Selasa, 21 Oktober 2008

Misi di Turki - 3 Mata, Mesti!


Kemunculan Bendtner dan Djourou amat melegakan setelah Toure mengalami kecederaan di bahu manakala Samir Nasri yang mengalami kecederaan di peha akan beraksi awal pagi nanti di Sukru Saracolgu Stadium. Apa ke pelik nya nama stadium ni!

Amat penting untuk memilik 3 mata di Turki dan melayakkan pusingan kalah mati dan mengembalikan corak permainan seperti biasa yang membuatkan semua orang kenal apa itu Arsenal.

Atok Fabregas iaitu Luis Aragones yang membawa Sepanyol menjuarai EURO 08 di Swiss/Austria bukan calang-calang jurulatih, tua tapi bijak memilih pemain. Awal-awal lagi dia dah book Dani Guiza selepas menang EURO.

Fenebahce yang sebelum ini bergelut di dalam liga dengan kedudukan ke sepuluh dan memilik 1 mata saja dari 2 perlawanan liga juara-juara tidak perlu dipandang rendah.

Musim lepas menyaksikan Chelsea yang memiliki pemain-pemain tamak akhirnya tewas 2-1 di Istanbul dan ketiga-tiga gol dijaringkan pemain Fenebahce (own-goal sebijik, tapi last dia skor balik, aku lupa la nama scorer tu..hehe).

Keyakinan menewaskan Everton Sabtu lepas adalah pemangkin untuk kembali ke tahap sebenar Arsenal. So aku dah xtahu nak melalut apa, aku nak tidur kejap, nak bangun tengok bola pagi nanti. Good luck young guns!

FORMATION:

GK: Manuel Almunia (C)
CB: Johan Djourou, Mikael Silvestre
RB: Emmanuel Eboue
LB: Gael Clichy
CM: Cesc Fabregas, Denilson
RW: Theo Walcott
LW: Samir Nasri
SS: Robin van Persie
CF: Emmanuel Adebayor

SUBSTITUTION:

Lukasz Fabianski
Carlos Vela
Nicklas Bendtner
Aaron Ramsey
Kieran Gibbs
Alex Song

PREDICTION:

Fenebahce 0-2 Arsenal

Tiada ulasan: