Ahad, 19 Oktober 2008

Superb...Itu jer!


Memang superb aksi semalam, sesiapa yang cakap Arsenal tak perlukan youngster sama ada fans Arsenal sendiri atau lain, tengok kembali game semalam. Aku memang tak suka dengan fan-fan yang suka sangat blame macam-macam tanpa memberi peluang kepada pemain.

Korang judge bola pada view korang, adakah korang cukup pro untuk menilai? Wenger lebih kenal player dia dan dia juga mampu membuat penilaian yang realistik bagi pasukan dia dan aku letakkan 100% kepercayaan pada Wenger.

Bola sepak bukan pada piala sahaja, ia adalah semangat, cuba tengok aksi semalam, itulah semangat pemain muda yang hanya dapat disaksikan di dalam Arsenal, bukan pasukan lain. Tiada pasukan yang mampu memiliki pemain muda yang hebat selain Arsenal!

Nak nama besar? Adakah korang kenal ke Giovanni dulu daripada kenal Fabregas, Berbatov, Messi, Nasri, Deco atau v. Persie? Ini bola sepak, nama besar belum tentu punca kemenangan, ia adalah bagaimana strategi yang diatur.

Korang mesti bengang sebab signing baru-baru ini disebabkan tiada nama 'besar' yang menyarung jersi merah dan putih tapi perlu diingat, adakah korang lebih bahagia melihat Arsenal berhutang lebih banyak? Pembelanjaan stadium Emirates membuatkan Arsenal memiliki hutang disekitar 300M lebih. Nak tambah hutang lagi? Aku rasa tidak berbaloi.

Korang mungkin comparekan signing yang dilakukan oleh MU, Chelsea dan Liverpool yang menggila dengan harga bid nya tetapi tahu ke korang UEFA mungkin mengambil tindakan menyingkirkan MU dan Chelsea daripada kejohanan Champions League?

Board mereka jer yang kaya raya tetapi kelab tidak. Kedua-dua pasukan berhutang hampir 800M. Dengan stadium yang baru, berhutang sehingga 800M, adakah dapat memuaskan hati korang dan kemudiannya Arsenal bankrap dan tiada lagi pasukan ini di dunia?
Fikirlah sendiri!

Berbalik kepada cerita semalam, aku rasa ini permaianan sebenar Arsenal setelah permulaan agak lembab di awal musim disebabkan fitness player kurang. Cuti panjang di musim panas mungkin juga punca rentak Arsenal agak tergugat.

Semalam juga menyaksikan peluang-peluang yang dicipta oleh Arsenal sememangnya mengujakan walaupun Everton bermain secara bertahan. Dan positifnya aksi semalam akan berterusan ke kunjungan di Turki.

Berita kurang gembira mengenai kecederaan yang dialami Toure dan diharapkan Gallas atau Djourou akan kembali kepada pasukan. Mengenai debut SIlvestre, 20 minit 1st half menampakkan kegugupan dia tapi selepas itu aksi dia memang menarik! Memang dia hebat di udara.


Kelibat Walcott pada 2nd half memang membantu tetapi aku lebih teruja melihat semangat Fabregas yang rajin disegenap padang. Bagi aku dia merupakan Man of the Match bagi aksi semalam.

1 ulasan:

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

macam2 pandangan dari fan2 arsenal..masing2 pnya pendapat..mmg meriah la..