Sabtu, 29 Mac 2008

Premier League : Bolton v Arsenal - Preview

Barclays Premier League
Reebok Stadium
Sabtu, 29.03.2008, 11pm

Perlawanan minggu ke 32 di Stadium Reebok akan menemukan satu lagi pasukan derby Arsenal iaitu Bolton Wanderers.

Kekalahan di Stamford Bridge dan melepaskan takhta kedua liga kepada Chelsea sememangnya menyukarkan perebutan liga yang terarah kepada tiga penjuru sekarang.

Empat keputusan seri dan satu kekalahan pada lima perlawanan terakhir liga seakan-akan memerlukan fokus dari semua pemain bagi mencatatkan kemenangan di gelanggang lawan bagi memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Manchester United yang selesa mendahului dengan enam mata.

Kemenangan amat diperlukan oleh The GUNNERS bagi mendapatkan keyakinan sebelum berhadapan pusingan pertama suku akhir liga juara-juara Eropah menentang Liverpool di Emirates 1hb ini.

Kehilangan full back kanan iaitu Bacary Sagna seakan-akan memberikan impak kepada Arsenal dan pengecualian beraksi pada pertemuan ini oleh Emmanuel Adebayor serba sedikit memerlukan perubahan pada beberapa posisi pemain bagi memastikan tiga mata dipungut.

Tomas Rosicky (hamstring) dan Eduardo (patah kaki) sememangnya terkeluar dari perlawanan ini dan dijangka menamatkan musim ini diluar padang sahaja.

Gandingan Robin van Persie dan Nicolas Bendtner di bahagian serangan serta Emmanuel Eboue yang berkemungkinan mengantikan tempat Sagna merupakan percaturan yang akan digunakan oleh Arsene Wenger. Abou Diaby berkemungkinan besar bermula pada kesebelasan utama kerana bentuk fizikal pemain Bolton memungkinkan Theo Walcott sebagai simpanan malam ini.


Tiada ulasan: