Selasa, 11 Mac 2008

Tiada Penyesalan Bagi FABREGAS

Cesc Fabregas menyatakan sekeras-kerasnya tindakan dia menyertai Arsenal dari Barcelona merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan olehnya tapi dia menolak kemungkinan pulang ke Sepanyol pada masa terdekat ini.

Beliau memulakan kariernya di akademi bola sepak Barcelona iaitu tempat asalnya sebelum berpindah ke England sewaktu berusia 16 tahun.

Biarpun rakan sepelatihnya dulu Lionel Messi dan Giovanni dos Santos sudah menjadi tunggak utama Barcelona tetapi dia menyatakan kariernya banyak dibimbing oleh Arsene Wenger.

JURULATIH TERBAIK

"Saya tidak tahu (jika saya akan pulang)", kenyataannya kepada 'Gol a Gol'

"Saya suka berada di sini, banyak perkara saya belajar di sini dan berada pada kelab yang sesuai untuk mematangkan karier, dengan jurulatih yang bagus dan rakan sepasukan yang baik.

"Dia (Wenger) merupakan jurulatih terbaik yang pernah saya miliki dan semakin lama saya bekerja dengannya semakin banyak yang saya belajar.

"Pada masa mendatang, saya tidak tahu tetapi saya gembira di sini.

"Setiap orang memilih hidup sendiri, hanya satu dan saya tidak akan merungut.

"Saya tidak mahu mengetahui mengenai apa-apa di Barca pada masa ini dan tidak akan memikirkannya."

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mybe dia akan kuar dr arsenal,
tp bkn skang..
ak pecaya dia akan wat sukses br kuar dr arsenal..

Hafez Rachwan berkata...

ak harap dia stay lama la,
wat cm pires,
bila dh berjaya dlm arsenal,
br kuar..
br leh jd legend arsenal..
tp klu stay trs pn xpe kn..hehe