Isnin, 31 Mac 2008

Wenger - Kami Masih Lagi Dalam Saingan Juara Liga

Arsene Wenger percaya bahawa Arsenal kembali menjadi persaing kepada kejuaraan liga setelah menonjolkan kehebatan sebenar The Gunners di babak kedua setelah beraksi 10 pemain menentang Bolton.

Dan pengurus Arsenal ini menidakkan tanggapan bahawa terjahan keras Abou Diaby untuk dibandingkan dengan terjahan kasar Martin Taylor yang menyebabkan kaki Eduardo patah di awal tahun ini.

Arsenal yang ketinggalan 2-0 dan beraksi dengan 10 pemain di babak pertama permainan, dan Bolton hampir mendapatkan gol ketiga mereka.

Tetapi gol jaringan William Gallas selepas sejam perlawanan sebelum Robin van Persie menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti.

Dan The Gunners diisytiharkan pemenang setelah jaringan di lewat permainan oleh Cesc Fabregas setelah bola itu membias dua pemain sebelum menemui jaring dan menyaksikan kesudahan perlawanan dengan 3-2.

"Kami tidak mudah mengalah," ujar Wenger kepada Sky Sports selepas perlawanan. "Ia merupakan ujian mental: kami ketinggalan dua gol, 10 menentang 11 dan 45 minit lagi harus dilalui.

"Kami tahu kedudukan 2-2 bukanlah terbaik dan kamu dapat lihat apabila kami menjaringkan gol kedua dan meletakkannya di tengah padang dengan segera.

"Sememangnya kami mahukan kemenangan dan berada di dalam persaingan liga dan hanya tiga mata penuh adalah terbaik. Saya amat berbangga dengan permainan pasukan semalam.

"Kami akan bersaing sehingga pertandingan tamat dan ia masih lagi panjang. Kami memiliki 70 mata - dan lihat sejauh mana kami mampu pergi".

KAD MERAH

Asakan keras Diaby ke atas Steinsson dan layangan kad merah merupakan negatif aspek di dalam perlawanan ini, dan terjahan ini seakan-akan sama yang dialami Eduardo yang menyaksikannya menamatkan musim ini lebih awal sewaktu menentang Birmingham.

Tapi, Wenger menyatakan terjahan ke atas Eduardo lebih kasar.

"Saya rasa ia lebih kepada terjahan yang dikawal, tetapi kedudukan kaki Diaby agak tinggi dan kami tidak akan menentang mengenai layangan kad merah itu.

"Saya rasa ia tidak boleh dibandingkan dengan terjahan itu (Taylor) kerana kedudukan kakinya lebih tinggi.

"Inilah peraturan sekarang, apabila anda melakukan terjahan dengan kedudukan kaki yang tinggi, anda akan keluar dari permainan."

Tiada ulasan: