfield
Kerakyatan : Great Britain
Kelab lama : Menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun


Dia lebih mantap diposisi flank kiri, rajin score, permanent pemain skuad reserves (bukan subs ok), dan juga pemain skuad England U19.

Rui Fonte

Umur : 18 tahun
Posisi : Penyerang
Kerakyatan : Portugal
Kelab lama : Sporting Lisbon


Dibeli daripada Sporting Lisbon pada 2006 dan merupakan penyerang utama pasukan simpanan. Abangnya beraksi bersama Crystal Palace.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 4:43 PTG 4 ulasan

Rabu, 12 November 2008

Time for count down!


Bulan November dan Disember 2008, bulan paling dinantikan semua peminat Arsenal apatah lagi bagi Eduardo dan Rosicky. Masing-masing akan kembali kepada pasukan setelah sekian lama dirawat di bawah medical Arsenal.

Siapa yang tengok game semalam dapat saksikan kelibat Eduardo. Haahhh, citer pasal mamat ni kembali ke Arsenal di bulan November semakin hampir. Aku rasa dalam tempoh seminggu lagi dia akan kembali training bersama skuad senior dan ini bermakna dia kembali bersedia untuk bermain dalam kompetitif game.


Semalam di Germany, Rosicky telah melakukan satu pembedahan untuk membuang tisu yang luka dan dalam 6 hingga 8 minggu lagi dia dijangka untuk kembali menyarung jersi Arsenal. Semoga cepat sembuh ya, aku rindu banget sama kamu!

Sebenarnya aku amat kesiankan Rosicky. Pada mulanya dia hampir menjadi pemain hoki ais Republik Chech, tetapi atas pujukan persatuan bola sepak Republik Chech, dia kembali menyarung jersi Chech.

Bila terjadi hal sebegini (injurd yang lama), aku berasa simpati kepadanya. Sudahlah terpaksa memilih karier, last-last perkara xdiduga berlaku. Harap effect dari kecederaan yang panjang ini tidak akan merosakkan karier bola sepaknya.

Dengan kehadiran dua pemain ini, aku yakin Arsenal semakin mantap. Wenger mungkin pening kepala nak buat formasi yang bersesuaian. Diharapkan kedua-duanya akan kembali ke prestasi asal malahan berlebihan dari sebelum ni. Get well soon my dears.
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 10:02 PTG 6 ulasan

Absolutely Fabolous!

/in/v/X5kFFFeD">Arsnal v Wig

"Rare starting line up, fantastic ending!", itulah aksi-aksi di Emirates selepas mengalahkan Latics. Rare starting line up, average 19 tahun, 3 gol, attractive, kualiti dan semangat mengambarkan keseluruhan permainan. Pengalaman yang tersungkur, semangat yang menakluk!

Aku langsung xmenyangka berkesudahan 3-0, Wigan yang beraksi di dalam EPL, menurunkan kesebelasan terbaik tetapi gagal melawan semangat young Gunners. Segenap sudut, baik dari serangan dan juga pertahanan, ke semuanya kelihatan sempurna.


Ramsey membuatkan aku tersenyum. Permainannya cukup menarik. Inilah bakal pengganti Fabregas kelak. Wilshere seperti biasa, nampak tenang dan pace yang dilakukannya membuatkan kita semua tergamam mengigit epal.

Separuh masa pertama menyaksikan Kirkland melampirkan aksi-aksi stuntment menyelamatkan beberapa percubaan yang datangnya dari Carlos Vela, Ramsey, Wilshere dan juga Merida.


Sehingga minit ke 43, thru pass daripada Jack Wilshere disudahkan secara nutmeg (orang Malaysia menyebut 50 sen...hehe) oleh Jay Simpson. Ketiadaan Bendtner membuka ruang bagi Wenger meletakkan Simpson berpasangan dengan Vela dan ini debut pertamanya.

Belum cukup berpuas hati, melalui counter attack sepakan penjuru Wigan di minit 65, bermula dengan tumbukan Fabianski dilarikan Ramsey sebelum long pass kepada Vela yang membuka ruang di bahagian ketiga padang (kotak penalti) sebelum melakukan passing kepada Simpson yang merembat masuk gol keduanya dan Arsenal.

Kelibat Capello yang ingin menyaksikan Kirkland dikaburkan dengan persembahan cemerlang young Gunners. Pemain-pemain senior yang juga menonton aksi menentang Latics antaranya Fabregas, Adebayor, Eduardo (miss you like crazy!), Toure dan beberapa lagi bersama-sama lagenda Arsenal iaitu Martin Keown cukup teruja.


Carlos Vela bukan pendiam dan dia juga meletakkan namanya pada score sheet. Melalui thru pass Djourou, kelibat Kirkland ke hadapan dari posisi asalnya membuatkan Vela mudah menceduk bola masuk seakan-akan gol yang dilakukannya sewaktu menentang Sheffield United walaupun diberi saingan daripada Boyce di minit ke 71.

Di minit ke 77, Arsenal melakukan double subs iaitu memasukkan Amaury Bischoff dan Henri Lansbury menggantikan Jack Wilshere dan Jay Simpson. Ini juga merupakan debut pertama Bischoff selepas pembelian di musim panas.


Aksi paling menarik disaksikan adalah melalui save yang tidak dijangka mampu dilakukan oleh mana-mana penjaga gol tetapi Fabianski membuktikannya. Bola rembatan De Ridder ditepis keluar Fabianski dan sampai ke kaki Amr Zaki yang tidak diikawal malahan pintu gol terbuka luas sebelum merembat pada jarak 5 kaki tetapi berjaya ditepis Fabianski mengenai palang sebelum bola dikeluarkan oleh pertahanan.

Aksi Fabianski membuatkan kedudukan Almunia semakin tergugat. Teringat kembali sewaktu Wenger membelinya di mana aku terus ke laman youtube untuk melihat aksinya. Ternyata kualitinya dibandingkan dengan Petr Cech dan membuatkan aku amat teruja. Pembelian yang cukup berbaloi!

Carlos Vela yang keletihan memaksa Wenger melakukan pertukaran dan dia digantikan oleh Rui Fonte iaitu penyerang U17 Portugal. Buat kali pertamanya aku dapat menyaksikan Mexican Wave di Emirates sewaktu pertukaran dilakukan. Menarik! Kemasukan Fonte juga merupakan debut pertamanya bersama Arsenal.

Kesudahan di Emirates kali ni fantastik fanatik. Kesemua pemain skuad senior berdiri memberikan sanjungan kepada pemain-pemain muda ini. Terima kasih young Gunners, aku masih tersenyum sehingga ke hari ini. So dengan tertewasnya Wigan, Arsenal mengesahkan satu lagi tempat ke suku akhir. Tahniah Wenger kerana menyediakan aksi yang menarik serta memberi peluang kepada pemain muda menampilkan kualiti mereka!
Dicatat oleh Hafez Rachwan di 5:46 PG 4 ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

ShoutMix chat widget

Penyumbang

  • Hafez Rachwan
  • Qsheira

Live Streaming (TV Online)

  • BPL Highlight (Download)
  • Myp2p
  • TV Indonewyork
  • Live Football

Arkib Blog

  • ►  2010 (90)
    • ►  November (3)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (7)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (11)
    • ►  Mac (13)
    • ►  Februari (18)
    • ►  Januari (20)
  • ►  2009 (223)
    • ►  Disember (15)
    • ►  November (23)
    • ►  Oktober (23)
    • ►  September (22)
    • ►  Ogos (18)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (13)
    • ►  Mei (19)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (17)
    • ►  Februari (16)
    • ►  Januari (17)
  • ▼  2008 (167)
    • ▼  Disember (12)
      • Lovely Alonso, Improving Gallas
      • Arsene Wenger likely to make £20m move for Andrei ...
      • Play with more power???
      • 1/5 hutang dilangsaikan!
      • Pisang 'ajaib' akan berbuah dua kali!
      • Fuck you, Howard Webb
      • UCL Draw, Arsenal Liverpool Preview
      • Do or Die!
      • Korban Boro...huhhh
      • Post Match and Preview UCL
      • Ni la turning point!
      • Chelsea 1 - 2 Mighty Arsenal
    • ►  November (21)
      • Secebis cuitan...
      • Manchester City vs Arsenal Preview
      • Inilah masanya....
      • Terry - Don't write off Gunners
      • Mungkin sebab nihhh....
      • Realiti itu pasti!
      • Post Match : Arsenal vs Aston Villa
      • Arsenal vs Aston Villa Preview
      • Mempelajari sejarah Arsenal FC
      • "Ingat nama aku tau!"
      • Time for count down!
      • Absolutely Fabolous!
    • ►  Oktober (16)
    • ►  September (18)
    • ►  Ogos (20)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (7)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (18)
    • ►  Mac (21)

Arsenal First Squad 2009/10

  • Manuel ALMUNIA (1)
  • Abou DIABY (2)
  • Bacary SAGNA (3)
  • Cesc FABREGAS (4)
  • Thomas VERMAELAN (5)
  • Laurent KOSCIELNY (6)
  • Tomas ROSICKY (7)
  • Samir NASRI (8)
  • Robin van PERSIE (10)
  • Carlos VELA (11)
  • Theo WALCOTT (14)
  • DENILSON (15)
  • Aaron RAMSEY (16)
  • Alexandre SONG (17)
  • Sebastien SQUILLACI (18)
  • Jack WILSHERE (19)
  • Johan DJOUROU (20)
  • Lukasz FABIANSKI (21)
  • Gael CLICHY (22)
  • Andrey ARSHAVIN (23)
  • Vito MANNONE (24)
  • Emmanuel EBOUE (27)
  • Kieren GIBBS (28)
  • Marouane CHAMAKH (29)
  • Armand TRAORE (30)
  • Nicklas BENDTNER (52)
  • Wojciech SZCZESNY (53)

Arsenal Coaching Staff 2009/10

  • Arsene Wenger
  • Pat Rice
  • Boro Primorac
  • Neil Banfield
  • Gerry Peyton
  • Tony Colbert
  • Colin Lewin
  • Gary O'Driscoll
  • Kieran Hunt
  • David Wales
  • Neal Reynolds
  • John Kelly
  • Vic Akers
  • Paul Akers
  • Paul Johnson

Gunners Links

  • A Cultured Left Foot
  • A Gooner in KT
  • Aizen Gunners
  • Arse Blog
  • Arsenal FC Blog
  • Arsenal FC Official Site
  • Arsenal For Fans
  • Arsenal Goal
  • Arsenal Malaysia
  • Arsenal News and Videos
  • Arsenal Number 4
  • Arsenal Round Up
  • Arsenal Video Clips
  • Arsenal Vision
  • Arsenal World
  • Arsenal Zone
  • Carlos Vela News
  • Everything About Arsenal
  • Footy Vidz
  • G&R (Arsenalaysia)
  • Gooner Talk
  • Gudang Senjata
  • Gunner Blog
  • Hidup Mati Arsenal
  • Lobah Gooner
  • Malaysia Arsenal Fans Forum
  • Pak Leman Gunners
  • Red and White Army
  • Sky Sports/Arsenal FC

Others Links

  • Angah Jambu Batu...hehe
  • Beautiful Game Search Engine
  • BPL Goal and Highlight
  • Broken Noise
  • Bukan Teka-Teki
  • Catatan Pendek Dari Neraka
  • cKURUS kering
  • Emosi si Rambo van Persie
  • EPL Zone
  • Fantasy Premier League
  • Fear and Loathing in Batu Pahat
  • Footy Tube
  • Fred54 MOTD Highights
  • Goal Day
  • Hadapi dengan Rock and Roll
  • Jitegha Bloggers
  • Liverpool Kita
  • Mr. Koy Dadey
  • MySpace
  • Revulsion Recs
  • Si Jambi Darat
  • Soccer Pulse
  • Suara Si Bebal
  • TV Kita Video on Demand
  • Video Bola Sepak
  • Youthtrust Recs
Imej tema oleh Jason Morrow. Dikuasakan oleh Blogger.