Ahad, 16 Mac 2008

Premier League: Arsenal v Middlesbrough - Report

Episod seri Arsenal dalam liga semakin mengugat kedudukan Arsenal sebagai pencabar liga musim ini. Tiga mata yang ditagih dari skuad muda Arsenal tetapi hanya satu mata yang dituai dan posisi ini agak mengecewakan.

Kelibat van Perseie yang diharap dapt memberi impak ke dalam skuad hampa setelah corak permainan bertahan Middlesbrough. Tiada semangat melawan dan cuma bertahan membuatkan perlawanan ini tidak menarik langsung.

Sebelum sepak mula berlangsung, hati agak tersentuh melihat kelibat Eduardo yang menjadi pemerhati sahaja dalam perlawanan ini. Semoga cepat sembuh, Eduardo.

Seawal minit ke-5 Emmanuel Adebayor telah menemui sentuhannya semula tetapi dibatalkan oleh pengadil atas alasan ofsaid. Adebayor sememangnya berada di posisi ofsaid tetapi sepakan yang dilakukan oleh George Boateng kepadanya akan menidakkan posisi ofsaid tetapi pengadil tetap dengan keputusannya. Sesuatu yang menyebalkan!

Selang tiga minit kemudian percubaan pemain antarabangsa Ivory Coast, Eboue dari sebelah kiri pasukan Middlesbrough hanya sekadar menyentuh palang. Pada minit ke-11 hasil pergerakan daripada Fabregas, Adebayor dan Eboue berjaya dihalang oleh Mark Schwarzer. Percubaan ke gawang yang amat menarik.

Berselang tiga minit kemudian percubaan daripada van Persie sekadar melepasi palang. Rangkaian serangan Arsenal diteruskan dan berselang seminit kemudian rembatan Eboue sekali lagi diselamatkan oleh Schwarner.

Hasil sepakan percuma yang diambil oleh Schwarner berjaya menemui Tuncay Sanli sebelum pemain Turki ini melakukan hantaran lintang kepada Jeremie Aliadiere untuk 'tapping' mudah ke gawang Arsenal. Arsenal ketinggalan satu gol.

Bermulanya gawang Arsenal bolos, Middlesbrough mula menukar corak permainan kepada permainan bertahan yang sudah pasti membosankantetapi mental pemain muda Arsenal seharusnya dipuji.

Pada minit ke-33 asakan Emmanuel Pogatetz ke atas Eboue gagal memberikan sepakan penalti dan hanya diberikan sepakan gol sahaja.

Pada minit ke-42, bola terkena tangan pertahanan Boro di dalam kotak penalti tetapi sekali lagi Mark Halsey bertindak 'berat sebelah' dengan menidakkan penalti untk Arsenal.

Tamat babak pertama perlawanan.

Middlesbrough memasukkan Lee Cattermole menggantikan Mohamed Shawky pada minit ke 46.

Pada minit ke-48, rembatan leret van Persie sedikit tersasar dari kawasan gol sedangkan Mark Schwarzer sudah tertewas. 21 pemain berada di kawasan Middlesbrough yang cukup menunjukkan bertapa bertahannya Boro pada perlawanan ini. Keji, cukup keji!!!

Pada minit ke-61, Arsene Wenger melakukan dua pertukaran serentak mengantikan van Persie dengan Bendtner manakala Bacary Sagna dengan Theo Walcott.

Selang enam minit, hantaran Alex Hleb kepada Fabregas yang tidak dikawal gagal diterjemahkan ke dalam gol setelah digagalkan oleh Schwarzer. Peluang terbaik Arsenal tetapi gagal disudahkan dengan baik. Percubaan Fabregas ini dibalas dengan rembatan jarak jauh oleh Downing yang agak tenggelam dan sekadar jauh dari kawasan sasaran.

Middlesbrough melakukan pertukaran kedua dengan memasukkan Andrew Taylor menggantikan Tuncay Sanli selepas rembatan jarak jauh Downing.

Hantaran lintang Kolo Toure pada minit ke-74 ditanduk oleh Fabregas tetapi sekadar singgah ke tiang gol sahaja. Mengecewakan!!!

Bekas pemain Tottenham Hotspurs, Mido masuk menggantikan Aliadiere. Larian serangan balas yang cuba dimulakan oleh Walcott pada minit ke-80 digagalkan oleh Gary O'Neill melalui terjahan kotornya. Kad kuning dilayangkan kepadanya kerana menghalang.

Asakan Toure ke gawang Boro pada minit ke-83 sekali lagi digagalkan oleh Schwarzer dan sepakan penjuru diberikan.

Gol penyamaan Arsenal muncul apabila sepakan penjuru yang diambil oleh Fabregas di minit ke-86 ditanduk kemas oleh Toure.

Selang dua minit kemudian, Mido melakukan kekasaran kepada Clichy dengan mengangkat kaki terlalu tinggi sehingga ke kepala Clichy. Dia dilayangkan kad merah dan keceraan di kepala yang dialami oleh Clichy memaksa Wenger memasukkan Sanderos.

Asakan Arsenal diteruskan kembali tetapi gagal mencari gol kemenangan dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri. Tahniah kepada skuad muda Arsenal yang mempunyai kekuatan mental untuk menembusi gawang Boro.

2 ulasan:

Unknown berkata...

busuk rr boro main..cm pondan!
dah laa lepas satu, satu lg pemain ars injured...
memang injury crisis truk sgt rr arsenal ni...
sian derang byk sangat team lain dengki..huhu

Hafez Rachwan berkata...

xpe2..lek la dude
saingan masih lg terbuka,
tp ak salut ngn player kita..
mental kuat!!!
tgk City wat cm Boro waktu lwn MU,
MU klh beb!!!
tp kita still seri..
masih mampu skor lg!!!
taht's better even seri tu xenough lgsg..