Sabtu, 27 Disember 2008

Pisang 'ajaib' akan berbuah dua kali!


Memang aku xdapat duduk diam dari awal game sampai habis, memang kecut perut game semalam! Secara terang-terangan, kempen Arsenal menjuarai liga musim ini mungkin boleh dikatakan tamat lebih awal. Mental pemain cukup rendah terutama setelah leading, mudah alpa, dan itu masalah bagi pemain muda yang gagal mengawal tekanan di sekeliling.

Jika di nilai keseluruhan permainan, Villa lebih layak memungut 3 mata dengan beberapa percubaan merbahaya melalui set pieces dan cross lawan. 40 minit pertama sememangnya menggerunkan dan ditambah dengan kucar-kacir di setiap posisi. Hasilnya, gol di minit 41 oleh Denilson sememangnya kejam untuk Villa.

Song yang mengalami kecederaan di penghujung babak pertama digantikan dengan Ramsey. Kemasukan Ramsey berjaya menstabilkan midfield dan di minit ke 48 hasil 1 2 antara Diaby dan Eboue berjaya menghasilkan gol kedua. Dan kestabilan midfield juga memberikan peluang kepada van Persie melakukan rembatan tetapi hanya terkena tiang di sebelah kanan Friedel.

Tetapi itu semua tidak lama. Kesilapan besar Gallas melakukan tackle ke atas Agbonlahor di dalam kotak penalti memerangkap permainan Arsenal. Sepakan penalti yang diambil Barry di minit ke 65 dan ini merupakan turning point bagi Villa. Hasil usaha keras mereka akhirnya di minit ke 90 mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan.

Dan pisang berbuah dua kali. Selepas dimalukan oleh Spurs setelah mendahului 4-2 sebelum keputusan seri 4-4, kali ni Arsenal bagaikan tidak puas berada dua gol dihadapan. Entah kenapa terlalu mudah alpa dan kegoyahan di bahagian center back sekali lagi membuatkan Arsenal kehilangan 2 mata.

Bukan aku tidak positif tetapi dengan ketinggalan 10 mata, falsafah Wenger yang semakin hari semakin mengarut dan kelemahan mental serta fizikal pemain, sudah pasti menghilangkan kesabaran peminat, aku rasa sudah tiba masanya untuk diumumkan Arsenal bakal kempunan EPL untuk tempoh lima tahun walaupun di separuh musim sekiranya masalah ini tidak ditangani.

Sekiranya lima perlawanan liga seterusnya gagal mengumpul 15 mata iaitu menentang Pompie, Bolton, Hull, Everton dan West Ham, sememangnya tamat impian untuk menjadi juara liga bagi musim ini. Masalah Arsenal ni kadang-kadang bagaikan masalah yang dihidapi FAM, naik meluat dan menyampah!

Tiada ulasan: