Khamis, 23 Oktober 2008

100 games unbeaten!


Tahniah kepada skuad wanita Arsenal dan Vic Akers kerana berjaya mencapai 100 game tanpa kalah di dalam liga. Tu baru jejak 100 game dan pengiraan itu belum selesai. Dahsyat rupanya awek-awek Gunners ni, 1st squad pun 49 games unbeaten run jer.

Haihhh teruja lak aku baca berita ni dari Arsenal.com, yer la kita bukan ambil pusing sangat pasal news girls ni. Dua musim sebelum ni kalau tak silap aku mereka menang quaruple, caya lah! Bukan mudah beb nak ragut UEFA Women CL, Women BPL, FA cup dengan piala liga sekali gus.


Aku harap kesuksessan gadis-gadis ini akan mengujakan barisan skuad utama untuk menjuarai liga dan liga juara-juara Eropah. Tak dapat quadruple pun takpe, harap-harap dapat rule Europe. Kita dah berjaya sampai ke final tapi gagal dan musim lepas sadis-sadis jer.


Dan awal pagi tadi aku layan video kat footytube.com iaitu team compilation Arsenal: So Close-CL 07/08. Macam nak nangis pun ada, dah la referee biased, larian Walcott 3 suku padang tu jadi nothing.

Aku masih lagi berharap dengan skuad muda ini mampu rule Europe. Dah la piala tu belom lagi pernah dimiliki, so memang aku horny gila nak tengok Arsenal menang piala tu. Aksi melawan Porto dan Fenerbahce tu boleh dijadikan sebagai pembimbing.

At least sebelum Arsene Wenger dan Fabregas meninggalkan Arsenal, biarlah mereka menjulang piala tersebut dengan keriangan kita bersama. Tu jer harapan terdekat aku, sebab aku tahu, Fabregas dan Wenger panjangkan kontrak di Arsenal adalah untuk kejayaan kita!

Tiada ulasan: